MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Friday, April 30, 2010

manusia itu ada HATI...

Posted by MFS_8812


meniti malam demi satu penantian itu adalah satu penyiksaan, apa bila kerdip mata tidak boleh tidur dengan keadaan yg kurang tenteram. apakah yg menggusarkan diriku sehinggakan mata tidak boleh terlelap, mungkin ini satu ujian getir dalam pembinaan diri apabila ada perkara yg hendak di beritahu teperuk dalam diri dan membuatkan gusar hendak meluahkan. Begitulah adegan manusia yg bermcm2 ragam dalam diri utk memberikan sesuatu pada diri sendiri agar lebih baik dan bermutu kelak. Inilah salah satu cabaran terbesar dalam mendidik diri apabila ego di dalam diri berada di tahap teratas. Ego manusia lelaki adalah lebih tinggi berbanding wanita kerana lelaki adanya sikap keras hati dan berpendirian.. mana mungkin teguran itu adalah baik dan buruk. Namun ego lelaki akan ada bila teguran itu seperti teguran yg tidak masuk dek akal dan merupakan huraian logik akal yg boleh di bidas.Begitulah sikap lelaki yg ego.. namun jika ia berpendirian dan berpijak pada satu tapak ia tidak akan goyah walaupun hujahanya cuma hujah biasa. Namun hendak ceritakan di sini, apabila di tegur manusia itu hendaklah sentiasa mengigati sesama sendiri.. bila org menegur semula hendaklah di dengar, dengar dan terus dengar... bila waktu utk memberitahu perkara sebenar????? biarlah kita diam sahaja membisu dengan cara mengalah itu sahaja dapat memenagkan hati org tersebut. Apa-apa pun biarlah kebenaran yg akan terbukti, Ingat janji Allah itu pasti. Hendak tak nak kena kuat demi diri dan Islam dalam menajamkan diri. Biarlah di kritik apa dalam diri sehinggakan mengaibkan namun itulah kekuatan kita bila menghadap ALLah utk bercerita perkara sebenar kepada maha Pencipta. Hnya Engkaulah yg maha mengetahu apa yg ada dalam diri dan apa yg terpasak di dalam ini, biarlah mereka nk kata apa, tp aku tahu apa yg aku buat , mampukah aku harungi hari esok yg mendatang dan hari selepasnya.. tp akan ku kuatkan jua apa yg temampu biarlah hati ini hancur lebur,punah, dan ranah namun biarkan ia sendiri baik semula utk menjadi yg lebih kukuh dari sebelumnya. lindungilah hati ini agar bersih dari prasangka kotor yg dapat menjerumuskan pemilik hati ini tidak selesa dengan manusia.. kuatkan ikatan dan lindungi nya. Dekatkan hati ini dengan org-org yg bersama-sama dalam memperjuangkan agamaMu agar lebih tertaut utk mendekatiMu dalam menempuh sanubari hidup agar lebih sempuna kelak dengan keadaan yg lebih baik... Ya Allah jika Engkau takdirkan mati kepada pemilik hati ini, matikanlah pemilik hati ini dalam keadaan yg dirahmati dan dalam keadaan yg bersih dan suci.. tenangkan mereka-mereka yg telah mengusarkan pemilik hati ini suatu ketika dahulu agar bersama mendekati pencipta hati ini.....

