MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Monday, October 13, 2008

Dairi seBuah hati part 2

Posted by MFS_8812




Sejenak berfikir perasaanku gundah dan resah, memikirkan perkara semalam rupanya duduk sahaja aku berdosa. Dengan kefahaman islam yang diberikan terlalu berdosa kepadaMu YA ALLAH, terasa berdosa juga kepada shabat2 yang lain yg bekerja tetapi aku duduk sahaja...
Apakah yang patut ku lakukan... sahabat bergurau senda walaupun ku tahu gurauan mereka penuh bermakna. Kadang2 penulisan lebih mudah dari kata-kata. Diri ku ini tidak mampu menjadi sepertimu Sahabat yang menjadi Tunggak perjuangan ISLAM. Tidak mendambarkan perasaan kecewa kepadaku tetapi masih memerhatiku jauh walaupun sedikit di hati sahabatku dirasakan pedih di hatinya. Apakah yg patut daku lakukan, adakah sekadar duduk sahaja? Adakah berdosa? Sebagai daie yg faham erti perjuangan mampukah sahabat mengubah dirKU?

Lihatlah ke dalam hatimu
Percikan cahaya
Yang akan membara
Menjadi penerang segala yang didepanmu

Lihatlah jua ke hatiku
Aku lah temanmu
Terimalah aku
Kita kan bersama mengharung dunia fana ini
Ku tidak mampu bercakap , ku tidak mampu berucap , ku tidak mampu terucap sesuatu kepadamu Sahabat....walaupun sudah ramai kenal ,perangaiku, sifatku dan jiwa ku yang kdg2 mampu membuatkan mu tersenyum. Walaupun kutahu senyuman itu bernada sinis dan berpuitis.. ku hanya mampu menulis bukan mampu berucap, sebab menulis itu membuatku menterjemahkan fantasiku supaya menjadi realiti..


Ya Allah Tuhanku..
Bantulah hambaMu..
Jangan biarkan diriku..
Terus dibelenggu..

Ampuni dosaku..
Terangi hatiku..
Izinkan aku kembali..
Ke jalan redhaMu..

Tiada lain yang ku harapkan..
Hanya kasih sayangMu Tuhan..
Membawa ke rimbun keampunan ..
Ya Allah..
PadaMu ku serah segala...

PadaMu ku curah segala...
Perasaan yang melara..
Engkaulah yang punyai cinta..
Membawaku ke puncak nasuha..

Ku kesali kealpaan diriku..
Ku tangisi kesilapan lalu..
Walaupun sekali..
Tak kan aku ulangi..

Sunday, October 12, 2008

Kadang2 pemikiran berimiginasi walaupun keputusanya tidak pernah menjadi realiti.Itulah kadang2 angan2 seorang hamba Allah yang banyak berdosa walaupun tahu apa itu dosa...

Tak kala hati sering memikirkan diri apatah lagi org2 yang lain semakin menjadi-jadi. meMbayangkan siapa diri kadang2 teringat realiti.

 Sejenak memikirkan,, terasa ruginya diri, bila angan2 semaikin di kuasai,, itulah yg terbuku di hati ini yang selama ini menjadi2, terikut perangai persekitaran ini tanpa memikirkan kesan nanti, rupanya hati masih tertaut lagi dengan perjuangan kini....

 Hati ini terasa disayangi, dengan adanya sahabat disisi, membantu kesana-kemari walaupun rasa hati sunyi sebab itulah fantasi dan realitinya adalah diri. Rasa diri disayangi kerna sahabat terpahat di hati. Memberi suntikan bertubi2 menjadi mangkin perjuangan ini.. takkan ku lepas perjuangan ini sebab itulah yang patut di tempuhi.. walaupun hati tidak berdaya lagi memikul peranan yang tidak pernah sedikit berkurang akan ku janakan dengan sepenuh hati walaupun diri terasa dikurangi.

 Kdg2 memikirkan diri kenapa ku masuk dalam perjuangan ini. Rupa2nya ingin menjadikan imiginasi adalah realiti.

Saturday, October 11, 2008

Senang dan mudah?

Posted by MFS_8812

Harapnya ia cuma gurauan spontan yang disangkakan biasa , tetapi rupa-rupanya ia satu perkara yang sahih. Esok, aktor Bollywood tersohor, Shah Rukh Khan akan menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk.

Sewaktu Nicol David dianugerahkan Datuk, masih boleh terima kerana beliau konsisten mengharumkan nama negara.. tetapi Lee Chong wei dapat gelaran datuk tu, saya agak tidak bersetuju kerana beliau kalah kepada Lin Dan.Tetapi kalau semudah itu boleh dapat anugerah Datuk, apalah nak dihairankan dengan Shah Rukh Khan dapat Datuk! Mungkin Datuk tu boleh dibeli agaknya. Duitkan segalanya.....

Terfikir saya, apa jasa Shah Rukh Khan sehingga mahu dianugerahkan Datuk? Ramai pejuang negara di luar yang perlu dihargai sumbangan mereka, tetapi aktor Bollywood seorang ini juga yang jadi pilihan hati.

luar negar, penganugerahan Darjah Kebesaran sangat terkawal, dan sesiapa yang memperoleh Darjah sangat dihormati. Tetapi senario tersebut berbeza di Malaysia. Saban tahun ribuan Datuk bakal ‘dilahirkan’.

Selepas ini, mungkinkah Amitabh Bachan, britney ataupun Arvin lavine yang di batalkan konsertya bergelar Datuk Seri ???

Jangan terkejut kalau kalau rmai yang menggunakan title "Dato" untuk bekerja..... 

PUTRAJAYA - "Tolong umumkan segera tarikh sebenar pilihan raya kampus (PRK) sesi 2008/2009."

Itulah laungan lebih 100 mahasiswa beberapa universiti di sekitar Lembah Klang yang berkumpul secara aman di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) petang semalam.

Sambil melaungkan slogan Student Power, mereka berkumpul atas tiket Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk menyerahkan memorandum kepada menteri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pengerusi SMM, Hafizuddin Abirerah, 22, yang juga merupakan pelajar tahun akhir Universiti Malaya (UM) berkata, KPT seharusnya telah mengumumkan tarikh tersebut memandangkan telah genap setahun sejak pilihan raya kampus tahun lalu.

"Namun di peringkat KPT dan HEP (Hal Ehwal Pelajar), kampus-kampus masih belum mengumumkan tarikh PRK diadakan untuk kebanyakan kampus terutamanya kampus di Lembah Klang," katanya selepas menyerahkan memorandum itu kepada Pegawai Khas Mohamed Khaled, Mohd. Arif Adenan di sini semalam.


Inilah yang di namakan student power!!!

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.