Terkebil-kebil mata ini menaip, perkataan di screen komputer dlm masa yg sama memikirkan isi untuk kali ini. Ukhwah, sebut saja bg muslim mesti semua tahu maksud perkataan tersebut. Di fikirkan balik betul memang manis ukhwah, sbb semua pernah mengalami. Bersama-sama berukhwah membetul dan melatih diri agar lebih baik, itu semua kemanisan bersama mengharungi, tahu kekuatan dan kelemahan itu semua ukhwah terjalin.Syg menyayangi satu sama lain, itu juga ukhwah kasih sayang sesama shbt.
Setiap dalam diri manusia ada perasaan dan keinginan. Tapi sejauh mana keinginan kita dapat di hasrati, adakah mahu mengikut nafsu atau mengikut iman. Ukhwah juga dapat melahirakan perasaan ingin mengetahui tentang seseorang itu apabila ukhwah mencapai ketahapnya yg sebenar. Ingin mengetahui segala apa yg di buat tiap masa, mengetahui tiap waktu agar dapat mengetahui apa yg di buatnya. Begitulah Ukhwah, jika dulunya kendur tali persaudaaraan tp kini kembali tegang dgn timbulnya rasa ukhwah sessama insan.
Cinta dlm erti kata lain memiliki, adalah kesinambungan drp ukhwah, tp dlm masa yang sama cinta akan membatasi ukhwah. Cinta itu lebih dalam dan boleh di ertikan sbg kehendak fitrah. Mana ada dalam diri manusia, manusia yg tidak inginkan cinta, cinta itu indah sekiranya bertepatan dengan hukum hakamnya. Sbagai contoh cinta sbelum kawin atau Cinta Selepas Kahwin yg mana paling manis?
Begitulah manusia ia tidak dapt lari dr kemahuan diri, kerana manusia ini lemah dan perlu kebergantungan sesama lain. Kadang2 dlm buat kerja-kerja islam timbul perasaan nk mencari isteri (solehah) sbg kwn dunia/akhirat. Dalam bersama berjuang timbul cinta kepada sesorang. Tiap kali berdakwah pasti ada suntikan sbg mangkin utk lebih daripada yg lain. Dalam soal ini mcm2 boleh jadi. Niat la berbeza sbb ingin menunjuk atau mendapat perhatian si dia. Ingin menojolkan diri dlm keadaan terpaksa utk dpt dilihat gah. Mengunakan Ukhwah sebagai penarik diri dan cara yg lebih baik. Ikhlas kerana muslimat, bukan kerana Allah. Buat kerja islam kerana si dia ada.
Ini semua adalah masalah pd hati kita sendiri merungkaikanya, Kita bnyk bersemangakt kerana adanya muslimat, sama juga kita bersemangat kerana adanya muslimin. Tidak mustahil mcm-mcm boleh berlaku. Niat dan perasaan kita di mainkan oelh syaitan dlm membuat kerja-kerja islam. Pada mulanya berUKHWAH dan seterusnya dah dpt no. tel BerCIntA, sambil menyelam minum air. Istilah Ukhwah ini kdg2 mcm2 ertinya sehinggakah satu platform utk berjumpa dan bersama pun dikatakah ukhwah.
Ukhwah itu lebih jelas di katakan di sini hanya sesama jenis. Cinta dalam diri itu memang satu mangkin dalam diri, cuma kita perlu tahu bagaimana hendak menggunakan mangkin tersebut dengan cara yg betul. Bukanya bermsj tiap2 masa hanya membincangkan pekara remeh dan dibualkanya panjang spti cuba mengayat sesorang. Iktilat juga mesti di ambil berat dlm kehidupan.Maafla sekiranya membuat pembaca terasa, sbb hanya menegur dlm penulisan merupakan dakwah palin mudah. Di harap semua pekerjaan kita itu ikhas kerana ALLAH. Jadikan Ukhwah itu sebahgian drpd cinta yg hakiki
Kuala Lipis
inilah tempat aku di lahirkan, nun jauh di sana dari pembangunan namum mampu utk mengubah diri.
