
Sudah lama rasanya tidak menaip key board ini dan apabila di berikan sedikit kekuatan penulis sudah semakin rasa berkeinginan utk memberi luahan rasa pada semua.
Terkenang...
Sebenarnya bila di fikirkan terlalu kecil dan halus diri ini apabila berdepan dengan pelajar lebih hebat dari kita dari segi agamanya yg mana tidak seperti kita dahulu yang hanya berpendidikan yg mementingkan akademik sahaja.. Namun begitulah lumrah bg seorang yg tidak menyangka menjadi pendidik kepada sesebuah istitusi sekolah agama dan tidak pernah terlintas rezeki yg di berikan oleh Allah secara pukal kepada sipenulis.
Teringat daku sejak dahulu bersama kwn di asrama mengenangkan diriku yg dulu pendiam dan sehinggakan ada mengatakan mulut emas di bangku sekolah teknik dahulu cukup membuatkanku rasa terkasima dengan keadaan ku sekarang. Kini hidupku kian berubah dari tahun demi tahun utk menjadikan diri ini beerti pada agama.
Walaupun kadang-kadang terasa dengan panggilan "Ustaz"sudah cukup puas di dengari oleh diri tetapi pada diri ini terasa amat kecil dan kerdil dengan panggilan tersebut yg pada zahirnya mengiakan dari pelajar tetapi menjadi satu muhasabah pada diri dan menimbulkan pertanyaan adakah kita setaraf itu untuk di panggil..
Muhasabah semula diri...
Pertanyaan yg menggelikan hati....
Ustaz dah berapa orang anak sekarang .... isteri kata mana ?
tergelak di buatnya apabila di tanya oleh seorang penjaga yang menanyakan berapa org anak ...
jawapan : eh tak kahwin lagi la, (mungkin muka tua nampak di riak muka)
la tak khwin lagi rupanya... berapa umur ?
23 thn jer....
la muda lagi... takpa InsyaAllah akan jumpa nanti....
InsyaAllah...
mungkin pada pandangan orang lain penulis sudah berkahwin apabila mempunyai badan seolah org yg sudah berkahwin... tapi apakan daya dah bentuk fizikal macam ini..
apa-apa pun satu muhasabah
Salam Perjuangan
Biarpun aku kecil namun jiwa ku besar, walaupun aku kerdil namun aku tidak gentar
diriku yang hina
DOA PILIHAN
Komen
BERSAMA PELAJAR SEKOLAH
UKHWAH JKKP 07/08
Manisnya Air yg di minum, tidak semanis tautan ukhwah yg berkekalan
BERSAMA SAHABAT
Ukhwah tanda kekuatan
KELUARGA ADNIN
BERSAMA KREW MOTIVASI ADNIN
PROGRAM LAWATAN KE UITM SYAH ALAM
Bersama Sahabat UIA
Bersama sahabat seperjuangan di UIAM , selamat berjuang
Kuala Lipis
inilah tempat aku di lahirkan, nun jauh di sana dari pembangunan namum mampu utk mengubah diri.
My Family
Ini waktu gambar lepas raya puasa, gambar raya korban tak ada sebab raya terkorban kat sabah
Doa Rabitah
Serata Dunia Melihat
HANYA MAHASISWA
Hanya Mahasiswa dapat menyuarakan suara, kehendak dan Mefestasinya
ISRAEL LAKNATULLAH
Hard Rock Iman
Terokai Islam Jika tidak Faham
...
-
PROGRAM KORBAN 2019/1440h7 years ago
-
-
Buffet Ramadhan 2014 di SACC12 years ago
-
-
utusan akhbar penuh hasutan !!!15 years ago
-
Review - Ragam kad kahwin15 years ago
-
Ayuh Solat Dhuha!16 years ago
-
Hati16 years ago
-
-
-
-
- MFS_8812
- Nama di beri Mohamad Fazli B. Samsudin sebagai hamba ALLAH yg ingin mengejar keredaaNYA utk mencapai syurgaNYA walaupun diri ini lemah utk mengharungi dugaan dariMU. Berilah Semangat kpd ku semaksimum mungkin utk meletakkan kepercayaan diriku megejar syurgaMU.
Pengikut
My Blog List
Tentang Diriku
...
