MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Tuesday, July 3, 2012

Pemergian satu kehilangan..

Posted by MFS_8812

Ust. Fitry Bin Kassa dan Uwais Al-Qarni (anaknya) 

Kenangan bersama ust ini belum sudah cukup untuk 1 tahun setengah  mengenali beliau dalam bersama melayari ranjau dan pentarbiyahan dalam mendidik hati para pelajar Sekolah Tinggi Islam As Sofa. Namun apakan daya usahaku untuk menahan beliau bertukar ke medan yang lain. 1 tahun setengah pekenalan apakah daya ku hendak mengutip mutiara-mutiara kata dan ilmu yang masih terpendam dengan pentarbiyaah dari syeikh beliau iaitu HABIB UMAR..

Banyak kenangan dan ilmu yang dikongsi beliau dalam mendidik hati pelajar apatah lagi guru akademik yang mengajar. Seorang yang kuat dan tabah dalam menghadapi segala rintangan hidup dapat dilihat dari wajah seorang ust yg sentiasa mesra dengan guru-guru disini dan berhemah ketika betutur kata. Manis wajah dalam mendidik setiap kali hari sabtu dan ahad setiap pagi dengan menadah kitab "Bunyatul Musoli (SOLAT)" dan "Misbahul Munir" dan "Penawar bagi hati" bersama para pelajar amatlah seronok bagi diri ini mendidik sambil membimbing diri yang daif ini. 

Terasa amat daif akan diri ini dalam mengajar pelajar yang lebih mantap pemahaman dari kita ini, apakan daya tak akan mengalah dengan pelajar dengan mudah kerana ia satu tuntuan untuk bersama memperbaiki diri ini , dan mendalami ilmu kitab-kitab turas agar dapat bersama membimbing para pelajar dengan sentuhan kita sendiri.

Satu kehilangan yang tidak dapat dilupakan oleh para pelajar dan guru apabila bersama-sama menempuh ranjau dan duri dalam membentuk pentarbiyaah di samping ditarbiyah dengan tarbiyah ilmu.. Apakan daya jika itu diletakkan dalam perancangan ALLAH untuk menetapkan beliau ke medan yang lain apa daya ku untuk membenarkanya pergi. Pergimu satu kehilangan yang paling pedih dalam merencana aspek pentarbiyaah pelajar..

Pergi ke sekolah membawa bekal,
Bekal di Bawa bersama-sama,
Pergimu itu meniggalkan bekas,
Agar suatu hari nanti kita akan bersama-sama (di syurga)

Semoga dilimpahkan rezeki yang berkat dan rezeki yg melimpah luah serta kekal  dalam agenda perjuangan di arena luar dan seterusnya menjadi terkenal di arena dakwah. AMIN... jumpa di lain masa Ust Fitry.

Monday, June 18, 2012

Muhasabah... buat diriku..

Posted by MFS_8812

 Walaupun jadi wakil, namun ku tahu kerdilnya diri ini utk menjadi wakil

Thursday, May 24, 2012

Cinta Pada Hak, Hak kepada Pencipta

Posted by MFS_8812

 “Dijadikan indah dalam pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga).”
Ali Imran : 14

Kepunyaan yang sebenar pada diri kita yang tidak mudarat bahkan menjadi ibadat adalah satu perkataan HAK atau kepunyaan diri kita yang semutlaknya ditanggung secara halal pada diri kita. Cintakan harta yang hak pada dirinya ialah satu perkara yang sudah halal dan menjadi ibadat untuk digunakan ke jalan perjuangan Agama adalah satu tuntutan.

Begitulah juga cinta kepada haknya sekiranya sudah berkahwin, Apabila diijab kabul maka menjadi hak suami kepada isteri menjalankan peranan bersyariat yang menjadi halal dan hak yang membentuk satu ibadah. Waktu inilah peranan cinta kepada hak dimainkan agar mendapat satu pahala, disamping tuntutan satu ibadah agar mencintai hak yang telah diberikan. Berilah cinta pada yang ada didepan mata kita dan jangan megharap satu cinta yang jauh pada kita yang bukan hak kita lagi.

Berfikir sejenak mengenai hak diri terhadap cinta yang teragung dari pencipta iaitu ALLAH , itulah sebenar tuntutan hak yang perlu dipenuhi agar sentiasa mengigatiNya.