Tuesday, April 27, 2010

Mempolitkan Diri demi Kepentingan seMua

Posted by MFS_8812

POLITIK adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di bidang korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Namun bila politik berada dalam diri tentang membuat pilihan yang tepat dan dalam masa yang sama memperbaiki parti-parti dalam diri agar berjaya menarik apa yg ada pada diri. Pemilihan parti-parti dalam diri memainkan peranan penting dalam menentukan arah tuju yang sebenar adakalanya hendak memilih parti keduniaan (BN) dan adakalanya hendak berpijak di parti akhirat (PAS). Itu adalah gambaran parti dalam diri sekirannya ingin memilih sama ada memilih jalan yang baik dan jalan yang buruk.
Begitulah kehidupan sebagai manusia yang memerlukan perjuangan politik yang faham dalam diri agar dapat memilih parti dalam diri yg dapat membawa kepada kebaikan.Soal pemilihan yang terbaik adalah dengan cara mengundi (PILIHAN RAYA) dengan merencanakan pendapat dari mata orang lain dan tidak boleh berat sebelah (SPR) dalam membuat pemilihan. Berat sebelah di sini adalah mengikut hawa nafsu seperti mementingkan kepentingan sendiri dalam diri dan kebergantunggan hanay kepada dunia. Ada kalanya parti-parti dalam diri mengempen dengan meletakkan keduniaan utk menarik perhatian seperti jawatan dan harta. Namun jika seseorang itu stabil dalam diri utk memilih parti yg sebenarya ia tidak akan mengikut tawaran dengan memandang keduniaan.
Soal pilihan dalam diri dan pemilihan haruslah di teliti dengan lebih halus, teliti dari pelbagai aspek dengan antaranya, akhlak, logik dan kesan. Pemilihan berlandaskan akhlak adalah memilih sesuatu mengikut kebaikan dalam konteks yg lain kesejahteraan yg di bawa. Ada kalanya pemilihan politik dari segi akhlah ini menjadi mainan antara parti-parti politik dalam diri contohnya menampakkan kebaikan dan meneggelakan keburukan.. inilah di namakan mainan politik. Ada kalanya terperangkap dengan mainan akhirya terjerumus ke kancah kemasiatan akibat tidak membuat penilai dengan betul. Pemilihan dari segi logik pula, ia ibarat melihat perspeksi dari luaran segala politik tersebut antaranya kemana yg lebih banyak penyokong (kemahuan) dan menilai adakah kemahuan itu bersepadan dengan kehendak. Pilihan melaui kesan dan taggapan utk mencorakkan perjalanan selepas membuat pemilihan tersebut, adakah yg di pilih benar atau tidak. sekiranya benar, apakah akan berlaku selepas ini begitulah sebaliknya.
Memberontak dalam diri ia di ibaratkan "melompat parti". Hal ini kerana pemilihan dalam parti diri yg di pilih tidak di laksanan dgn betul ataupun ada perkara lain yg menghasut dan seterusnya menyebabkan keluar dari pemilihan dan membuat pemberontakan. Pemberontakan hanya terhasil bila tiada kepercayaan dalam diri utk melakukan dan hanya bergantug kepada sesuatu utk mencapai matlamat. Namun, apabila berasa tertekan dengan memberontak sebenarya memberikan kesan kepada diri dan org lain yg mempercayai kita sekaligus mengurangkan kepercayaan kepada org lain. Manusia di ciptakan dengan perasaan yg pelbagai dan adakalanya ia terpaksa mengikut kehendak sendiri kerana matlamat dalam diri tak kesampaian dan tujuan hidup banyak bergantung kepada manusia. Kebergantungan kepada manusia semata-mata ibarat kita tiada pengangan yg kuat utk mengutarakan tujuan dan matlamat kita kepada sesiapa dan mengambil jalan mudah utk memberotak dalam kehidupan.
Perasaan dalam diri dan juga org lain agar berjaya menarik manusia utk mendekati kita, Itulah politk manusia, Kadangkala kita terpaksa menjadi seperti org lain mengikut situasi utk mendekati lebih dekat perasaan mereka agar lebih memahami dan merasi situasi dan tidak mem"Blame" kan generasi tersebut. Perasaan juga perlu di jaga agar tidak memberotak dan mengutarakan sangkaan buruk terhadap sesorang. Dekat dalam konteks mendekati manusia dengan pelbagai kaedah utk melihat tanggapan awal sekiranaya ingin menguji seseorang. Menguji seseorang itu di ibaratkan menguji diri sendiri adakah kita berperasaan seperti org tersebut dengan menimbal semula adakan aku akan membuat pekara yg sama mcm org itu ke tidak.
Inilah satu daripada politik diri yang dapat di rasai dalam setiap manusia apabila memilih sesuatu perkara yg baik dan buruk. Pemilihan politik ini tidak boleh di pengaruhi oleh mana-mana perasaan benci dan marah kerana ianya godaan syaitan dalam mempegaruhi pemilihan. Pemilihan yg baik hendaklah berpakskan akal dan pemikiran yg jelas firahnya demi mencapai matlamat. Hati yg bersih dari perasaan mazmumah dapat menilai penilaian pemilihan dalam menentukan arah tuju dan kehendak diri sebenar dan hanya pertolongan Allah dapat membantu membuat keputusan... istikarah demi pemilihan perjuangan
-: aKu tiNggalkAn perJuangan deMi seBuah perJuangan :-

