" Ya Allah, jika aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka-Mu, dan jika aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga -Mu, campakkanlah aku dari dalam syurga; tetapi jika aku menyembah -Mu demi Engkau semata, janganlah enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku" "Ya Allah, segala jerih payahku dan semua hasratku di antara segala kesenangan dunia adalah untuk mengingati Engkau. Dan di akhirat nanti, di antara segala kesenangan akhirat, adalah untuk berjumpa dengan-Mu"
Salam Perjuangan
Biarpun aku kecil namun jiwa ku besar, walaupun aku kerdil namun aku tidak gentar
diriku yang hina
DOA PILIHAN
Komen
BERSAMA PELAJAR SEKOLAH
UKHWAH JKKP 07/08
Manisnya Air yg di minum, tidak semanis tautan ukhwah yg berkekalan
BERSAMA SAHABAT
Ukhwah tanda kekuatan
KELUARGA ADNIN
BERSAMA KREW MOTIVASI ADNIN
PROGRAM LAWATAN KE UITM SYAH ALAM
Bersama Sahabat UIA
Bersama sahabat seperjuangan di UIAM , selamat berjuang
Kuala Lipis
inilah tempat aku di lahirkan, nun jauh di sana dari pembangunan namum mampu utk mengubah diri.
My Family
Ini waktu gambar lepas raya puasa, gambar raya korban tak ada sebab raya terkorban kat sabah
Doa Rabitah
Serata Dunia Melihat
HANYA MAHASISWA
Hanya Mahasiswa dapat menyuarakan suara, kehendak dan Mefestasinya
ISRAEL LAKNATULLAH
Hard Rock Iman
Terokai Islam Jika tidak Faham
...
-
PROGRAM KORBAN 2019/1440h7 years ago
-
-
Buffet Ramadhan 2014 di SACC12 years ago
-
-
utusan akhbar penuh hasutan !!!15 years ago
-
Review - Ragam kad kahwin15 years ago
-
Ayuh Solat Dhuha!16 years ago
-
Hati16 years ago
-
-
-
-
- MFS_8812
- Nama di beri Mohamad Fazli B. Samsudin sebagai hamba ALLAH yg ingin mengejar keredaaNYA utk mencapai syurgaNYA walaupun diri ini lemah utk mengharungi dugaan dariMU. Berilah Semangat kpd ku semaksimum mungkin utk meletakkan kepercayaan diriku megejar syurgaMU.
Pengikut
My Blog List
Tentang Diriku
...
Thursday, May 24, 2012
" Ya Allah, jika aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka-Mu, dan jika aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga -Mu, campakkanlah aku dari dalam syurga; tetapi jika aku menyembah -Mu demi Engkau semata, janganlah enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku" "Ya Allah, segala jerih payahku dan semua hasratku di antara segala kesenangan dunia adalah untuk mengingati Engkau. Dan di akhirat nanti, di antara segala kesenangan akhirat, adalah untuk berjumpa dengan-Mu"
Tuesday, May 15, 2012
Mengenangkan guru yang sebenar-sebenarnya guru ialah Nabi Muhammad S.A.W... banyak sebenarnya perit jerit yang GURU yang sepatutnya kita ingat dan memikirkan pengorbanan yang dibuat. Tiada istilah lagi yang terbaik kepada GURU kita yang sepatut kita agungkan sehingga diistilahkan sebagai penyinar wahai PURNAMA yang menyinar alam semesta sehinggakan hari ini kekal bertahan dengan merasai nikmat ISLAM dan IMAN.
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,” (Al-Ahzab : 21)
Rasulullah S.A.W adalah contoh ikutan yang terbaik yang perlu diikuti oleh setiap guru agar menjadi motivasi dalam mendidik para pelajar. Pelajar akan melihat gurunya berbicara dan berperwatakan dan inilah "Role Model" yang dijadikan panduan kepada para pelajar untuk pergi lebih jauh sehinggakan mahukan menjadi seperti guru mereka yang pernah membimbing mereka dahulu. Peranan guru haruslah jelas dalam mendidik jiwa-jiwa kecil yang akan belajar perkara yang baharu agar apa yang ditarbiyah oleh guru mereka menjadi berkekalan sehingga akhir zaman, Contoh ikutan Nabi Muhammad S.A.W adalah contoh paling terbaik yang memberi kesan yang mendalam kepada "Lilin yang menyinar" kini.