"Sesungguhnya diciptakan Jin dan Manusia semata-mata untuk beribadah kepadaNya"

Memperhalusi tuntutan ayat Al-Quran yang menyatakan beribadah pada haknya kepada Allah itulah tuntutan yang dinampakan apabila kita dilahirkan didunia ini, menepati kehendak kehidupan sebagai hamba. Hak ALLAH yang perlu dilaksanakan oleh hambanya ini dapat memberi satu gambaran matlamat dan tujuan kehidupan. Menggapai cinta kepada Allah satu kenikmatan yang tidak terhingga sehingga mengenepikan cinta selainNya.. Nikmat ini yang dirasai oleh seorang wali sufi pada sirah terdahulu iaitu Rabi’ahtul Adawiyah yang menolak cinta selain daripada Allah.

Antara doa selama 30 tahun selepas solatnya :

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada  suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

 Antara Doa agung Rabi'ah Al-Adawiyah

" Ya Allah, jika aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka-Mu, dan jika aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga -Mu, campakkanlah aku dari dalam syurga; tetapi jika aku menyembah -Mu demi Engkau semata, janganlah enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku" "Ya Allah, segala jerih payahku dan semua hasratku di antara segala kesenangan dunia adalah untuk mengingati Engkau. Dan di akhirat nanti, di antara segala kesenangan akhirat, adalah untuk berjumpa dengan-Mu"

 Begitulah keagungan cinta yang perlu diterapkan didalam diri setiap mahkluk yang diciptakan oleh pencipta yang mempunyai hak keatas diri kita ini. Jika hak tersebut diambil olehNya, maka kita akan kembali jua kepadaNya dalam pelbagai keadaan dan hanya dialah penentu segala hak ada pada kita kelak nanti samada SYURGA atau NERAKA.

Tuesday, May 15, 2012

Nyalaan Yang Kekal Bertahan

Posted by MFS_8812

Tidak kukenali makna setiap perkataan... tidak kutahu cara untuk mengira setiap nombor... tidak kucari tempat setiap pelusuk dunia... tidak kukenali setiap makna dalam bahasa inggeris... tidak tercapai makna seperti gapaian impian ku sekarang... tidak kukenali apa eritnya daku dilahirkan...... sekiranya tiada pembimbingku pada masa dahulu...iaitu bergelar seorang "GURU" .. selamat Hari Guru..

Mengenangkan guru yang sebenar-sebenarnya guru ialah Nabi Muhammad S.A.W... banyak sebenarnya perit jerit yang GURU yang sepatutnya kita ingat dan memikirkan pengorbanan yang dibuat. Tiada istilah lagi yang terbaik kepada GURU kita yang sepatut kita agungkan sehingga diistilahkan sebagai penyinar wahai PURNAMA yang menyinar alam semesta sehinggakan hari ini kekal bertahan dengan merasai nikmat ISLAM dan IMAN.

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,” (Al-Ahzab : 21)

Rasulullah S.A.W  adalah contoh ikutan yang terbaik yang perlu diikuti oleh setiap guru agar menjadi motivasi dalam mendidik para pelajar. Pelajar akan melihat gurunya berbicara dan berperwatakan dan inilah "Role Model" yang dijadikan panduan kepada para pelajar untuk pergi lebih jauh sehinggakan mahukan menjadi seperti guru mereka yang pernah membimbing mereka dahulu. Peranan guru haruslah jelas dalam mendidik jiwa-jiwa kecil yang akan belajar perkara yang baharu agar apa yang ditarbiyah oleh guru mereka menjadi berkekalan sehingga akhir zaman, Contoh ikutan Nabi Muhammad S.A.W adalah contoh paling terbaik yang memberi kesan yang mendalam kepada "Lilin yang menyinar" kini.