Doa Rabitah
-
-
-
26 Zulkaedah2 days ago
-
-
-
Tiupan Kedamaian...1 month ago
-
Selamat Hari Raya to u guys!~1 month ago
-
-
One Malaysia ?2 months ago
-
~KiSaH TauLadan3 months ago
-
Lama dah tak update5 months ago
-
- MFS_8812
- Salam... Nama di beri MFS sebagai hamba ALLAH yg ingin mengejar keredaaNYA utk mencapai syurgaNYA walaupun diri ini lemah utk mengharungi dugaan dariMU. Berilah Semangat kpd ku semaksimum mungkin utk meletakkan kepercayaan diriku megejar syurgaMU.
My Blog List
Tentang Diriku
Pahang Links
ADNIN LINK
Tuesday, November 3, 2009
Wednesday, October 28, 2009
Terketar2 juga tangan ini ketika menaip, dlm keadaan meniarap (mcm buaya) hendak mengupdate blog yg sekian lama sepi dengan artikel ataupun mcm diari utk di jadikan panduan yg ada gunanya serba sedikit kepada pembaca. Gambar di sebelah bersama kwn dan sahabat di KLCC sambil menunggu Bas. Teringat kata2 di belakangnya mcm suatu peringatan kepada semua dan juga saya. Nak taknak aspek Iman dalam diri satu dari aspek jati diri untuk melakukan sesuatu yang baik. Kebaikan itu boleh dinampakan tapi Iman itu hanya Allah yg dapat mengetahuinya dan menapakanya, sekiranya iman itu benar2 ada dlm diri tak mustahil Allah boleh menunjuknya kepada semua. Semua Ini perancangan Allah. Sekiranya di takdirkan Allah menguji keimanan dengan sekeping hati. Cakap pasal hati entah kenapa nak ungkai masalah hati.
Banyak Cerita tentang masalah hati nie sampai tak boleh nak di cerita. Dengki, Tamak, hasad, riak , Takbur, tak dengar kata itu semua masalah hati, bahkan bercinta juga satu dpd masalah hati tp itu semua mainan syaitan dalam diri yg penting letakkan Allah yg petama.Jadikan Hari ini lebih baik dari semalam.... dah jam 2.15 nak tido rasanya..... nanti smbung ngantuk betul
Wednesday, October 14, 2009

Letih juga mengenang sewaktu berkemepen di BP, walaupun hanya datang sekejap-sekejap namun di hati tetep merasai Aura Pakatan Rakyat. Untuk kali ini kontijen PAHANG di kehendaki berkempen di Estet2 yang bermajoritikan india, terfikir sejenak ? rasanya mcm mana nak tarik pengundi india nie....! mungkin kerana sudah mahir dalam Pilihan Raya ini, kontijen pahang mengunakkan taktik biasa dlm pilihan raya yang lepas....
Roti & Tea tarik percuma !!!! mari2, di Sua Betong hanya bermajoritikan kaum india dan daripadanya hanya berpendapatan rm400 ke bwh kot! jadi jamuan paling simpel kita bg roti canai.... Uli roti jam 5 jam dan jam 6 nak kena tebar... fuh blh jadi ker.... nanti takut2 keras... tp pengalaman mendewasakanya.... pukul 6 setup semua tempat dan pada awalnya sedikit....
