MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Saturday, May 30, 2009

KELEBIHAN ...

Posted by MFS_8812


Mukjizat di sebalik BISMILLAH


BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR
ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Ya ng Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang."


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Ya ng pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis
sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis
pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu
dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak
BISMILLAH diturunkan kepada Adam.." (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah
barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang
dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada
orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH
dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya..

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah
BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka
ada 19 ( <QS.AL Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata:
"Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah
BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf
berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan
kamilah kehebatannya."

8.. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan
mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala
dosa kedua orang tuanya..

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala
gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan
kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang
yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah
keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


Thursday, May 28, 2009

PERJALANANKU...

Posted by MFS_8812


Sudah lama juga tidak mengUpdate blog yg telah di tinggalkan berminggu-minggu.... terasa terketar-ketar untuk menaip di cc IN-SAFF ini yg tidak biasa dgn papan kekunci desktop ini... walaupun terketar-ketar untuk menaip ayat namun mahu juga untuk berkongsi suatu pengalaman untuk bersama-sama utk memperbaiki yg lalu... Pejalanan demi perjalanan di tempuhi utk memperbaiki diri agar dapat kukuh dengan pegalaman yg ada.... Itulah kadang2 pengalaman dapat melibatkan diri utk merasai dakwah yg sebenar itu sendiri.... walaupun setiap hari bkerja semata mata utk memenuhi syarat praktikal kadang-kadang kita lupa kepada siapa patut kita bekerja.... Kdang-kdang ketika menyiapkan ODD terus terasa siapa yg patut kita bekerja... dengan setiap hari kdg2 boleh lalai dengan manusia... perjalanan demi perjalanan harian cuba utk di tempuhi sehingga suatu masa lupa tanggungjawab yg sebenar... lupa kebahagiaan di waktu sepi seorang diri..... kadang2 termimpi-mimpi sahabat yg byak membantu di UTHM... dengan guarauan dan teguran meraka terasa satu nikmat kekeluaragaan kedua dalam diri... sejak itulah timbul rasa syg antara shbat walaupun terasa pahit utk berpisah utk selama-lamanya ataupun sementara.... terkebil-kebil juga mata menahan tp apakan daya mereka jauh.... dgn diikatkan dengan pemikiran islam yg sebenar terasa suatu keluarga yg kuat ikatanya....

Wednesday, May 20, 2009

Diari Hidup di Perantauan

Posted by MFS_8812


Sejak dari kecil memingidamkan perantauan yg dapat mendidik pengetahuan dan mengasah pemikran untuk bertarung di medan perjuangan kehidupan. Namun kini akhirnya dapat merasakanya bagaimana sukarnya menempuh satu perantau tanpa ilmu yg cukup dan senjata yg cukup. Klw dari dulu ke selatan tanah air utk melanjutkan pelajaran tp kini di utara utk berpraktikal semata-mata berjauhan dari keluarga utk belajar tentang kehidupan makhluk menyelusiri lebuhraya denai semata-mata secebis pengatahuan dan permandangan yg suatu hari nanti akan dapat melatih diri secara tidak langsung utk berjuang kepada medan yg sebenar yg menanti.

Seawal 8am keluar utk menghabiskan waktu praktikal seperti manusia biasa untuk mencari nafkah dengan berbekal satu semangat harian utk memperbaiki hari semalan. Tetap cekalkan hidup utk berpraktikal yg jauh dari keluarga agar dapat menimba hidup dengan lebih cemerlang hari demi hari. Dengan menghadap ODD setiap hari dengan menukargantikan komponen yg rosak di sebuah syarikat di Seberang Jaya Prai , cukup merasakan pekara yg sama di lakukan amat bosan utk di perkatakan tetapi merasi waktu amat singkat sehingga 5.10ptg.

Begitulah rutin harian yg dapat dilakuakn utk menjalani hidup praktilal di negeri org. Teringat kata kwan di tempat belajar hari itu, yg menyatakan carilah pekara yg baru spt merantau sbb apbila sudah khwin sukar untuk merasainya. Kata2 tersebut mengangkat pemikiranku jauh utk bertandang ke negeri org utk merasai waki' di negeri ini. Begitulah kehidupan seoranga manusai biasa yg inginkan pekara baru utk melatih sedikit demi sedikit pglaman merasai cara hidup,siasah,dialek,makanan,pemandangan utk mengecapi kehidupan yg mana suatu hari nanti ilmu ini dapat digunakan utk berdakwah dengan pelbagai uslub. Begitulh hidup manusia, kadg ia lebih dekat dengan ALLAh apbila berjauhan dgn keluarga, kdg2 lebih dekat dgn ALLAH apbila merantau. Di harap sedikit sebnyak pengalaman ini dapat menjadikan ibadah lebih khusuk utk memperbaiki hari seterusnya... WSS



Tuesday, May 5, 2009

KISAH HIDUP KAMAL ATARTUK!