Sabda Rasulullah S.A.W : Aku tinggal pada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama- lamanya, selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. (al-Qastalani t.th.: 899)
 
Penerapan ilmu yang jelas kepada pelajar amatlah penting agar pelajar yang didik oleh guru dapat membentuk dengan acuan yang telah ditetapkan oleh Sebenar guru kita iaitu Rasulullah S.A.W. . Pegangan Aqidah yang sahih dan kefahaman Islam yang jitu terhadap apa matlamat kehidupan perlulah diterapkan sejak dari kecil agar pendidikan itu berperingkat-peringkat sehinggakan membentuk satu kefahaman yang jelas. Al-Quran dan Sunnah menjadi pegangan seumur hidup apabila cita-cita digapai oleh para pelajar berkat dari guru yang hidup hatinya dalam mendidik anak bangsa.

“Wahai orang-orang yang beriman berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada Kitab Quran yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya dan juga kepada Kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur engkar kepada Allah dan Malaikat-Nya dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya dan juga hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan sejauh-jauhnya “ (Surah An Nisaa: 136)

Mendidik Jiwa yang pada asalnya kosong memerlukan masa untuk memberikan nilai tambah kepada pelajar yang baru hendak mengenali dunia apatalah lagi Penciptanya. Mempasak Aqidah murni menerap manhaj Nabawi perlulah diletakan didalam hati para pelajar agar apa yang mereka belajar semuanya bermatlamat jelas iaitu mengenali Allah dan merindui Rasulullah . Mengagungkan kalimah Allah dalam setiap ucapan dan penyampaian dapat menimbulkan satu keinsafan kepada diri para pelajar disamping mempasakan aqidah yang jelas dengan memberi suatu gambaran pengertian hidup.

Sabda Rasulullah S.A.W : "Sampaikan ajaranku walau satu ayat" Surah Al-Ahzab 71

Sebenarnya menjadi pendidik adalah suatu sunnah yang kita boleh memberi ganjaran kepada kita dan manfaat kerana kita memanjangkan suatu dakwah kepada para pelajar. Setiap apa yang dilafaskan adalah doa dan peringatan kepada diri kita dan pelajar agar kita mengambil iktibar dari setiap percakapan kita disamping muhasabah kepada diri kita. Guru yang mempunyai jiwa mendidik akan menyebabkan pelajar terdidik, mudah ungkapan yang memerlukan pengorbanan dan keikhlasan yang martabatnya paling tinggi agar setiap lafaz kata yang diucapakan membenam jiwa para pelajar sehinggan terusih sehinggakan mahu menjadi seperti guru tersebut...

Kesimpulanya, Mari mengikuti jejak Rasulullah dalam mendidik dan berdakwah kerana ia adalah sebenar-benar guru kita yang wajib kita sanjungi sehinggakan menjadi "Wahai Purnama yang menyinar seluruh alam" . Jika seorang guru mencintai Rasulullah sehinggakan tidak dapat diluahkan dengan kata-kata , dan memberi gambaran kepada pelajar pasakan aqidah dan kefahaman, ini dapat menimbulkan satu cahaya hati yang menyinar mengisi kekosongan setiap inci zarah dalam hati para pelajar.. Akhir kata Selamat Hari Guru kepada Sebenarnya Guru kita iaitu Rasulullah S.A.W yang sehingga sekarang memberi nyalaan yang bertahan menyinar seluruh alam semesta dan seisinya...

Wala'alam...