Monday, April 19, 2010

aPakah ini seMua.. !!!!!!!

Posted by MFS_8812

apakah ini semua, apabila melihat surat yg di dedahkan mengenai kerajaan Malaysia yg bersekongkol dengan APCO yang merupakan consultan yg di miliki oleh yahudi laknatullah telah bersama dengan kerajaan malaysia dalam menjayakan kempen 1 malaysia. Rupa -rupanya khdmat nasihat 1 malaysia ini adalah agenda yahudi yg di upah oleh kerajaan BN utk mendapat khidmat perundingan, mana kepekaan kita terhadap islam sekarang. Adakah masih perlu kita bersengkongkol dengan Israel dan yahudi yang sentiasa tidak tenang dengan kehadiran Islam. Di saat orang memerangi yahudi rupanya ada org islam menggunakkan agen yahudi sbg penasihat.. dah macam barrac obama yg mempunyai setiausaha sulit yg menjadi penasihat (yahudi) kepada obama. Soalnya kita org islam yg mempunyai agama yg kuat dan melengkapi segala aspek kehidupan. Tidak mustahi suatu hari nanti kita akan di kawal oleh yahudi dan di ketahui lagi dalam sirah yang yahudi ini tidak pernah mengikut perjanjian. Pada zaman Rasullullah s.a.w. lagi, mereka pernah dihalau disebabkan oleh sifat mereka yang sering melanggar perjanjian. Sejarah kuno Mesir juga pernah melakarkan sifat mereka yang suka mengadu domba pekerja – pekerja dalam pembinaan piramid, mereka sendiri apabila mengadu domba masyarakat dunia. Mereka telah melanggar beberapa siri perjanjian Yahudi – Palastin dan undang – undang antarabangsa. Dominasi luar bangsa Yahudi juga terlalu ketara apabila mereka menguasai institusi kewangan, perdagangan antarabangsa, media, dan politik di seluruh dunia. Adakah malaysia juga telah di ikat oleh yahudi utk mendominasi manusia di muka bumi. cuba renungkan.. Kemana kita selepas ini, jika mengikut telunjuk yahudi.. bukan mainan politik tetapi... politik yg di mainkan oleh BN untuk mendapat perhatian rakyat... ~peka pada yg ada~



Friday, April 16, 2010

PRK Hulu Selangor.. Mana satu pilihan ???

Posted by MFS_8812

Desas desus pilihan raya di Hulu Selangor yang semakin menjadi-jadi dan menjadi tumpuan kini menjadi perhatian media mahupun generasi muda dan tua dalam memilih pemimpin mereka tapi ada satu artikel dalam bloglist malaysia yg di copy utk di kongsi bersama kerana ketiadaan idea utk menulis malam nie jadi copy utk semua pembaca :

Hulu Selangor - Kalau Betul, Memang Kau Bodoh Mugilan


Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan mendakwa beliau telah ditawarkan tanah dan wang sebagai ganjaran menyokong calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim di Hulu Selangor.

