MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Thursday, March 25, 2010

Melengkapkan sebuah perjalanan...

Posted by MFS_8812

Kehidupan sememangnya tidak dapat lari dari mehnah dan tibulasi yg sering ada dalam jangkaan ataupun tidak, tp sememangnya ia di perlukan demi sebuah perjalanan. Jika di ibaratkan perjalanan tanpa cabaran, ia ibarat kita berjalan berseorangan dan berasa kebosanan dan akan selalu berhenti dan leka sekiranya cabaran tiada dalam kehidupan. Nak tak nak cabaran itu adalah keseronokan dalam kehidupan tidak kira merancang sesuatu perjalanan kehidupan apatah lagi dapat menempuhya dengan redha di samping memperbaiki segala kelemahan.
Mungkin penulis merupakan golongan muda yg masih baru dengan cabaran dan dugaan yg melanda apatah lagi menyelesaikan masalah yg jarang berlaku pada golongan muda. Itulah pengalaman yg Allah beri kepada kita agar mempelajari dari org lain agar tidak mengikuti dan terjebak bersama.Belajar pengalaman dari org lain lagi baik agar kita tidak menyesal dengan ada pengalaman org lain sekaligus menjadikan kita golongan bijaksana dalam merancang. Perancangan yg teliti haruslah di rancang agar ketelitian kita dapat mengurangi atau menutipi permasalahan supaya lebih confiden ke hadapan.Kebenaran yang tidak ada perancangan akan dapat ditewaskan dengan kebatilan yang terancang

Demi perjuangan biarlah sendirian dalam perjuangan. Itulah yg dapat di simpulkan saban hari dengan segala kehendak di abaikan agar dalam menjenamakan semula isi hati ini agar lebih sibuk dengan kerja yang sepatutnya di lakukan sebagai hamba. Biarlah kesibukan dengan kerja islam ini menjadi rutin harian tanpa memikirkan fitrah dalam diri agar ia sentiasa sebati dengan diri demi perjuangan. Jika di fikirkan semula, sememangnya manis berjuang tanpa memikirkan kehendak diri di samping beramal dengan anggota selagi mampu utk di buat hatta di laksanakan. itulah perjuangan dalam kumpulan mahupun sendirian yg bermatlamat hanya satu iaitu ALLAh. Biarlah sendirian kita berjuang namun aku tahu di belakangku pasti ada yg mengikuti.
Letakkan semaksimum keupayaan mungkin agar percapaian lebih dan lebih di ibaratkan kelajuan kereta yg memecut habis maksimum dan itulah tahap keupayaan sebuah kereta. Jika di ubahsuai kereta tersebut dgn di lettakkan engin v-tec dgn twin-turbo cukup gah keupaayaan sebuah kereta dan di luar bodynya di cantikkan dgn spoiler agar lebih yakin di lihat oleh org lain. Begitu juga dengan diri kita jika kita mencari kebaikan(menuntut ilmu) demi kebaikan(anjakan) yg menghasilkan keupayaan maksimum demi perjuangan islam apatah lagi akhlak kita yg di ubahsuai dengan diri seiring akhlak rasulullah. S.a.w.Apa yg hendak di ceritakan di sini adalah kehdupan itu boleh di ubah selagi mana kita yg mengubahnya...

Monday, March 22, 2010

SEKIRANYA ITULAH TAKDIR UNTUKKU

Posted by MFS_8812


Ketar-ketar jari jemari menaip keybord di laptop ini apabila sudah lama tidak menaipa ,menulis dan meng”update” blog yg merupakan sebahagian dari diri. Blog ini sudah tidak di update sudah lama kerana terlalu banyak kerja untuk di buat dan dirancang demi kebahagian orang lain utk mengecapi makna kehidupan sebenar sbg hamba. InsyaAllah orang lain di dahulukan, kebahagiaan di utamakan.

