MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Thursday, December 24, 2009

C.I.N.T.A PERJUANGAN

Posted by MFS_8812


Lega dan puas itulah yg dapat dikatakan dan digambarkan dalam hati, akhirnya masalah InsyaAllah dapat di selesaikan. Semuanya perancangan ALLAH yg di permudahan kepada kita dalam strategi yg tidak di sangka-sangka dapat menyelesaikan kerumitan. Selepas berfikir bermacam2 akhirnya dapat jua menyelesaikan masalah, perancangan inilah yg dinamakan Perancangan Allah. Entah kenapa malam ini, hendak menulis mengenai perjuangan. Mungkin di sebabkan cerita atau post lepas acap kali mengunaakan perkataan CinTA. Itulah perkataan (Cinta) yang selalu di gunakan bagi mereka yg minat kepada sesuatu/makluk, sebab cintalah mengambarkan segalanya. Kali ini aspek cinta sekali lagi terfikir selepas solat Isyak' tp Tajuknya Cinta akan perjuangan.
Kemarin, setelah meninggalkan uthm selama 5 bulan rasanya rindu hendak berjumpa sahabat lain untuk menanyakan khabar. Tapi malangnya, semua mereka tiadah(versi cakap sabah) di rumah yg kerap kali pergi, hnya semata-mata melihat sahabat dan bertanyakan khbar. Rindu, itulah perasaan pertama di alami setelah lama meninggalkan uthm apatah lagi perjuangan kecil dahulu.
Terfikir Sejenak, rupanya aku masih cintakan perjuangan bersama shbt dalam bergerak kerja demi menyedarkan masyarakat kampus tentang islam. Gundah gualana masuk ke Uthm, melihat pelbagai asessori di tambah di kampus sudah cukup utk membuak-buakan perasaan dlm hati utk menyambung semula perjuangan walaupun berhenti seketika. Sememangnya Rindu dan Cinta perjuangan yg melatih kita utk bersusah payah dahulu dan merasai kemanisannya selepas itu.
Rupanya, waktu merasai perjuangan itu tidak boleh dirasa lagi sehinggalan kita sudah lari dari perjuangan tersebut dan barulah ketahui kenikmatan bersama perjuangan apatah lagi shabat yg mengambil berat tentang diri. Banyak sekali nama sahabat yg membantu diri ini, dalam membentuk diri sehinggakan tidak membenarkan diri utk pergi, begitulah kemanisan perjuangan yg tidak dpt di rasai lagi masa kini dan akan dapat di rasai kelak nanti dengan nostalgia bersama shbt seperjuangan.
Takdir, itulah ungkapan mudah utk mengambarkan perancangan Allah dalam urusan hambanya utk mendidik dan melahirkan Cintakan perjuangan di luar yg lebih besar cabaran dan mehnah dengan keadaan situasi yg berbeza dgn pelbagai sifat manusia di luar sana. Begitulah, rancangan Allah utk memenuhkan pengalaman dlm diri manusia utk mentarbiyah makhluknya agar menjadi pejuang agar menyambung perjuangan yg semakin lupa oleh peringkat remaja kini.

Saturday, December 19, 2009

Fikrah, Ukhwah atau cinta ?

Posted by MFS_8812




Akhirnya ada juga komen dari sahabat2 yang membaca UKHWAH atau CINTA yang ana sendiri huraikan dari luahan fikiran dan mungkin sedikit pengalaman hati sedikit dapat mengagak suatu ukhwah yang sangat rapat dapat melahirkan suatu cinta. Tidak dapat di nafikan mana2 laki tak kira muslimin atau muslimat mempunyai fikrah iaitu sesuai dengan fungsinya yang sebenar sbg hamba kadang2 tidak dapat lari dari perasaan di hati. Mungkin dari perasaan di hati ini dapat memupuk ukhwah yang lama kelamaan menjadi minat. Tidak kiralah berkerja bersama dalam satu gerak kerja islamic spt promosi atau jualan ini sbenernya dpt menimbulkan dan melembutkan hati untuk bekerja bersama-sama. Sambil membuat kerja kita dapat mengenali lebih rapat org tersebut dan timbulah rasa ingin mengetahui walaupun dalam urusan kerja. Untuk mantapkan kerja kenalah mempunyai pemikiran yang sama dan mulalah pertanyaan yang mendalam yang halus di tanyai. Sudah lama kenal dan mendalami timbulah rasa ingin mengetahui dan mengambil berat.
Muslimin: Eh! nti tak datang ke meeting, kenapa ye?
Muslimat : Asif ana Demam tak larat nak bangun
Muslimin: Nak ana belikan ubat?
Muslimat : Tak menyusahkan ke?
Muslimin: Tak, Sebelum makan ubat, nti kena sarapan ?
Muslimat : Shbt ana tiada di rumah.
Muslimin : Tak ada org nak belikan ke? Tak apa ana boleh belikan sarapan"
Muslimat : Syukran..

