MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Friday, April 16, 2010

KUANTAN, 16 April [3.20 pm] - Perhimpunan Aman Isu APCO (Israel) anjuran Dewan Pemuda PAS Pahang di Perkarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad I selepas solat Jumaat hari ini telah berjaya diadakan. Biarpun pihak polis dilihat berada di lokasi terbabit, namun ternyata mereka berjaya memantau program itu dengan baik dan tiada kekecohan berlaku. Program yang dipengerusikan oleh Ustaz Fadhli Ibrahim (Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan) itu bermula selepas sahaja bacaan doa oleh Imam Masjid Negeri berakhir. Jemaah masjid yang baru sahaja selesai menunaikan solat Jumaat dilihat terkejut dengan perhimpunan aman tersebut. Sebahagian besar dari kalangan mereka bersama-sama melaungkan "takbir" dan turut memberi sokongan. Turut berucap ialah Blogger Cucumatkilau mewakili Blog Pahang Daily Online, YB Syed Mohammad (ADUN Beserah) dan ucaptama oleh Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat). Bacaan doa telah disampaikan oleh Ustaz Yusoff Embong (Timbalan Pesuruhajaya PAS Pahang Timur). Ketika Ustaz Nasaruddin berucap, sesekali kelihatan seorang anggota polis berbangsa Cina kelihatan cuba menganggu agar ia dihentikan. Namun, setelah berunding dengan Ustaz Yusoff Embong akhirnya ucapan Ketua Pemuda PAS itu berjaya ditamatkan. Apapun, program yang dijalankan pada hari ini telah berjaya sebenarnya.


Ustaz Yusoff Embong membacakan doa, Ustaz Nasharuddin (kanan)

Jemaah Solat Jumaat yang sempat bersama dalam program tersebut
[Perhimpunan ini sepatutnya wajar disokong oleh semua pihak tanpa mengira kira fahaman politik kepartian masing-masing. Apapun perhimpunan aman yang diadakan selepas solat Jumaat itu tadi telah berjaya dan pihak polis juga turut memberi kerjasama yang baik secara keseluruhannya. Anehnya, ada terdengar beberapa suara yang cuba mengutuk tindakan Dewan Pemuda PAS itu, malah mereka cuba menyampuk ketika ucapan dilakukan. Mungkin, ada umat Islam yang seronok melihat Israel mula menjalinkan kerjasama secara rasmi dengan negara kita Malaysia agaknya. Malah mereka juga lupa bahawa rejim Zionis-Israel telah meratah dan membunuh dengan kejam rakyat Palestin tanpa sedikit pun rasa belas kasihan. Apakah mereka rela umat Islam di negara kita diperlakukan begitu suatu hari nanti agaknya].

Sumber: http://pahangdaily.blogspot.com/

0 comments:

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.