MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Monday, March 8, 2010

KONVESYEN AMAL PUSAT 2010 : UKHWAH LAMBANG KEKUATAN

Posted by MFS_8812

Terdetik pula kali ini ingin menceritakan pengalaman di dalam dan di luar kampus dalam bersama menanam fikrah, utk menghasilkan fitrah yg sebenar dalam kehidupan. Ceritanya bermula dari kampus lagi. Ukhwah bersama sahabat ketika di kampus dahulu menjadikan kita pengalaman yg bertambah walaupun berlainan situasi sekarang ini. Begitulah perancangan Allah dalam menjadikan pengalaman kepada manusia agar mereka lebih matang bukan sahaja dari pemikiran malah matang dari tidakan sekiranya terjadi musibah yg sama. Ukhwah lahir dari diri sahabat itu sendiri, yg mana sekiranya sahabat itu berhati mulia spt RASULULLAH ia akan berfikiran terbuka dan bersangka baik bukan pada shbtnya sahaja malah musuhnya. Begitulah sifat Nabi kita yg patut kita cintai sedalam-dalamnya agar semangat perjuangan dalam diri Baginda meresap ke dalam tubuh umatnya agar menjadikan umatnya berpendirian teguh dalam memperjuangkan agamaNya. Kekuatan sesuatu organisasi bergantung kepada semangat ukhwah sesama mereka, biarlah di antara mereka ada yg sifat penghentam, sifat diam dan sifat sempurna namun ukhwah yg di tunjukkan mengentarkan pihak musuh. Penulis berada di terengganu ketika berada di program KONVENSYEN AMAL PUSAT 2010. Semangat peserta dari pelbagai negeri dapat di lihat dengan adanya 13wakil dari negeri masing-masing sudah cukup nampak yg UNIT Amal dulunya kini JABATAN AMAL sudah berjaya menghasilkan pejuang agama ALLAH yang kecil ini, namun besar jasanya kepada masyarakat. Biarlah org melihat kerja kecil kita ini, namun pada pandangan ALLAH besar dan menjadi keredhaaNya kelak. Ketika mendegar bacaan DOa Wehdah ini, naik membuak semangat dalam diri walaupun pada dasarnya masih berperang dalam diri, semangat naik dengan teriakan shbt yg berlainan usia yg mengejar hanya satu iaitu redha ALLAH. Teriakan doa wehdah yg menggemakan dewan sudah cukup mengegarkan Musuh-musuh ALLAh dengan linagan air mata jatuh pelahan-lahan di pipi shbat yg lain. Inilah Ukhwah lambang kekuatan dalam Jabatan AMAL malaysia. Biarpun berlainan tempat dan situasi, biarpun berlainan situasi politik namun perbezaan ini hanya satu cabaran yg berbeza utk anggota amal utk terus berjuang walaupun pahit namun manisnya janji ALLAH...
Akhir kata dari penulis.. teruskan perjuangan kalian.... ukhwah lambang kekuatan...Takbir!!!!



0 comments:

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.