MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Monday, February 22, 2010

Cerita 1 : Part 2 : Sebuah Pengharapan

Posted by MFS_8812

Sambil meriba kaki Amin, ku rasakan urat di mukanya mula timbul. Aku dapat rasakan sejuknya kepala Amin sehinggakan aku nampak Amin terketar-ketar dengan nafas yg mengcungap-cungap sudah cukup memilukan hatiku. Berfikir sejenak sewaktu berkenalan dgn Amin, sewaktu di kantin sekolah waktu itu aku makan berseorangan di meja yg paling jauh dengan org lain. Amin menyapa ku " Nama kamu siapa" tanya Amin kepadaku dengan nada pelat. Aku terus menjawab " Fais" kataku. Itulah salah seorang kwn yg berani menegurku. Sifat aku tidak suka mengendahkan org lain sehinggakan org tersebut menegurku, itulah sifat yang ku warisi dari bapaku yg org kenalinya dengan kebengisan tetapi dalam sudut hatinya seorang yg mudah mesra. Aku berasa lain bila bersama Amin kerana dalam dirinya terpacar kemeseraan dalam dirinya sehinggakan hendak selalu berjumpa dengannya selalu, mungkin dengan kata2 lemah lembut dan ramai org mempercayainya sebab jujur dalam percakapan.
"Amin bangun Amin" kataku sambil menepuk pipinya gebu, dia tidak mengatakan apa-apa. Pak Meon terus menggosok kaki Amin sambil mentera di mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. "Aku tak nak kehilangan kawan lagi " benak hatiku berbicara. Muka Amin terus pucat lesi dngn peluh pula mengalir, lama kelamaan mulutnya keluar cecair putih, hendaku membuangnya namun Pak Meon melarangku. Akhrnya aku dapati tubuh Amin sudah tidak bergerak lagi, segala tangannya yg tergetar berhenti mengejut dan Pak Meon memandang mataku sambil menggelengkan kepala kepada ku. Aku terasa Amin melambai-lambai dalam jiwa, dan Pak Meon berkata " Fais, Amin dah takda dia sudah meninggal". Tiba-tiba mataku terasa sesuatu ingin keluar semula, ku rasakan berkilat mataku, dan apabila ku pejam air mataku terus mengalir, membasahi pipi. Pada mulanya dapat ku tahan, akan tetapi melihat Pak Meon menyapu air matanya di pipi, aku terus teresak-esak menangis. Sahlah Kawan ku yg aku paling gembira dengan ku sudah tiada lagi. Walupun aku budak-budak, aku sudah mampu menumpahkan air mata ku kerana kawan.... BERSAMBUNG


Sunday, February 21, 2010

Cerita 1 : Part1 : Sebuah Pengharapan

Posted by MFS_8812

Terpaku ku sendirian di semak samun dlm belukar di keadaan tenang... mataku terus beralih kepada seorg kwn karibku Amin. Mataku terasa ingin melihat apakah sbnry berlaku... lantas aku terus meluru ke amin tanpa mengiraukan semak di sisi kiri kanan ku... Apa yg ku lihat kawan ku amin yg sebaya denganku terbaring rebah dalam keadaan meminta tolong.. "Fais tolong! aku! sakit nie!!" aku lagi terpinga apa yg berlaku sebenarya dlm benak hatiku.. Aku semakin kehairanan apabila tiada darah yg aku nampak di kaki amin dan cumanya dia meraum kesakitan. Aku kaku dan terpinga lalu terus aku berlari tanpa berselipar memijak duri-duri semalu yg kuraskan perit namu ku kuatkan jua utk menyelamatkan kwn baiku sejak dari aku sedar aku ada kawan dan terus menuju ke sekitar kawasan rumahku untuk meminta tolong. Aku melihat pak meon sedang menebas semak di kawasan belukar tepi bukit sana " Pak Meon tolong sy sekejap, amin kat sana ! mcm, kena sesuatu" perkataan mengah perpancar di ayat ku dan aku terus menarik tangan pak mat tanpa menghiraukan keadaan Pak mat yg hnya berkelambu (berpelikat). Dalam hati ku berkata "Salah kah aku membuat perkara sebegini kepada org tua??". Tanpa mengira lagi aku terus berlari pergi ke amin. Amin keadaan pucat dari mata kasar ku.. hnya aku lihat dia tergetar-getar pergelangan tangan sambil ku rasakan sejuk pada tnganya. "Astarfirullah.. dia nie kena patuk ular nie" kata Pak Meon. Aku terus terduduk dan menjadi lemah seluruh anggotaku, namu aku kuatakan juga utk menyelamatkan kwn ku yg baru aku kenali sewaktu pembukaan semesta persekolahan. Gagah berdiri semula kerana ku tahu, nak menyelamatkan dia agak tipis. Aku meriba kepala amin dgn Pak Meon meluruskan kaki sambil mengusap di tempat patukan tersebut. Aku nampak Pak Meon membaca seuatu pada kaki amin, namun air mataku tak dapat bertahan lagi dalam takungan kelopak mata lalu bercucuran jatuh ke muka amin. Mengenagkan saat bersama Amin wlaupun tak sampai 2 bulan perkenlan cukup memadai dgn 2tahun lamanya bersemuka. Aku kesiankan amin, yg merupakan anak tunggal Pak Zali dan Mak Cik Ziana yg selama ini percaya apa yg tindakan ku buat dalam teman seperjuagan dalam permainan di hutan. Air mata ku terus mengalir, walaupun aku tidak mengerti apa sbb yg aku nagiskan kerana usiaku baru 7 tahun. Bersambung......