Buka lagu tamil utk satu pendekatan... mari2 mkn tea tarik dan roti canai.... pd mulanya kaum india nie malu2 tp akhirnya beranikan diri dpt juga setel... ha sebelum lupa ada hadiah jua diberi kpd pemenang mkn roti terbanyak ada 3 hamper.....
satu2 org dtg ke UPU kami.... sehingga isyak.... cina bwk anak, ayo ala roti o!! anak cina berkata sambil berlari,.... ada juga pakcik india nie mkn sampai 8 kpg tp nak hadiah dah.... owh pening kepala nak hadiah awal pulak,... tunggu sampai abis la.... kelam kabut di buatnya utk memberi peluang sambil meraih undi... apa2 pun sabar, satu demi satu pemimpin dan exco datang sambil memberi ucapan.. tp yang tertarik SURIA (kelab penyokong pas (india) ) nama pangilan ia dapat tahu serba sedikit tentang agama islam dlm ucapanya berkata " org yg rasuah saya tau dlm islam ia tak boleh jadi saksi perkahwinan, apa tah lagi jadi pemimpin" dengan nada gah dan slang tamil sedikit, cukup mengambat petugas2 pas di tempat tersebut. Apakan tidak org bukan islam megatahuinya lebih dari kita... Program di gangu oleh Polis yg cuba untuk mempercepatkan program namun pendekatan kita dpt melengahkanya... akhir sekali hadiah di berikan kepada pemenang tempat pertama 12 keping roti di bantai bnyk sungguh kembang dlm perut... bagi hemper lagi... tmpt ke-2 10kpg dan tmpt ke-3 8keping... rasanya penat sungguh sbb jap lagi nak kena balik kuantan pada malam yang sama, tp yg penting dalam diri terfikir sekiranya ini keupayaan dan kesempatan yg diberikan oleh Allah kepadaku menjamin keredhaaNya cukup puas di hatiku berkata ini baru kerja kecil bagi petugas Islam cuba berfikir bagi petugas islam Sepenuh masa....
Terima Kasih, kerana membaca artikel ku ini... comment la sedikit agar penulis dpt muhasabah kembali
Thursday, September 24, 2009
Gambar di atas sekadar hiasan untuk mencantikkan blog... hahahah...
Temenung sejenak diri apabila memikirkan usia dh lanjut, di laman rumah inilah diriku berlari waktu kecil berdarah kepala kena baling batu, buat meriam tanah, meriam tin xsidenlah, terjun teris(sungai) lari dari rumahlah (lari setempat). Semua kenangan ini mendewasakan diriku, klw dari dulu sekolah di jenderak selatan mcm kes yg ku buat, klw di fikirkan nak tergelak sendirian.. pernah dulu aku bermain basikal di kws seladang yg penuh curam dan berbukit, suatu hari aku memberanikan diri nak turun bukit dengan basikal yg tayarnya plastik tiba2.. tiba2 aku melungsur laju sehinggakan brek tidak berfungsi... dan akhirnya aku tidak mampu berbuat apa2 lalu aku terus terlanggar pokok cempedak. Terhantuk kepala kat pokok cempedak tersebut dan pengsan di tempat kejadian.. Selepas 5 minit barulah aku sedar, datanglah ayah ku mengambil.. hahahah benjol juga kepala ini mana tidak tercabut kulit pokok tu... kesian... tula ngada2 nak eksyen... Begitulah pengalaman di jenderak Utara.. akhirnya berpindah di temerloh...
Selepas macam2 di temerloh aku pergi ke sekolah teknik... di temerloh dan skolah teknik tu aku cerita lain la..
Akhinya aku jejak kaki di sebuah IPTA namanya kuittho tp skrg UTHM... niat aku nak blajar sambil "mcari" tu kata mak la... tp nak buat mcm mana telah di pilih Allah utk berjuang dlm kampus... hahah mcm2 kena "cuci" kena marah jgn balik la... siapa yer... akhirnya menjadi semut merah... aku mengenali shbt lain walaupun kwn sekelasku memperlekehkan kerja ku, siapa tau aku buat apa, yg tahu aku dan Allah jer.. Biarla aku bukan pimpinan... tp aku rasa suatu hari akan patut galas tugas tersebut,, bukan aku sje semua skali akan rasa brtanggungjwb suatu hari nanti ,,, walaupun aku tidak di takdirkan berada di atas namun aku lebih suka, kerna hidup di bwh takkan di pdg org di atas tp hidup di atas akan di pandg oleh org di bawah klw bwh ramai maknanya ia mestila la menilai sendiri... walaupun begitu aku tetap gembira dengan semuanya,,,
mcm2 ku kenali sifatnya ku kenali kerenahnya itu pun cukup mendewasakan segalanya,,,,,
kalau Upin dan Ipin dia kata Betul-betul,betul... sokonglah PAS....
