MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Saturday, February 28, 2009

Ikat untuk Kebaikan

Posted by MFS_8812

Mesti pelik? kenapa gambar lembu yang di ikat menjadi tajuk kupasan kali ini.... Mungkin ada yang pertikaikan apakan semua ini... apakah makna semua ini.?? sudah terketar jari jemari ini hendak menekan button pada keyboard ini... walaupun menggunakan laptop kwn sebelah rumah utk menggunakan internet...  Nak di katakan di sini ikat... Knapa selalu haiwan di ikat? Jika di fikirkan balik kalau tak mengikat haiwan pastinya ia akan lari dari tuanya.... Jika sudah lari maka akan hilanglah dari tuanya... dan jika hilang dalam hutan mungkin di sambar binatang ganas... boleh juga bila hilang dari ikatan, berkeliaran di jalan raya mungkin di langgar kereta...

Jadi ikat utk kebaikan itu tidak boleh di sangkal lagi bagi haiwan.... 



Jadinya sajer jer nak tarik perhatian pembaca sekalian.....
Tengak di gambar sebelah mesti ada yang mendekati sedikit screen komputer... mungkin ada yang nak tahu lebih lanjut..... ada yang mengamati ayat ayat seterusnya.... nak di katakan gambar sebelah ini juga ikat... ikatan perkahwinan.... betul?  Jadi dalam perkahwinan ada juga ikatnya, ia membuktikan bahawa kita juga boleh mengikat dengan lunas yg di tetapkan dalam Al-Quran. Soal ikat mengikat ini mestilah faham batas-batas yang di tetapkan... Takut takut terjadinya zina hati... walaubagaimanapun menjaga pergaulan ada jua terselit di hati yg di katakan zina hati. Walaupun ia tidak nampak namun boleh dirasa.. sejauh mana rasaanya itulah dapat mengundang maranahaya... ok tutup bab ikat dalam perkahwinan....