Tawaran itu — wang tunai RM2 juta dan tanah 20 hektar (50 ekar) dibuat malam tadi beberapa jam selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calonnya, P. Kamalanathan.

Pada sidang akhbar pertama sejak namanya munculnya sebaga calon yang berpotensi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Mugilan berkata, Datuk G. Palanivel keciciran tiket bertanding kerana nama diumumkan terlalu awal.

“(Presiden MIC) Datuk Seri S. Samy Vellu telah mengumumkan nama Datuk Palanivel tidak sampai 24 jam selepas Datuk Zainal (Abidin Ahmad) meninggal dunia.

“Dari segi strategi pilihan raya, ini salah... macam semasa kita pergi berperang, kita tidak harus umumkan nama calon terlalu awal dan beliau menjadi sasaran serangan,” kata Mugilan kepada pemberita kira-kira 7.30 petang tadi di Batang Kali di sini.

Mengulas lanjut soalan tawaran itu, Mugilan yang mendakwa boleh menghimpunkan 7,000 pengundi memberitahu, beliau menolak bulat-bulat dan akan tetap menyokong BN.

“Dari panggilan yang dibuat, saya tahu bahawa dia itu seorang pemimpin politik yang penting,” katanya tetapi enggan mendedahkan nama pemanggil itu.

dari : http://bloglistpolitik.blogspot.com/

KUANTAN, 16 April [3.20 pm] - Perhimpunan Aman Isu APCO (Israel) anjuran Dewan Pemuda PAS Pahang di Perkarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad I selepas solat Jumaat hari ini telah berjaya diadakan. Biarpun pihak polis dilihat berada di lokasi terbabit, namun ternyata mereka berjaya memantau program itu dengan baik dan tiada kekecohan berlaku. Program yang dipengerusikan oleh Ustaz Fadhli Ibrahim (Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan) itu bermula selepas sahaja bacaan doa oleh Imam Masjid Negeri berakhir. Jemaah masjid yang baru sahaja selesai menunaikan solat Jumaat dilihat terkejut dengan perhimpunan aman tersebut. Sebahagian besar dari kalangan mereka bersama-sama melaungkan "takbir" dan turut memberi sokongan. Turut berucap ialah Blogger Cucumatkilau mewakili Blog Pahang Daily Online, YB Syed Mohammad (ADUN Beserah) dan ucaptama oleh Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat). Bacaan doa telah disampaikan oleh Ustaz Yusoff Embong (Timbalan Pesuruhajaya PAS Pahang Timur). Ketika Ustaz Nasaruddin berucap, sesekali kelihatan seorang anggota polis berbangsa Cina kelihatan cuba menganggu agar ia dihentikan. Namun, setelah berunding dengan Ustaz Yusoff Embong akhirnya ucapan Ketua Pemuda PAS itu berjaya ditamatkan. Apapun, program yang dijalankan pada hari ini telah berjaya sebenarnya.


Ustaz Yusoff Embong membacakan doa, Ustaz Nasharuddin (kanan)

Jemaah Solat Jumaat yang sempat bersama dalam program tersebut
[Perhimpunan ini sepatutnya wajar disokong oleh semua pihak tanpa mengira kira fahaman politik kepartian masing-masing. Apapun perhimpunan aman yang diadakan selepas solat Jumaat itu tadi telah berjaya dan pihak polis juga turut memberi kerjasama yang baik secara keseluruhannya. Anehnya, ada terdengar beberapa suara yang cuba mengutuk tindakan Dewan Pemuda PAS itu, malah mereka cuba menyampuk ketika ucapan dilakukan. Mungkin, ada umat Islam yang seronok melihat Israel mula menjalinkan kerjasama secara rasmi dengan negara kita Malaysia agaknya. Malah mereka juga lupa bahawa rejim Zionis-Israel telah meratah dan membunuh dengan kejam rakyat Palestin tanpa sedikit pun rasa belas kasihan. Apakah mereka rela umat Islam di negara kita diperlakukan begitu suatu hari nanti agaknya].