Thursday, May 10, 2012

KERINDUAN HAKIKI

Posted by MFS_8812

Sayu mendengar qasidah yang di"Melayukan" ini, umpama buaian kerinduan terhadap Rasulullah S.A.W... meniti makna yang syahdu dalam benak hati jika diteliti lirik dan bait-bait kata yang menimbulkan kerinduan. Satu gambaran yang cukup sempurna, mengambarkan kerinduan yang teramat kepada Baginda Rasulullah S.A.W. .Dimulai dialam tinggi engkau menyinar dan menyinar mendambarkan satu cahaya yang datang gemerlapan menerangi keseluruh alam dan seisinya, seluruh makhluk gembira akan kelahiran Baginda. Wahai Purnama satu perkataan yang megistilahkan cahaya yang cantik dan indah yang menjadi penyuluh kepada sekalian alam yang menempurnakan sekalian alam. Ya Badratim.. kesempurnaan yang dinanti dan tidak dapat diluah dengan kata-kata.. Menyinar dialam tinggi dalam meyinari kegelapan dan kebatilan.. Semua alam gemerlapan dalam menantikan mu wahai RASULULLAH.. zahir dan batin nikmatMU dikurniakan kesempurnaan.. Selawat dan Salam ke atasMU Rasulullah setiap nafas ku dan ilmu yang ALLAH bentangkan di dunia ini.. Bagaimanalah hambaMu ini hendak medambarkan cintaMu dengan sepenuh hati. Ya Allah, Bagaimanakah hendaku luahkan dengan kata-kata kepada KekasihMu sedangkan diri ini terasa hina dan daif dan acap kali melakukan dosa kepada perbuatan dan hati ini. Ya Allah... Luahan kata yang bagaimana lagi yang hendak didambakan sehinggakan dapat menitiskan air mata yang merindui dan menangisi pemergiamMU. Tiada apalah jua yang ada dalam hati ini yang mahukan melainka mendapat syafaat dan pertolongan mu dipadang Mahsyar nanti.. apalah makna hidupku ini jika syafaatMU tidak daku miliki.. Ya Allah... Daku Pohon ya Allah... berilah hati ini antara hati-hati yang hidup dengan melihat kepada kebesaranMu dan KeaguganMU disamping mengigati kekasihMu jua dengan mencurahkan sebenar-benar kecintaan keatasa KekasihMU.. Daku sedar siapalah diri ini dalam meminta kepadaMU.. apa dayaku, apa usahaku.. inilah sahaja yang mampu keluahkan yang sekian lama terbuku dijiwaku yang memberi satu motivasi dalam memperjuangkan agamaMu ya Allah.. Ya Allah... aku ini bukanlah seorang Ustaz yang engkau berikan kefahaman agamaMU yang mendalam kepada pendokong agamaMu. Tapi hambaMu ini mahukan satu pertologan dan pertunjuk dalam menggapai citaMU dan memperoleh mahabbah dari kekasihMU...

Monday, April 23, 2012

Menempuh RedhaNya..

Posted by MFS_8812

Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah bermaksud: “Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia).” Dan dalam ayat 60 surah an-Najm yang bermaksud: “Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?”

Mesej daripada maksud dua potong ayat di atas walaupun pendek, sarat dengan pelbagai pengajaran yang perlu diambil oleh kita semua, betapa Allah SWT mencemuh golongan munafik yang boleh disifatkan sebagai golongan yang mana hidup mereka penuh dengan kepura-puraan.

Sesungguhnya kedua-dua ayat berkenaan di atas ditujukan kepada golongan munafik yang banyak mempersendakan kebenaran ayat-ayat al-Quran ataupun pengajaran daripada hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. Mereka merupakan golongan yang menzahirkan luaran mereka sebagai orang Islam, tetapi pada sanubari mereka menyatakan kebencian yang amat sangat terhadap Islam, lebih dahsyat daripada orang bukan Islam.

Mereka menyatakan kononnya mahu melakasana dan menegakkan hukum-hukum Islam, tetapi pada masa yang sama menyubur serta memperbanyakkan program-program maksiat melalui penganjuran sitcom-sitkom gelak ketawa, malah dipertandingkan seperti ‘Rajalawak’/'Lawaking’ yang mahu mengajak penonton supaya banyak ketawa dan menangis sedikit.

Tidak ada program lawak yang mengajak manusia untuk berfikir pada alam akhirat atau menyebabkan mereka menangis. Tetapi yang jelas bahawa mereka diajak untuk ketawa hingga lupa tugas sebenar untuk beriman kepada Alla SWT, sesungguhnya terdapat pandangan di kalangan ulama kontemporari hari ini yang menegaskan bahawa umat Islam adalah umat serius yang mempunyai tanggungjawab besar menyeru manusia sejagat untuk kembali kepada fitrah mereka iatu menyembah Allah – Tuhan segala manusia.

Apa yang jelas jika ciri-ciri golongan munafik ada dalam diri insan Muslim, ia boleh dianggap sebagai satu musibah besar, kerana ciri-ciri tersebutlah yang akan mengundang kemarahan Allah dan sudah pasti tidak akan berjaya mendapatkan pertolongan Nabi Muhammad pada hari akhirat kelak.

Perkara ini ada ditegaskan Allah melalui firman-Nya dalam ayat 145 surah an-Nisaa yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.”