Tuesday, April 12, 2011
Wednesday, March 2, 2011

Kaku tanganku menaip kencang keyboard komputer ini apabila sudah lama tidak mengarang sendiri isi @ intipati blog yang selama ini acap mengciplak atau meng"copy" idea orang lain yg bermanfaat utk di kongsikan bersama. Tidak cukup masa bukan satu alasan yg cerdik utk di jadikan hujjah utk alasan ingin menutup wacana penulisan dalam mencapahkan idea kreatif dan kritis di dalam bolg. Apa boleh buat sebenarnya kekeringan idea utk menulis sesuatu isu yang boleh di jadikan tumpuan dan mengembangkan isi tidak dapat di tumpukan kerana kerap memikirkan perkara lain. Maklumlah apa bila sekarang ini menjadi pemegang amanah sebagai tenaga pengajar di sekolah agama dgn menjadi warden (walid) kepada anak pelajar sememanganya satu tugas yang berat utk di pikul oleh seseorang guru akedemik biasa.
Friday, February 25, 2011
OIL SAVE 1 WORLD
"Produk Terbaru untuk Jimatkan Petrol dan Deisel Anda Sehingga 50%. Dengan Hanya RM7.90 sahaja boleh menjimatkan minyak anda sehingga 50%"
*Bahan Utama OIL SAVE 1 WORLD*
- 70% minyak sawit mutu No. 1
...- 30% komponen Aditif yang diluluskan (R&D)
*Kelebihan OIL SAVE 1 WORLD*
- OIL SAVE 1 WORLD adalah satu produk yang dicipta dapat menyelamatkan ribuan ringgit wang anda:-
1) Selamat enjin dari di obohol.
2) Jimat pembelian Petrol/ Diesel ke tahap 50%
3) Satu nikmat semasa pemanduan pasti anda akan rasai.
*Ujian Positif*
- Hasil ujian dijalankan selama 16 tahun, OIL SAVE 1 WORLD dapat memanjangkan jangka hayatenjin kenderaan terutama di bahagian piston, piston sentiasa dalam berkeadaan bersih dan tiada meninggalkan karbon. Ia juga dapat membersihkan injector enjin, gegelang piston, injap, nozel, karburator dan keseluruhan sistem bahan bakar.
- Pembakaran akan menjadi lebih sempurna sesuai dengan adunan angin dan bahan bakar yang lebih baik hingga mencapai ke tahap EURO-4. Ianya juga dapat mengurangkan pelepasan asap hitam ke tahap 98% dan enjin akan menjadi lebih sejuk dan senyap.
- Ini bagi mengurangkan bahan bakar yang tidak diguna dan enapan karbon di dalam ruang pembakaran. Palam pencucuh akan lebih bersih dan minyak pelincir akan tahan lebih lama. Dengan pembersihan keseluruhan sistem enjin, kos penyelenggaraan dapat dikurangkan serta memanjangkan jangka hayat enjin sehingga 30 tahun tanpa obohol.
*Cara Guna*
- Isi dalam Tangki Minyak sebanyak:-
1) 20ml bagi pembelian 50 liter Petrol/ Diesel
2) 2 titik bagi 1 liter petrol (Motor).
*Harga*
- 1 Botol = RM7.90
- 1 Pek = 5 Botol = RM39.50 (Harga Sebenar). Harga Saya Jual = RM 39.00
- 2 Pek = RM79.00 (Harga Sebenar). Harga Saya Jual = RM 75.00
- 3 Pek = RM118.50 (Harga Sebenar). Harga Saya Jual = RM 90.00 @ 1 Pek = RM30.00
(anda untung RM9.50 untuk pembelian setiap pek)
***Untuk Keterangan Lanjut & Pembelian Produk,
- sila hubungi atau SMS nama, no. phone dan alamat tempat tinggal/lokasi kepada:-
*** mohd fazli - 013-7137752 ***
*** fazli_stias@yahoo.com.my ***
Jangan risau dengan keberkesanan produk ini, produk ini telah mendapat pengiktirafan oleh SIRIM, 1Euro. Dan Oil Save mempunyai insuran sebanyak RM2.5 juta (AIG Insuran) untuk pelanggannya. Jangan Tunggu lama lagi. Cubalah sekarang untuk merasai kehebatanya
Tiada Produk Lain setanding dengannya!
Ingat memandu ingat OIL SAVE 1 WORLD,
lupakan yang lain.