Tiap kali di uji bagi pejuang Islam di malaysia... Kini di N.31 Bagan Pinang yg merupakan tsunami politik terbesar ... Di menangkan dahulu utk menarik pengundi membuka mata... manik urai, pematang pasir dan dua bukit, itulah ujian mudah bagi dae' berjuang.. tp kini di bagan pinang di uji sekali lagi tp ini lagi genting dan mencabar... kuasa pemuda2 di perlukan utk di gerakkan di dalam prk ini... jangan gusar analogi karut luar lagi.... jgn gusar andaian lagi... yang penting usaha yg kita miliki.. sejauh mana usaha yg di kuasai...
Warkah utk pengundi Pos:
Manakan aku letak,
dunia atau akhirat,
dunia ku kecapi,
akhirat pun mahu jua aku kecapi,
kini di beri peluang,
memilih calon di sanjungi,
jika aku pilih salah pemimpin,
dosa pahala hnya Allah yg tentui,
Klw aku pilih Islam Sepenuhnya,
bimbang kerjayaku di ragui,
di buang tanpa surat berhenti,
tp aku bimbang undiku di ragui,
undiku bkn boleh di rahsiailagi..
sbb ada pihak cuba nak memenangi,
pemimpin yg menang duniawi...
Asyik2 nak berlakon memenagi hati rakyatwi..
rupanya duit di kejari....
Friday, September 11, 2009
Sudah lama rasanya tidak menaip perkataan di blog ini, hari demi hari berlalu.. Sedar tidak sedar sudah mencapai malam 10 terakhir ramadhan yg menyingkap mlm 1000 bulan. Malam di mana Al-Quran di turunkan yg di namakan Nuzul Al-Quran.. Begitulah malam yg mana di kejar oleh hamba Allah yang beriman tiap hari... bukanya 10 mlm terakhir shj.
Melihat gambar di atas teringatkan shbt seperjuangan di UTHM yg mana mengulit pelbagai sejarah tidak dapat di lupuskan walaupun guna "klorok". Dalam pemikiran ini memikirkan kemanisan besama-sama walaupun berlainan umur dan pendapat. Sejak mula kenal dengan pebagai aktiviti ukhwah yg melatih diri sbg pejuang agama, biarla apa kwn kelas nak kata... Mengenali shbt seawal sem 3 itulah memaniskan lagi tautan shbt yg lahir dari pelukkan nak "baliku" Rindu itu sja dpt melahirkan perkataan kepada shbt tersebut.. Rasanya nak baru semalam bergurau senda... tp rupanya dah lama...aku tinggalkan dia... Itulah kenangan shbt di UTHM yg sukar utk di lupai sejarahnya... Kena tegur jgn balik la... itu semua pengalaman... rindu rasanya bersama-sama... MMM umur makin meningkat tp sabarlah syg shbt.. tunguuuuuu..... kita bina semula ukhwan yg terjalin walaupun jauh seribu batu..
Thursday, August 27, 2009
Klip video ini mengigatkan kita kepada pencinta yang sebenarnya iaitu Allah, satu cinta lagu yg memberi peringatan yg mana cintalah kepada pada yg satu iaitu Allah.
Satu cinta yang di cari hanya pada Allah yg lebih mencintai diri. Walaupun sudah menjadi fitrah yg mana minat, Allah menguji sebenarnya. Di hadirkan perasan cinta dan sayang pada manusia sementara untuk dirasai dan akhirnya berpisah, itulah cinta dunia yg tidak kekal. Perasaan syg tidak dapat lari dari hati, sbb itulah di timbulakan oleh Allah perasaan sayang agar bila sayang akan di ingati dan pada konsep yg mudah mengigati Allah tiap masa.