Berdasarkan hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan:

Tanda orang-orang munafiq itu ada tiga keadaan.

* Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.

* Kedua, apabila berjanji, dia mengingkari.

* Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia mengkhianatinya.

Amanah Daripada Allah

Apabila dilihat kepada maksud pengisian yang ada dalam hadis baginda di atas, kita dapat simpulkan bahawa masih terdapat di kalangan umat Islam hari ini yang sanggup berdusta semata-mata untuk mencapai impian dalam hidup mereka.

Mereka tidak mempedulikan larangan Allah atau suruhan-Nya, yang dilarang itulah menjadi keutamaannya untuk dilakukan, sedangkan suruhan Allah diabaikan. Gambaran ini dapat dilihat secara jelas, sebagai contoh penyertaan individu Muslim dalam program yang dilarang seperti Rajalawak, ia menjadi pilihan dan kesukaan ramai manusia hari ini, pada masa yang sama ramai juga yang meninggalkan solat kerananya.

Begitu juga individu Muslim yang berbuat janji, apatah lagi janji mereka kepada Allah seperti dalam lafaz yang diungkapkan dalam solat, sesungguhnya hidupku, matiku dan seluruh amal ibadatku adalah hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam.

Tetapi selepas solat, banyak perkara yang dijanjikan itu disanggah secara langsung atau tidak langsung, ramai Muslimat yang solat dengan pakaian kain telekung yang mencantikkah penampilan mereka, tetapi ramai juga di kalangan mereka mendedahkan aurat atau menampakkan rambut mereka di hadapan khalayak lelaki.

Begitu juga dengan amanah yang diberi, terutamanya amanah sebagai manusia Islam yang diwajibkan untuk melaksanakan segala titah perintah Allah SWT dalam erti kata sebenarnya. Tetapi ia hanya seruan yang tertinggal di atas mimbar oleh khatib pada setiap hari Jumaat, ia tidak digarap dengan baik oleh para jemaah, amanah untuk membangun bersama Islam tidak ditepatinya. Amanah untuk mendaulatkan Islam juga hanya retorik semata-mata, kesemua agenda hidup tidak berteraskan untuk kurangkan ketawa dan menangis banyak kerana takut kepada Allah.

Program-program kuliah dan ceramah di masjid-masjid atau surau-surau kebanyakannya dihadiri oleh golongan pesara walaupun terdapat golongan muda atau remaja, tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Mungkin kempen kepada golongan ini untuk ke masjid atau surau tidak dikuat-kuasakan oleh pihak berkuasa, sebab mereka pun tidak terfikir untuk ke masjid atau surau, tetapi kempen untuk program ketawa seperti ?Jomheboh? dan lain-lain dipromosikan dengan hebat sekali, sebab yang berkempen pun akan menyertainya.

Yang Pahit Itu..

Kepada mereka dibacakan sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Kemanisan di dunia akan memahitkan nanti di akhirat, dan apa-apa yang memahitkan di dunia akan memaniskan seseorang itu di akhirat.”

Sesuatu yang manis pasti akan menggembirakan seseorang, seperti kerap makan durian yang sedap dan enak, tetapi ia akan menjadikan seseorang itu mungkin akan terkena obesiti dan kencing manis, berbanding dengan ubat periuk yang pahit, bagi pengamal yang sering meminumnya walaupun tidak sedap, tetapi ia menjanjikan kesihatan yang baik.

Begitulah sebaliknya bagi mereka yang mengutamakan yang pahit, maksudnya menjalani proses hidup sebgai Muslim yang beramal dengan solat lima kali sehari semalam. Ia menjadi manis bagi orang biasa buat, tetapi ia dianggap pahit atau sukar untuk dilakukan bagi mereka yang tidak biasa atau golongan yang memiliki ciri-ciri orang munafik.

Apapun semua yang pahit itu sebenarnya akan membahagiakan seseorang itu nanti di alam akhirat, termasuklah berada dalam jemaah yang berteraskan Islam. Untuk memajukan Islam sebagai cara hidup bukanlah satu perkara yang mudah, namun ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dan kewarasan pemikiran untuk mendapatkan syafaat (rekomendasi) daripada baginda Rasulullah s.a.w. di akhirat kelat, Insya-Allah. Yang penting banyakkan menangis kerana takut kepada Allah SWT.