Nak di sebut perkataan ikat memang panjang lagi di ikutkan. cuma yg di atas cuma satu pembukaan minda utk anda semua agar lebih faham dan tahu makna ikat... Tapi jangan lupa kita sebenarya di ikat oleh Tuan kita juga iaitu ALLAH... macamana? Ikatan yang ALLah buat utk kita lagilah paling cantik.. kita tak nampak dan ada sesetengah orang sahaja yang bleh rasa ikatan tersebut... cuba renungkan dari kecil bagaimana di aturkan perjalanan hidup bermula dari bangku sekolah lagi... ramai kawan-kawan yg baru di kenali.. proses berkenalan itu kekal sehingga sekarang.. Sekolah rendah, sekolah menengah terus di tempuhi. Pelbagai pengalaman putih hitam di harungi... mugkin di situ satu ikatan belum di rasai.... tetapi ia di rasai apabila naik ke universiti.... Ia bagaikan perancangan yg mustahil.. tetapi dapat di aturkan dengan mudah dan paling cantik... di kenali pula dengan seorang abg yang perihatin, menjaga dan mendidik setiap hari sehinggakan rasanya di ikat setiap hari dgn segala permasalahan di benak pemikran di luahi.. sehinggakan terpaut pada islam yg suci dgn pebagai program dapat di tempuhi akhirya tahu peranan diri.... jika dulunya jahil... jika dulunya sama mcm org lain... tapi sekarang kita berbeza.. bukan macam org lain.... mungkin kita tahu makna perjuangan.. Ikatan ini semakin lama semakin kuat semakin lama semakin ketat. mungin inilah ikatan persaudaraan islam yg berlu di pupuk utk menjadi para pejuang islam yang lebih kuat dengan berbekalkan shabt yg dahulunya di panggil kawan... Sedar tidak sedar rupanaya kita di ikat dengan tali maya dari Allah utk memperjuangkan agamNya... Ikatan ini menjadi inspirasi dalam menegakkan agamaMU.. ikatan ini menjadi saksi pergormbanan kecil ku... ikatan ini jua menyedarkan ku... ikatan ini juga menghimpunkan ku agar berbaris-baris seolah-olah tersusun rapi seperti bangunan yang tersusun kukuh...  Tapi makin lama aku rasa ikatan terlalu renggang semakin hari semaki longgar.... ada shbt ku yang lari dari ikatan... cuba lepaskan dari ikatan yg ketat pada dahulnya..... fikirkan sekiranya ikatan loggar maka bercerailah segala kekuatan... cerailah segala keupayaan yg di bina dahulu... hilanglah kepercayaan.. hilanglah suatu perasaan syg dahulu...yg terbit tanpa di duga ketika di ikat dahulu...... Kini ku tahu rupanya dalam ikatan itu rupanya semakin lama semakin reput.... dengan adanya bahan-bahan yang menjadi mangkin pereputanya... dengan ada yg menarik narik ikatan kesana kesini.... ini lagi penting... ini lagi penting... kesana kesini ikatan di bawa tanpa arah tuju... kemana hendak mu bawa wahai shbt ikatan yg kita bina dahulu yg kukuh.... ada juga yg tidak mengedahkan ikatan tersebut, ada yg lepas dan ada yg sambut balik ikatan tersebut... dan ada juga yg lari dari ikatan... Mungkin ini lah di namakan ikatan dari ALLAH yang merancangnya dengan teliti, Jika dahulunya di pilih utk mengikat lebih ketat ikatan... Namun dalam ikatan itu jua ada ikatan-ikatan lain yang membuat suatu lagi ikatan... ikatan kecil yg di himpunkan menjadi ikatan besar... namun ikatan kecil ini ada yang buat perkara sendiri... tidak mengikut sesorang yang membawa ikatan yang besar ini...
Mungkin ikatan ini merasa ia sudah cukup utk membuat perkara yang lebih besar... Jadi jika di satukan ikatan kecil dan ikatan besar yang pemahaman dan kepercayaan di letakkan pada satu tanda aras.... akan terbitlah satu paduan ikatan... ikatan kecil kenalah mengerti ikatan ikatan lain... ia tidak boleh mengkut telunjuk sendiri... mesti ada persetujuan dari ikatan lain... agar ikatan lebih bersatu.... ikatan kecil mestilah mengikut sesorang yg di anggap ketua dalam membawa ikatan yg besar... Ketua itulah menjadi penunjuk jalan kepada ikatan.... jika ada ikatan kecil lain tidak suka kepda pembawakan ketua tersebut, maka teruslah pergi megikat semula ikatan kepercayaan antara satu sama lain.....

Jika dahulu aku tidak di ikat....
Tapi sekarang aku di ikat...
aku di ikat dariMu ya Allah...
Aku sedar kenapalah aku di ikat....
Ya Allah,
Engkau perkemaskan lagi ikatan ini...
Sesungguhnya ikatan ini menjadi inspirasi hidup ku...
Kuatkanlah ikatan kecil agar ikatan besar turut menjadi kuat....
Berilah semangat dan dorngan kepada pembawa kepada ikatan ini...
Tunjukkanlah jalan ikatan yg lebih kukuh dan erat agar ikatan ini tidak bercerai....
Sekiranya ikatan ini longgar... Engkau ketatkan semula ikatan ini...
Berilah kekuatan ikatan ini... sebab...
hanya ikatan ini mendekatkan lagi kepadaMU....



Monday, February 16, 2009

Ukhwah lambang Kesyumulan Islam di UIA

Posted by MFS_8812

Perjalanan yg cukup penat dan memberi impak yg besar kepada semua tetamu dari Ki Kelab Iqra dari UTHM. Segala penat lelah bersama Kelab Ma'ruf di UIA dapat di ikatkan dengan kenangan yg tidak dapat di lupakan oleh pelajar UTHM..
Seawal 12.00 malam bertolak dari UTHM cukup mendambarkan kemahuan kami utk bersama-sama dengan kelab ma'ruf utk megenali satui sama lain utk di kongsi dalam arena dakwah kampus. Dengan keinginan yg membuak-buak ingin kesana utk melihat serba sedikit kelab islamic yg menjadi tunjang dakwah kampus di UIA...