Sabda Rasulullah S.A.W : Aku tinggal pada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama- lamanya, selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. (al-Qastalani t.th.: 899)
Penerapan ilmu yang jelas kepada pelajar amatlah penting agar pelajar yang didik oleh guru dapat membentuk dengan acuan yang telah ditetapkan oleh Sebenar guru kita iaitu Rasulullah S.A.W. . Pegangan Aqidah yang sahih dan kefahaman Islam yang jitu terhadap apa matlamat kehidupan perlulah diterapkan sejak dari kecil agar pendidikan itu berperingkat-peringkat sehinggakan membentuk satu kefahaman yang jelas. Al-Quran dan Sunnah menjadi pegangan seumur hidup apabila cita-cita digapai oleh para pelajar berkat dari guru yang hidup hatinya dalam mendidik anak bangsa.
“Wahai orang-orang yang beriman berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada Kitab Quran yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya dan juga kepada Kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur engkar kepada Allah dan Malaikat-Nya dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya dan juga hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan sejauh-jauhnya “ (Surah An Nisaa: 136)
Mendidik Jiwa yang pada asalnya kosong memerlukan masa untuk memberikan nilai tambah kepada pelajar yang baru hendak mengenali dunia apatalah lagi Penciptanya. Mempasak Aqidah murni menerap manhaj Nabawi perlulah diletakan didalam hati para pelajar agar apa yang mereka belajar semuanya bermatlamat jelas iaitu mengenali Allah dan merindui Rasulullah . Mengagungkan kalimah Allah dalam setiap ucapan dan penyampaian dapat menimbulkan satu keinsafan kepada diri para pelajar disamping mempasakan aqidah yang jelas dengan memberi suatu gambaran pengertian hidup.
Sabda Rasulullah S.A.W : "Sampaikan ajaranku walau satu ayat" Surah Al-Ahzab 71
Sebenarnya menjadi pendidik adalah suatu sunnah yang kita boleh memberi ganjaran kepada kita dan manfaat kerana kita memanjangkan suatu dakwah kepada para pelajar. Setiap apa yang dilafaskan adalah doa dan peringatan kepada diri kita dan pelajar agar kita mengambil iktibar dari setiap percakapan kita disamping muhasabah kepada diri kita. Guru yang mempunyai jiwa mendidik akan menyebabkan pelajar terdidik, mudah ungkapan yang memerlukan pengorbanan dan keikhlasan yang martabatnya paling tinggi agar setiap lafaz kata yang diucapakan membenam jiwa para pelajar sehinggan terusih sehinggakan mahu menjadi seperti guru tersebut...
Kesimpulanya, Mari mengikuti jejak Rasulullah dalam mendidik dan berdakwah kerana ia adalah sebenar-benar guru kita yang wajib kita sanjungi sehinggakan menjadi "Wahai Purnama yang menyinar seluruh alam" . Jika seorang guru mencintai Rasulullah sehinggakan tidak dapat diluahkan dengan kata-kata , dan memberi gambaran kepada pelajar pasakan aqidah dan kefahaman, ini dapat menimbulkan satu cahaya hati yang menyinar mengisi kekosongan setiap inci zarah dalam hati para pelajar.. Akhir kata Selamat Hari Guru kepada Sebenarnya Guru kita iaitu Rasulullah S.A.W yang sehingga sekarang memberi nyalaan yang bertahan menyinar seluruh alam semesta dan seisinya...
Wala'alam...