Sunday, April 8, 2012

Muhasabah kematian.........

Posted by MFS_8812

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!

(Al-Fajr: 27 – 28)

Sebagai muhasabah kematian dan menjadi pengajaran bagi menimbul rasa takut sakratul maut supaya kita selalu bersedia maka marilah kita fikirkan akan diri kita ini.

Bagaimana roh kita nanti

Jiwa yang beruntung:
Mengecap kenikmatan, ia bebas dan tiada yg menahannya dan boleh bertemu serta ziarah menziarahi. Ingat mengingat ttg apa yg dirasakan di dunia, dan tentang apa sedang berlaku pada penghuni dunia.

Jiwa yang rugi:
Sibuk dgn siksa yg dirasainya, maka tidak teringat utk bertemu dan ziarah menziarahi

Bagaimana menghadapi sakratul maut

Jiwa yang beruntung:
Dtg malaikat saktarul maut membawa sehelai kain sutera putih.

Jiwa yang rugi:
Dtg malaikat saktarul maut membawa kain guni yg kasar.

Seruan malaikat

Jiwa yang beruntung:
Malaikat menyeru , “keluarlah wahai roh yg bersih didlam keadaan redha lg diredhai kpd kegembiraan dan kepuasan dan Tuhan yg tiada murka.

Jiwa yang rugi:
Keluarlah roh yang jahat di dlm keadaan yg dimurkai, dan pergilah kepada siksa Allah

Bagaimana rohnya

Jiwa yang beruntung:
Rohnya berbau wangi dan terus dibawa ke pintu langit pertama sehingga pintu langit yg ke 7 oleh malaikat menemui Allah dan Allah memerintahkan ditulis namanya di Illiyin dan dibawa kpd roh-roh org mukmin, sdg mereka sgt gembira spt menyambut org yg baru pulang drp perantauan.
Maka mereka bertanya kpd roh itu, “apa yg dibuat oleh sifulan? Ketika itu malaikat menahan mereka seraya mengatakan: Birkanlah ia beristirihat dahulu, sebab dia baru shj terlepas drp keberatan dunia.

Jiwa yang rugi:
Maka roh itu keluar berbau busuk spt bau-bau bangkai, sehinggalah dibawa kepintu bumi, maka para malaikat mengatakan: alangkah busuknya bau roh ini, hinggalah dibawakan oleh mereka kepada roh-roh kaum kafir.

Banyak lagi nikmat dan azab yang akan kita terpaksa tempuhi bila ajal telah tiba, maka semua ini kita yang menentukan, fikirkanlah, fikirkanlah sebelum terlambat. Ummi menyeru pada diri ini taubatlah pada ALLAH sebelum kita terlambat, sempena tahun baru maal hijrah ini marilah kita bermuhasabah kematian kemana kita nanti........ marilah dengan rendah hati kita berdoa kepada Allah agar kita dikurniakan hati yang hidup, hati yang sensitif akan azab Allah, hati yang sentiasa insar bila memerhati akan kebesaran Allah dan terbit rasa hati yang luhur yang kita ini hanya hamba yang memerlukan perhatian daripada Tuannya.

Ya Allah! ampunilah dosa di kalangan kami yang masih hidup dan di kalangan kami yang telah meninggal dunia, di kalangan kami orang-orang dewasa, dikalangan kami lelaki dan perempuan, dikalangan kami yang sama-sama hadir dan dikalangan kami yang tidak hadir bersama. Wahai Allah! sesiapa yang masih hidup di antara kami Engkau jadikanlah dia hidup dengan berpegang teguh kepada agama islam dan sesiapa yang Engkau matikan di antara kami maka Engkau matikanlah dia di dalam iman. Wahai Allah! dengan hak/ kebenaran junjungan kami Nabi muhammad saw serta ahli keluarga Baginda, maka janganlah Engkau seksa anakku Muhammad 'Ammar, ya Allah! Ya Allah! jadikan kuburnya sebuah taman daripada taman-taman syurga yang indah dan janganlah Engkau jadikan kuburnya sebuah jurang daripada jurang-jurang neraka yang mengerikan.

Nasyid Fm

.

I made this widget at MyFlashFetish.com.