Mulalah bibik-bibik dalam mengambil berat. Bagi ana, ana rasa muslimat jika berada di situasi tersebut di akan rasa ada org mengambil berat tentang diri mereka dan timbul membuak-buak rasa di hargai. Ukhwah semakin erat dan mantap, apa2 hal mesti akan bermsj berdua walaupun pekara remeh. Ukhwah semakin kuat, Cinta semakin hebat. Mcm strategi di buat, "delete msj ini jgn bagi sesiapa baca tau". Keluh kesah perasaan semua di hantar ke msj muslimin supaya mereka tahu apa yang terbuku. Bila berjumpa berbuat tidak kenal tp dlm msj serupa dh kenal lama... Ukhwah yang tidak faham boleh melahirakan cinta hati yang bermasalah.
Klw di fikrkan balik sekiranya kita bersama mengenali (UKHWAH) dengan ALLAH walaupun lama untuk memahatkan di jiwa nescaya suatu hari akan timbul (CINTA) KEPADA ILAHI keranaitu akan membawa kita akan kembali kepada pemahaman (FIKRAH) yang sebenar kita suatu hari nanti.

Thursday, December 17, 2009

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

Posted by MFS_8812

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun
baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting
yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan
keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama
enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari
40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera
Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.


Wednesday, December 16, 2009

Doa Laknat Tuan Guru

Posted by MFS_8812

Doa TG Nik Aziz untuk Pak Najib

Assalamualaikum w.b.t. dan segala puji bagi Tuhan yang menjadikan seluruh isi bumi dan langit dan perantaraan antara keduanya, juga selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ikutan dan tauladan ummat Islam sepanjang zaman. Alhamdulillah kerana sekali lagi diberi kesempatan untuk menulis artikel yang sedang hangat dibincang di Malaysia khususnya, maka saya yang faqir ini selaku anak muda cuba untuk mengambil peluang bagi berkongsi idea dan ilmu yang tidak seberapa ini, moga2 ada manfaatnya.

ISU DOA LAKNAT

Sebelum kita persoalkan adakah patut seorang ulama yang bergelar Tuan Guru mendoakan keburukan untuk orang Muslim yang lain, semestinya kita persoalkan terlebih dahulu pada diri kita ini, adakah kita tidak takut pada doa seorang ulama? Ulama adalah wali di sisi Allah, pewaris para anbiya', pembawa risalah kebenaran(Islam), jadi mereka lebih dekat dengan Allah s.w.t., oleh yang demikian doa mereka adalah lebih terangkat dan lebih mudah dikabuli oleh Allah, itu hakikat yang kita mesti pegang.

Keduanya, kita kena faham, bahawa sesungguhnya ulama' tidak akan sengaja atau suka2 mendoakan keburukan untuk satu2 kaum atau seseorang tanpa bersebab atau untuk kepentingan peribadi. Sebagai contoh, doa kehancuran atau laknat kepada John W. Bush, Tony Balairre dan Ariel Sharon, ini kerana mereka menganiayai ummat Islam seluruh dunia khususnya dalam isu berkaitan Palestin. Tahukah sahabat2 sekalian, kalau tidak didoakan dengan doa ancaman beerti kita merelakan ummat Islam ditindas, dizalimi, dinafikan haq tanpa belas kasihan.


Ketiganya, TG Nik Aziz tidak mendoakan kehancuran buat Najib, pemerintahannya dan partinya untuk kepentingan diri sendiri bahkan untuk ummat Islam di Malaysia khususnya di negeri Kelantan berkaitan isu royalti di negeri Serambi Makkah, maka doa tersebut adalah wajar, kerana jika tidak, rakyat Islam Kelantan akan terus dizalimi dan dinafikan haqnya. Lagipun, doa laknat TG Nik Aziz adalah bersyarat, iaitu jika hak rakyat tidak dikembalikan maka laknat ke atas Najib. Teliti betul3.

Keempatnya sahabat2 sekalian, kalau TG Nik Aziz tidak mendoakan secara zahir atau doa berbentuk laknat, adakah kalian sebagai hamba Allah merasakan bahawa Allah akan biarkan sahaja seorang yang zalim menzalimi hambaNya yang soleh atau orang Islam yang lain? Sudah tentu tidak sama sekali, kerana Allah itu suci daripada sifat pekak dan buta bahkan Allah itu Melihat lagi Maha Mendengar akan rintihan hamba2Nya. Berhentilah duduk di bawah ketiak pendustaan dan bangkitlah dengan mensucikan diri.

Yang kelima, adakah TG Nik Aziz tidak mempunyai perasaan atau contoh akhlak yang baik kerana mendoakan "doa laknat" tersebut? Sudah tentu ada sahabat2 sekalian, cuba perhatikan, kalau tidak dizahirkan doa tersebut bukankah itu lebih merbahaya, beerti orang yang buat zalim itu akan terus melakukan kezaliman tanpa kesal dan sedar. Dengan ini, sekurang-kurangnya orang yang buat zalim ini akan takut dengan ancaman doa orang2 soleh yang teraniaya, kalau tidak takut atau gentar juga, beerti mereka mempunyai masalah hati, dan ini bermakna pintu hidayah telah tertutup rapat buat mereka, moga2 itu bukan kita.