Sumber: http://pahangdaily.blogspot.com/

Wednesday, April 14, 2010

Antara 2 pilihan, manakah pilihanku...

Posted by MFS_8812

Tersepit di antara dua jalan, inilah sering kali berlaku dalam kehidupan, bukan sahaja memilih pasangan bahkan memilih haluan dan perjalanan hidup sering membuntukan pikiran yang sentiasa istikarah dalam keadaan utk memilih jalanan hidup. Hidup diantara 2 sama ada belajar atau teruskan bekerja, itulah yg menjadi ganguan benak pemikiran yg sering di belenggu oleh dua pilihan ini. Terfikir juga dalam diri, adakan usiaku sebegini sudah cukup bersedia utk bekerja dalam medan dakwah yg terbesar ini.

Kerja : Mainan dalam diri mengatakan kerja, sebab kerja yg di buat selama ini adalah medan dakwah yg semestinya pahit utk di harung tetapi manis jika di tempuh. Inilah hasratku dalam hati ini, walaupun hanya menjalankan pekerjaan yg melicinkan dakwah , tp sudah cukup dapat mendidik hati agar lebih kuat lagi. Medan dakwah yang besar ini, memerlukan tunjuk ajar yang persis dan jitu agar menjadi lebih kuat kefahaman dan kerelaan dalam menjalan fitrah kita yang sebenar. Menjalankan aktiviti dakwah anak muda spt di sekolah2 dan jabatan merupakan suatu tanggungjawab fitrah dalam menjalankan peranan sebenar hambaAllah. Terfikir sejenak semula kata-kata Tuan Guru Hj Hadi dalam ucapanya di makan malam Amal "Ramai di kalangan kita yg menjadikan kerja dakwah sbg kerja pelengkap, bukan kerja utama. Sedangkan kerja dakwah spatutnya menjadi kerja utama, sbb itulah perkembangan dakwah mudur tidak seperti zaman dahulu". Sebenarnya sudah lama bersarang dalam hati hendak melakukan dakwah kepada semua, namun apakan daya hanya kerja pelicinan dakwah yang mampu, dan sedikit kekuatan yang di gunakan utk menjalankan gerak kerja dakwah dalam bermusafir. Walaupun acap kali ke hulu ke hilir dari utara bertandang ke selatan , namun kekuatan izzah dalam bercakap utk memberi kepada semua golongan masih dalam pembelajaran.Kerinduan dalam membuat kerja dakwah ini mesti di rindui dengan berbagai pegalaman langsung dan tidak langsung di pelajari, dengan pelbagai ragam manusia kita kenali dan pelajari di samping mendidik hati dan rohani agar memahami peranan sebenar hidup utk memberi. Namun, apakan daya itulah cabaran dalam mempelajari segala bentuk ilmu dalam mengenali manusia apatah lagi pencipta kita. Sebak rasanya sekiranya medan perjuangan dakwah ini di tingalkan atau satu ungkapan lain di tangguhkan, walaubagaimanapun pilihan tetap pilihan biar Allah menentukan dengan pelbagi cara.
Belajar: " Aook pegi belajar la dulu, baru kerjaa, nanti kahwin senang sikit" loghat lipis itulah satu kata-kata motivasi yg tidak ketahui dari mana asalanya ucapan tersebut, namun masih di cari dan di selidiki. Belajar pekara yg sememangnya perlu dalam kehidupan apatah lagi sebagai satu tiket atau lesen utk menjadi YB atau KP (ketua pemuda) kelak, Amin. Mendegar kata-kata naqib dalam keadaan sekarang memerlukan title belajar utk menjadikan izzah dan "kehormatan" kepada semua manusia khasnya di malaysia utk kembali berdakwah kepada semua golongan yg liat tentang islam juga memerluakan pangakat pembelajaran agar ilmu dalam pengucapan di pandang oleh semua golongan. Jika di fikirkan juga semula, dakwah itu bnyk cabang, di kampus juga boleh berdakwah sbb keupayaan dakwah adalah setaraf kerana tiada had umur atau berbeza situasi. Keadaan umur masih muda sekarang ini, memerlukan pengalaman yg mendalam dalam menjalani kehidupan yg tidak tahu bagaimana mehnah tribulasi di sana. Mungkin dengan menyambung pengajian ini, lebih bermakna lagi dalam penyampaian siapa tahu.. apa apa pun kita merancang, Allah juga merancang, dan perancangan Allah itu lebih baik...
"Ya Allah, hambaMu ingin memohon pilihan menurut pengatahuanMu dan memohon kurniaMu yg besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yg mengetahui segala yg gahib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan ini terbaik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkan utntukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkat kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikalau di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk utkku, dalam agamaku, kehidupanku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah utkku yg baik-baik saja di mana saja adanya, kemudian puaskanlah dan redhakanlah hatiku dengan takdirMu itu"

