MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Monday, May 30, 2011

Tahniah... kepada sahabat yang bertukar status..

Posted by MFS_8812

Dalil nas Al-Quran, iaitu sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang solih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"
(Surah An-Nur 24:32)


Tahniah kepada sahabat-sahabat yang berjaya membina masjid dan berjaya melengkapkan separuh dari agamanya. Satu lagi mangkin motivasi kepada diri kita apabila melihat sahabt yang akrab dengan kita sudah membina keluarga sakinah ketika usia muda. Takdir di tentukan olehNya dan perancangan dari kita menyempurnakanya.

Tuesday, May 17, 2011

Menjadi Lilin yang berKUALITI

Posted by MFS_8812

kali ini entry agak berserabut dengan keadaan diri yang semakin tonggang langgang akibat sibuk menyediakan dan memurnikan jadual peperiksaan sekolah almaklumlah menjadi SUP sekolah bukanya mudah utk menyelesaikan sesuatu permasalahan. Apa pun itu hanyalah alasan kerja utk mengelakkan dari pada meninggalkan penulisan blog yg sekian lama terperap tanpa sentuhan yang memberi maksud tersirat dan tersurat kepada semua. Gambar di atas adalah guru atau barisan tenaga pengajar dari sekolah Tinggi Islam As Sofa, yg merupakan jentera bersama-sama mendidik pelajar dalam ilmu akademik, quranik dan dinyahnik.

Sempena sambutan hari guru, berkesempatan ini saya ingin megucapakan selamat hari guru kepada seluruh guru-guru yang pernah mengajar saya di Sek Kebangasaan Jalan Bahagia, Sek Menengah Seri Bahagia , Sek Men Teknik Lipis dan Lecture yang berada di Universiti Tun Hussin Onn malaysia.. tanpa mu siapalah daku sekarang..

Sekarang ini, roda pusingan sedang berputar dulu kita belajar sekarang kita mengajar dan kini kita juga belajar utk mengajar.. sememang waktu hidup ini yang di manfaatkan utk belajar. Guru mengajar pelajar belajar. "jangan jadi lilin" jadilah lilin yang berguna kepada semua sanggup menerangi semua dan bermanfaat kepada semua agar menjadi satu mangkin utk memeberatkan neraca mizan kita kelak.. Guru sebagai qudwah hasanah (cth ikutan ) juga penting dalam mendidik para pelajar agar menjadi penglihatan terbaik kepada pelajar.

Mengimpikan yang terbaik kepada pelajar merupakan kepuasan guru dalam memberi pemahaman kepada pelajar apatah lagi para pelajar tersebut berjaya dunia dan akhirat serta memberi sumbangan kepada agama. Inilah yg perlu di terapkan di dalam hati guru-guru agar sejenak memikirkan bukan semata-mata akademik tetapi memberi pengajaran kepada pelajar tentang apa makna hidup tanpa ilmu agara keterbatasan dalam mendalami ilmu membuak buak agar pelajar menjadi lebih baik dari kita.

Masalah yang berlaku di sebabkan punca boleh di bendung dengan mencari punca menyebabkan masalah. Punca pelajar gagal kerana apa... adakah aku puncanya , inilah perlu ada dalam setiap guru-guru agar membina hati kita agar sentiasa bermuhasabah tentang pencapaian kita dan tidak merasakan puas dalam mendidik dan memberi makna kepada pelajar.

Justeru itu, peranan pendidik sememangnya penting dalam membentuk sahsiah pelajar agar selari dengan pembagunan dan selari dengan era masa kini supaya anak didik yg kita di bentuk boleh membentuk manusia kelak agar roda putaran manusia berilmu sentiasa bergerak. Bayangkan jika kita memberi ilmu yang bukan semata-mata dunia sahaja tapi memberi teguran bermanfaat kepada pelajar agar megamalkan teguran tersebut mana mungkit itu adalah teguran kepada pelajar yang diredha olehNya mungkin itu sebagai satu hujjah utk kita merasai nikmat syurga yg kekal.

Pesanan buat Lilin
JADILAH BAHAN BAKAR YANG BERKUALITI AGAR SENTIASA MEMBAKAR MENERANGI SUASANA SAMAR YANG MEMBERI JALAN KELUAR KEPADA SEMUA















Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.