Thursday, May 10, 2012
Sayu mendengar qasidah yang di"Melayukan" ini, umpama buaian kerinduan terhadap Rasulullah S.A.W... meniti makna yang syahdu dalam benak hati jika diteliti lirik dan bait-bait kata yang menimbulkan kerinduan. Satu gambaran yang cukup sempurna, mengambarkan kerinduan yang teramat kepada Baginda Rasulullah S.A.W. .Dimulai dialam tinggi engkau menyinar dan menyinar mendambarkan satu cahaya yang datang gemerlapan menerangi keseluruh alam dan seisinya, seluruh makhluk gembira akan kelahiran Baginda. Wahai Purnama satu perkataan yang megistilahkan cahaya yang cantik dan indah yang menjadi penyuluh kepada sekalian alam yang menempurnakan sekalian alam.
Ya Badratim.. kesempurnaan yang dinanti dan tidak dapat diluah dengan kata-kata.. Menyinar dialam tinggi dalam meyinari kegelapan dan kebatilan.. Semua alam gemerlapan dalam menantikan mu wahai RASULULLAH.. zahir dan batin nikmatMU dikurniakan kesempurnaan.. Selawat dan Salam ke atasMU Rasulullah setiap nafas ku dan ilmu yang ALLAH bentangkan di dunia ini.. Bagaimanalah hambaMu ini hendak medambarkan cintaMu dengan sepenuh hati.
Ya Allah, Bagaimanakah hendaku luahkan dengan kata-kata kepada KekasihMu sedangkan diri ini terasa hina dan daif dan acap kali melakukan dosa kepada perbuatan dan hati ini.
Ya Allah... Luahan kata yang bagaimana lagi yang hendak didambakan sehinggakan dapat menitiskan air mata yang merindui dan menangisi pemergiamMU. Tiada apalah jua yang ada dalam hati ini yang mahukan melainka mendapat syafaat dan pertolongan mu dipadang Mahsyar nanti.. apalah makna hidupku ini jika syafaatMU tidak daku miliki..
Ya Allah... Daku Pohon ya Allah... berilah hati ini antara hati-hati yang hidup dengan melihat kepada kebesaranMu dan KeaguganMU disamping mengigati kekasihMu jua dengan mencurahkan sebenar-benar kecintaan keatasa KekasihMU.. Daku sedar siapalah diri ini dalam meminta kepadaMU.. apa dayaku, apa usahaku.. inilah sahaja yang mampu keluahkan yang sekian lama terbuku dijiwaku yang memberi satu motivasi dalam memperjuangkan agamaMu ya Allah..
Ya Allah... aku ini bukanlah seorang Ustaz yang engkau berikan kefahaman agamaMU yang mendalam kepada pendokong agamaMu. Tapi hambaMu ini mahukan satu pertologan dan pertunjuk dalam menggapai citaMU dan memperoleh mahabbah dari kekasihMU...
Monday, April 23, 2012
Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah bermaksud: “Maka
bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan
mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa
yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia).” Dan dalam ayat 60
surah an-Najm yang bermaksud: “Maka mengapa kamu ketawa dan tidak
menangis?”Mesej daripada maksud dua potong ayat di atas walaupun pendek, sarat dengan pelbagai pengajaran yang perlu diambil oleh kita semua, betapa Allah SWT mencemuh golongan munafik yang boleh disifatkan sebagai golongan yang mana hidup mereka penuh dengan kepura-puraan.
Sesungguhnya kedua-dua ayat berkenaan di atas ditujukan kepada golongan munafik yang banyak mempersendakan kebenaran ayat-ayat al-Quran ataupun pengajaran daripada hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. Mereka merupakan golongan yang menzahirkan luaran mereka sebagai orang Islam, tetapi pada sanubari mereka menyatakan kebencian yang amat sangat terhadap Islam, lebih dahsyat daripada orang bukan Islam.
Mereka menyatakan kononnya mahu melakasana dan menegakkan hukum-hukum Islam, tetapi pada masa yang sama menyubur serta memperbanyakkan program-program maksiat melalui penganjuran sitcom-sitkom gelak ketawa, malah dipertandingkan seperti ‘Rajalawak’/'Lawaking’ yang mahu mengajak penonton supaya banyak ketawa dan menangis sedikit.
