MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Wednesday, January 28, 2009

Kenangan demi Pengalaman di kecapi...

Posted by MFS_8812


Kenangan itulah ungkapan utk mendabarkan suatu pengalaman apabila menempuh likuan perjalanan berada di medan dakwah. Pemberian dariNya ini seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin utk menjadikan diri kita lebih matang. Matang dari pelbagai sudut itu dapat melahirkan diri agar lebih berani berhadapan dengan pandangan hadapan yg mana pandangan hadapan kita suatu hari nanti akan terbatas sekiranya terhenti dengan sekatan cahaya yg kian malap. Namu sejauh mana dapat kita mengawal kemalapan cahaya itu adalah bergantung kepada diri kita utk melakukan penambahbaikan kecerahan agar pandangan utk terus bergerak ke hadapan tidak terbatas dengan kemalapan cahaya. Begitulah suatu analogi yg mudah utk megambarkan suatu kehidupan, kadangkala kehidupan kita akan berhenti kerna ada masalah yg menggangu mahupun menyekat pemikiran utk kehadapan meskipun cahaya utk kehadapan itu benar-benar terang. Namun bagaimana kita utk memastikan perjalanan hidup menjadi lebih lancar indah. Begitulah kehidupan... sekiranya tiada halangan kita akan merasakan diri kita terlalu selesa utk bergerak dan lupa pada yg sepatutnya. Namun, sekiranya halangan itu ada kita boleh mencari jalan lain untuk memperbetulkan realiti yg menjadi ideologi sendiri dalam menyelesaikan masalah. Setiap mehnah dan tribulasi itulah mendewasakan kita untuk mempelajari sesuatu perkara yg baru. Beginilah kehidupan, kita tidak akan berada di atas selalamanya sebab hidup itu ibarat roda yg berputar keatas dan kebawah , merasai di bwah dan di atas... kehidupan ku juga begini..





Tuesday, January 20, 2009

Airmata dan keinsafan...

Posted by MFS_8812



Mengenang masa-masa dahulu menyebabkan sebak di dada semakin melonjak kesedihan di atas perbuatan yg di lakukan, terasa ingin berkongsi bersama-sama tapi apa kan daya itu adalah kisah silam masing-masing yang menjadi sejarah yg membantu diri utk menempuh tibulasi masa hadapan kelak. Air mata yg tidak di sangka-sangka keluar apabila metafsir dan muhasabah diri apabila teringatkan waktu manisnya bersama mengharung cabaran hari demi hari dalam mendidik hati manusia. Terasa ingin tiaphari bersama-samanya demi mendidik hati ini dan hati insan yg lain yg suatu hari nanti akan menjadi pelapis-pelapis pejuang agama. Titisan demi titisan mengalir selepas menjalankan suatu program kerana terasa dalam hati manisya jika dapat mengekalkan bersama-samanya memperjuangkan agamaMu dan mendakwah kepada insan kecil yg baru mengenali makna duniawi. Tetapi apakan daya daku masih belajar dan menuntut, mugkin suatu hari nanti dapat jua bersama-sama memperjuagkan agama yang satu ini.Setiap kali sesi muahasabah tetap jatuh air mata mengenangkan kemanisan menjayakan dakwahMU, tertanya jua dalam hati kenapa hati ini tetiba menangis, adakah terlalu lembut hati ini jua lembut. Tak tahan rasaya bermain dgn hati yg terlalu lembut kerana apbila melihat sesuatu bencana, kegembiraan mahupun kesedihan org lain pun terasa hati ini jua ingin menagis. Selepas menitiskan air mata hati ini, terasa tenang dan damai yg terasa lapang sehinggakan terasa ringan utk melakukan perkara Ibadat. Mungkin itu suatu kelebihan terhadap diriku yg di beriakan dan dikurniakan dari Ilahi yg menjadi aset utk mengigatiNYA tiap masa. Manusia di ciptakn kekurangan jua di ciptan dengan kelebihan, justeru itu carilah maksud ke kelebihan agar kelemahan itu menjadi minoriti dalam diri. Kdang-kadang kelemahan itu mendidik kita utk menjadi lebih kuat, itulah corak kehidupan manusia yg telah di tetapkan. Kekuatan akan membuat kita berada di atas, tetapi kena ingan kelemahan jua akan mengigatkan kita di bawah. Tidak sepenuhnya kita di atas sebab di bawah menanti kita utk merasainya.Kenalah beringat apabila kita yg sudah berduit dan mempunyai harta yg bnyak yg tidak akan habis mestilah berfikir sejenak adakan duit dan kekayaan itu kesemuanya hak kita. Befikir dari mana duit yg datang dan tidak berkemungkinan duti kita itu tergolng dalam perkara subahah ataupun rasuah yg tidak nampak tetapi dapat di rasai oleh mata hati yg hidup. Becakap pasal hati kena berhati-hati kerna takut jua hati ini tetiba mati dan sunyi, gelap tanpa pengetahuan itulah ketakutan yg sebenarya sebab hati ini aset utk di jaga.. Ikutlah mata hati kerana mata hati itu menjadi penggerak diri(gerak hati)..


