MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Monday, January 31, 2011

SERUPA TAPI TIDAK SAMA

Posted by MFS_8812

'Serangga hijau' kurang sengat


SETH Rogen dalam filem The Green Hornet tidak seperti watak adiwira tipikal yang lain.


TIDAK seperti kebanyakan filem adiwira yang lain, The Green Hornet bukan berasal daripada komik. Sebaliknya, ia naskhah adaptasi drama radio dan siri televisyen popular era 1960an.

Britt Reid ialah Paris Hilton versi lelaki. Hidupnya yang asyik berpesta dan berpoya-poya mengecewakan bapanya, James Reid, seorang pemilik empayar media terkenal.

Pada awal filem ini ditunjukkan bagaimana James kecewa terhadap sikap anak tunggalnya dan kekecewaan itu dibawa sehingga ke mati. Kematian James secara mengejut memberi ilham kepada Britt untuk menjadi hero pembanteras jenayah.

Kegilaan itu bukanlah kerana mahu menebus rasa bersalah atau membantu masyarakat, tetapi kerana ingin membuktikan dirinya bernilai. Idea itu tercetus apabila dia bertemu dengan bekas pekerja bapanya, Kato.

Kato ialah seorang pembancuh kopi dan mekanik yang hebat. Dia mampu menukarkan kereta mewah menjadi mesin pertempuran yang dipanggil The Black Beauty dan mencipta senjata mengikut misi yang dijalankan.

Kato menjadi tulang belakang Britt dalam memenuhi segala fantasi majikan barunya itu. Sebagai pewaris akhbar The Daily Sentinel, Britt menggunakan kuasa untuk mempopularkan alter egonya sendiri.

Dia mengarahkan wartawan agar menjejaki dan membongkar identiti sebenar The Green Hornet sehingga The Green Hornet menjadi tumpuan ramai.

Kemasyhuran itu menangkap perhatian ketua penjenayah, Chudnofsky. Kemasyhuran itu turut menjadikan ego Britt bertambah besar sehingga menggugat perhubungannya dengan Kato.

Bagi Britt, Kato tidak lebih sekadar pembantunya dan bukan penggerak utama dalam setiap misi The Green Hornet.

Tidak seperti kebanyakan watak adiwira yang lain (contoh rujukan: Batman/Bruce Wayne atau Iron Man/Tony Stark), Britt/The Green Hornet tidak berkemahiran, tidak berbakat dan tidak bijak. Dia hanyalah anak orang kaya yang besar kepala dan kuat berangan.

Memang benar, Kato yang mencipta segala gajet dan Kato juga yang mampu menewaskan lima lelaki sekali gus, tetapi Britt yang menjadi penggerak kepada impian mereka.

Filem ini bergerak di atas paksi yang pelbagai. The Green Hornet memberi peluang kepada penonton untuk melihatnya dari dua perspektif, sama ada sebagai sebuah filem adiwira yang serius atau sekadar satu spoof.

Bermula agak perlahan, The Green Hornet mengambil masa untuk membina momentum dan menerangkan setiap karakter dengan penuh perincian.

Kerana bintang utamanya, Seth Rogen turut bertindak selaku penulis bersama dan penerbit, filem ini tidak lari dari 'bau' dan aura jenaka dewasa dalam Superbad (2007) atau Pineapple Express (2008).

Rogen ialah seorang lelaki yang melucukan dan pelakon yang baik apabila menggalas watak pembantu, seperti dalam The 40 Year Old Virgin (2005) dan Funny People (2009).

Namun, apabila lampu sorot disuluhkan kepada dia sepenuhnya, Rogen tidak mampu mengimbangi tugas seberat itu. Dia bukanlah satu karakter yang disenangi dan ada masanya menjengkelkan.

Kerana Rogen mahu menjadi fokus utama filem ini, para peminat Jay Chou barangkali tidak cukup puas. Sebagai Kato, ada gerak aksinya yang menarik, tetapi dialog-dialognya masih dibayangi 'kekuasaan' Rogen.

Apatah lagi dengan bahasa Inggerisnya yang pelat dan riak wajah dingin yang boleh ditafsirkan sebagai lakonan yang kaku.

Babak yang paling menarik ialah kemunculan istimewa James Franco sebagai ketua penjenayah Los Angeles. Walaupun adegannya tidak sampai lima minit, dia berjaya mewujudkan keserasian dengan Christoph Waltz.

