MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Friday, October 15, 2010

BIARLAH MEMADAI DENGAN ADANYA KITA YANG SEBENAR

Posted by MFS_8812


Terketar ketar jari jemari menaip keyboad apabila hampir 2bulan sudah tidak menaip, namun inilah takdir yang di tentukan utk cuba menghilangkan gusar gundah utk melepaskan keserabutan di kepala yang banyak memikirkan hal lain dari hal sepatutnya. Kehidupan inilah yg di rancang tanpa sedar oleh pencipta kita utk melihat kita dengan cara menguji kekuatan roh dan jiwa kita bila seketika detik di uji dengan pelbagai dugaan dunia yang memberi sedikit mood yang kurang "enak". Tapi itu hanyalah ujian sementara yang seketika, dan harus di lalui setiap manusia untuk mecapai satu tahap "fresh" semula. Bukan soal kerja yang memberi tekanan tapi soalnya adakan kita bersedia dengan diri kita apabila menggimbal semula kerja dengan perancangan yang teliti dan di perhalusi.
Penat, letih dan mengah itulah satu ungkapan biasa yang sering kita rasa apabila merasakan diri tertimbus dengan masa kerja yang banyak. Namun itulah satu keseronokan bekerja apatah lagi berkerja bersama-sama mereka yang inginkan Islam di pandang tinggi. Kekuatan roh kita dalam bekerja memainkan peranan yang penting agar menjadikan diri kita benar2 ikhlas dalam berjuang dengan segala pekerjaan di buat akan lebih tenang dan lebih menghayati makna apa pekerjaan kita apabila di letakkan di sesuatu tempat. Roh juga memainkan peranan yang penting utk membuat sesuatu perkerjaan, misalanya kita kerja hanya utk wang semata-mata roh kita akan menjuruskan kepada wang tersebut, makna kata kita kerja mesti mengikut waktu kerja semata-mata dan apabila perlu lebih masa kerja kita akan rasa mahu menunutut sesuatu hak yang di nilai oleh roh kita tersebut. Tapi jika roh kita telah di "set"kan utk bekerja bersama sesuatu roh yang bermatlamat Islam maka pertikaian mengenai kerja lebih masa akan tidak di rasai kerana hak yang di tuntut oleh roh lebih redha dan faham dengan peranan sebenar. Inilah yang kita hendakkan apabila bekerja seharian bermatlamatkan sesuatu yang Hakiki pada roh kita.
InsyaAllah hidupkan roh kita setiap masa agar menjadi satu matlamat Islam kelak

Tuesday, August 31, 2010

Suatu Penghayatan Al-Quran.

Posted by MFS_8812

Gambar bersama Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki

Akhirnya lepas sudah Ihtifal Takrim Huffaz Al-Quran 2010 di Sekolah Tinggi Islam As Sofa ini dengan meraikan para hafiz dan hafizah seluruh malaysia sudah cukup mantap sebuah NGO yg di kenali sebagai yayasan sofa negeri sembilan dengan kerjasama Skolah Tinggi Islam As Sofa dan Darul Quran wal Hadith ini menjalankan program yang sudah mencapai usia yang ke-3 tahun. Inilah salah satu pengalaman berharga yang tidak dapat di lupakan sepanjang menjalankan aktiviti yang meraikan huffaz yang berada di seluruh pelusuk malaysia yg berperanan sebagai pendakwah atau imam-imam istitusi dalam membentuk golongan yang inginkan ilmu agama.
Terdetik dalam hati juga apabila meraikan hafiz-hafizah bahawa kerdilnya diri ini bila di bandingkan dengan mereka dengan hafalan 30 juzuk Al-quran dalam ingatan sudah cukup membuktikan manusia (khalifah) sanggup bertahan dari gunung yg tidak sanggup di turunkan kepadanya. Inilah peranan manusia apatah lagi mereka golongan yang menghafaz Al-Quran, mereka inilah antara golongan istimewa yang sepatutnya di raikan kerana golongan inilah pembawa dakwah dari hafalan mereka utk turun berdepan dengan masyarakat.
Menjadi satu motivasi pada diri ini apabila, menjadi kayu ukur utk muhasabah pada diri ini apabila melihat mereka-mereka yang bergelar hafiz sememangnya jauh dari diri penulis yg merasakan mereka ini sepatutnya di letakkan di tempat yang tertinggi. Sekarang ini barulah di ketahui bahawa diri ini masih jauh lagi dalam berperanan memegang amanah Agama , yg merupakan sekecil-kecil peranan dari mereka yang bergelar hafiz dan hafizah.
Suatu muhasabah yg sempurna kepada diri penulis utk berfikir sejenak dengan tahap keimanan org biasa yang tidak mempunyai latar belakang agama yang sedalam-dalamnya tetapi mahu utk mendapat hanya sedikit keredhaan mendapat syurgaMu. Itulah harapan penulis yg hanya menjadi hamba biasa yg hanya mampu mengharap redhaNya berbanding mereka-mereka yang huffaz Al-quran yg di jamin oleh Allah.