Tuesday, February 8, 2011
KOSPIRASI POLITIK DUNIA
Adalah sesuatu yang pasti bahawa semua revolusi rakyat yang bergerak di atas platform ‘kesedaran rakyat’ adalah kesan dari permainan catur politik antarabangsa daripada ahli-ahli CFR (Council on Foreign Relation).
Permainan yang digerakkan oleh CFR ini sangat jelas kerana beberapa ahli CFR telah pun mengisyaratkan kebangkitan tersebut dengan satu tajuk yang sangat metafora tetapi takrifan menjelaskan apa yang telah berlaku sekarang dibeberapa buah negara arab.
Untuk memahami apa yang berlaku sekarang di negara Arab adalah lebih baik kita merujuk semula ucapan dasar salah seorang konspirator antarabangsa, Zbigniew Brzezinski pada Mei 2010. Beliau merupakan ahli lembaga pengarah bagi CFR.
Di dalam video di atas, Brzezinski menjelaskan akan kebimbangannya tentang kebangkitan kesedaran rakyat antarabangsa. Beliau juga cuba menafikan bahawa PBB bukan ‘World Government’ tetapi sebagai organisasi yang memberi hak sama rata dalam bersuara (sebenarnya beliau menipu).
Memahami strategi CFR dalam Revolusi Rakyat Arab?
Umumnya, kebangkitan rakyat menentang kezaliman pemerintah sedia ada adalah perlu kerana rakyat sangat tertekan. Kenaikan harga barang, pengangguran, pendapatan per kapita yang rendah sudah pasti mendorong rakyat mendesak kerajaan sedia ada untuk memperbaikinya.
Malangnya, sekian lama mendesak kerajaan hanya membuta tuli, ditambah pula dengan sikap bermewah-mewah pemimpin kerajaan dengan duit rakyat. Inilah yang berlaku di Mesir, Yaman dan Tunisia.
Kezalimanan pemimpin kerajaan yang memerintah secara diktator selama berpuluh-puluh tahun mendorong rakyat membentuk parti baru bagi menjatuhkan kerajaan dari parti sedia ada. Dalam tempoh tersebut juga, wujud golongan ulama yang cuba berjuang melalui politik walaupun tindakan tersebut adalah di luar kehendak mereka. Memandangkan syariat Islam dicemari oleh pemimpin Islam sendiri, maka para ulama menyuntik semangat golongan pemuda untuk berjuang secara berparti tetapi di atas landasan syariat yang betul.
Apabila parti berlandaskan Islam dalam sesebuah negara mula menampakkan peningkatan sokongan setiap kali pilihanraya, maka ia sesuatu yang membahayakan kepimpinan Illuminati. Konspirator dari Illuminati perlu mengekalkan pemimpin-pemimpin Islam yang diktator seperti Zain El Abidine Ben Ali (Tunisia), Hosni Mubarak (Mesir) kerana mereka ini berperanan sebagai modal akhir Illuminati untuk menghalang kebangkitan ulama Islam serta daulah Islamiyah.

Dari kiri; Zbigniew Brzezinski, Mohamed El Baradei dan Hosni Mubarak
Situasi Revolusi Mesir
Di dalam situasi di Mesir, pilihan raya umum sebenar dijangka berlaku pada September 2011 ini. Sekiranya CFR tidak mewujudkan revolusi dan membiarkan ahli-ahli Ikhwan Muslimin memenangi kerusi parlimen maka dasar luar Mesir akan tidak menyebelahi Amerika dan Eropah. Kemungkinan daulah Islamiyah akan terus berkembang dan mempengaruhi negara-negara Islam seluruh dunia.
Untuk mengatasi pengaruh Ikhawan, CFR bermula mencetuskan demonstrasi melalui NGO-NGO awam yang sebahagiannya menerima sumbangan kewangan rahsia dari CFR.
Demonstrasi yang diadakan sempena Hari Polis Mesir, 25 Januari 2011 itu berlaku di luar jangkan. Ia dihadiri ramai golongan belia dan masyarakat sehingga tidak dapat dipastikan siapa yang menggerakkan rakyat ke acara demonstrasi itu.
Di dalam kesibukan rakyat menentang kediktatoran Rejim Mubarak, tiba-tiba muncul wira palsu iaiatu Muhammed el Baradei yang sanggup turun padang membantu memperjuangkan suara rakyat menentang kerajaan Mubarak.