Wednesday, February 17, 2010

"Revolusi"kan Kehidupan agar naikkan Tranformasi IMAN

Posted by MFS_8812

Hidup ini hanya sekali seumur hidup, sedar tak sedar dah baru bermula kehidupan kita... Situasi sedar dan tak sedar kerap kali berlaku kepada mereka yg pramatangnya lambat daripada org lain. Inilah salah satu kesedaran dalam diri agar lebih maju setapak lagi kehadapan utk menjalani kehidupan spt manusia yg inginkan perubahan. Dalam konteks politik, mana-mana parti akan cuba buat perubahan utk memenagkan sesuatu parti tersebut dalam masa yg sama perubahan mereka itu seiring dengan kehendak yg di gariskan..
Perubahan atau revolusi ini memainkan peranan penting dalam diri agar diri kembali fitrah kepada Penciptanya. Perubahan ini dapat di simpulkan spt mainan kereta yg di upgrade untuk kelajuan dan agar nampak cantik supaya kelihatan cantik dari kaca mata penciptanya dan kawanya.. Begitulah kita, kita mahukan perestasi terbaik utk diri kita melangkah kepada pekara yg baru, supaya pekara baru itu, dapat di lalui dgn tenang dan sekaligus merasai kehidupan tanpa rasa bosan.
Rasa bosan sbnrya datang dalam diri kita sendiri, apa bila kerap kali berbuat perkara yg sama memang tak dpt di nafikan ia membuatkan kita rasa bosan dalam pekerjaan.. inilah transformasi yg perlu di lakukan agar pekerjaan kita tidak bosan dan sekaligus menyebabkan niat kita lari.. Transformasi yg kerap kali berlaku dapat membina diri kita utk belajar dalam membuat pekara baru dalam masa yg sama meguji diri kita agar lebih dekat dgn ALLAH dengan ujian yg di tempuhi.
Kehidupan kita sebagai manusia sentiasa di uji dari pelbagai sudut, ada org menagis ada yg duka ada yg tenang dan ada yg sanggup tidak terus hidup, namun itulah ujian yg di berikan kepada manusia agar lebih matang dalam beribadah kepadaNya, agar mendalami segala ujian yg di lalui agar faham terhadap kehidupan agar tidak terjadinya perkara semalam yg sama. Semalam merupakan sejarah yg dpt memperbaiki diri terhadap kehidupan agar tidak terjerumus dgn pekara-pekara sama (rugi ) dalam kehdupan.
Linagan air mata, menjadi saksi akan segala apa yg ada di hadapi, tangisan itu biarlah Pencipta hanya yang tahu, datang dari hati yg di himpit perasaan , mutiara suci itu biarlah berlinagan agar semakin manis bersama menceritakan dugaan yg di alami supaya mendekatkan diri bersama ALLAH. Ini dapat merasai manisnya kehidupan dalam mendekatkan diri kepada pencipta semakin hari semakin terpancar rindu lukisan pada pencipta. Ujian itu tarbiyah dalam diri agar lebih dekat dgn ALLAh supaya kembali menceritakan kepadanya tidak kira dari pelbagai aspek dalam kehidupan agar kita kembali fitrah kita kepada pencipta yaitu ALLAH..