Tidak ada program lawak yang mengajak manusia untuk berfikir pada alam akhirat atau menyebabkan mereka menangis. Tetapi yang jelas bahawa mereka diajak untuk ketawa hingga lupa tugas sebenar untuk beriman kepada Alla SWT, sesungguhnya terdapat pandangan di kalangan ulama kontemporari hari ini yang menegaskan bahawa umat Islam adalah umat serius yang mempunyai tanggungjawab besar menyeru manusia sejagat untuk kembali kepada fitrah mereka iatu menyembah Allah – Tuhan segala manusia.
Apa yang jelas jika ciri-ciri golongan munafik ada dalam diri insan Muslim, ia boleh dianggap sebagai satu musibah besar, kerana ciri-ciri tersebutlah yang akan mengundang kemarahan Allah dan sudah pasti tidak akan berjaya mendapatkan pertolongan Nabi Muhammad pada hari akhirat kelak.
Perkara ini ada ditegaskan Allah melalui firman-Nya dalam ayat 145 surah an-Nisaa yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.”
Berdasarkan hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan:
Tanda orang-orang munafiq itu ada tiga keadaan.
* Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.
* Kedua, apabila berjanji, dia mengingkari.
* Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia mengkhianatinya.
Amanah Daripada Allah
Apabila dilihat kepada maksud pengisian yang ada dalam hadis baginda di atas, kita dapat simpulkan bahawa masih terdapat di kalangan umat Islam hari ini yang sanggup berdusta semata-mata untuk mencapai impian dalam hidup mereka.
Mereka tidak mempedulikan larangan Allah atau suruhan-Nya, yang dilarang itulah menjadi keutamaannya untuk dilakukan, sedangkan suruhan Allah diabaikan. Gambaran ini dapat dilihat secara jelas, sebagai contoh penyertaan individu Muslim dalam program yang dilarang seperti Rajalawak, ia menjadi pilihan dan kesukaan ramai manusia hari ini, pada masa yang sama ramai juga yang meninggalkan solat kerananya.
Begitu juga individu Muslim yang berbuat janji, apatah lagi janji mereka kepada Allah seperti dalam lafaz yang diungkapkan dalam solat, sesungguhnya hidupku, matiku dan seluruh amal ibadatku adalah hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam.
Tetapi selepas solat, banyak perkara yang dijanjikan itu disanggah secara langsung atau tidak langsung, ramai Muslimat yang solat dengan pakaian kain telekung yang mencantikkah penampilan mereka, tetapi ramai juga di kalangan mereka mendedahkan aurat atau menampakkan rambut mereka di hadapan khalayak lelaki.
Begitu juga dengan amanah yang diberi, terutamanya amanah sebagai manusia Islam yang diwajibkan untuk melaksanakan segala titah perintah Allah SWT dalam erti kata sebenarnya. Tetapi ia hanya seruan yang tertinggal di atas mimbar oleh khatib pada setiap hari Jumaat, ia tidak digarap dengan baik oleh para jemaah, amanah untuk membangun bersama Islam tidak ditepatinya. Amanah untuk mendaulatkan Islam juga hanya retorik semata-mata, kesemua agenda hidup tidak berteraskan untuk kurangkan ketawa dan menangis banyak kerana takut kepada Allah.
Program-program kuliah dan ceramah di masjid-masjid atau surau-surau kebanyakannya dihadiri oleh golongan pesara walaupun terdapat golongan muda atau remaja, tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Mungkin kempen kepada golongan ini untuk ke masjid atau surau tidak dikuat-kuasakan oleh pihak berkuasa, sebab mereka pun tidak terfikir untuk ke masjid atau surau, tetapi kempen untuk program ketawa seperti ?Jomheboh? dan lain-lain dipromosikan dengan hebat sekali, sebab yang berkempen pun akan menyertainya.
Yang Pahit Itu..
Kepada mereka dibacakan sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Kemanisan di dunia akan memahitkan nanti di akhirat, dan apa-apa yang memahitkan di dunia akan memaniskan seseorang itu di akhirat.”