Sesampainya jam 5.00pg di masjid besar UIA yg berada di tengah-tengah Universiti, cukup mengambarkan perasaan kagum dengan pembinaan masjid dengan senibina islam disamping bangunan di sekitarnya seperti binaan di Cardova.. cukup menarik hati pengunjung...

Bermula jam 8.30pg kami di bawa ke suatu tempat utk memulakan aktiviti. Dengan menyediakan Eksplorace sempena Open day anjuran kelab Ma'ruf ia cukup menggembirakan kami dengan pebagai checkpoint yg menarik dengan pebagai element pentalbiahan di letakkan di segenap ruang checkpoint.Kami menjelajah sekitar UIA utk menyelesaikan task masing2 utk megenali lebih dalam lagi UIA... Pelbagai task yg kami turuti antaranya lakunan watak Allahyarham Tan Sri. P.Ramlee , Kayak(tak sempat pun), cabut daun (?) lakunan dakwah
(Couple) , Web Trab (jerat labah-labah) dan sebagainya yg menjadi iguana ehh.. igauan kepada mereka yg terlibat.. Kami dengan 2 muslimin dgn dibantu dgn 6 muslimat ( 2 UTHM + 4 UIA) cukup menampakan kekuatan Group kami. Pening juga dengan mereka ni, tp yg penting KERJASAMA... Melalui mehnah dan tribulasi di checkpoint dgn agenda dakwah yg tersendiri cukup dengan pegisian secara tidak formal berlaku... inilah dakwah... ia berada di mana saja....

Sesudah Jam 12.00 tgh kami di sajikan makanan tengahari di samping majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang ( Ye ke menang? ada yg lompat chekpoint kot!!!). Begitulah kadang-kadang kegembiraan yg tidak dapat di terjemahkan dlm bentuk tulisan menjadi satu kurniaaNYA. Pembawakan muslimat UIA dengan sifat terkebukaan mereka, cukup menampakkan ukhwah sesama mereka kuat.

Apalagi yer... jam menunjukkan pukul 3.30ptg.. Inilah waktu utk berdiskusi dengan shbt UIA... Permainan kotak beracun juga di adakan utk meguji kefahaman tentang arena dakwah... Dengan penerangan dari timbalan tentang kepentingan jihad dan pengorbanan dalam membentuk suatu organisasi adalah tunjang utk kekuatan Kelab... Kebijaksanaan dan Ketegasan itulah 2K yg patut di belajar dalam menyampaikan dakwah... Majlis di teruskan dgn Ucapan Pegerusi Kelab Iqra' serta pegerusi Kelab Ma'ruf (Kedua-dua mereka ada persamaan dlm percakapan) . Majlis di tutup dengan Marhaban yg di ketuai oleh Tim Pegarah Program (Lujnah Lski) dan bacaan DOA.

Jam 7.30ptg Kami berangkat pulang ke UTHM dengan kegembiraan dgn ilmu pegetahuan dalam berdakwah. Walaupun ada shbt yg tersesat dalam UIA namun baginya itulah satu cabaran dalam menjalani dakwah... andaikan bagunan di UIA tersebut adalah halngan dakwah.... Penat sgt kami tertidur dalam bas.. sedar2 perhentian Seremban...

Jam 12.30mlm... kami Selamat sampai.... itulah hendak diceritakan... terima kasih kepada Kelab ma'ruf kerna sanggup melayani kami dari UTHM ini... JGN lupa buat kunjugan balas di UHM... kami menunggu..


.......Itulah yg dapat di ceritakan serba sedikt tentang perjalanan hari ini, Bnyk ilmu yg dapat di UIA ini... sehinggakan terdetik dalam diri, kami engineer blh tak menjalankan arena dakwah nie... mereka ada basic dalam pembelajaran agama mereka mestilah dpt menjalankanya.......

++++++++ Persoalan Yg Jawapannya pada Kita sendiri ++++++

Wednesday, February 11, 2009

Selamat Berjuang.....