Friday, August 27, 2010

PROGRAM KALI INI

Posted by MFS_8812


Terasa penat rasanya apabila menjadi AJK utk kali ini pada program Ihtifal Takrim Huffaz 2010 kali ini, namun itu hanya perasaan gundah untuk melunturkan harapan program yg dijangka grand ini. Inilah harapan semua sama ada cikgu atau murid-murid utk melihat aktiviti ini berjaya dengan terbaik. Program ini diadakn utk meraikan hufazz atau hafiz hafizah yg mghafal 30 juzuk alquran seluruh malaysia. program ini merupakan program bagi tahun yang ke-3 anjuran yayasan sofa untuk memberi perangsang kepada hafizah yg menyebarkan dakwah mengikut acuan Alquran kepada seluruh pendengarnya. Datanglah beramai-rami utk di raikan kepada semua

Friday, August 6, 2010

Kembali Muhasabah

Posted by MFS_8812

Sudah lama rasanya tidak menaip dan memperbahrui blog yg sering di tinggalkan maklumlah berada dalam tempat terpencil dan terpaksa utk ke Bandar utk melayari laman sesawang blog utk menghembus luahan atau sedikit perkongsian pengalaman di alam maya. Kadang kala terketar jari jemari menaip papan kekunci kerana sudah lama meninggalkan kerja mahupun esaiment yg di bekalkan oleh pensyarah , namun itu pengalaman sebagai manusia utk belajar kepada semua yg di ertikan makna kehidupan dan ini adalah SUNATULLAH kepada semua mahluk ciptaan Allah utk memberi pengajaran secara tidak langsung kepada manusia yg berjuang pada segenap sudut.

Hidup kembali berubah dan beralih arah pada dulunya sorang tecnican dan pembantu (PA) tapi kini berubah dan hanya masa yang di tentukan oleh Allah utk bertukar frofession sebagai Guru di sebuah tempat yg cukup ramai yang meminati majlis ilmunya. Pekara ini di hadiahkan sekaligus kepada hambaNya yang inginkan perubahan dalam mendidik hati dan sekaligus mencoret kisah di tempat baru yang mungkin suatu hari nanti hanya sebentar dan mungkin seumur hidup dapat merasai dan menjana pengalaman demi satu tujuan.

Walaupun tidak mengikut acuan engineer atau tecnican namun inilah pilihan yg terbaik dalam mendapat keberkatan dengan pekerjaan yg mulia dan di pandang tinggi dalam masyarakat ini dengan suasana "Islamic learning" dengan mendegar bacaan ayat Al-Quran tiap kali sebelum kelas bermula. Inilah langkahku yang pertama untuk memulakan sedikit cabaran baru dalam menjana diri kepada pekara sebenar yg menjadi satu peranan sekarang.

Kadang2 terasa rendah diri dan terhina dengan keadaan alam sekeliling apatah lagi berkeadaan dengan situasi yg cerdik pandai dalam bidang agama spt hafalan Al-Quran dan bahasa arab bagaikan terasa ingin kembali semula ke zaman sekolah dan mentelaah semula ilmu tersebut.

Hakikatnya manusia itu penuh dengan kelebihan dan kekurangan, namun adakah kekurangan itu kita sentiasa memberbaiki setiap hari utk lebih baik dari hari semalam.Bagi penulis pujian dengan kelebihan akan menyebabkan kita alpa tentang kekurangan dan sering keawang-awangan sehinggakan tiada mereka yg mampu menegur sehingga kita membangkitkan satu perasan Ego dan langkah terbaik utk mengelak ego adalah sentiasa menerima akan kutukan dan kritikan lebih dari pujian utk membina lebih cemerlang.