Humor yang dipaparkan bersahaja, malah Chudnofsky begitu berkesan di tangan Waltz. Dia mengimbangi peranannya di antara penjahat yang kejam dengan penjahat yang komikal, terutama apabila dia mahu menukar 'nama' kepada Bloodnofsky (akibat terpengaruh dan mahu bersaing dengan populariti The Green Hornet).

Manakala Cameron Diaz hanya menjadi 'gula-gula mata'. Watak setiausaha Britt bernama Lenore itu tidak ubah sebagai tempelan atau dalam bahasa mudahnya, asal ada karakter utama wanita.

Bagaimanapun, untuk 'seekor serangga hijau' yang namanya gah menerusi drama radio dan siri televisyen, filem ini sederhana saja.


SUMBER : COPY PADA BERITA HARIAN ;

Sunday, January 30, 2011

KERDILNYA DIRI KITA

Posted by MFS_8812


Terasa kerdilnya bila di renung kembali diri apabila di bandingkan dengan diri makhluk apatah lagi yang menciptakan diri ini . Inilah satu muhasabah pada diri kita yang dapat memberi satu rangsangan motivasi kepada diri agar sentiasa memikirkan diri kita tidak semuanya di buat menjadi dan dapat di sempurnakan.

Di banding-bandingkan.
Kerdilnya diri ini apabila di banding-bandingkan dengan diri orang lain. Walaupun manusia tidak suka akan membanding-bandingkan namun tetap jua mendengar apa lontaran kata utk di jadikan motivasi agar mendidik diri jadi yang terbaik. Siapalah jua akan terasa juga apabila diri ini di sama-sama dan di banding-bandingkan dengan orang lain dan menganggap diri orang itu tidak secemerlang orang tersebut. Kalau di ikutkan hati boleh shj diri ini meronta dan ingin mejerit sepuas-puasnya agar reda akan keresahan pada hati supaya hilang pekara yg membelenggu diri. Bila di fikirkan dan di positifkan balik ia satu pekara yg menjadi rancangan utk motivasi diri kita agar lebih baik dari orang tersebut. Tak semua keistimewaan orang tersebut kita dapat dan tak semua keistimewaan diri kita orang dapat.

Di perlekehkan
Amatlah terasa kerdil jua pada diri ini bila ada org memperlekehkan kita bila kita bukan orang yang berstatus hebat di mata orang lain. Adakah anda akan terasa marah jika di perlekehkan oleh orang lain.?? satu lagi muhasabah diri kita agar positif pada setiap manusia. Kerdilnya diri bila tiap hari di megecilkan diri dengan org lain yg lebih hebat dari diri kita. Kadang2 terasa ingin duduk berseorangan memikirkan tentang hanya utk diri sahaja dan bukan utk orang lain sehingga memendamkan diri "mandom" dengan pecapaian kita, sehigga satu tahap lari dari orang lain. Namun jika di fikirkan semula mampukah kita buat begitu tiap masa.

*kadang2 rasa tak berupaya utk seorang diri menanggung tapi apa kan daya benarlah kecil diri ini bila di banding-bandingkan dan biarlah diri kecil ini menjadi satu perhatian besar kepada yang maha besar agar sentiasa bermuhasabah dan sentiasa mengigati yang abadi.

Monday, January 3, 2011

MenJangkaui Minat Melebihi Hasrat

Posted by MFS_8812

Hari ini berpulu ribu pelajar sekolah/universiti memulakan P&P dan Kuliah di Instiusi masing masing. Teringat dahulu zaman semasa sekolah menegah yg mencetuskan semangat ingib belajar semua semakin membuak-buak. Hari pertama mengimpikan sesuatu yg lebih bermakna dengan adanya guru guru baru dengan tempat baru di tambah dengan pakaian/kasut dan alat tulis baru cukup untuk menjadikan satu perangasang utk menjejakaki ke alam persekolahan. Inilah di namakan azam yang tinggi utk mencipta keinginan dan Minat utk belajar dengan adanya minat terhadap pembahruan situasi dan material.

Situasi juga sama apabila berada di kampus kampus di tempat pengajian tinggi yg mencetuskan keinginan ketika mula-mula pintu semester di buka.

Namun sejauh manakah kita sebagai manusia dapat megekalkan tahap Ke"minat"an terhadap sesuatu pekara yg akan di lakukan setiap hari pabila terpaksa stiap hari pergi ke sekolah/kuliah dengan membuat pekara yg sama saban hari.

bersambung....... (nak tengok respon dahulu)

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.