MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Saturday, December 19, 2009

Fikrah, Ukhwah atau cinta ?

Posted by MFS_8812




Akhirnya ada juga komen dari sahabat2 yang membaca UKHWAH atau CINTA yang ana sendiri huraikan dari luahan fikiran dan mungkin sedikit pengalaman hati sedikit dapat mengagak suatu ukhwah yang sangat rapat dapat melahirkan suatu cinta. Tidak dapat di nafikan mana2 laki tak kira muslimin atau muslimat mempunyai fikrah iaitu sesuai dengan fungsinya yang sebenar sbg hamba kadang2 tidak dapat lari dari perasaan di hati. Mungkin dari perasaan di hati ini dapat memupuk ukhwah yang lama kelamaan menjadi minat. Tidak kiralah berkerja bersama dalam satu gerak kerja islamic spt promosi atau jualan ini sbenernya dpt menimbulkan dan melembutkan hati untuk bekerja bersama-sama. Sambil membuat kerja kita dapat mengenali lebih rapat org tersebut dan timbulah rasa ingin mengetahui walaupun dalam urusan kerja. Untuk mantapkan kerja kenalah mempunyai pemikiran yang sama dan mulalah pertanyaan yang mendalam yang halus di tanyai. Sudah lama kenal dan mendalami timbulah rasa ingin mengetahui dan mengambil berat.
Muslimin: Eh! nti tak datang ke meeting, kenapa ye?
Muslimat : Asif ana Demam tak larat nak bangun
Muslimin: Nak ana belikan ubat?
Muslimat : Tak menyusahkan ke?
Muslimin: Tak, Sebelum makan ubat, nti kena sarapan ?
Muslimat : Shbt ana tiada di rumah.
Muslimin : Tak ada org nak belikan ke? Tak apa ana boleh belikan sarapan"
Muslimat : Syukran..

Mulalah bibik-bibik dalam mengambil berat. Bagi ana, ana rasa muslimat jika berada di situasi tersebut di akan rasa ada org mengambil berat tentang diri mereka dan timbul membuak-buak rasa di hargai. Ukhwah semakin erat dan mantap, apa2 hal mesti akan bermsj berdua walaupun pekara remeh. Ukhwah semakin kuat, Cinta semakin hebat. Mcm strategi di buat, "delete msj ini jgn bagi sesiapa baca tau". Keluh kesah perasaan semua di hantar ke msj muslimin supaya mereka tahu apa yang terbuku. Bila berjumpa berbuat tidak kenal tp dlm msj serupa dh kenal lama... Ukhwah yang tidak faham boleh melahirakan cinta hati yang bermasalah.
Klw di fikrkan balik sekiranya kita bersama mengenali (UKHWAH) dengan ALLAH walaupun lama untuk memahatkan di jiwa nescaya suatu hari akan timbul (CINTA) KEPADA ILAHI keranaitu akan membawa kita akan kembali kepada pemahaman (FIKRAH) yang sebenar kita suatu hari nanti.

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.