Monday, June 28, 2010

Suntikan dari pejuang terdahulu

Posted by MFS_8812


"40 ulamak muda masuk umno, dan ulamak yg masuk tersebut tak di kenali langsung" kata seorang ustz kepada pendengar. "ulamak muda tu mcm kamu, pakai baju putih berkopiah" menujukkan kepada sorang sahabat ku di hadapan ku..
semua tergelak, suasana gamit meriuhkan suasana.
Usai ceramah ustz tersebut pergi menjamu selera di sekitar markas.
langkahku terus menuju ke tempat ust itu pergi,
ust atau juga lebih mesra di panggil pak ngah memang antara penceramah yg selalu sibuk dalam menyampaikan di seluruh ceruk-ceruk masjid yg ingin kefahaman islam yg sebenar.
Nasi goreng dengan keropok gentel aku ambil dengan shbt-shbt utk mengisi sedikit ruang didalam perut utk bersiap aktiviti gerak gempur pemuda.
habis menjamah sedikit, cerita dari pak ngah bermula dengan sedikit suntikan semangat darinya.
Teringat pula ketika ceramah pak ngah tentang kalimah "tiada tuhan selain Allah" yg di sebutkan mengenai kefahaman tentang maksud sebenar kalimah tersebut. Kalimah tersebut mampu di lafazkan dalam diri mereka yg berjuang tapi kadang-kala goyah dengan mereka- mereka yg menguasai kerajaan. Takut dalam menyuarakan ilmu yg ada, dan hanya yakin hnya mereka yg kuat dan menguasai dapat mempengaruhi.
"Ramai yg faham islam tapi bila bercakap mengenai islam punyalah berahsia, menyimpan dengan ilmu yg ada, makanlah wang gaji seperti memakan bara api neraka dan di beri kepada keluarga", bentas kata pak ngah. Jadi tercetus satu kefahaman yg dapat mengubah persepeksi mereka yg masuk ke dalam lembah yg sudah gelap. Takut mengatakan benar dan hanya berselidung islam dan tidak mampu utk membuat perubahan dalam menyampaikan. Maknaynya betul kalimah lailahailaallah itu dapat membuktikan ,adakah kita hanya melafaskan dan takut utk praktikal.
" Pemuda sekarang usah takut la , sbb golongan dulu lagi perit nak membela islam sehinggakan di buang daerah utk menegakkan yg benar. orag pas tak pernah miskin dengan wang kerana bila yakin dengan Allah bermakna kita yakin kalimah Lailahailaallah itu terserap dalam hati spt mereka terdahulu dan kita ni hnya penyambung mata rantai dan bukan penghujunya" kata pak ngah lagi.
Pak ngah terus menceritakan tentang pemuda yg sedap bacaan Al-qurannya, suatu hari di pinang oleh ayah seorang perempuan dan di nikahi tanpa sedikit pun modal. "Yakinla dengan janji Allah" katanya lagi.
" DI ibaratkan bidadari syurga meminag kamu spt di palestin" kata seorg abag dari temerloh.
Sedikt demi sedikit menyedarkan kami utk terus berjuang , walaupun pada kami dasarnya msih belum ada kerja yg tetap lagi. Tapi insyaAllah satu suntikan semangat kepada kami utk memuhasabah kepada kami. Inilah namanya ilmu tanpa sedar yg dapat mengubah sedikit paradigma pemuda di samping beri suntikan agar lebih bermakna utk mengecapi perjuagan cemerlang..biarlah kita tahu dengan apa yg kita buat demi dalam satu parti hnya redha Allah yg mahu kita dapatkan...bnyak lagi nak cerita


Wednesday, June 23, 2010

biarkan ia..

Posted by MFS_8812

UTem atau di kenali sbg universiti Teknikal Melaka yg berpusat di durain tunggal bakal aku duduki...tetapi itu hanya surat rasmi yg ada padaku. InsyaAllah UthM masih di hati dan bakal aku jejak pada akhir tahun utk kembali menyambung status sebagai mahsiswa. Inilah salah satu perjuangan diri utk mengenepikan sekelumit sedar yg hanya bermain di minda adakan mahu ke tidak utk meneruskan. Itulah salah satu was-was yg bermain dengan usikan syaitan utk menggusarkan mereka yg di hasutkan. Akhirnya penyelesaikan dapat di buat, dan menemui satu keputusan iaitu... tunggu.. Penantian itu satu penyiksaan..
Biarlah Utem ini kulepaskan dan hnya menunggu UThm yg merupakan platform awalku bergelar pelajar, biarlah menuggu dgn harapan yg baru agar sebelum masuk dapat aku menyimpan dengan pengalaman berada di luar. Biarlah dengan sela masa ini aku membuat sedikit uzlah yg memerlukan perjuangan yg di luar dengan melibatkan dengan kawasan yg memerlukan sedikit sumbangan idea ataupun cetusan zarah utk membuat program. Mengaut sebnyak mungkin dunia iaitu duit yg merupakan bukanlah pioriti bagi ku, tapi inilah yg penting utk semua. <>

Monday, May 31, 2010

daSar peNakut : yAhudi laknAtullah !!!