Posted by MFS_8812



Berjuang menempah susah,
menanggung derita menongkah fitnah,
itulah gelombang hidup samudera duka,
seorang mujahid memburu syahid,


Kadangkala berjuang itu adalah suatu penempahan utk menempah mahupun menjerumus kepada kesusahan. Orang berjuang akan menanggung derita yg di alami dan mendepani fitnah yg bakal menimpa diri .Walaubagaimanapun itu adalah satu perjalanan hidup utk mendepani cabaran. Semestinya seorang mujahid memburu syahid dan semua hambanya mengiginkan syahid..


Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasulnya


Walaupun dia dibuang jawatan mahupun pangkat dia tetap kuat dan utuh tiada perasaan kecewa mahupun sedih. Bahkan walaupun dipenjara mahupun di seksa di bunuh sehingga syahid, namun di hatinya sedikitpun tidak toleh kebelakang bahkan tetap mara menuju CITA iaitu tujuanya, lebih bersemangat lagi membara demi pencipta iaitu ALLAH dan Rasul iaitu Nabi Muhammad S.A.W

Berjung tak pernah senang
ombak derita tiada henti
tenang tegang silih berganti
inilah sunnah orang berjuang

Sememangnya berjuang tidak pernah senang, acap kali di uji, acap kali di kacau oleh tangan-tangan yg durjana ditambah pula dengan derita pedih yg tidak berhenti memberikan talbiah yg sempurna. kadang kala tenang kadangkala tegang dengan keadaan berulang kali (silih Berganti) sebab inilah Sunnah Orang Bejuang.

Malamnya bagai rahib merintis sayu
dihiris dosa air mata
siangnya bagaikan singa di rimba
memerah keringat meluah tenaga

Seorang pejuang di malamya merayu dan meratap diri, bersihkan diri merintis sayu dengan linangan air mata yg menjadi bukti keinsafan. Dan bila waktu siangnya bagaikan seorang pahlawan yg gagah di suatu tempat. MB yang gagah mendepani mehnah tribulasi bersama rakyat berjuang, memerah dan menggunakan semaksimum mungkin keringat dan tenaga utk memperjuangkan Cita

Berjuang memang pahit
kerana syurga itu manis
bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
bukan sedikit pedih yang ditagih

Seorang pejuang berjuang dalam kedaan pahit dan sukar kerana pejuang tersebut yakin akan syurga yg manis kelak. Tidak memerlukan sedikit bayaran mahupun sedikit pedih yg di perlukan.

Berjuang ertinya terkorban
rela terhina kerna kebebnaran
antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid atau menang


Pejuang mestilah akan terkorban pada suatu hari nanti dengan merelai dirinya terhina demi suatu kebenaran.. TAPI YANG DI JANJIKAN OLEH PEJUANG ADALAH DUA YG AKAN TERJADI SEBAB ANTARA DUA PASTI TERJADI TUNGGULAH SYAHID ATAU MENANG......


Inilah suatu Sunnahtullah dalam berjuang wahai Pejuang Allah.....
Lagu dan Huraian ini Khas Kepada MB Perak Dato Ir Nizar


Tuesday, February 10, 2009

Nizar akan di'ISA'kan..??

Posted by MFS_8812

"Dato' Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan."

"Sebelum berangkat pulang dari Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak malam tadi seorang teman memaklumkan bahawa Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan ditahan dibawah Akta ISA tak lama lagi. Dato' Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan.

Perkara ini seolah-olah benar-benar akan berlaku dimana petang semalam Menteri Pelancongan, Azalina Othman menyarankan agar Nizar ditahan di bawah akta ISA atas alasan mengingkari titah Sultan dan enggan melepaskan Jawatan. Semasa membuat kenyataan itu, Menteri Besar Haram, Zambry Abdul Kadir berada disebelah beliau.

Tidak cukup dengan itu, Ketua Umno Cheras pula mengusulkan agar gelaran Dato' Seri yang dianugerahkan oleh Sultan ditarik balik dalam erti kata lain dilucutkan segera kerana didakwa kononnya menderhaka pada Sultan.