Saturday, February 6, 2010

Meratapi perjuangan...

Posted by MFS_8812

Liku-liku, mehnah dan cabaran banyak di rasai oleh semua manusia apatah lagi berada dalam arena perjuangan. Sememangnya arena perjuangan tidak boleh lari dari kehidupan yg kerap kali di uji dari pelbagai aspek kehidupan agar matang dalam tindak tanduk. Segala kematangan yang di hadapi mestilah di gunakan sebaik mungkin untuk berjaya. Kejayaan itulah satu dari perkara yg ada dalam diri manusia sejak dari kecil lagi ketika azan di bisikkan di telinga kita. Begitulah hidup, semua manusia ingin berasa berjaya dan merealisasikan matlamat... Matlamat perlu jelas agar lebih kita faham dengan keadaan.
Sebenarnya mahu ceritakan tentang perjuangan... adakah perjuangan boleh berubah-ubah..????
Pelajar,, sekiranya kita di situasi pelajar apa perjuangan kita sebenarnya... mesti dah faham maknaya belajar. Belajar dari kata yg lain belajar semuanya tak kiralah akademik, sosial dan kepimpinan. Jadi perjuangan pelajar adalah belajar utk suatu hari nanti dapat membantu agama mungkin dari sudut ekonomi dan akademik...
Abang/kakak,,, Peranan seorang abang/kakak ? Sekiranya menjadi abang makna di sini perjuangan utk memimpin keluarga. Memimpin keluarga itulah salah satu peranan sbg abg/kak yg bongsu di samping menjaga keluarga dan adik beradik agar lebih terurus dan mengikuti kehdak yg di tetapkan dalam islam..
Pekerja... sebagai pekerja pula perjuanganya pula utk mecari dana diri mereka sendiri dan sekiranya berkeluarga mereka terpaksa menaja anak dan isteri mereka agar menjadi sebuah keluarga islam yg melahirkan perjuang/judullah agar memartabatkan islam di negara. Perjuangan ini memang ramai yg terlibat dan merupakan rutin harian..
Penceramah/ Pendakwah,, kategori inilah merupakan perjuangan yg sebenarnya dengan dakwah yg di sampai kepada pendegar inilah perjuangan dalam mendidik jiwa pendegar agar lebih taat dan patuh kepada ALLah..

makna di sini perjuangan tidak dapat lari dari setiap golongan dan manusia, namun sekiranya manusia ini berfikir sejenak dengan perjuangan mereka ini mestilah mereka terfikir matlamat kehidupan yg sebenarnya sebagai fitrah manusia yg yakin mereka memperjuangkan sebenarnya satu matlamat iaitu Allah.


Friday, February 5, 2010

Adakah SeMAKSIMUM ???

