MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Monday, March 23, 2009

Kehidupan Seperti mendaki puncak bukit

Posted by MFS_8812

Kesekian kali sudah lama tidak menaip renungan utk pembaca dan jua untuk diri sendiri.

Kehidupan bagaikan sebuah perjalanan naik menuju ke puncak bukit, perjalanan yg meletihkan dan melengahkan, apalagi jika mahu untuk menaiki puncak kita harus mendepani cabaran jalanan yang penuh liku dan bermacam-macam tribulasi serta mehnah menjadi dugaan. sekarang ketika menempuhi perjalanan hutan dan bukit mungkinnya sudah di lengkapi dengan pelbagai kemudahan utk pendakian, dan dalam masa yang sama perjalanan yang sepatutnya ada cabaran telah di tenggelamkan dengan kemudahan. Bagaimana mahu merasai cabaran sebenarnya?

Kalau mahu merasai cabaran manisnya halangan , dengan segala kemudahan yang kita terima dari kemajuan teknologi ia telah mematahkan satu cabaran dan halangan yg sepatutnya dirasai dan lebih manis cabaraan itu lebih sukar untuk di tempuhi. Beginilah mahu merasai kemanisan perjuangan dgn pebagai mehnah dapat di tempuhi demi mematangkan diri agar lebih baik di masa akan datang. Dan dalam masa yang sama dapat melatih diri kita dengan pengalaman, biar kita jatuh dahulu kemudian bangun kerana org yg bangun tanpa jatuh dia tidak pernah merasai keupayaan untuk bangun semula.

Saya mengajak anda semua dalam segala dimensi hidup dengan menyedari teknologi sebagai bantuan dan pertolongan, tidak pernah menukarkan peran utama manusia sebagai pelaku atau watak kehidupan. Sebagai contoh Untuk mendaki bukit kita perlu alatan mendaki seperti tali atau tongkat di samping bekalan makanan yang cukup.Sebab itu adalah teknologi yakni pertolongan.

Di fikirkan semula kenapa pendaki bukit suka untuk mendaki bukit? Saya yakin satu hal yang menarik minat pendaki ialah selepas mendaki ia dapat melihat selurh tempat di bawah, orang bawah tidak dapat melihat orang di atas.  Naik ke puncak merupakan satu pandangan dari perspektif lain iaitu pandangan diri kita sendiri. Dengan melihat di atas bermacam macam idea utk orang di bawah, dengan menariknya pelbagai pandagan dari sudut "Pemimpin" dgn pndagan yang luas. Tetapi sebenarnya kita di perhatikan oleh ramai orang lain, orang lain dapat melihat org di atas, tp adakah org di atas dapat melihat orang di bawah yang ramai.

Dan tujuan sebenar mendaki bukit adalah untuk memperoleh idea atau pandangan baru, kita mesti berjalan naik, menyusuri semak belukar duri dan halangan, melewati tanah lapang dan tempat berteduh. Temui dalam perjalanan tempat berteduh sekaligus menolak perasaan atau semangat untukke atas dan  menjadikan tempat teduh  itu sebagai puncak; bahkan tribulasi dan mehnah untuk berhenti dan berpatah balik menjadi iqauan negeri apabila seronok berehat. “Dengan akal dan kebebasan kita”, sudah cukup bagi kita untuk menghasilan keselamatan dan penjaggan diri kita sendiri. 

Di fikirkan semula, apabila perjalanan terhenti untuk berehat, ia akan terus berehat dan kemungkinan lalai. sebab kita sangkakan rehat itu adalah titik noktah untuk mencapai kejayaan kerana berehat sudah menghasilkan satu sifat lupa diri....

Allahualam......



0 comments:

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.