Sesuatu yang manis pasti akan menggembirakan seseorang, seperti kerap makan durian yang sedap dan enak, tetapi ia akan menjadikan seseorang itu mungkin akan terkena obesiti dan kencing manis, berbanding dengan ubat periuk yang pahit, bagi pengamal yang sering meminumnya walaupun tidak sedap, tetapi ia menjanjikan kesihatan yang baik.
Begitulah sebaliknya bagi mereka yang mengutamakan yang pahit, maksudnya menjalani proses hidup sebgai Muslim yang beramal dengan solat lima kali sehari semalam. Ia menjadi manis bagi orang biasa buat, tetapi ia dianggap pahit atau sukar untuk dilakukan bagi mereka yang tidak biasa atau golongan yang memiliki ciri-ciri orang munafik.
Apapun semua yang pahit itu sebenarnya akan membahagiakan seseorang itu nanti di alam akhirat, termasuklah berada dalam jemaah yang berteraskan Islam. Untuk memajukan Islam sebagai cara hidup bukanlah satu perkara yang mudah, namun ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dan kewarasan pemikiran untuk mendapatkan syafaat (rekomendasi) daripada baginda Rasulullah s.a.w. di akhirat kelat, Insya-Allah. Yang penting banyakkan menangis kerana takut kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah bermaksud: “Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia).” Dan dalam ayat 60 surah an-Najm yang bermaksud: “Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?”
Mesej daripada maksud dua potong ayat di atas walaupun pendek, sarat dengan pelbagai pengajaran yang perlu diambil oleh kita semua, betapa Allah SWT mencemuh golongan munafik yang boleh disifatkan sebagai golongan yang mana hidup mereka penuh dengan kepura-puraan.
Sesungguhnya kedua-dua ayat berkenaan di atas ditujukan kepada golongan munafik yang banyak mempersendakan kebenaran ayat-ayat al-Quran ataupun pengajaran daripada hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. Mereka merupakan golongan yang menzahirkan luaran mereka sebagai orang Islam, tetapi pada sanubari mereka menyatakan kebencian yang amat sangat terhadap Islam, lebih dahsyat daripada orang bukan Islam.
Mereka menyatakan kononnya mahu melakasana dan menegakkan hukum-hukum Islam, tetapi pada masa yang sama menyubur serta memperbanyakkan program-program maksiat melalui penganjuran sitcom-sitkom gelak ketawa, malah dipertandingkan seperti ‘Rajalawak’/'Lawaking’ yang mahu mengajak penonton supaya banyak ketawa dan menangis sedikit.
Tidak ada program lawak yang mengajak manusia untuk berfikir pada alam akhirat atau menyebabkan mereka menangis. Tetapi yang jelas bahawa mereka diajak untuk ketawa hingga lupa tugas sebenar untuk beriman kepada Alla SWT, sesungguhnya terdapat pandangan di kalangan ulama kontemporari hari ini yang menegaskan bahawa umat Islam adalah umat serius yang mempunyai tanggungjawab besar menyeru manusia sejagat untuk kembali kepada fitrah mereka iatu menyembah Allah – Tuhan segala manusia.
Apa yang jelas jika ciri-ciri golongan munafik ada dalam diri insan Muslim, ia boleh dianggap sebagai satu musibah besar, kerana ciri-ciri tersebutlah yang akan mengundang kemarahan Allah dan sudah pasti tidak akan berjaya mendapatkan pertolongan Nabi Muhammad pada hari akhirat kelak.
Perkara ini ada ditegaskan Allah melalui firman-Nya dalam ayat 145 surah an-Nisaa yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.”
Berdasarkan hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan:
Tanda orang-orang munafiq itu ada tiga keadaan.
* Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.
* Kedua, apabila berjanji, dia mengingkari.
* Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia mengkhianatinya.
Amanah Daripada Allah
Apabila dilihat kepada maksud pengisian yang ada dalam hadis baginda di atas, kita dapat simpulkan bahawa masih terdapat di kalangan umat Islam hari ini yang sanggup berdusta semata-mata untuk mencapai impian dalam hidup mereka.