Posted by MFS_8812

Hari demi hari kian berlalu sedar-sedar sudah bulan 2 tahun 2101, usia penulis genap 21 tahun 2 bulan.. terasa sekejap sahaja merasai zaman remaja yg acap kali bergelumang dengan perkara sia-sia suatu ketika dulu. Namun itulah maxsimum kita dalam merasai perkara sia-sia, bila di takdirkan oleh ALLAH maka rasailah situasi tersebut.... Namun begitulah realiti manusia, ada yg tidak dapat menahan sehinnga sanggup bergelumang dengan pekara sia-sia dan mendatangkan dosa yg tidak di ketahu kerana kejahilan tentang Agamanya Sendiri..
Ada org merasai manis dahulu barulah pahit, ada org merasai pahit dahulu barulah manis.... namun keduanya ada hikmah sendiri... tp bagi diri penulis biarlah pahit dahulu kerana anggapan penulis agar kita dapat tahu percapaian maksimum diri kita dalam keadaan pahit tersebut dan InsyaAllah dapat memperbaiki dengan lebih mudah dan senang apabila kelebihan menghadapi perkara pahit sudah di lalui...
Sesetengah org kena maksimum kan diri mereka dengan lebih kuat sekiranya menghadapi musibah dari ALLAh kerana merupakan Tarbiyaah dari Allah dan menjadi hidayah kepada kita utk terus hidup dan memperbaiki hari hari mendatang. Ada org ada ibu bapa, ada org tiada ibu, ada org tiada bapa, namun begitulah satu ujian zahir yg ALLAH tunjukkan kepada kita agar mereka-mereka ini merasai kehidupan yg berbeza dari org lain dalam masa yg sama dapat mendidik mereka agar lebih matang dengan kehidupan. Tp bagi penulis inilah kdg2 ujian yg paling di takuti sbb tidak mahu mereka yg di sayang pergi. Melihat shbt shbiah yg sudah ketiadan bapa mahupun ibu sbnarya meruntun diri penulis sbnrnya lagi2 dalam perjuangan di tambah lagi dengan bebanan kerja dan masalah keluarga dan status kakak. Pernah juga terfikir klw lah terjadi pada diri penulis, adakah mampu utk diteruskan kehidupan dalam perjuangan apatah lagi dalam diri. Namun itulah tarbiyah atau latihan dari Allah utk hambanya yg berjuang dalam menjalankan kerja-kerja islam.. sekiranya semaksimum diri kita guna utk menggunakan takdir InsyaALLAh akan lepas segalanya...
Ada juga di uji dengan cinta, lepas "clash" semuanya berubah, result jadi teruk kononya study boleh bersama2 namun ada yg ketiga (syaitan), mana ilmu nak berkat.. dan ada juga bila terputus dengan kekasihnya ia kembali kepada ALLAH, kembali fitrah berpakaian menutupi aurat dan berpurdah, rasanya kes ini banyak berlaku sewaktu awal remaja contonhya di matrix mahupun semesta awal belajar, mereka ini di beri tunjuk ajar oleh ALLAH dengan maksud cinta , jadi ini akan menyebabkan mereka ini muslimat khususnya dapat mengenal destinasi cinta yang sebenar dan melahirkan muslimah yg faham akan cinta yg sebenar walaupun di uji dengan hati cinta dunia,begitulah serba sedikit tapisan latihan Allah kepada hambanya yang makin dewasa dengan semaksimum pemikrannya. Itu sebenarnya hijah dari ALLAh kepada penciptanya yg di pilh dan ditapis utk memeperjuangkan agamanya
Pernah jua terdetik dalam hati penulis utk menerbitkan buku sendiri bertajuk " Kembali Semaksimum Fitrah" oleh : Mohamad Fazli Bin Samsudin.. IsyaALLah suatu masa nanti akan di gunakan semaksimum diri ini utk berdakwah dalam buku agar method dakwah tidak terlalu jumud utk berhadapan mereka. Mungkin suatu masa nanti penulis-penulis novel boleh menerbitkan cerita cinta fitrah yg menggunakan tajuk novel yg "power" cthnya "Fitrah Cintaku" semata-mata utk menarik pembaca agar memahami siapa yg seharusnya di cintai dahulu, agar fitrah kita di gunakan semaksimum mungkin.... InsyaALLAH...
Penulis berharapan agar segala tindak tanduk dan zahiran kita di gukanakan dengan semaksimum mungkin, kawalan otak kita membolehkan kita melakukan dengan semaksimum mungkin keupayaan, jangan letakkan perspeksi kita terlalu awal di tahap yg rendah kerana jika terlalu awal capaian otak kita akan menyebabkan ia terhad dan "mind set" kita di sekat terlalu awal. Cthnya jika kita pandu kereta dlm keadaan letih dan mengantuk, sekiranya kita beranggapan akan berhenti di perhentian paling dekat maka mata kita lebih mengantuk dan apabila di letakkan perhentian yg paling jauh mind set akan mengatakan boleh lagi... boleh lagi... dan dalam masa yg sama ia bekerja di atas tahap keupayaan dan menyebabkan mengantuk tu hilang... ini adalah pengalaman penulis.... tp jangan cuba2 buat klw tidak biasa nanti terjadilah perkara yg tidak diingini.... sekian...

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.