MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Tuesday, April 27, 2010

Mempolitkan Diri demi Kepentingan seMua

Posted by MFS_8812

POLITIK adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di bidang korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Namun bila politik berada dalam diri tentang membuat pilihan yang tepat dan dalam masa yang sama memperbaiki parti-parti dalam diri agar berjaya menarik apa yg ada pada diri. Pemilihan parti-parti dalam diri memainkan peranan penting dalam menentukan arah tuju yang sebenar adakalanya hendak memilih parti keduniaan (BN) dan adakalanya hendak berpijak di parti akhirat (PAS). Itu adalah gambaran parti dalam diri sekirannya ingin memilih sama ada memilih jalan yang baik dan jalan yang buruk.
Begitulah kehidupan sebagai manusia yang memerlukan perjuangan politik yang faham dalam diri agar dapat memilih parti dalam diri yg dapat membawa kepada kebaikan.Soal pemilihan yang terbaik adalah dengan cara mengundi (PILIHAN RAYA) dengan merencanakan pendapat dari mata orang lain dan tidak boleh berat sebelah (SPR) dalam membuat pemilihan. Berat sebelah di sini adalah mengikut hawa nafsu seperti mementingkan kepentingan sendiri dalam diri dan kebergantunggan hanay kepada dunia. Ada kalanya parti-parti dalam diri mengempen dengan meletakkan keduniaan utk menarik perhatian seperti jawatan dan harta. Namun jika seseorang itu stabil dalam diri utk memilih parti yg sebenarya ia tidak akan mengikut tawaran dengan memandang keduniaan.
Soal pilihan dalam diri dan pemilihan haruslah di teliti dengan lebih halus, teliti dari pelbagai aspek dengan antaranya, akhlak, logik dan kesan. Pemilihan berlandaskan akhlak adalah memilih sesuatu mengikut kebaikan dalam konteks yg lain kesejahteraan yg di bawa. Ada kalanya pemilihan politik dari segi akhlah ini menjadi mainan antara parti-parti politik dalam diri contohnya menampakkan kebaikan dan meneggelakan keburukan.. inilah di namakan mainan politik. Ada kalanya terperangkap dengan mainan akhirya terjerumus ke kancah kemasiatan akibat tidak membuat penilai dengan betul. Pemilihan dari segi logik pula, ia ibarat melihat perspeksi dari luaran segala politik tersebut antaranya kemana yg lebih banyak penyokong (kemahuan) dan menilai adakah kemahuan itu bersepadan dengan kehendak. Pilihan melaui kesan dan taggapan utk mencorakkan perjalanan selepas membuat pemilihan tersebut, adakah yg di pilih benar atau tidak. sekiranya benar, apakah akan berlaku selepas ini begitulah sebaliknya.
Memberontak dalam diri ia di ibaratkan "melompat parti". Hal ini kerana pemilihan dalam parti diri yg di pilih tidak di laksanan dgn betul ataupun ada perkara lain yg menghasut dan seterusnya menyebabkan keluar dari pemilihan dan membuat pemberontakan. Pemberontakan hanya terhasil bila tiada kepercayaan dalam diri utk melakukan dan hanya bergantug kepada sesuatu utk mencapai matlamat. Namun, apabila berasa tertekan dengan memberontak sebenarya memberikan kesan kepada diri dan org lain yg mempercayai kita sekaligus mengurangkan kepercayaan kepada org lain. Manusia di ciptakan dengan perasaan yg pelbagai dan adakalanya ia terpaksa mengikut kehendak sendiri kerana matlamat dalam diri tak kesampaian dan tujuan hidup banyak bergantung kepada manusia. Kebergantungan kepada manusia semata-mata ibarat kita tiada pengangan yg kuat utk mengutarakan tujuan dan matlamat kita kepada sesiapa dan mengambil jalan mudah utk memberotak dalam kehidupan.
Perasaan dalam diri dan juga org lain agar berjaya menarik manusia utk mendekati kita, Itulah politk manusia, Kadangkala kita terpaksa menjadi seperti org lain mengikut situasi utk mendekati lebih dekat perasaan mereka agar lebih memahami dan merasi situasi dan tidak mem"Blame" kan generasi tersebut. Perasaan juga perlu di jaga agar tidak memberotak dan mengutarakan sangkaan buruk terhadap sesorang. Dekat dalam konteks mendekati manusia dengan pelbagai kaedah utk melihat tanggapan awal sekiranaya ingin menguji seseorang. Menguji seseorang itu di ibaratkan menguji diri sendiri adakah kita berperasaan seperti org tersebut dengan menimbal semula adakan aku akan membuat pekara yg sama mcm org itu ke tidak.
Inilah satu daripada politik diri yang dapat di rasai dalam setiap manusia apabila memilih sesuatu perkara yg baik dan buruk. Pemilihan politik ini tidak boleh di pengaruhi oleh mana-mana perasaan benci dan marah kerana ianya godaan syaitan dalam mempegaruhi pemilihan. Pemilihan yg baik hendaklah berpakskan akal dan pemikiran yg jelas firahnya demi mencapai matlamat. Hati yg bersih dari perasaan mazmumah dapat menilai penilaian pemilihan dalam menentukan arah tuju dan kehendak diri sebenar dan hanya pertolongan Allah dapat membantu membuat keputusan... istikarah demi pemilihan perjuangan
-: aKu tiNggalkAn perJuangan deMi seBuah perJuangan :-

0 comments:

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.