MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Wednesday, February 11, 2009

Selamat Berjuang.....

Posted by MFS_8812



Berjuang menempah susah,
menanggung derita menongkah fitnah,
itulah gelombang hidup samudera duka,
seorang mujahid memburu syahid,


Kadangkala berjuang itu adalah suatu penempahan utk menempah mahupun menjerumus kepada kesusahan. Orang berjuang akan menanggung derita yg di alami dan mendepani fitnah yg bakal menimpa diri .Walaubagaimanapun itu adalah satu perjalanan hidup utk mendepani cabaran. Semestinya seorang mujahid memburu syahid dan semua hambanya mengiginkan syahid..


Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasulnya


Walaupun dia dibuang jawatan mahupun pangkat dia tetap kuat dan utuh tiada perasaan kecewa mahupun sedih. Bahkan walaupun dipenjara mahupun di seksa di bunuh sehingga syahid, namun di hatinya sedikitpun tidak toleh kebelakang bahkan tetap mara menuju CITA iaitu tujuanya, lebih bersemangat lagi membara demi pencipta iaitu ALLAH dan Rasul iaitu Nabi Muhammad S.A.W

Berjung tak pernah senang
ombak derita tiada henti
tenang tegang silih berganti
inilah sunnah orang berjuang

Sememangnya berjuang tidak pernah senang, acap kali di uji, acap kali di kacau oleh tangan-tangan yg durjana ditambah pula dengan derita pedih yg tidak berhenti memberikan talbiah yg sempurna. kadang kala tenang kadangkala tegang dengan keadaan berulang kali (silih Berganti) sebab inilah Sunnah Orang Bejuang.

Malamnya bagai rahib merintis sayu
dihiris dosa air mata
siangnya bagaikan singa di rimba
memerah keringat meluah tenaga

Seorang pejuang di malamya merayu dan meratap diri, bersihkan diri merintis sayu dengan linangan air mata yg menjadi bukti keinsafan. Dan bila waktu siangnya bagaikan seorang pahlawan yg gagah di suatu tempat. MB yang gagah mendepani mehnah tribulasi bersama rakyat berjuang, memerah dan menggunakan semaksimum mungkin keringat dan tenaga utk memperjuangkan Cita

Berjuang memang pahit
kerana syurga itu manis
bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
bukan sedikit pedih yang ditagih

Seorang pejuang berjuang dalam kedaan pahit dan sukar kerana pejuang tersebut yakin akan syurga yg manis kelak. Tidak memerlukan sedikit bayaran mahupun sedikit pedih yg di perlukan.

Berjuang ertinya terkorban
rela terhina kerna kebebnaran
antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid atau menang


Pejuang mestilah akan terkorban pada suatu hari nanti dengan merelai dirinya terhina demi suatu kebenaran.. TAPI YANG DI JANJIKAN OLEH PEJUANG ADALAH DUA YG AKAN TERJADI SEBAB ANTARA DUA PASTI TERJADI TUNGGULAH SYAHID ATAU MENANG......


Inilah suatu Sunnahtullah dalam berjuang wahai Pejuang Allah.....
Lagu dan Huraian ini Khas Kepada MB Perak Dato Ir Nizar


2 comments:

luqman said...

masih ingat lagi lirik nasyid dpd nadamurni..

serangga said...

itulah sunnah berjuang

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.