Begitulah permintaan dan kehendak pemimpin Umno yang kini sudah kehabisan modal untuk menghapuskan pengaruh besar Nizar di Perak.

Seandainya gelaran Datuk Seri ditarik atau dilucutkan, ianya tidak mengapa kerana perasaan hormat rakyat pada Nizar bukan datang atas gelaran itu tapi kerana sifat peribadinya yang begitu disanjungi.

Tapi kalau beliau ditahan dibawah akta ISA, maka satu lagi malapetaka besar akan melanda Umno di Perak. Rakyat secara keseluruhannya akan melihat bahawa itulah klimaks kezaliman Umno kepada Kerajaan Pakatan yang dizalimi melalui tindakan Kudeta yang tidak bermaruah.

sumber harakah


Seranggahijau

kalau korang cuit MB Nizar sy yakin...seluruh rakyat akan bangkit...bukan setakat di Perak..malah seluruh negara....jangan cuba2 jolok sarang tebuan...!!

cuit la kalau berani...!!

Hangin betol aku dengar berita ni.....!!!

Lawan Tetap Lawan....!!


*Kepada ahli PAS dan Pakatan Rakyat diminta untuk bertenang dan tidak bertindak sembarangan. Kita ada pimpinan, dengar arahan mereka. Apa jua yang berlaku kita serahkan pada Allah



Sunday, February 8, 2009

..KUASA RAKYAT DI PERAK...

Posted by MFS_8812




Kami tak besar , kami tak kuat,
tapi bila bekerjasama kami jadi kuat.....
apa yg penting kerjasama...
apa yg penting kerjasama...
ayuh bantu rakyat...

Begitulah sedikit petikan lagu tema kartun wounder pets yg di alih bahasa..
sajer je nak kaitkan dgn perjuangan rakyat yg mana kuasa rakyat dapat menjanjikan kekuatan bila berkejasama kita jadi kuat.
Walaupun lagu tersebut nampak kebudak-budakan namun ia membawa banyak erti sebuah perjuangan..
Marilah bekerjasama wahai rakyat malaysia......

Friday, February 6, 2009

Kami Ambil Peduli....

Posted by MFS_8812

Gambar polis berkawal di luar Bangunan SUK Perak di Ipoh semalam dengan semua peralatan dan dokumen tidak boleh dibawa keluar.
http://www.kosmo.com.my

Mesti pembaca tertanya-tanya mengapakah penulis ingin berbicarakan hal Politik pula? Sedar tidak sedar rupanya ada konflik politik di luar sana yg sepatutnya mahasiswa sedar dan buka mata dgn perjalanan politik malaysia..

Kenyataan Media IKATAN ANAK-ANAK PERAK DI PERANTAUAN


Isu Menteri Besar Perak

1. Kami Ikatan Anak-Anak Perak Di Perantauan ingin menyatakan pendirian kami bahawa Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin masih layak untuk memegang jawatan Menteri Besar.

2. Kami berpandangan pendekatan dan amalan biasa adalah memutuskan sebarang keputusan melalui sidang khas DUN Perak. Justeru itu, sekiranya UMNO berwibawa mereka seharusnya memohon kepada Speaker Dewan DUN Perak untuk mengadakan sidang khas bagi menentukan kedudukan Menteri Besar dan barisan Exco.

3. Kedudukan 3 orang ADUN Bebas bertentangan dengan akujanji yang telah mereka tandatangani sebelum ini, maka kerusi mereka sewajarnya kosong dan diadakan pilihanraya kecil. Oleh itu, kedudukan kerusi Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 kerusi. Sepatutnya DUN Perak dibubarkan untuk mendapat mandat baru dari Rakyat Negeri Perak.

4. Perkembangan yang berlaku sekarang, menggambarkan sikap kegelojohan UMNO dan Barisan Nasional dalam usaha untuk merampas tampuk pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak. Keadaan ini juga, membuktikan UMNO dan Barisan Nasional tidak berani dan yakin bahawa rakyat Perak akan memberi sokongan kepada mereka. Tindakan yang telah dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional juga menjelaskan sikap yang tidak bermaruah dan memenuhi aspirasi demokrasi.

