MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Wednesday, April 14, 2010

Antara 2 pilihan, manakah pilihanku...

Posted by MFS_8812

Tersepit di antara dua jalan, inilah sering kali berlaku dalam kehidupan, bukan sahaja memilih pasangan bahkan memilih haluan dan perjalanan hidup sering membuntukan pikiran yang sentiasa istikarah dalam keadaan utk memilih jalanan hidup. Hidup diantara 2 sama ada belajar atau teruskan bekerja, itulah yg menjadi ganguan benak pemikiran yg sering di belenggu oleh dua pilihan ini. Terfikir juga dalam diri, adakan usiaku sebegini sudah cukup bersedia utk bekerja dalam medan dakwah yg terbesar ini.

Kerja : Mainan dalam diri mengatakan kerja, sebab kerja yg di buat selama ini adalah medan dakwah yg semestinya pahit utk di harung tetapi manis jika di tempuh. Inilah hasratku dalam hati ini, walaupun hanya menjalankan pekerjaan yg melicinkan dakwah , tp sudah cukup dapat mendidik hati agar lebih kuat lagi. Medan dakwah yang besar ini, memerlukan tunjuk ajar yang persis dan jitu agar menjadi lebih kuat kefahaman dan kerelaan dalam menjalan fitrah kita yang sebenar. Menjalankan aktiviti dakwah anak muda spt di sekolah2 dan jabatan merupakan suatu tanggungjawab fitrah dalam menjalankan peranan sebenar hambaAllah. Terfikir sejenak semula kata-kata Tuan Guru Hj Hadi dalam ucapanya di makan malam Amal "Ramai di kalangan kita yg menjadikan kerja dakwah sbg kerja pelengkap, bukan kerja utama. Sedangkan kerja dakwah spatutnya menjadi kerja utama, sbb itulah perkembangan dakwah mudur tidak seperti zaman dahulu". Sebenarnya sudah lama bersarang dalam hati hendak melakukan dakwah kepada semua, namun apakan daya hanya kerja pelicinan dakwah yang mampu, dan sedikit kekuatan yang di gunakan utk menjalankan gerak kerja dakwah dalam bermusafir. Walaupun acap kali ke hulu ke hilir dari utara bertandang ke selatan , namun kekuatan izzah dalam bercakap utk memberi kepada semua golongan masih dalam pembelajaran.Kerinduan dalam membuat kerja dakwah ini mesti di rindui dengan berbagai pegalaman langsung dan tidak langsung di pelajari, dengan pelbagai ragam manusia kita kenali dan pelajari di samping mendidik hati dan rohani agar memahami peranan sebenar hidup utk memberi. Namun, apakan daya itulah cabaran dalam mempelajari segala bentuk ilmu dalam mengenali manusia apatah lagi pencipta kita. Sebak rasanya sekiranya medan perjuangan dakwah ini di tingalkan atau satu ungkapan lain di tangguhkan, walaubagaimanapun pilihan tetap pilihan biar Allah menentukan dengan pelbagi cara.
Belajar: " Aook pegi belajar la dulu, baru kerjaa, nanti kahwin senang sikit" loghat lipis itulah satu kata-kata motivasi yg tidak ketahui dari mana asalanya ucapan tersebut, namun masih di cari dan di selidiki. Belajar pekara yg sememangnya perlu dalam kehidupan apatah lagi sebagai satu tiket atau lesen utk menjadi YB atau KP (ketua pemuda) kelak, Amin. Mendegar kata-kata naqib dalam keadaan sekarang memerlukan title belajar utk menjadikan izzah dan "kehormatan" kepada semua manusia khasnya di malaysia utk kembali berdakwah kepada semua golongan yg liat tentang islam juga memerluakan pangakat pembelajaran agar ilmu dalam pengucapan di pandang oleh semua golongan. Jika di fikirkan juga semula, dakwah itu bnyk cabang, di kampus juga boleh berdakwah sbb keupayaan dakwah adalah setaraf kerana tiada had umur atau berbeza situasi. Keadaan umur masih muda sekarang ini, memerlukan pengalaman yg mendalam dalam menjalani kehidupan yg tidak tahu bagaimana mehnah tribulasi di sana. Mungkin dengan menyambung pengajian ini, lebih bermakna lagi dalam penyampaian siapa tahu.. apa apa pun kita merancang, Allah juga merancang, dan perancangan Allah itu lebih baik...
"Ya Allah, hambaMu ingin memohon pilihan menurut pengatahuanMu dan memohon kurniaMu yg besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yg mengetahui segala yg gahib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan ini terbaik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkan utntukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkat kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikalau di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk utkku, dalam agamaku, kehidupanku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah utkku yg baik-baik saja di mana saja adanya, kemudian puaskanlah dan redhakanlah hatiku dengan takdirMu itu"

0 comments:

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.