Sunday, January 18, 2009

Sajak Utk Palestin..

Posted by MFS_8812

Israel,
Kau sungguh kejam,
Kau sungguh durjana,
Kau ibarat binatang,
Kau rampas,Kau ragut,Kau rogol,Kau tindas
Saudaraku.....

Jgn kau ingat,
Kau dapat lari,
Kau dapat pergi,
meninggalkan palestin tanpa sejarah yg menyelubungi...

Jangan kau ingat,
Kami takut, kami gerun,
pada hal kami sanggup berdepan dengan kau wahai Si durjana,
Si durjana yg tidak berhati perut....

Kami tidak takut,
Peluru mu, senapang mu, bom mu, 
sebab itu sekadar senjata dunia mu...

sebab kami yakin,
peluru yg kamu muntahkan dari senapangmu,
Bom yg kamu tujukan kepada saudaraku itu akan mengenakan kamu semula.
Segala persatuan mu itu akan di percahbelahkan,
akan di tunggang tebalikkan, 
sebab kami yakin,
ALLAH bersama saudara kami....

oleh itu,
undurlah wahai Yahudi,
undurlah wahai Israel,
pergi jauhlah kamu dari bumi palestin, 
pergi jauhlah kamu dari tebing GAZA,
nyahkau dari pndgan saudaraku,
nyahkau dari bumi saudaraku,





Saturday, January 17, 2009

Tahniah Pelajar UTHM..

Posted by MFS_8812

Hancur-hancur hancur YAHUDI, Hancur-hancur hancur ZIONIS, Bangkit-bangkit MAHASISWA... Begitulah lontaran suara yang menjadi kesatuan kepada pelajar UTHM yang menjadi bukti menentang sekeras-kerasnya kekejaman terhadap rakyat Palestin di GAZA. Bermula selepas solat jumaat, paduan suara yg bersatu membangkitkan semangat plajar yg di mulai dari kolej Tun Dr Ismail ibarat gelombang pengharapan supayar membebaskan palestin.
Mahasiswa yg hadir turut melontarkan Takbir!! sebagai satu lontaran semangat yg memuji kebesaran ALLAH.
Turut kedengaran pemimpin mahasiswa turut berucap antaranya YDP MPP 2009, President Kelab Iqra', President Kolej Kediaman Perwira dan wakil pelajar dari Yaman melontarkan semangat kepada mahasiswa agar memboikot barangan israel. Teriakan suara mereka ibaratkan satu semangat yg berkobar- kobar demi melepaskan cengkaman Makhluk Durjana Zionis dan Israil dari Palestin. Himpunan Aman tersebut telah dianggotai oleh pelbagai pihak antaranya staf-staf,pensyarah dan pemimpin kanan Universiti. Mereka juga turut turun padang untuk membantah kekejaman di GAZA... ini lah bukti kepaduan ISLAM yang sebenar.
Turut trun menjayakan Himpunan Aman adalah muslimat yg berkobar-kobar utk menentang bersama-sama menjayakan himpunan aman.... Turut di berikan peluang utk muslimat berucap bersama-sama menjayakan bantahan kekejaman ini..... Puisi juga telah di perdengarkan utk membuktikan kekejaman terhadap negara ISLAM semakin menjadi-jadi.
Himpunan aman ini juga melancarkan derma kilat kepada mangsa palestin......

Inilah yg kita mahukan, kesepaduan mahasiswa utk menentang Israel Laknatullah dari bumi negara Islam, dengan berhimpun beramai-ramai ia membuktikan majoriti umat mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman terhadap negara ISLAM. Dengan pembuktian kita dapat semangat utk bersatu, dengan bersatu kita lebih padu, sekiranya kita padu, apa-apa benteng yg menjadi penghalang dapat kita tuju dengan menembusinya pada arah yg satu, agar semua musuh menjadi buntu kerna kita mampu bersatu menentang musuh yg "Batu" lagi "Dungu" yg tidak megerti maksud kehidupan yg jitu.

Hancur- Hancur, Hancur yahudi.
Hancur-hancur, hancur Israel.
Bangkit-bangkit, Mahasiswa.....
Bangkit-bangkit, Bangkit ISLAM....
Tegak-tegak, kebenaran.....