Mereka tidak mempedulikan larangan Allah atau suruhan-Nya, yang dilarang itulah menjadi keutamaannya untuk dilakukan, sedangkan suruhan Allah diabaikan. Gambaran ini dapat dilihat secara jelas, sebagai contoh penyertaan individu Muslim dalam program yang dilarang seperti Rajalawak, ia menjadi pilihan dan kesukaan ramai manusia hari ini, pada masa yang sama ramai juga yang meninggalkan solat kerananya.
Begitu juga individu Muslim yang berbuat janji, apatah lagi janji mereka kepada Allah seperti dalam lafaz yang diungkapkan dalam solat, sesungguhnya hidupku, matiku dan seluruh amal ibadatku adalah hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam.
Tetapi selepas solat, banyak perkara yang dijanjikan itu disanggah secara langsung atau tidak langsung, ramai Muslimat yang solat dengan pakaian kain telekung yang mencantikkah penampilan mereka, tetapi ramai juga di kalangan mereka mendedahkan aurat atau menampakkan rambut mereka di hadapan khalayak lelaki.
Begitu juga dengan amanah yang diberi, terutamanya amanah sebagai manusia Islam yang diwajibkan untuk melaksanakan segala titah perintah Allah SWT dalam erti kata sebenarnya. Tetapi ia hanya seruan yang tertinggal di atas mimbar oleh khatib pada setiap hari Jumaat, ia tidak digarap dengan baik oleh para jemaah, amanah untuk membangun bersama Islam tidak ditepatinya. Amanah untuk mendaulatkan Islam juga hanya retorik semata-mata, kesemua agenda hidup tidak berteraskan untuk kurangkan ketawa dan menangis banyak kerana takut kepada Allah.
Program-program kuliah dan ceramah di masjid-masjid atau surau-surau kebanyakannya dihadiri oleh golongan pesara walaupun terdapat golongan muda atau remaja, tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Mungkin kempen kepada golongan ini untuk ke masjid atau surau tidak dikuat-kuasakan oleh pihak berkuasa, sebab mereka pun tidak terfikir untuk ke masjid atau surau, tetapi kempen untuk program ketawa seperti ?Jomheboh? dan lain-lain dipromosikan dengan hebat sekali, sebab yang berkempen pun akan menyertainya.
Yang Pahit Itu..
Kepada mereka dibacakan sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Kemanisan di dunia akan memahitkan nanti di akhirat, dan apa-apa yang memahitkan di dunia akan memaniskan seseorang itu di akhirat.”
Sesuatu yang manis pasti akan menggembirakan seseorang, seperti kerap makan durian yang sedap dan enak, tetapi ia akan menjadikan seseorang itu mungkin akan terkena obesiti dan kencing manis, berbanding dengan ubat periuk yang pahit, bagi pengamal yang sering meminumnya walaupun tidak sedap, tetapi ia menjanjikan kesihatan yang baik.
Begitulah sebaliknya bagi mereka yang mengutamakan yang pahit, maksudnya menjalani proses hidup sebgai Muslim yang beramal dengan solat lima kali sehari semalam. Ia menjadi manis bagi orang biasa buat, tetapi ia dianggap pahit atau sukar untuk dilakukan bagi mereka yang tidak biasa atau golongan yang memiliki ciri-ciri orang munafik.
Apapun semua yang pahit itu sebenarnya akan membahagiakan seseorang itu nanti di alam akhirat, termasuklah berada dalam jemaah yang berteraskan Islam. Untuk memajukan Islam sebagai cara hidup bukanlah satu perkara yang mudah, namun ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dan kewarasan pemikiran untuk mendapatkan syafaat (rekomendasi) daripada baginda Rasulullah s.a.w. di akhirat kelat, Insya-Allah. Yang penting banyakkan menangis kerana takut kepada Allah SWT.
Sunday, April 8, 2012
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!
(Al-Fajr: 27 – 28)
Sebagai muhasabah kematian dan menjadi pengajaran bagi menimbul rasa takut sakratul maut supaya kita selalu bersedia maka marilah kita fikirkan akan diri kita ini.
