MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Sunday, November 20, 2011

Diberikan kefahaman Terhadap Agama

Posted by MFS_8812

Musim cuti sudah bermula kepada pelajar-pelajar di luar sana, namun di sini masih lagi meneruskan sisa-sisa tahun yg masih ada. Pihak sekolah menetapkan waktu utk pelajar bercuti adalah pada waktu pertengahan bulan 12, namun apakan daya sudah takdir dariNya utk guru-guru bersama dengan pelajar dalam satu program diberi nama perkampungan Al-Quran. Inilah satu cabaran guru-guru utk sekolah swasta utk terus mendidik generasi huffaz Quran , walaupun dengan hanya menjadi guru akademik.

Banyak cabaran yg perlu di lalui utk para guru khususnya mendidik ahli ilmu yang menyeluruh dari pelbagai aspek. Namun bagaimana guru itu bijak utk mengelesaikan dan mentadbir para pelajar agar seimbang dari segi akademik , diniyyah dan Al-quran. Sememangnya rasa kerdil teramat bila berada di dalam madrasah ilmu di kelilingi kader ulamak yg bnyk memberi satu tarbiyyah dan muhasabah diri. Jika dulu hanya berlatar belakang sekolah teknik kini sudah menjadi pendidik sekolah agama yg hafiz quran rasanya agak kerdil utk memberikan sesuatu kepada pelajar. Mungkin inilah perjalanan diri ini bila di letakkan di dalam suatu tempat insya-Allah ada manfaat di setiap sudut.

Jika dulu di sek teknik ada yang diberikan gelaran “Ustaz” namun kini gelaran itu menjadi nyata dari sudut pandangan mata, namun di dalam hati jauh dengan gelaran tersebut. Terasa begitu asing kerana kesemua pendidik di sini semuanya berlatarbelakangkan sekolah agama yg hebat2 namun kita ini adalah manusia yg biasa yg tidak berlatarbelakangkan sekolah agama.

Namun itulah ketentuan kita, bila di kaji dan sering kali di perhati positifkan diri agar menjadi lebih matang.. Jika dulunya seorang biasa kini gelaran biasa itu perlu di hapus agar menjadi org yg luar biasa mendukung agama. Biarlah kita dulu tidak seperti sekarang apabila sudah diberikan kefahaman di dalam agama . Tahu apa yg agama mahukan dan perlukan sudah perlu ada pada setiap diri menjadi pendokong agama apatah lagi di fahamkan dalam agamanya.

Biarlah jadi apa pun , namun tahu apa akan peranan terhadap agama . Bekerja atas landasan agama memberi kekuatan kepada kita agar mensucikan ikhlas agar sentiasa berlandaskan kehendak agama. Merasai satu pekerjaan itu mudah dengan setiap hari mempasakan niat utk Allah dan agama agar tenang dengan pekerjaan dan seronok di lakukan berulang kali.

Rasa agak segan bercakap tentang tarbiyyah pada diri jika tarbiyyah kita akan di uji kelak nanti dengan pelbagai keadaan, apa2 pun ia pada diri kita.. Ada Org belajar agama namun sedikit pun tak tak dapat mengikut kehendak agama.. namun ada org yg belajar teknikal diberikan kefahaman dalam agama.. Ini semua kerja ALLAH meletakkan sesuatu maksud tersirat di dalam satu rumusan kehidupan Hambanya..

Allahu’alam….

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.