MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Tuesday, May 15, 2012

Nyalaan Yang Kekal Bertahan

Posted by MFS_8812


Tidak kukenali makna setiap perkataan... tidak kutahu cara untuk mengira setiap nombor... tidak kucari tempat setiap pelusuk dunia... tidak kukenali setiap makna dalam bahasa inggeris... tidak tercapai makna seperti gapaian impian ku sekarang... tidak kukenali apa eritnya daku dilahirkan...... sekiranya tiada pembimbingku pada masa dahulu...iaitu bergelar seorang "GURU" .. selamat Hari Guru..

Mengenangkan guru yang sebenar-sebenarnya guru ialah Nabi Muhammad S.A.W... banyak sebenarnya perit jerit yang GURU yang sepatutnya kita ingat dan memikirkan pengorbanan yang dibuat. Tiada istilah lagi yang terbaik kepada GURU kita yang sepatut kita agungkan sehingga diistilahkan sebagai penyinar wahai PURNAMA yang menyinar alam semesta sehinggakan hari ini kekal bertahan dengan merasai nikmat ISLAM dan IMAN.

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,” (Al-Ahzab : 21)

Rasulullah S.A.W  adalah contoh ikutan yang terbaik yang perlu diikuti oleh setiap guru agar menjadi motivasi dalam mendidik para pelajar. Pelajar akan melihat gurunya berbicara dan berperwatakan dan inilah "Role Model" yang dijadikan panduan kepada para pelajar untuk pergi lebih jauh sehinggakan mahukan menjadi seperti guru mereka yang pernah membimbing mereka dahulu. Peranan guru haruslah jelas dalam mendidik jiwa-jiwa kecil yang akan belajar perkara yang baharu agar apa yang ditarbiyah oleh guru mereka menjadi berkekalan sehingga akhir zaman, Contoh ikutan Nabi Muhammad S.A.W adalah contoh paling terbaik yang memberi kesan yang mendalam kepada "Lilin yang menyinar" kini.






Sabda Rasulullah S.A.W : Aku tinggal pada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama- lamanya, selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. (al-Qastalani t.th.: 899)
 
Penerapan ilmu yang jelas kepada pelajar amatlah penting agar pelajar yang didik oleh guru dapat membentuk dengan acuan yang telah ditetapkan oleh Sebenar guru kita iaitu Rasulullah S.A.W. . Pegangan Aqidah yang sahih dan kefahaman Islam yang jitu terhadap apa matlamat kehidupan perlulah diterapkan sejak dari kecil agar pendidikan itu berperingkat-peringkat sehinggakan membentuk satu kefahaman yang jelas. Al-Quran dan Sunnah menjadi pegangan seumur hidup apabila cita-cita digapai oleh para pelajar berkat dari guru yang hidup hatinya dalam mendidik anak bangsa.

“Wahai orang-orang yang beriman berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada Kitab Quran yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya dan juga kepada Kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur engkar kepada Allah dan Malaikat-Nya dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya dan juga hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan sejauh-jauhnya “ (Surah An Nisaa: 136)

Mendidik Jiwa yang pada asalnya kosong memerlukan masa untuk memberikan nilai tambah kepada pelajar yang baru hendak mengenali dunia apatalah lagi Penciptanya. Mempasak Aqidah murni menerap manhaj Nabawi perlulah diletakan didalam hati para pelajar agar apa yang mereka belajar semuanya bermatlamat jelas iaitu mengenali Allah dan merindui Rasulullah . Mengagungkan kalimah Allah dalam setiap ucapan dan penyampaian dapat menimbulkan satu keinsafan kepada diri para pelajar disamping mempasakan aqidah yang jelas dengan memberi suatu gambaran pengertian hidup.


Sabda Rasulullah S.A.W : "Sampaikan ajaranku walau satu ayat" Surah Al-Ahzab 71


Sebenarnya menjadi pendidik adalah suatu sunnah yang kita boleh memberi ganjaran kepada kita dan manfaat kerana kita memanjangkan suatu dakwah kepada para pelajar. Setiap apa yang dilafaskan adalah doa dan peringatan kepada diri kita dan pelajar agar kita mengambil iktibar dari setiap percakapan kita disamping muhasabah kepada diri kita. Guru yang mempunyai jiwa mendidik akan menyebabkan pelajar terdidik, mudah ungkapan yang memerlukan pengorbanan dan keikhlasan yang martabatnya paling tinggi agar setiap lafaz kata yang diucapakan membenam jiwa para pelajar sehinggan terusih sehinggakan mahu menjadi seperti guru tersebut...

Kesimpulanya, Mari mengikuti jejak Rasulullah dalam mendidik dan berdakwah kerana ia adalah sebenar-benar guru kita yang wajib kita sanjungi sehinggakan menjadi "Wahai Purnama yang menyinar seluruh alam" . Jika seorang guru mencintai Rasulullah sehinggakan tidak dapat diluahkan dengan kata-kata , dan memberi gambaran kepada pelajar pasakan aqidah dan kefahaman, ini dapat menimbulkan satu cahaya hati yang menyinar mengisi kekosongan setiap inci zarah dalam hati para pelajar.. Akhir kata Selamat Hari Guru kepada Sebenarnya Guru kita iaitu Rasulullah S.A.W yang sehingga sekarang memberi nyalaan yang bertahan menyinar seluruh alam semesta dan seisinya...

Wala'alam...

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.