Bagaimana roh kita nanti
Jiwa yang beruntung:
Mengecap kenikmatan, ia bebas dan tiada yg menahannya dan boleh bertemu serta ziarah menziarahi. Ingat mengingat ttg apa yg dirasakan di dunia, dan tentang apa sedang berlaku pada penghuni dunia.
Jiwa yang rugi:
Sibuk dgn siksa yg dirasainya, maka tidak teringat utk bertemu dan ziarah menziarahi
Bagaimana menghadapi sakratul maut
Jiwa yang beruntung:
Dtg malaikat saktarul maut membawa sehelai kain sutera putih.
Jiwa yang rugi:
Dtg malaikat saktarul maut membawa kain guni yg kasar.
Seruan malaikat
Jiwa yang beruntung:
Malaikat menyeru , “keluarlah wahai roh yg bersih didlam keadaan redha lg diredhai kpd kegembiraan dan kepuasan dan Tuhan yg tiada murka.
Jiwa yang rugi:
Keluarlah roh yang jahat di dlm keadaan yg dimurkai, dan pergilah kepada siksa Allah
Bagaimana rohnya
Jiwa yang beruntung:
Rohnya berbau wangi dan terus dibawa ke pintu langit pertama sehingga pintu langit yg ke 7 oleh malaikat menemui Allah dan Allah memerintahkan ditulis namanya di Illiyin dan dibawa kpd roh-roh org mukmin, sdg mereka sgt gembira spt menyambut org yg baru pulang drp perantauan.
Maka mereka bertanya kpd roh itu, “apa yg dibuat oleh sifulan? Ketika itu malaikat menahan mereka seraya mengatakan: Birkanlah ia beristirihat dahulu, sebab dia baru shj terlepas drp keberatan dunia.
Jiwa yang rugi:
Maka roh itu keluar berbau busuk spt bau-bau bangkai, sehinggalah dibawa kepintu bumi, maka para malaikat mengatakan: alangkah busuknya bau roh ini, hinggalah dibawakan oleh mereka kepada roh-roh kaum kafir.
Banyak lagi nikmat dan azab yang akan kita terpaksa tempuhi bila ajal telah tiba, maka semua ini kita yang menentukan, fikirkanlah, fikirkanlah sebelum terlambat. Ummi menyeru pada diri ini taubatlah pada ALLAH sebelum kita terlambat, sempena tahun baru maal hijrah ini marilah kita bermuhasabah kematian kemana kita nanti........ marilah dengan rendah hati kita berdoa kepada Allah agar kita dikurniakan hati yang hidup, hati yang sensitif akan azab Allah, hati yang sentiasa insar bila memerhati akan kebesaran Allah dan terbit rasa hati yang luhur yang kita ini hanya hamba yang memerlukan perhatian daripada Tuannya.
Ya Allah! ampunilah dosa di kalangan kami yang masih hidup dan di kalangan kami yang telah meninggal dunia, di kalangan kami orang-orang dewasa, dikalangan kami lelaki dan perempuan, dikalangan kami yang sama-sama hadir dan dikalangan kami yang tidak hadir bersama. Wahai Allah! sesiapa yang masih hidup di antara kami Engkau jadikanlah dia hidup dengan berpegang teguh kepada agama islam dan sesiapa yang Engkau matikan di antara kami maka Engkau matikanlah dia di dalam iman. Wahai Allah! dengan hak/ kebenaran junjungan kami Nabi muhammad saw serta ahli keluarga Baginda, maka janganlah Engkau seksa anakku Muhammad 'Ammar, ya Allah! Ya Allah! jadikan kuburnya sebuah taman daripada taman-taman syurga yang indah dan janganlah Engkau jadikan kuburnya sebuah jurang daripada jurang-jurang neraka yang mengerikan.
Friday, March 23, 2012
Thursday, March 22, 2012
"Cikgu sy tak dpt nk bawak semua subjek cikgu", ujar seorang pelajar.




