MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Monday, January 18, 2010

Apa yg di fikir menyingkap yg batin

Posted by MFS_8812

Memikirkan perjalanan hidup semakin sukar dlm menjalani seharian, menimbulkan perasaan ingin memberitahu kepada semua org walaupun baru kenal. Begitulah realiti manusia, kdg ada yg tak mampu menyimpan dalam hati sehinggakan terasa terbuak-buak ingin menceritakan utk meredakan keresahan di hati. Ada yg mampu utk menyimpan namun berapa lama keresahan di simpan sehingga menimbulkan perasaan yg tidak baik. Kembali kepada ALLAH itu lah langkah terbaik utk menceritakan segalanya, sikit demi sedikit apa yg di simpan di sebarkan dengan rancangan Allah.. Akhirya semua keresahan dapat di hilangkan dan memerlukan kesabaran yg paling dalam.. Siapa tahu hati ini.. hanya Allah.. Kembali kepada Allah...Tidak perlu nak memberitahu semua keresahan dan kebangaan kita kepada semua sbb itulah satu cara nak mendekatkan diri kepada ALLAH. Rasa manis menyimpan perasaan kepasa ALLah iaitu merasai Cinta kepadaNYa sehinggakan tidak sabar hendak menceritakan kepadanNya.. itulah hati kita.. hati yg di beri oleh ALLAH ini, sedikit sebanyak dapat menutralkan permasalahan dan membahagiankan hati sehinggakan rasa seronok melakukan perkara esok. Bahgia rasanya apabila bersamaNya menceritakan keresahan dan kelemahan sambil merenung/ muhasabah diri utk memperbaiki... jika ada masalah Allah tempatnya... Adakah aku berseorangan? adakah rasa kekosongan ? rasa ingin mencintai? itulah hakikat sebanarya hati kita.. jika di bawa kepada tempat yg baik maka baiklah ia.. tarbiyah hati dalam mendidik pemikiran yg kretif dan mengdapat ilham ilmu.. tidak perlu menceritakan lebih pnjg... jga hati kerna dalam hati itu ada iman.... waktu yg paling seronok nak menceritakan kepadaNya ialah waktu hati berada di atas dr otak... iaitu waktu sujud... hati yg dapat menceritan dgn lebih tulus... dan hanya otak dapat memberi rungkaian... walaupun hati keresahan senyumlah utk merasi kemanisan segalanya..

WSS

Thursday, January 7, 2010

Aku Bakal Mati ?

Posted by MFS_8812

Mati atau Merdeka itulah yg dapat di lihat dari gambar di atas namun ia cumalah polimik untuk menarik pembaca agar ingin mengetahui apakah sebenar yang penulis ingin sampaikan. Namun Mati akan di cuba di realitikan selepas banyak kali di fantasi.
Pejam Celik pejam celik rupanaya sudah 21tahun 1bulan 3hari penulis hidup di muka bumi yg sementara ini. Kehidupan dari seorang budak kampung yg cetek pemikiranya lama kelamaan berkembang dan akhirnya masih dapat menaip keboard di laptop itu sudah cukup bersyukur kehadrat Ilahi kerana di perpanjangkan usia untuk memenuhi peranan suatu masa nati.
Berfikir juga sejenak semasa menaip nie, bilakah waktu ku akan tiba. Esok lusa atau selepas mematikan laptop ini, cukup mengerikan apabila di fantasikan sbb itu hanya mainan minda, di alam ghaibnya belum cukup lebih dari tafsiran akal.
Bilakah waktu atau masih ada waktukah utk aku? sekali lagi terdetik dalam diri sudah sempurnakan separuh tuntutan dari agama ( Kahwin ).
Bila terdetik mati, berdegup jantung dari aras normal sehingga mahu menyungkur dahi dengan berfikir betapa hinanya diri ini boleh mengalir air mata keinsafan, itulah realiti diri kita apabila kembali fitrah kematian dpt menenangkan hati.
Mati itu pasti,

Firman Allah:

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).

Mengigati mati mendorong kita utk mencipta kejayaan.