Sunday, April 11, 2010

aPakah Yang Berada di Sana ???

Posted by MFS_8812

Tiap hari, demi hari demi waktu, terus berjalan demi mencari Cinta yang suci agar membina diri ini agar lebih kuat dalam melawan tibulasi dan mehnah yg menggocang diri. Memandang jauh pantai , terfikir apakah yg berada di sana, kenapa aku tidak nampak di depan sana.. begitulah kehidupan demi sebuah perjuangan. Mehnah yang tidak di ketahui bila dan masanya, Allah menguji dengan pelbagai hadiah dunia, semata-mata mahu melihat adakah hambaNya ini masih kuat utk melawanya. Berjalan dan terus berjalan demi mencari ketenagan dalam diri di tepi pantai sambil memikirkan kemana arah tujuan hidup dengan sedikit perasaan membolak balik dari syaitan laknatullah dalam diri terus aku lemparkan perasaan ku dengan menuteralkan segala yang ada. Semua yg di nampak pada mata kita sekarang tidak semestinya kita punya dan di miliki dengan mudah, beginilah kehidupan ada kala kita mesti dapat apa yg di minta dan dapat apa yg tidak di minta. Merenug di depan sana, apakah akan aku ketahu kelak perjalananku. Mana arah ku, di sebalik dua jalan yang ku pilih, manakah jalanku sebenar dengan usiaku sebegini, hanya Allah yg mampu mengaturkan perjalanan dan hanya istikharah yang memandunya. Perjalanan di depan merupakan salah satu tanggapan awal yang di nampak dan pandangan lainya hanya cabaran dalam kehidupan.


Berjalan dan terus berjalan demi mencari pengalaman, akhirnya berhenti di Pantai Batu Hitam, Beserah ( Aku berserah kepadaMu ). Berjalan berseorangan sambil melihat telatah manusia yang berperanan sebagai Ayah, Ibu dan hamba Allah dalam melengkapkan sebuah kehidupan yang melengkapi sebuah perjuangan agar berjuang utk terus hidup. Manusia di ciptakan kekurangan dan kelebihan agar manusia melengkapi sebuah penghidupan agar sering mengigati antara sama lain, betulah maksud manusia iaitu "lupa". Berfikir sejenak berjalan di tepi pantai demi sebuah ketenangan yang sedalam-dalamnya sehingga mencetuskan keinginan hingga ingin mecetuskan kemahuan utk mengetahui kenapa kita perlu ketenangan dalam diri. Akhirnya persoalan demi persoalan di rungkai, sedikit demi sedikit ia boleh di fahami , ketenangan tidak dapat di rungkai dengan kata-kata dan boleh di rasai. Dengan mengigati Allah jiwa akan menjadi tenang. [Surah Al-A'raf 205-206]. Merasai kekosongan dalam diri inilah yang menyebabkan berasa masih lemah dan tiada kekuatan dalam diri, tapi sebenarnya kekuatan itu lahir apabila kita mengigati ALLAH, SubhanaAllah... indahnya perasaan ketenanganMu. Begitulah juga manusia, ia memerlukan kekuatan agar tidak berasa kekosongan dalam diri, kekuatan itu datang dalam diri apabila kita berusaha demi Allah, insyaAllah ia akan mucul izzah dalam perbuatan dan pekerjaan kita sekalian.





