MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Tuesday, February 10, 2009

Nizar akan di'ISA'kan..??

Posted by MFS_8812

"Dato' Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan."

"Sebelum berangkat pulang dari Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak malam tadi seorang teman memaklumkan bahawa Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan ditahan dibawah Akta ISA tak lama lagi. Dato' Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan.

Perkara ini seolah-olah benar-benar akan berlaku dimana petang semalam Menteri Pelancongan, Azalina Othman menyarankan agar Nizar ditahan di bawah akta ISA atas alasan mengingkari titah Sultan dan enggan melepaskan Jawatan. Semasa membuat kenyataan itu, Menteri Besar Haram, Zambry Abdul Kadir berada disebelah beliau.

Tidak cukup dengan itu, Ketua Umno Cheras pula mengusulkan agar gelaran Dato' Seri yang dianugerahkan oleh Sultan ditarik balik dalam erti kata lain dilucutkan segera kerana didakwa kononnya menderhaka pada Sultan.

Begitulah permintaan dan kehendak pemimpin Umno yang kini sudah kehabisan modal untuk menghapuskan pengaruh besar Nizar di Perak.

Seandainya gelaran Datuk Seri ditarik atau dilucutkan, ianya tidak mengapa kerana perasaan hormat rakyat pada Nizar bukan datang atas gelaran itu tapi kerana sifat peribadinya yang begitu disanjungi.

Tapi kalau beliau ditahan dibawah akta ISA, maka satu lagi malapetaka besar akan melanda Umno di Perak. Rakyat secara keseluruhannya akan melihat bahawa itulah klimaks kezaliman Umno kepada Kerajaan Pakatan yang dizalimi melalui tindakan Kudeta yang tidak bermaruah.

sumber harakah


Seranggahijau

kalau korang cuit MB Nizar sy yakin...seluruh rakyat akan bangkit...bukan setakat di Perak..malah seluruh negara....jangan cuba2 jolok sarang tebuan...!!

cuit la kalau berani...!!

Hangin betol aku dengar berita ni.....!!!

Lawan Tetap Lawan....!!


*Kepada ahli PAS dan Pakatan Rakyat diminta untuk bertenang dan tidak bertindak sembarangan. Kita ada pimpinan, dengar arahan mereka. Apa jua yang berlaku kita serahkan pada Allah



2 comments:

luqman said...

Banyak2 lah bersabar. Ini semua ujian dari Allah. Apabila Allah menyayangi seseorang, Allah akan menguji hambaNya itu.
Jangan cepat sangat naik marah, bila Rasulullah dilemparkan najis semasa baginda bersembahyang di Makkah, baginda tak pun melenting.
Insyaallah, sekiranya kita berpegang teguh pada al Quran dan sunnah nabi SAW, kita akan berjaya. Have faith in Allah. Semoga YAB berada di jalan yg benar.

seranggahijau said...

insyaAllah...
Mugkin artikel nie...
nk menaikkan semangat jihad

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.