Takdir, sudah menjadi lumrah manusia di tentukan takdir sejak sebelum di tuipkan roh kedalam jasad di tentukan rezeki, pasangan , dan kematian yang manusia tidak mengetahui tenteng rancangan yg ALLAH aturkan semata-mata ingin melihat manusia menjalani dengan penuh kesabaran. ALLAH merancang sehalus-halusnya jalanan hidup manusia agar dapat melihat hambaNya itu, adakah mampu menjalani tribulasi kehidupan yg tidak di ketahui, walaubagaimanapun hambanya hendaklah sentiasa bersedia dengan semua itu.

Rezeki, itulah perkara yg tidak dapat di ketahui oleh manusia dan hanya mampu yg di lalukan oleh manusia hanyalah mencari rezeki dan yg di tentukan hanya Allah. Manusia zaman kini banyak mencari rezeki yg jauh dari landasan yang sebenar spt sanggup menipu dan menghalalkan rasuah dari pemimpin atasan yg bermatlamat yg menghalalkan cara. Begitulah manusia yg hanya bertunjagkan akal semata-mata utk merebut kekayaan dunia yg tidak pernah cukup dalam kehidupan sementara.

Pasangan, Pasangan dalam hidup rupanya di tentukan oleh ALLAH sejak dari roh lagi.

Melengkapi kepada sesebuah kehidupan ialah ikatan perkahiwinan. Rupanaya perkahwinan di rancang oleh ALLAH, tidak kiralah pasangan kita dari bangku sekolah ke?, kawan sekuliah ke?, Musuh kita, Teman sepejabat ataupun bos kita , itulah rancangan ALLAH. Membina Bait Muslim merupakan menunaikan separuh dari tutntan dan kehendak agama. Bagi pendapat penulis Membina Bait Muslim haruslah di percepatakan agar dapat menjaga kehormatan diri. Membina bait muslim yg berteraskan agama dapat melahirkan zuriat yg soleh dan solehah dari baka ibu dan ayah yg sudah memahami amanah dan tujuan hidup. Bagi pandapat penulis, kahwin muda adalah perkara terbaik utk mendapat zuriat yg sempurna, mengikut kajian kahwin dalam lingkugan 30tahun ke atas, kebarangkalian melahirkan anak istimewa ( Sindrom Down ) adalah besar kerana baka yg di simpan terlalu lama oleh si perempuan. Jesturu itu saranan penulis agar mereke yg ingin kahwin agar berkahwin sebelum umur 26tahun utk melahirkan zuriat yg sempurna dan memperbanyakan umat nabi Muhammad S.A.W.

Kematian… Kematian itulah kepastian yg di tempuh tidak di ketahui bila. Bila-bila masa sahaja kita boleh mati dalam keadaan redha dan tidak diredhai wanauzubillah.. Teringat penulis tentang lagu mirwana tajuknya andainya aku pergi dulu, cukup menarik dan meruntun jiwa dengan pemergian diri ini apabila di takdirkan pergi, adakah cukup amalanku menuju syurga. Andai ku pergi tinggal mu sendiri. Itulah lirik yg paling sebak di dengar apabila meninggalkan shbat sendirian. ”Usah kau sedih” itulah boleh di katakan. Meninggalkan amanah yg penting sebagai Anak, Abang , Suami, pekerja dan Hamba Allah, apabila roh di tarik oleh malaikat tidak kurang sesaatpun waktu yg ditetapkan oleh ALLAH dari alam Roh lagi. Itulah ketentuan ALLAH bila masa sahaja kita boleh pergi. Di takdirkan mati bila-bila sahaja waktu tidur, waktu makan, waktu berkuliah dan waktu memandu kereta 180 km/j itulah takdir yg di tentukan yg manusi tidak tahu bila dan waktunya ”Doakan ku sejahtera di Sisinya” itulah ungkapan terakhir sekiranya penulis ini pergi meninggalkan segala amanah yg di beri sementara oleh ALLAH agar dapat di tunaikan dengan baik. Andai diri ku pergi, tinggalkan mu(semua) sendiri, jangan kau sedih,usah tangisi itulah dugaan dari ilahi, sbb telah tertulis takdir utkku dan doakan ku sejahtera di sisiNya , bersaksi diriku tiada lain hanya kau satu memeliki cintaKu satu segalanya ku serah segala kepadaMu, perjanjian yg maha Agung. Sekadar bermuhasabah