Thursday, April 8, 2010

Menggapai CINTA demi sebuah Cita-Cita...

Posted by MFS_8812



Saban hari menanti waktu, keluh kesah kian merindu , terdegar sayu-sayu cita-cita membisik diriku bilakah waktu hendak di tunaikan.. terfikir sebentar tentang artikel di blog, asyik2 perihal cinta, tak ada benda lain ke???.. itulah kisah manusia sebenarnya... cinta nie mcm-macam boleh jadi.. pada Ahli politik pun boleh jadi.. cintakan Wang (sampai sanggup lompat parti) ... cinta dunia .. penyakit wahan (cintakan dunia, takutkan mati)... macam-macam... hidup umpama mengejar cinta mahluk..

Cinta itu pekara yg di minati dan di khendaki walaupun fikrah manusia namun sejauh mana kita memonupulasikan suatu fitrah itu yg penting ia berlandaskan syariat. Walaupun fitrah itu tidak dapat lari, jadi bagaimana ia dapat di gunakan utk kepentingan seterusnya kepada org lain. Jika kita cinta manusia, adakah cinta manusia itu boleh selamanya... adakah manusia itu kita punya? atau pinjaman?? jika kita boleh berfikir mana mungkin di boleh kekal, sbb pencipta manusia tersebut juga Pencipta Kita. bila-bila boleh di tarik nyawanya, adakah kita atau manusia tersebut. Jadi nak persoal bab cinta semua pencipta kita punya... Mana milik kita...

Allah adalah pencipta yg patut di cintai demi mengejar cita-cita iaitu syurgaNya.. Adakah kita mampu menggapai cinta kepadaNya.. sedikit demi sedikit talbiyah dari Allah di rasai dengan pelbagai cara.. di uji cinta manusia demi mengenali cintaNya.. di uji cinta duit (dunia) demi mendapat cintaNya... di beri cinta cita-cita agar mengetahu rahsia cintaNya... agar mendidik dan berfikir di manakan cinta yg sepatutnya di serapkan.. rasa manisya bila bila cinta kepada ALLAH lebih utama seperti tidak perlu cinta selainNya.... cintakan perjuangan Nabi Muhammad demi mendapat syafaatnya... nota atau surat cinta ini sepatutnya di adaptasikan kepada pencipta agar dapat memujiNya dan berasa tenang dan lega... perasaan memuji pada pencipta membuatkan rasa seperti lapang dan melepas kecerlaluan yg ada dalam benak pemikiran seterusnya menutralkan segala permasalahan...

Cita-cita di capai bila Cinta kepadaNya sedalam lubuk sanubari sehingga sanggup melepaskan kemahuan diri dan menggabaikan segalanya demi sebuah cinta. Mana mungkin cinta dapat di capai dengan mudah sekiranya tidak diuji sedikit demi sedikit demi satu Cinta..

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada Nya
Kasihku balas cinta Nya
Setiaku balas kasih Nya
Kasihku kasih yang setia pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat Nya
Akurku kebesaran Nya
Teragung Maha Suci Nya
Taatku hamba yang hina pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat Nnya terus mencurah-curah
Nur hidayah Nya semakin cerah