Kami percaya El Baradei adalah ayam tambatan CFR untuk memikat hati golongan rakyat yang marahkan kezaliman Mubarak. Sekiranya El Baradei berjaya membawa mandat rakyat sehingga menjatuhkan parti Mubarak dalam parlimen maka sudah pasti El Baradei akan dikenang sebagai wira rakyat.
Jika dalam tempoh sebelum Mac 2011 El Baradei berjaya memegang Presiden Mesir sementara, maka beliau hanya mempunyai 5 atau 6 bulan untuk menunjukkan kehebatan kepimpinannya kepada rakyat Mesir sebelum pilihan raya umum negara itu pada September 2011.
Kami yakin dalam tempoh 5 – 6 bulan itu, kerajaan Amerika dan Eropah akan bertungkus-lumus membantu El Baradei menaikkan taraf hidup rakyat Mesir yang masih jauh ketinggalan ke belakang berbanding negara-negara Islam lain.
Kita juga perlu ingat bahawa El Baradei adalah rakan baik George Soros yang mana kedua-duanya adalah ahli lembaga pengarah bagi International Crisis Group. ICG merupakan cawangan proksi bagi organisasi Yahudi elit seperti CFR, Bilderberg Group dan Trilateral Commission.
Adakah 5 hingga 6 bulan cukup untuk mengubah pemikiran rakyat Mesir daripada menyokong calon Ikhwan Muslimin?
Ya, ia cukup. Sekiranya dalam tempoh tersebut gaji pekerja awam berjaya dinaikkan dan aktiviti jemaah Ikhwan diberi ruang seluas-luasnya maka El Baradei akan digelarkan sebagai hero Mesir. Kebebasan yang diberikan El Baradei untuk Ikhwan melaksanakan aktiviti jemaah akan dipandang mulia dan penuh Islamik.
Kesan daripada perubuhan-perubahan besar tersebut, kemungkinan pada pilihan raya calon-calon bebas dari Ikhwan Muslimin akan bermurah hati untuk sama-sama menyokong El Baradei memegang tampuk pemerintahan Mesir.
Maka dari segi ini, CFR telah berjaya dalam misinya memastikan agen-agennya tetap menguasai kerajaan Mesir bukannya ahli-ahli Ikhwan walaupun dengan cara menjatuhkan maruah agen lamanya iaitu Hosni Mubarak.
Desakan Agar Ikhwanul Muslimin Memerintah Mesir
Lanjutan dari ketegangan dan kekenduran sokongan terhadap Mubarak, banyak pertubuhan Islam sedunia majoritinya mengesyorkan agar Ikhwan kembali semula ke pentas politik setelah mereka membuat untuk tidak menyertai politik pada November 2010 lalu. Keengganan menyertai pilihanraya dibuat kerana tidak puas hati dengan sistem berat sebelah kerajaan Mesir dalam pilihanraya umum.
Namun begitu, apakah tindakan yang harus diambil kepimpinan Ikhwan, bertanding atau membiarkan El Baradei menguasai kebangkitan rakyat? Ia sesuatu yang sukar kerana kedua-duanya jalan perangkap. Dalam hal ini kita berserah kepada kebijaksanaan pimpinan Ikhwan untuk menilainya.
Kesimpulan
Jika dilihat pada logiknya, apakah faedahnya Ikhwan menyertai revolusi ini sedangkan ia sudah mampu mencapai 21% kerusi parlimen pada penglibatan pertamanya dalam pilihanraya 2005 lalu? Situasi sekarang membuktikan bahawa CFR tahu Ikhwan mampu mengalahkan parti Mubarak pada September 2011 ini.
Oleh itu, langkah mewujudkan kebangkitan rakyat lebih awal adalah taktik ampuh bagi menyekat penguasaan Ikhwan secara adil. Atau setidak-tidaknya memastikan pentadbiran baru kerajaan Mesir dipenuhi agen-agen asing yang menyamar dalam pentadbiran Ikhwan.
Kami percaya, kepimpinan Ikhwan sebahagiannya mengetahui taktik CFR ini yang cuba mencipta revolusi ‘sintetik’ sebelum ahli-ahli Ikhwan merampas parlimen Mesir. Namun, sebagai organisasi yang berpengalaman lama, maka menunggu masa untuk menyingkirkan agen-agen asing dalam Ikhwan adalah lebih utama agar pertubuhan itu tidak menghadapi masalah dalam pilihanraya akan datang.