Posted by MFS_8812

Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attatuk

IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI TURKI


1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt / ROCK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan
kehendak barat)
3.
Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung
kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsure-
unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka
diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.

Begitulah ideologi baru yang ditukar oleh KAMAL ATARTUK untuk menghapuskan sedikit demi sedikit ciri-ciri pentadbiran khalifah . Yang ingin di keutarakan di sini adakah malaysia akan menjadi seperti turki satu masa nanti. Ini kerana bermacam-macam yg telah terjadi di malaysia dengan bermacam-macam keterbukaan dalam islam sendiri telah di gubal oleh kerajaan malaysia kini. Cukup dengan kes murtad yg semakin menjadi-jadi kini yg semakin hari semakin serius penularan wabak murtad tidak cukup lagi dalam pemikiran mahasiwa kini... Justeru itu gejala murtad mesti diambil serius kerana ia dapat menggoyahkan agama Islam sendiri. Umat islam di malaysia seharusnya peka dan active skrg kerana pelbagai agenda yg dilakukan oleh kristian yg mengkristainisasikan masyarakat kini.

Posted by MFS_8812




Saturday, May 2, 2009

Peranan ICT

Posted by MFS_8812



GOLONGAN belia sinonim dengan tenaga dan minda kreatif serta inovasi. Kelebihan itu andai dipacu dengan penuh hikmah ke jalan dakwah, pastinya menghasilkan impak hebat dan bermanfaat untuk agama serta masyarakat.

Usaha dakwah memerlukan momentum dan kepakaran tenaga muda. Maka golongan muda yang sudah melalui proses tarbiah seharusnya diberikan peluang berada dalam barisan mengembangkan syiar Islam.

Untuk itu, golongan belia tidak perlu berasa rendah diri dan hendaklah bijak mengaplikasikan kemahiran dimiliki untuk menyumbang ke arah memperkasa usaha dakwah.

Penemuan bidang baru seperti teknologi maklumat, perniagaan, penyiaran dan penulisan seharusnya menjadi medan dakwah yang terus disuburkan oleh golongan belia.

Bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mempunyai banyak peluang untuk pakar animasi dan multimedia berdakwah. Aplikasi dan perisian jawi, bahasa Arab berbentuk permainan dan kuiz dalam talian boleh direka cipta bagi menambah nilai pengajaran pendidikan Islam.

Sementara penjualan buku dakwah melalui laman web juga boleh diusahakan pakar laman web bagi proses pengembangan ilmu semakin berkembang dengan pantas dan meluas.

Peluang dakwah dalam bidang kesenian turut terbuka luas untuk belia. Kemudahan muat turun nada dering ke telefon bimbit berunsur kesenian Islam perlu diperluas bagi menyaingi kebanjiran nada dering pop komersial yang meluas.

Sementara galakan terhadap penerbitan album nasyid bakal memberikan impak dakwah melalui kesenian. Di sinilah kepakaran penggubah lagu dan lirik lagu dakwah bergabung dengan pemilik teknologi rakaman suara untuk menghasilkan album dakwah bermatlamatkan mencari keredaan Allah.

Selain itu dakwah dalam bidang penyiaran sama ada radio dan media elektronik menanti golongan belia. Kerjaya dalam bidang penyiaran radio Islam seperti Radio ikim.fm umpamanya mampu mendedahkan generasi muda dengan penyebaran dakwah kepada massa.

Ini melalui penerbitan rancangan berunsur keagamaan seperti temu ramah ilmiah, forum bersama tokoh agama serta drama radio dakwah. Mengambil kira pengalaman ikim.fm mengendalikan slot dakwah seperti forum bicara Ad-deen, sudut hukum, duniaku buku dan carta nasyid.

Penulisan dakwah pula kini mempunyai masa depan cukup cerah dan seharusnya menggunakan bakat penulisan kreatif bagi menghasilkan lebih banyak cerpen serta novel berunsur dakwah sebagai sumbangan untuk memacu kegemilangan Islam. Lebih daripada itu, skrip drama dan filem dakwah kini mempunyai ruang untuk ditonjolkan bagi memenuhi misi dakwah.

Laman blog juga membuka satu lagi ruang remaja dan belia untuk berdakwah pada peringkat global. Cuma kebebasan di alam maya itu tidak harus disalahgunakan. Penulis blog dakwah perlu bertanggungjawab terhadap idea yang dilontarkan.

Golongan belia sebenarnya mampu menjadi pendakwah hebat. Cuma, kelompok ini mesti menjalani proses tarbiah untuk menjadi pendakwah selain memahami keperluan dakwah itu. Semoga sumbangan belia dapat menjadikan mereka lebih matang dan memenuhi tanggungjawab menyebarkan syiar Islam kepada semua.

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.