Wednesday, January 14, 2009

Baru sedikit tarbiyah pada diri.

Posted by MFS_8812


Jam menujukkan pukul 1135mlm, terasa ingin menyampaikan sedikit luahan rasa kepada semua, dalam minggu ini pelbagai kesusahan yang lebij sukar di hadapai apabila terlibat dengan kemalangan motor dgn motor. Walaupun mengalami kecederaan kecil di kepala (benjol) namun ia satu dari latihan(tarbiah) kepada diri ini utk mengharung lebih sukar kehidupan kelak. Bukan kesakitan ingin di ceritakan terapi suatu dugaan yg mendidik hati utk lebih berani kehadapan. kalau seminggu dulu kesanggupan berdepan dengan cabaran realiti tp sekarang cabaran realiti yg menjadi kenyataan... 

Senak juga dada di kiri ini sehingga sekarang dengan nafas yg tersekat-sekat, mugkin di sebabkan tulang rusuk lekuk kot... Tapi dugaan ini mengajar diri ini utk lebih melawan perasaan sakit yg mana pada minggu lepas situasi yg berbeza. Bukan penceritaan, mahupun belas kasihan hendak di ceritakan, tetapi ingin menyeru kpda semua utk berani berdepan dgn kesakitan. Sakit itu tak nampak, yg rasa hanya kita.. Jadi jgn jadikan sakit itu penghalang kepada sesuatu matlamat.. teruskan perjuangan dunia walaupun perjuangan akhirat itu lebih sukar.. mungkin pengalaman dapat mendewasakan kita utk menempuh dunia yg lebih sukar...APa-apapun teruskan perjuangan, jgn mengalah dgn kesakitan pada diri sebab itu kekanganya...





Tuesday, January 13, 2009

Zina Hati Dalam Kehidupan

Posted by MFS_8812

Bergetar-getar tgn ini hendak menaip buat renugan kita bersama,
Selagi kita dinamakan insan dan manusia, kita mempunyai perasaan atau fitrah suka mengasihi dan dikasihi. Memang resam kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu,sayang dan kasih namun jangan pula berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit yg menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan yg hadir dari dalaman hati. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi kerinduan terhadap manusia ini.
Saya juga adalah seperti kalian semua. Manusia biasa yg punya fitrah utk dicintai dan mencintai. Kamar hati saya ini sepi dan tidak pernah saya isikan dengan cahaya atau cinta dari mana-mana wanita. Ianya suram dan sepi.Memang fitrah cinta akan di semai oleh setiap insan, dan sejauh mana maksud cinta itu dapat di ertikan bergantung kpd individu yg memahami... Teringat kata-kata sesorang " Demi CINTA aku tinggalkan cinta" begitulah selembar ayat yg bnyak makna utk di huraian... Terfikir jua sejenak apabila terdapat sesetengah manusia mengandaikan cinta in hanya kepada manusia, wahal pada PENCIPTA di lupakan.... Ada jua yg bertudung labuh masih tidak memahami makna CINTA yg sebenarya.. bermain msj tiap malam, bergayut tiap malam dalam masa yg sama buat kerja Dakwah.. tak faham diri ini apa yg berlaku.... betulah hati itu amat penting untuk di jaga.... di ibaratkan hati itu Cawan putih, air di dalamnya jernih dan apabila air di dalamya tidak di jaga dan di biarkan lama kelamaan akan keruh dan mungkin di celup oleh org lain. Maka dgn itu buruklah cawan tersebut apbila air kotor...

Fikirkan selagi kita mampu berfikir dgn waras, kadang-kadang kita tak mampu menegur dgn kata-kata pada shbt, tp kita mampu menegur dgn tulisan,

Manusia di ciptakan kekurangan,
Juga diciptakan dengan kelebihan,
Agar kita saling melengkapi,

dalam menempuh ranjau duniawi...


Saturday, January 10, 2009

Seminggu yang penuh memenatkan....

Posted by MFS_8812

Dalam keadaan sibuk begini ada jua masa untuk ku menulis blog... sudah terketar2 ketar jari jemari ini hendak menulis perkara yang di rasai sepanjang minggu ini... cukup dengan perit dgn hari yang semakin mengah dan letih megimbau seminggu yang tidak cukup di dambarkan dengan perkataan...

Tiap hari memikirkan apakah yg patut aku lakukan selepas ini, terasa takut untuk ku berhdapan dengan realiti sebenar yang menjadi kenyataan. Perasaan gundah gulana apabila setiap pagi ku di ganggu sesuatu yang menjadi realiti sebenar.. apa pun aku patut laluinya sebab pengalaman dpt mendewasakan kita......