Bekerjalah kamu seolah-olah kamu hidup seribu tahun
&
Beribadahlah kamu seolah-olah kamu menemuiNya sbentar nanti

Kepentingan dunia boleh kita letakkan dlm jangka yg panjang tp soal beribadah hendaklah mengigati mati setiap masa tak kita di mana.
DARI perspektif agama, perkara berkaitan dengan kematian adalah suatu
yang positif. Ini kerana dengan mengingati mati, seseorang akan
melakukan persediaan untuk hidup lebih maju dan berjaya semata-mata
Salah satu cara bagaimana mengingati mati mampu membangunkan sikap
positif ialah dengan sering menziarahi orang sakit.
Mengigati mati ini juga boleh di kaitakan dengan motivasi diri. Jika fikir pjg maka panjanglah
Keyakinan dan keberanian inilah yang menjadi pendorong seseorang muslim
untuk berpandangan positif terhadap hidup.
Ini kerana, dia yakin akan mati, maka dia akan berusaha dan berikhtiar
sebaik mungkin agar dia dapat meninggalkan bakti berguna dan membina
demi agama, negara dan bangsa.
Disebabkan yakin bahawa waktu hidup hanya sementara, maka dia akan
berusaha gigih agar dapat memberikan peninggalan terbaik untuk ahli
keluarga, masyarakat dan negara.

Inilah yang diajarkan Rasulullah supaya kita mengambil iktibar daripada
peristiwa kematian. Dengan itu, hati kita menjadi lembut dan insaf lalu
dapat menghakis sifat negatif seperti menipu, menganiaya, takbur,
khianat, rasuah dan sebagainya
untuk meninggalkan bakti terbaik demi agama, bangsa, negara dan
keluarga.




Monday, January 4, 2010

Rupanya Indah Realiti dari Fantasy...

Posted by MFS_8812


Mana lebih Indah? Realiti atau Fantasy... rasanya soalan ini mcm soalan BODOH!.....
Tengah melaguk bosan, akhirnya dapat suatu idea ingin melontarkan cetusan idea yg datang tidak di sangka-sangka. Begitulah ciptaan Allah yg di hadiahkan kepada makhluknya untuk berfikir apakah benar itu suatu kejadian kebetualan atau suratan? Idea yg mengcurah-curah banyak mengalir jatuh ke hati dan jari menterjemahkan melalui penaipan, begitulah Iradat Allah dalam mencipta hambanya yg bermula secara halus, kemudian di aturkan sehingga menjadi suatu perancangan dalam pemikiran yg di mulai dengan idea dan di akhiri dengan terjemahan.Adakah ia satu fantasi yg semakin lama menjadi realiti.? Terpaku sebentar melihat tajuk pada kali ini. Pada pemikiran bermacam-macam andaian yg di buat utk sama dengan realiti bertujuan memperbaiki sesuatu, tidak kiralah ia sesuatu yg remeh ataupun besar utk di fikirkan dan dari andaian inilah lahirnya analogi-analogi yang dapat mengeluarkan hujah. Adakah org berimiginasi tinggi ini boleh menghasilakan realiti, atau yg berfantasi yg dapat menghasilkannya? Selalunya org yg mempunyai imiginisasi tinggi ini banyak perkara yang tidak di capai... tetapi org yg menagankan fantasi supaya menjadi realiti itu antara org yg dapat melahirak pemikiran luar dari kotak... membuat sesuatu yg tidak pernah di buat oleh org lain semata-mata memenuhi matlamat itulah cabang fantasi yg hampir kelamaan jadi realiti. Fantasy mungkin kita dapat bayangkan sahaja, tapi fantasy dari realiti dapat membentuknya dari bayangan hingga menjadi zahir. Akhirya byangan dapat di rasai dlm realiti.. Hakikatnya org yg membuat fantasi akan dapat berfikir bukan dari sudut tujuannya sahaja malah dari sudut kepentingan sekali.. Andaian blh dibuat dari fantasi agar realiti nanti lebih lancar walaupun ia sekadar rancangan... Tapi jika fantasi + gerak hati + analogi = perancangan LANCAR InsyaAllah.


Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.