MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Tuesday, August 31, 2010

Suatu Penghayatan Al-Quran.

Posted by MFS_8812

Gambar bersama Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki

Akhirnya lepas sudah Ihtifal Takrim Huffaz Al-Quran 2010 di Sekolah Tinggi Islam As Sofa ini dengan meraikan para hafiz dan hafizah seluruh malaysia sudah cukup mantap sebuah NGO yg di kenali sebagai yayasan sofa negeri sembilan dengan kerjasama Skolah Tinggi Islam As Sofa dan Darul Quran wal Hadith ini menjalankan program yang sudah mencapai usia yang ke-3 tahun. Inilah salah satu pengalaman berharga yang tidak dapat di lupakan sepanjang menjalankan aktiviti yang meraikan huffaz yang berada di seluruh pelusuk malaysia yg berperanan sebagai pendakwah atau imam-imam istitusi dalam membentuk golongan yang inginkan ilmu agama.
Terdetik dalam hati juga apabila meraikan hafiz-hafizah bahawa kerdilnya diri ini bila di bandingkan dengan mereka dengan hafalan 30 juzuk Al-quran dalam ingatan sudah cukup membuktikan manusia (khalifah) sanggup bertahan dari gunung yg tidak sanggup di turunkan kepadanya. Inilah peranan manusia apatah lagi mereka golongan yang menghafaz Al-Quran, mereka inilah antara golongan istimewa yang sepatutnya di raikan kerana golongan inilah pembawa dakwah dari hafalan mereka utk turun berdepan dengan masyarakat.
Menjadi satu motivasi pada diri ini apabila, menjadi kayu ukur utk muhasabah pada diri ini apabila melihat mereka-mereka yang bergelar hafiz sememangnya jauh dari diri penulis yg merasakan mereka ini sepatutnya di letakkan di tempat yang tertinggi. Sekarang ini barulah di ketahui bahawa diri ini masih jauh lagi dalam berperanan memegang amanah Agama , yg merupakan sekecil-kecil peranan dari mereka yang bergelar hafiz dan hafizah.
Suatu muhasabah yg sempurna kepada diri penulis utk berfikir sejenak dengan tahap keimanan org biasa yang tidak mempunyai latar belakang agama yang sedalam-dalamnya tetapi mahu utk mendapat hanya sedikit keredhaan mendapat syurgaMu. Itulah harapan penulis yg hanya menjadi hamba biasa yg hanya mampu mengharap redhaNya berbanding mereka-mereka yang huffaz Al-quran yg di jamin oleh Allah.


0 comments:

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.