5. Kami dengan ini menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Menteri Besar dan Barisan Exco Pakatan Rakyat Negeri Perak di bawah kepimpinan Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin

Inilah pendapat dan luahan anak-anak perak di perantauan. Kata kata ini dari president Anak-anak perantauan PERAK yg masih mempercayai kepimpinan MB perak Ir Nizar. Mahasiswa sememangnya nampak apa yg sepatutnya yg di letakkan. Bg pendapat sy
KUASA RAKYAT & PERLEMBAGAAN SEHARUSNYA TIDAK DIPERSENDAKAN

Thursday, February 5, 2009

Hari ini Lebih Baik dari Semalam..

Posted by MFS_8812


Semalam adalah sejarah, Hari ini adalah kenyataan Dan esok adalah harapan. Begitulah kata-kata pembakar semangat yg menjadi dorongan manusia yg ingin menjadi lebih baik dari semalam.Kata-kata ini,  mengajar kita utk melakukan perkara yg terbaik utk hari keesokanya, begitulah Kata-kata dari Nabi Muhammad S.A.W yg menyeru umatnya untuk menjadi lebih baik dari hari semalam. Hal ini di simpulkan lagi, apabila org yg sama dgn hari semalam adalah org yg rugi, kerana mereka tidak mampu utk melakukan perubahan terhadap diri sendiri wahal mereka merasakan kekurangan pada hari semalam sama dgn hari ini. Mereka tidak mengendahkan diri mereka hari ini dan semalam, inilah akan menyebabkan jiwa mereka merasakan tiada apa-apa lg dalam hidup. Melakukan perubahan utk hari esok adalah satu kaedah utk berjaya dalam hidup. Dalam azan sering didegari yg maksudnya Marilah Menuju Kejayaan... inilah keistimewaan islam sendiri yg menyeru umatnya utk berjaya setiap hari berkumandang.. Ini lah seruan yg acap kali didengari yg menjadi anjakan paradigma utk umat islam utk berjaya. Islam dah merangka yg umatnya akan berjaya utk mengigatkan hari demi hari utk mencipta kecemerlangan dunia dan akhirat.



Wednesday, February 4, 2009

Kegawatan Ekonomi Malaysia..

Posted by MFS_8812

Masih tidak sedar rupanya malaysia mengalami krisis ekonomi yg semakin lama semakin padah berikutan dengan krisis ekonomi dunia.. Namun masihkah sedar rakyat malaysia tentang impak krisis ekonomi ini sebagai contoh krisis di malaysia:-

a) 10,000 orang sudah kehilangan pekerjaan
b) 45,000 orang dijangka hilang pekerjaan
c) Dianggarkan 100,000 warga Indonesia yang sedang bekerja di Malaysia tiada pekerjaan
d) Syarikat gergasi Intel akan menutup 2 kilang
e) MAA melaporkan jualan kenderaan akan merosot 12.4% dalam tahun 2009, harga kereta dijangka naik akibat kerugian forex dan lemahnya RM
f) RAM menjangkakan defisit belanjawan melebihi 5%
Dari : http://ridzwan-bakar.blogspot.com

Ini sudah menampakkan kesan sikit demi sedikit kepada penduduk malaysia bahkan kita sebagai Pelajar yg akan menerjah ke gerbang pekerjaan, Pelbagai spekulasi akan tercipta sekiranya krisis ini berterusan, justeru itu di sarankan kepada pihak yg berkaitan dapat menjalankan peranan yg penting utk mengstabilkan ekonomi malaysia. Gunakan buget kewangan dengan kadar yg sepatutnya, jangan letakkan buget itu sebagai perisan utk mendapat sesuatu semula. Gunakan dengan sepatutnya wang tersebut, Simpan buget tersebut jika perlu utk menampung krisis yg akan datang kelak.... ini adalah utk kebaikan bersama...



Add Image

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.