Biarlah cinta itu sedikit demi sedikit dapa menyerap dalam hati, walaupun sedikit demi sedikit namun ia sebagai satu muqadimmah utk menggapai cintaNya agar hati ini menyerap perjuangan perjuangan KekasihMu, agar suatu hari nanti mengimpikan Cita iaitu syahid di jalanNya. Ya Allah, berilah hambaMu ini kekuatan dalam perjuangan, walaupun hambaMu ini pernah melakukan dosa kepadaMu, Ya Allah kuatkan hati hambaMu ini agar dapat mengerjar cintaMu yg sbenarya hakiki demi mendapat redhaMu... Cekalkan hati ini dalam perjuangMu agar sedikit demi sedikt agar hambaMu ini Istiqamah dalam perjuangan... Ya Allah hancurkan barisan-barisan musuhMu agar dapat melicinkan usaha hambaMu ini... berikan kekuatan kepada pejuang-pejuang islam agar berasa lebih kuat dalam mendaulahkan syariatMu. Berikan cinta yg sebenar-benarnya kepada HambaMu ini...

Monday, April 5, 2010

MENITI HARI DEMI SATU MIMPI...

Posted by MFS_8812

Hari-hari berlalu mungkin masih terasa kekosongan dalam kehidupan???? kenapa??? biaralah itulah satu ujian dari Allah. Kadang-kala di beri rasa kekosongan untuk mearasai tentang adanya pencipta kita yang sentiasa memerhati dan menyusun perjalanan... Perjalanan dari mula seawal sekolah dari Sk Jenderak Selatan ke SK Jalan Bahagia, Temerloh dan Ke SMK Seri Bahagia Temerloh hingga ke SMT kuala lipis dan seterusnya Uthm sememangnya tidak di duda perjalanan kehidupan yang di rancang dengan pelbagai ragam manusia dapat di pelajari. Inilah konsep tarbiyyah kehidupan dalam meniti hari demi satu perjuangan yang suci murni. Di beri kekuatan pula untuk menceburi diri dalam motivasi utk menyampaikan sedikit peringatan agar kerja sekecil ini dapat di redhai. Kita merancang, Allah juga merancang , Namun perancangan Allah lebih baik.. Letih juga kehulu kehilir dari utara turun ke selatan dari selatan ke timur, namun begitulah tetapan dari Allah untuk hambanya mejalankan kerja kecil hanya untuk mendapat redhaNya. Ingin jua menulis puisi :


Ya Allah,
Jika Engkau takdirkan untukku berjuang,
HambaMu rela dengan apa yg di rancangMu,
Jadikan HambaMu ini Pejuang yang sebenar-benarnya berjuang,
Berjuang demi satu matlamat suci,
Jangan Engkau biarkan dalam hatiku ini perasaan berbangga dalam berjuang,
aku takut perjuangan ku ini sudah tidak bermakna lagi dengan adanya perasaan tersebut,

Ya Rahim,
Engkau kuatkanlah hati, jiwa dan tubuh badan ini,
agar dapat digunakkan seupaya mungkin,
sehingga HambaMu ini tidak berdaya lagi,
Biaralah air mata menjadi saksi manisnya perjuanganMu,
Andai diri ini tidak berdaya lagi, gugur, tersungkur dan longlai,
Engkau berilah semangat kepada HambaMu ini semula,
Berilah Kata-kata inspirasi kekasihMu dalam lenaku,
Agar Esok bersemi CINTA yang sebenarnya hakiki,
Agar esok juga menjadi Motivasi,
agar perjuangan hambaMu tetap aku tempuhi,,, sehingga MATI...
HambaMu tahu Mati itu pasti,
sebab ia sebenarnya sebentar nanti,
berilah inspirasi kepada sahabat hambaMu ini agar terus meneruskan perjuangan,
tidak kira di mana nanti, agar Islam tersemat di hati sanubari,
agar terpancar cahaya hidayah dariMu kepada Umat KekasihMu,
Agar Islam dapat di Menangi.. suatu hari nanti
Sesungguhnya Solatku ini , Ibadahku ini , hidupku ini dan matiku ini hanya untukMu...
tiada apa-apa yg ada pada hambaMu ini yg ada hnya Hati dan Jiwa Islami...
agar diri sanggup mati demi mengejar redha dari Ilahi....

Selamat berjuang!!!

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.