MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Wednesday, March 18, 2009

Nur Madihah ketepikan soal cinta

Posted by MFS_8812


KOTA BHARU – Ketepikan naluri cinta demi cita-cita.
Bagi sesetengah remaja, zaman persekolahan mungkin lebih indah sekiranya disulami perasaan disayangi dan menyayangi malah. Malah ada di antara mereka berbangga jika memiliki ‘buah hati’.

Lain pula bagi pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjaya memperoleh keputusan 20A, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal (gambar), 18, yang menganggap cinta remaja itu boleh merosakkannya.

Menurutnya, cinta remaja tidak mendatangkan manfaat kerana ia hanya melalaikan dan menjejaskan tumpuan terhadap tugas utama iaitu mencari ilmu

“Saya ada impian dan cita-cita lain untuk disempurnakan sebelum bercinta. Zaman persekolahan perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencari ilmu dan peluang tersebut tidak seharusnya dilepaskan hanya kerana cinta.

“Bagi saya, bercinta tanpa mengikut syariat Islam itu haram dan itu juga yang diajar oleh cikgu-cikgu saya di sekolah,” katanya yang mengakui tidak pernah bercinta dan tidak berminat untuk bercinta buat masa ini.

Tambahnya, para pelajar perlu menyedari bahawa cinta ialah ‘musuh’ utama kerana ia boleh mengganggu emosi sehingga menyebabkan mereka hilang fokus dalam belajar.

Sumber: KOSMO

Beginilah apabila cinta di ketepikan utk mengejar cita. adik Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal  mebuktikan segalnya dengan megenetepikan cinta utk megejar cita-citanya. Dapat di buktikan dengan kematangan pemikiran pelajar sekolah ini cukup mengandaikan seorang yang kuat pegangan agamanya. Inilah yang patut di terapkan di dalam pelajar..

2 comments:

Ghuroba' said...

Na'am, betul ape yg anta ckp tu. Room mate ana sibuk bercinta, tak study pun.
Ana terpaksa extend satu semester sebab ber"couple", walaupun jarak jauh. Tapi, Tuhan nak tunjuk, ditakdirkan ana putus hubungan dgn dia akhir tahun lepas.

Anonymous said...

takpa itu semua pengalaman luqman.
kadang-kadang pengalaman mematangkan kita. Perancanga Allah lebih baik dr perancangan manusia

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.