Monday, March 8, 2010

KONVESYEN AMAL PUSAT 2010 : UKHWAH LAMBANG KEKUATAN

Posted by MFS_8812

Terdetik pula kali ini ingin menceritakan pengalaman di dalam dan di luar kampus dalam bersama menanam fikrah, utk menghasilkan fitrah yg sebenar dalam kehidupan. Ceritanya bermula dari kampus lagi. Ukhwah bersama sahabat ketika di kampus dahulu menjadikan kita pengalaman yg bertambah walaupun berlainan situasi sekarang ini. Begitulah perancangan Allah dalam menjadikan pengalaman kepada manusia agar mereka lebih matang bukan sahaja dari pemikiran malah matang dari tidakan sekiranya terjadi musibah yg sama. Ukhwah lahir dari diri sahabat itu sendiri, yg mana sekiranya sahabat itu berhati mulia spt RASULULLAH ia akan berfikiran terbuka dan bersangka baik bukan pada shbtnya sahaja malah musuhnya. Begitulah sifat Nabi kita yg patut kita cintai sedalam-dalamnya agar semangat perjuangan dalam diri Baginda meresap ke dalam tubuh umatnya agar menjadikan umatnya berpendirian teguh dalam memperjuangkan agamaNya. Kekuatan sesuatu organisasi bergantung kepada semangat ukhwah sesama mereka, biarlah di antara mereka ada yg sifat penghentam, sifat diam dan sifat sempurna namun ukhwah yg di tunjukkan mengentarkan pihak musuh. Penulis berada di terengganu ketika berada di program KONVENSYEN AMAL PUSAT 2010. Semangat peserta dari pelbagai negeri dapat di lihat dengan adanya 13wakil dari negeri masing-masing sudah cukup nampak yg UNIT Amal dulunya kini JABATAN AMAL sudah berjaya menghasilkan pejuang agama ALLAH yang kecil ini, namun besar jasanya kepada masyarakat. Biarlah org melihat kerja kecil kita ini, namun pada pandangan ALLAH besar dan menjadi keredhaaNya kelak. Ketika mendegar bacaan DOa Wehdah ini, naik membuak semangat dalam diri walaupun pada dasarnya masih berperang dalam diri, semangat naik dengan teriakan shbt yg berlainan usia yg mengejar hanya satu iaitu redha ALLAH. Teriakan doa wehdah yg menggemakan dewan sudah cukup mengegarkan Musuh-musuh ALLAh dengan linagan air mata jatuh pelahan-lahan di pipi shbat yg lain. Inilah Ukhwah lambang kekuatan dalam Jabatan AMAL malaysia. Biarpun berlainan tempat dan situasi, biarpun berlainan situasi politik namun perbezaan ini hanya satu cabaran yg berbeza utk anggota amal utk terus berjuang walaupun pahit namun manisnya janji ALLAH...
Akhir kata dari penulis.. teruskan perjuangan kalian.... ukhwah lambang kekuatan...Takbir!!!!



Sunday, March 7, 2010

KEMATIAN ITU PASTI

Posted by MFS_8812


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."


Sebak mengenangkan tentang mati ini, sbb sekiranya penulis ini mati terlintas fikiran dalam hati "adakah cukup amalanku hidup di muka bumi ini".. mana tahu selepas "logoff" blog ini Allah mengambil nyawa ini tanpa di sedari. Anggapla ia suatu muhasabah kepada diri kita agar lebih bersedia tntang mati. Kematian ini menyebabkan kita lebih bijak dalam melakukan suatu kehidupan. Berhati-hati dengan tindak tanduk dan aspek kehidupan begitulah mendekatkan kita kepada ALLAH dan mengigati mati setiap detik.