Wallhu’alam…
hakcipta dari : http://ibnuyaacob.com/?p=1661&cpage=1#comment-8206
Monday, January 31, 2011
'Serangga hijau' kurang sengat
syazwan_zakariah@astro.com.my
![]() |
| SETH Rogen dalam filem The Green Hornet tidak seperti watak adiwira tipikal yang lain. |
TIDAK seperti kebanyakan filem adiwira yang lain, The Green Hornet bukan berasal daripada komik. Sebaliknya, ia naskhah adaptasi drama radio dan siri televisyen popular era 1960an.
Britt Reid ialah Paris Hilton versi lelaki. Hidupnya yang asyik berpesta dan berpoya-poya mengecewakan bapanya, James Reid, seorang pemilik empayar media terkenal.
Pada awal filem ini ditunjukkan bagaimana James kecewa terhadap sikap anak tunggalnya dan kekecewaan itu dibawa sehingga ke mati. Kematian James secara mengejut memberi ilham kepada Britt untuk menjadi hero pembanteras jenayah.
Kegilaan itu bukanlah kerana mahu menebus rasa bersalah atau membantu masyarakat, tetapi kerana ingin membuktikan dirinya bernilai. Idea itu tercetus apabila dia bertemu dengan bekas pekerja bapanya, Kato.
Kato ialah seorang pembancuh kopi dan mekanik yang hebat. Dia mampu menukarkan kereta mewah menjadi mesin pertempuran yang dipanggil The Black Beauty dan mencipta senjata mengikut misi yang dijalankan.
Kato menjadi tulang belakang Britt dalam memenuhi segala fantasi majikan barunya itu. Sebagai pewaris akhbar The Daily Sentinel, Britt menggunakan kuasa untuk mempopularkan alter egonya sendiri.
Dia mengarahkan wartawan agar menjejaki dan membongkar identiti sebenar The Green Hornet sehingga The Green Hornet menjadi tumpuan ramai.
Kemasyhuran itu menangkap perhatian ketua penjenayah, Chudnofsky. Kemasyhuran itu turut menjadikan ego Britt bertambah besar sehingga menggugat perhubungannya dengan Kato.
Bagi Britt, Kato tidak lebih sekadar pembantunya dan bukan penggerak utama dalam setiap misi The Green Hornet.
Tidak seperti kebanyakan watak adiwira yang lain (contoh rujukan: Batman/Bruce Wayne atau Iron Man/Tony Stark), Britt/The Green Hornet tidak berkemahiran, tidak berbakat dan tidak bijak. Dia hanyalah anak orang kaya yang besar kepala dan kuat berangan.
Memang benar, Kato yang mencipta segala gajet dan Kato juga yang mampu menewaskan lima lelaki sekali gus, tetapi Britt yang menjadi penggerak kepada impian mereka.
Filem ini bergerak di atas paksi yang pelbagai. The Green Hornet memberi peluang kepada penonton untuk melihatnya dari dua perspektif, sama ada sebagai sebuah filem adiwira yang serius atau sekadar satu spoof.
Bermula agak perlahan, The Green Hornet mengambil masa untuk membina momentum dan menerangkan setiap karakter dengan penuh perincian.
Kerana bintang utamanya, Seth Rogen turut bertindak selaku penulis bersama dan penerbit, filem ini tidak lari dari 'bau' dan aura jenaka dewasa dalam Superbad (2007) atau Pineapple Express (2008).
Rogen ialah seorang lelaki yang melucukan dan pelakon yang baik apabila menggalas watak pembantu, seperti dalam The 40 Year Old Virgin (2005) dan Funny People (2009).
Namun, apabila lampu sorot disuluhkan kepada dia sepenuhnya, Rogen tidak mampu mengimbangi tugas seberat itu. Dia bukanlah satu karakter yang disenangi dan ada masanya menjengkelkan.
Kerana Rogen mahu menjadi fokus utama filem ini, para peminat Jay Chou barangkali tidak cukup puas. Sebagai Kato, ada gerak aksinya yang menarik, tetapi dialog-dialognya masih dibayangi 'kekuasaan' Rogen.