Satu lagi sahabat2 sekalian, perkara yang paling penting kita persoalkan di sini dan setahu saya tidak pernah disentuh oleh mana2 pun, kenapa TG berdoa di khalayak ramai? Fikir2kan, cuma sebagai tambahan dari saya, TG Nik Aziz boleh sahaja mendoakan secara sirr(rahsia@senyap), tapi kenapa hendak menzahirkannya dan kesannya isu ini akan diputarkan @ dimainkan di seluruh negeri Malaysia, dan rasanya TG Nik Aziz tahu kesannya tapi tetap mengambil insiatif untuk menzahirkannya di khalayak umum.


Inilah ciri2 seorang ulama', sentiasa memberi amaran dan ancaman terhadap kezaliman yang dikerjakan oleh pemerintah Islam yang zalim. Doa laknat TG Nik Aziz yang telah dilafazkan adalah suatu tegahan daripada seorang hamba Allah yang rasa dirinya berhak untuk menegur pemimpin walau dengan cara apa sekalipun, dan sebagai satu sikap ambil cakna terhadap penderitaan rakyat, kerana realiti yang kita lihat hari ini, ramai orang yang sanggup menyuruh dalam perkara kebaikan namun tidak ramai yang sanggup mencegah perkara kejahatan.

Kesimpulannya, sahabat2 dan warga2 di Malaysia tidak perlulah memutarbelitkan lagi isu doa laknat ini dan berhentilah menjadi pembela kejahatan dan fitnah. Cukuplah dengan keberadaan kalian dalam parti yang batil itu janganlah sampai melarat sehingga memburuk-burukkan nama ulama' sebagai pewaris Nabi, kerana orang yang memuliakan ulama' beerti dia memuliakan Nabi sebagai pemberi syafaat. Ingatlah kalian akan bersama orang yang kalian cintai. Kalau kalian cintai Najib.......Tak tahulah........Apa nak jadi???


Teliti betul ucapan Tuan Guru Nik Aziz
(jom klik!!!)

"Kalau Najib & Zaid ada bakat untuk jadi baik bukalah pintu hati untuk Islam dan Iman
Kalau tidak ada bakat, kacau orang sokmo maka turunlah bala' ."


Tuesday, December 15, 2009

Sajak POLIGAMI

Posted by MFS_8812

Suami bukan utk dimonopoli
Tapi untuk dikongsi
Itulah contoh yang telah diberi
Oleh isteri2 nabi dan orang terpuji
Masihkah kita ‘melawan’ lagi?

Poligami itu indah tidak terperi
Bagi yg telah melalui
Dengan syarat Tuhan sangat dicintai
Sedar dunia ini bukan tempat kekal abadi

Janganlah kita gerun dengan syariat Ilahi
Hikmahnya tidak terkira lagi
Kecuali hati yg berkarat dan berdaki
Mazmumah dan cinta dunia bersarang dalam hati

Poligami jalan yang diberi
Penyelamat masyarakat yg kucar kacir ini
Jika suami benar2 berani
Isteri pula cinta dan taatkan suami

Kenapa memandang serong pada poligami
Sedangkan pelacuran dan pergaulan bebas tajaan Yahudi
Tuhan yang beri Tuhan lebih mengetahui
Apa kita masih buta dan tuli?



Friday, December 4, 2009

Pengalaman 1 : Misi Qurban di Bumi Sabah

Posted by MFS_8812

Sudah lama tidak menaip rasanya, tp kali ini ana ceritakan serba sedikit pengalaman di bumi sabah ketika menjalankan misi Amal dalam misi korban di pedalaman Sabah,

Seawal jam 1:00am kam tiba di KK dan bermalam di rumah sahabat di KK. Kami bertolak pada jam 8:30 ke Pitas utk menjalankan misi pertama iaitu Kg Rukum Laut.

25/11/2009
Dalam perjalanan kami sempat mengambil gmbar rumah2 yg begitu daif walaupun sudah lama merdeka:

Sepanjang perjalanan,inilah rumah di sabah yg kelihatan usang.


Sepanjang perjalanan kami, kami menyewa kereta untuk mengelilingi sabah sepanjang misi korban. Pelbagai denai, lecak dan lubang kami redah untuk menyelesaikan misi.
Inilah pengangkutan kami yang di sewa (waja)

Dalam perjalanan macam-macam dapat di lihat, sbgai contohnya gmbar di bawah, Kg Telaga, semesetinya mengamit mata yg melihat, maklumlah baru first Time jejak kaki kat Sabah.

Gambar Kg Telaga dari jalanraya, yg mengamit mata memandang.

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.