Sambil memandu juga boleh di ambil nyawa bila-bila, namun apabila di fikirkan sekiranya panduan kita ke arah yg benar tidak mustahil kita boleh di ertikan mati syahid sekiranya Allah yang menentukan. Memikirkan usia yg muda lagi dalam kehidupan sambil muhasabah diri tentang mati, dgn memikirkan siapa yg di tinggalkan selepas mati, apa yg terjadi selepas mati ini dapat membentuk pemilkiran perancang dalam amalan seharian yg di jalankan. Begitulah hidup kita, sekiranya di takdirkan menjadi abg dalam keluarga maka di takdirkan mati sbg abang yg ada peranan yg menanti sekiranya di berikan nyawa.Sekiranya di matikan dalam keadaan beristeri maka peranan suami utk menydiakan bekalan utk isteri mereka. Segala tidak tanduk kehidupan yg di rancang InsyaALLAh di permudahkan olehnya, cumanya diri kita kena bijak bersedia sebelum mati, bersedia menerima mati, bersedia selepas mati.

" Mati itu menjadikan kita cerdik dalam kehidupan"


Saturday, March 6, 2010

Dunia Hampir Kiamat, Apa perlu di lakukan

Posted by MFS_8812


Rasanya sudah lama penulis tidak menulis dan melontarkan pemikiran dalam blog, namun ini tidak mengurangi semangat penulis utk menulis. walaupun ketandusan idea ketika ini utk menulis namu di kuatkan juga utk memberitahu kepada semua apa yg tersirat.
Dengar shj mengenai kiamat semuanya takut dan memikirkan apakah tindakan kita apabila kiamat berlaku tiba2. Bermacam-macam bencana berlaku dalam dunia dgn pelbagai targedi yang mengubah plat tektonik dan muka bumi dengan kepanasan melampau yg dapat mencairkan ais di kutub selatan @ utara. Cukup jelas ini membuktikan kiamat hampir dekat, dgn kepanasan yg berpanjangan yg mungkin menyebabkan tanah hilang zat dan akhirnya runtuh apabila adanya hujan secara tiba-tiba ini menguatkan lagi sabda Nabi Muhammad dibawah

Sabda Nabi SAW :
"Menjelang datangnya hari kiamat akan terjadi perubahan bentuk muka,tanah runtuh dan kerusuhan"
(Sunan Ibnu Majah,kitab Al Fitan.Hadith Sahih)

Pernah seketika kwn penulis, menceritakan tentang planet zuhal yg telah berubah pusingan dan melawan arahnya. Ini menyebabkan penulis terpaku sebentar, adakah kiamat berlaku pada zaman yg terdekat ini, adakah anak2 penulis kelak akan menghadapi waktu seawal kiamat.
Pernah juga terbaca hadis nabi yg menyatakan " Teruskan kamu menanam Sebijik kurma walaupun kiamat itu sampai".
Ini dapat di simpulkan yg manusia jgn memikirkan kiamat sbb itu kerja ALLAH, soal bila itu kerja ALLAh. Biarlah kita teruskan kerja kita utk bercucuk tanam Amal kita di dunia, memperbaiki dan muhasabah dalam memantapkan iman di samping memperjuangkan agama ALLAH di muka bumi ini. Mana tahu usaha kita ini dapat melahirkan negara ISLAM yg mantap dan seterusnya membangkitkan islam di serata dunia. Di akhir kiamat nanti Islam akan bangkit dan merudum dan disitulah biarlah mereka yg di pecahkan kepada beberapa golongan merasai kiamat yg telah di tentukan oleh ALLAH.
Sekian, hnya pndpt

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.