Apatah lagi dengan bahasa Inggerisnya yang pelat dan riak wajah dingin yang boleh ditafsirkan sebagai lakonan yang kaku.
Babak yang paling menarik ialah kemunculan istimewa James Franco sebagai ketua penjenayah Los Angeles. Walaupun adegannya tidak sampai lima minit, dia berjaya mewujudkan keserasian dengan Christoph Waltz.
Humor yang dipaparkan bersahaja, malah Chudnofsky begitu berkesan di tangan Waltz. Dia mengimbangi peranannya di antara penjahat yang kejam dengan penjahat yang komikal, terutama apabila dia mahu menukar 'nama' kepada Bloodnofsky (akibat terpengaruh dan mahu bersaing dengan populariti The Green Hornet).
Manakala Cameron Diaz hanya menjadi 'gula-gula mata'. Watak setiausaha Britt bernama Lenore itu tidak ubah sebagai tempelan atau dalam bahasa mudahnya, asal ada karakter utama wanita.
Bagaimanapun, untuk 'seekor serangga hijau' yang namanya gah menerusi drama radio dan siri televisyen, filem ini sederhana saja.
SUMBER : COPY PADA BERITA HARIAN ;
Sunday, January 30, 2011

Terasa kerdilnya bila di renung kembali diri apabila di bandingkan dengan diri makhluk apatah lagi yang menciptakan diri ini . Inilah satu muhasabah pada diri kita yang dapat memberi satu rangsangan motivasi kepada diri agar sentiasa memikirkan diri kita tidak semuanya di buat menjadi dan dapat di sempurnakan.
Di banding-bandingkan.
Kerdilnya diri ini apabila di banding-bandingkan dengan diri orang lain. Walaupun manusia tidak suka akan membanding-bandingkan namun tetap jua mendengar apa lontaran kata utk di jadikan motivasi agar mendidik diri jadi yang terbaik. Siapalah jua akan terasa juga apabila diri ini di sama-sama dan di banding-bandingkan dengan orang lain dan menganggap diri orang itu tidak secemerlang orang tersebut. Kalau di ikutkan hati boleh shj diri ini meronta dan ingin mejerit sepuas-puasnya agar reda akan keresahan pada hati supaya hilang pekara yg membelenggu diri. Bila di fikirkan dan di positifkan balik ia satu pekara yg menjadi rancangan utk motivasi diri kita agar lebih baik dari orang tersebut. Tak semua keistimewaan orang tersebut kita dapat dan tak semua keistimewaan diri kita orang dapat.
Di perlekehkan
Amatlah terasa kerdil jua pada diri ini bila ada org memperlekehkan kita bila kita bukan orang yang berstatus hebat di mata orang lain. Adakah anda akan terasa marah jika di perlekehkan oleh orang lain.?? satu lagi muhasabah diri kita agar positif pada setiap manusia. Kerdilnya diri bila tiap hari di megecilkan diri dengan org lain yg lebih hebat dari diri kita. Kadang2 terasa ingin duduk berseorangan memikirkan tentang hanya utk diri sahaja dan bukan utk orang lain sehingga memendamkan diri "mandom" dengan pecapaian kita, sehigga satu tahap lari dari orang lain. Namun jika di fikirkan semula mampukah kita buat begitu tiap masa.
*kadang2 rasa tak berupaya utk seorang diri menanggung tapi apa kan daya benarlah kecil diri ini bila di banding-bandingkan dan biarlah diri kecil ini menjadi satu perhatian besar kepada yang maha besar agar sentiasa bermuhasabah dan sentiasa mengigati yang abadi.
Monday, January 3, 2011
Hari ini berpulu ribu pelajar sekolah/universiti memulakan P&P dan Kuliah di Instiusi masing masing. Teringat dahulu zaman semasa sekolah menegah yg mencetuskan semangat ingib belajar semua semakin membuak-buak. Hari pertama mengimpikan sesuatu yg lebih bermakna dengan adanya guru guru baru dengan tempat baru di tambah dengan pakaian/kasut dan alat tulis baru cukup untuk menjadikan satu perangasang utk menjejakaki ke alam persekolahan. Inilah di namakan azam yang tinggi utk mencipta keinginan dan Minat utk belajar dengan adanya minat terhadap pembahruan situasi dan material.