Memikirkan tanggungjawab, terasa berat sgt2 sehinggakan timbul rasa mengeluh di hati..... tapi memikirkan semangat yg masih ada, perasaan mengah itu dapat di lenyapkan sedikit demi sedikit.... Bersyukur jua pada ILAHi kerana mendidik diri ini sepanjang seminggu ini supaya menjadi lebih berani berhadapan dengan realiti yg dulunya fantasi kini menjadi realiti... apa pun selagi kaki ini mampu berdiri, selagi nafas masih di diri aku tetap teruskan perjuangan, walaupun sedetik ingin menceritakkan kepada seseorang...

Hari demi hari, aku semakin berani... rupanya apa yg diramalkan sukar itu, adalah senang di lalui manakala yg senang itu sukar di tempuhi.... kdg2 mind set kita menjadi benteng ketakutan dan kata minda yg tak lari dengan andaian yang tidak pernah terlintas di minda org biasa.....

Syukur akhirnya diri ini dapat lari dari ketakutan yang menjadi benteng pengharapan kpd sesuatu pekara.. dengan adanya keupayaan dalam diri.... jangan biarkan hati kita lari dengan keadaan sekarang.... sebut pasal hati.... nak sgt mata hati ini melihat.... walaupun boleh merasai perasaan seseorang... namun aku takut andaian aku meleset dan lari dari anggapan org lain.....

YA ALLAH,
HIDUPKAN HATI KAMI,
PELIHARALAH HATI KAMI,
BERIKANLAH CAHAYA YG DAPAT MENYULUH SERTA PENERANGI JALAN,
AGAR JALAN TERSEBUT DAPAT DAKU MELIHAT DENGAN SEMPURNA,
AGAR LANCAR PERJALANANKU,
AKU TAKUT JIKALU DALAM PERJALANANKU,
TIBA-TIBA GELAP, TIBA-TIBA SURAM, TIBA-TIBA KELAM,
DAN TERSEKAT LANGKAHKU , TERSEKAT NAFASKU UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN,
BERILAH PERTUNJUK KPD HATI2 INI, AGAR PETUNJUK DARI MU DAPAT MEMBIMBINGKU, AGAR AKU DAPAT MERASAI MANISYA PERJUANGAN BERSAMAMU,
AKU JUA TAKUT, LANGKAHKU TERSEKAT DAN PADAM, DAN AKHIRNYA MENJADI SUATU NOKTAH KEPADAKU, SEKIRANYA BENAR MENJADI NOKTAH KEPADA KU, TERUSKAN PERJUANGAN KPD SEMUA, TERUSKAN BERJUANG..... DIRI INI DAPAT RASAKAN HIDUP INI HANYA SEMENTARA....
.................
............
........
....
..
.
.
..........

Thursday, January 8, 2009

Payung jadi Pilihan...

Posted by MFS_8812

wow!!! ada payung percuma g la kalau g mengundi.... Begitulah lonjakan kata-kata dari kwn2 dan shbt apabila mendapat tahu berita apabila ganjaran selepas mengundi PRK... Itulah salah satu cara untuk menarik pelajar-pelajar untuk pergi mengundi, tetapi menimbulkan banyak persolan yg bermain di minda, kenapa tidak dari dulu UTHM berbuat macam ini..... Pelbagai taktik untuk menarik pengundi pelajar untuk mengundi menjadi soalan... kenapa harga sebuah payung ini tidak di sumbangkan kepada mangsa kekejaman israel di gaza.. cuba bayangkan.....  harga payung RM 7.00 X  7000 student = RM 49 000  hampir 50K.... cuba bayangkan jika wang in di salur ke Tabung Kekejaman di Gaza. Kita boleh jadikan sebagai saham akhirat....  Calon PRK pula banyak orang yang tidak di kenali... apa-apa pun teruskan perjuangan mahasiswa anda... pastikan manifesto anda menjadi kenyataan dan tidak bertentang dengan syarak Islam...

Wednesday, January 7, 2009

Kenangan itu pemberian dariNYA

Posted by MFS_8812


Begitulah kenangan yang dapat di terjemahkan dalam festival nasyid makum 2008, hanya kenangan menjadi memori indah ketika bersama sahabat memperjuangkan dakwah dengan cara bernasyid. Itulah ungkapan yang dapat di katakan apabila merenung masa depan berada di UTM, skudai.. Pelbagai pahit manis jangkaan perasaan bermain di minda saya sendiri. Allah membuka fikiran kita untuk melihat pelbagai cabang dakwah yang sempurna, sejenak megenagkan begitulah seadanya... tiada ungkapan yang dapat melontarkan suatu harapan. kepada shabat seperjuangan teruskan berjuang... teruskan....

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.