Posted by MFS_8812


Kali ini entri yg lebih kasar ingin di tulis oleh saya apabila mendapat tahu serangan terhadap Kapal Mavi Marmara yg merupakan kapal kemanusiaan bantuan ke gaza yg di serang oleh komando israel yg merampas kapal tersebut. Inilah golongan yg penakut dan bacul apabila sanggup merampas kapal misi kemanusiaan gaza yg sememangnya bukan hendak berperang dengan mereka. Rasa membuak buak perasaan apabila mendapat tahu perkara ini, berlaku dah di dalangi oleh israel yg sentiasa memerangi org islam sejak dari zaman nabi lagi. Sedar atau pun tidak kita bahawa kita sekarang ini masih mengikut telunjuk israel yg berada dalam bentuk bayangan pada pemerintahan dan pemimpin malaysia. Betapa ceteknya pemikiran pemimpin malaysia yg menggunakan idea isreal utk menjadi penasihat.
Malunya saya duduk di bumi malaysia yg bersekongkol dengan israel dan menjadi ajen israel dalam menghapus islam di dunia. Pernah juga terfikir nak lari sahaja dari malaysia utk duduk di negara islam yg menjalankan undang-undang islam dan di jamin lebih sejahtera dengan pemimpin islam. Masih lagi berkeadaan geram apabila melihat video rampasan kapal Mavi yg di rampas oleh komando israel menggunakkan helikopter.
Sbnrya sms dari shbt dalam jam 4.30 petang pada 29 Mei 2010 yg memberitahu tentang kapal misi kemanusiaan gaza akan di rampas oleh komando israel dan meminta utk solat hajat agar di lindungi. Malangnya sms tersebut hanya di baca dan di forwarkan kepada Abg Azhan Atan (juara akademi nasyid TV9 ) Shj di sebabkan kebetulan bersembang dengan saya. Mungkin kepekaan kita tentang msj yg di sampakan oleh sahabat/sahbiah utk di beritahu kepada semua tidak di endahkan. Mungkin ia juga salah saya.
Rasanya kesal dengan adanya manusia seperti israel yg sanggup membunuh mereka yg cintakan keamanan demi membebaskan gaza dan hanya bantuan kemanusiaan yg di berikan utk membebaskan gaza. Sememangnya penakutlah manusia seperti Israel yg menyerang mereka yg tidak bersiap sedia dengan berperang. Amat bodohla melawan mereka yg lemah dan ini menujukkan Israel lemah dan sememangnya bacul dengan tindakan bodoh yg penakut. Cabarlah mereka yg lebih bersiap siaga dengan kamu agar adil dan saksama utk bertarung agar lebih puas dengan kemenangan dan bukanya berperanga dengan mereka yg tidak ada senjata.. lakhanat yahudi Israel yg penakut pada dasarnya.
Jelaslah israel takut utk menyerang mereka yg besiap sedia dan hanya menyerang mereka yg lemah sahaja. Seorang pendekar yg hebat tidak akan membiarkan lawanya sakit utk berlawan ataupun tidak bersenjata jika berlawan bahkan membiarkan sakit kembali sembuh atau memberi senjata utk berlawan agar menghasilkan kemenangan yg puas. Sekiranya di takdirkan utk aku memandu apache nescaya aku targetkan kemuka ketua Israel dan yahudi dahulu. Biarlah sehingga titisan darah yg terakhir sbb yg aku impikan hanya syahid di jalan Allah. Aku tahu suatu hari nanti akan ku pergi ke sana juga dengan berniat impian utk syahid di jalanMu. Mana mungkin darah keturunan tok linggi ini tidak boleh tumpah mati syahid di tanah pembebasan islam spt di baitul maqdis. Mana mungkin mimpi-mimpi berjuang daku tidak menjadi kenyataan. Mana mungkin satu hari nanti aku akan bersama Hamas dan berIntifadar dalam pembebasan

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan orang Islam.
Ya Allah, hinakan syirik dan musyrikin.
Ya Allah, tolonglah sahabat2 kami yang Muslim dan mujahid dan golongan2 lemah, di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan disemua tempat dan di semua masa.
Ya Allah, binasakanlah musuhMu, musuh agama Islam.
Ya Allah, hancurkanlah kekufuran, syiriq dan munafiq.
Ya Allah, sesungguhnya kami jadikan pada leher2 musuh kami (kami serahkan kepadaMu) dan kami berlindung dengan Mu dari kejahatan2 mereka.
Ya Allah, cerai beraikanlah himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah2 mereka, gegarkan ketetapan hati mereka, kalahkan mereka dengan anjing dari anjing2 Mu.
Wahai Tuhan yang Maha Gagah, Wahai Tuhan yang Maha Keras, Wahai Tuhan yang Maha Membalas, Wahai Allah!!!
Wahai Allah yang menurunkan kitab (al-Quran), Tuhan yang menggerakkan langit, Tuhan yang mengalahkan tentera ahzab.
Kalahkan kuffar, kalahkan Yahudi, kalahkan Amerika dan sekutu2 mereka dan tolonglah kami atas mereka.
Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami.
Ya Allah, Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba2Mu.
Ya Allah, rezekikan kepada kami syahid di jalan Mu.
Ya Allah, berikanlah kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik.
Dan selamatkan kami dr azab neraka.
Selawat dan salam keatas junjungan Nabi s.a.w.

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.