MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Friday, October 15, 2010

BIARLAH MEMADAI DENGAN ADANYA KITA YANG SEBENAR

Posted by MFS_8812


Terketar ketar jari jemari menaip keyboad apabila hampir 2bulan sudah tidak menaip, namun inilah takdir yang di tentukan utk cuba menghilangkan gusar gundah utk melepaskan keserabutan di kepala yang banyak memikirkan hal lain dari hal sepatutnya. Kehidupan inilah yg di rancang tanpa sedar oleh pencipta kita utk melihat kita dengan cara menguji kekuatan roh dan jiwa kita bila seketika detik di uji dengan pelbagai dugaan dunia yang memberi sedikit mood yang kurang "enak". Tapi itu hanyalah ujian sementara yang seketika, dan harus di lalui setiap manusia untuk mecapai satu tahap "fresh" semula. Bukan soal kerja yang memberi tekanan tapi soalnya adakan kita bersedia dengan diri kita apabila menggimbal semula kerja dengan perancangan yang teliti dan di perhalusi.
Penat, letih dan mengah itulah satu ungkapan biasa yang sering kita rasa apabila merasakan diri tertimbus dengan masa kerja yang banyak. Namun itulah satu keseronokan bekerja apatah lagi berkerja bersama-sama mereka yang inginkan Islam di pandang tinggi. Kekuatan roh kita dalam bekerja memainkan peranan yang penting agar menjadikan diri kita benar2 ikhlas dalam berjuang dengan segala pekerjaan di buat akan lebih tenang dan lebih menghayati makna apa pekerjaan kita apabila di letakkan di sesuatu tempat. Roh juga memainkan peranan yang penting utk membuat sesuatu perkerjaan, misalanya kita kerja hanya utk wang semata-mata roh kita akan menjuruskan kepada wang tersebut, makna kata kita kerja mesti mengikut waktu kerja semata-mata dan apabila perlu lebih masa kerja kita akan rasa mahu menunutut sesuatu hak yang di nilai oleh roh kita tersebut. Tapi jika roh kita telah di "set"kan utk bekerja bersama sesuatu roh yang bermatlamat Islam maka pertikaian mengenai kerja lebih masa akan tidak di rasai kerana hak yang di tuntut oleh roh lebih redha dan faham dengan peranan sebenar. Inilah yang kita hendakkan apabila bekerja seharian bermatlamatkan sesuatu yang Hakiki pada roh kita.
InsyaAllah hidupkan roh kita setiap masa agar menjadi satu matlamat Islam kelak

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.