MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Monday, December 20, 2010

Posted by MFS_8812


Menurut Ibn ‘Atha: Doa itu mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t. Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawadhuk. Sayap-sayap doa itu adalah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu yang dimakbulkan doa, iaitu:

1. Berdoa sewaktu hujan turun.

2. Ketika hendak solat.

3. Pada waktu tengah malam terutama sepertiga malam.

4. Waktu di antara azan dan iqamah.

5. Ketika sujud dalam solat kerana sabda Rasulullah s.a.w: “Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud.” (HR Muslim)

6. Selesai solat fardhu.

7. Ketika berpuasa.

8. Malam al-Qadar.

9. Ketika khatam 30 juzu’ al-Quran.

10. Sepanjang hari Jumaat.

11. Sepanjang perjalanan bermusafir.

12. Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah.

13. Ketika iman meningkat kerana mentaati Allah s.w.t.

14. Waktu menerima ujian.

15. Ketika tentera Islam berhadapan dengan tentera musuh.

16. Ketika ayam berkokok kerana Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerahNya kerana ayam itu melihat malaikat.” (HR al-Bukhari, Muslim)

* Ya Allah, Engkau kuatkan diri ini, dari mehnah yg membelenggu mindaku... engkau kuatkan hati

ini agar lebih tegar dan utuh dalam menjalankan amanah ku... Amin

Monday, December 13, 2010

Hidup untuk di nilai

Posted by MFS_8812



"kamu setiap hari mesti belajar, buka kamu sajer tp semua mesti belajar, cikgu pun mesti belajar"

"Cikgu mesti belajar cara nak memahamkan subjek kepada kamu, itulah putaran belajar"
tidak kira belajar ni mesti sampai pada satu matlamat, bkn berhenti atau berehat, tp dalam satu masa proses pra-belajar itu berlaku pada tahap warming-up dan perlu utk konsisten dalam belajar.

Dalam situasi sekarang bukan sahaja akademik yg perlu di kejar, malah perlu satu campuran spiritual rohani di campur utk mengaulkan sifat fitrah diri kita agar tidak lari dengan kehendak diri dan juga pencipta kita agar menjadikan satu matlamat itu satu percapaian utk menggapai redhaNya sekaligus berperanan dalam membentuk diri.

Hidup dalam dunia sekarang ini memerlukan satu sifat rohani yg jitu malah kosisten utk mendapatkan kehendak yang terbaik agar mendorong kita kearah yang lebih baik dari hari sebelumnya. Inilah di katakan pembahruan hijrah dalam diri, apabila banyak atau lebih berat utk berubah dalam sesuatu keadaan demi mencari satu pekara yang terbaik utk di nilai oleh Penilai kita yang Agung.

Bukanlah soal nilai hidup kita , tp yang jadi persoalnyanya hidup kita ini menjadi satu penilaian utk melihat diri kita lebih baik utk menjadi satu harga nilaian yg tinggi agar ia sukar di dapati dan di sayangi oleh pemilik nilaian ini. Inilah sebenarnya nilaian yg kita mahukan dengan keadaan kita pada hari ini mungkin murah pada hari semalam tapi pada hari esok melonjak naik utk di baiki bahkan di sanjungi.

Inilah satu perjalanan tarbiyah dari Allah utk melihat keadaan hambanya untuk berubah dan berhijrah utk mendapatkan satu redhaNya dan inayah utk memebentuk diri agar lebih cenderung melakukan hjirah yg bukanya satu pilihan bahkan satu tuntutan diri agar menjadi dae'-dae' utk melakukan kerja-kerja islam utk meninggikan nilaian agar di jadikan kekuatan utk berubah "power of the change" diri kita dengan bermatlamatkan Allah hanya di hati kami, Cukupkan bagiku hanya Allah segalanya di hatiKu.



Sunday, December 5, 2010

Awal Muharram..

Posted by MFS_8812

Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.


Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1429.

Technorati Tags: , , , ,
DOA AKHIR TAHUN

Dengan nama Allah yang Amat Pemurah lagi Amat Penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekelian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu sekelian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekelian.
Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkaumemberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan DiKau wahai Tuhan yang Mulia yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia.
Wahai Tuhan kami, telah kami lakukan kezaliman ke atas diri-diri kami dan sekiranya Engkau tidak mengampunkan kami dan mengasihani akan kami nescaya jadilah kami daripada golongan orang-orang yang rugi.
Wahai Tuhan kami berikan kami kebaikan di dunia ini dan juga kebaikan di akhirat nanti, serta peliharakan kami akan azab api neraka.

DOA AWAL TAHUN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian itu bagi Allah pentadbir sekelian alam. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul iaitu penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarganya dan para sahabatnya sekelian.
Ya Allah, Engkaulah yang Kekal, Qadim lagi Azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan Kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau.
Ya Allah, Tuhan yang mengubah segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi Maha Tinggi.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Friday, November 19, 2010

Mana MILIK Kita ???

Posted by MFS_8812


Keperluan atau kehendak itulah tanggapan orang bila menyingkap tanggapan apabila mengambil sesebuah kereta apatah lagi kereta baru... entri kali ini ingin berkisarkan tentang kereta yg menjadi satu persolan mudah utk menjadi perbualan di mulut2 kawan yg kita kenali. Mana milik kita sebenarnya itulah satu persoalan yg mudah apabila kita mendapat sesuatu.
benarlah kata sebuah kumpulan nasyid,

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya

Rangkap yg last sekali inilah mengambarkan tidak ada yg milik kita sebenarnya, hatta isteri kita pun boleh di tarik bila2 apabila di hendakiNya...
Puas sudah tanya pendapat ustaz2 kat sekolah ini, semua menyatakan positif dan menggalakkan lagi apatah katanya lagi menjadi satu keperluan dan bukan soalnya nak menunjuk nunjuk.. inilah satu inspirasi utk "melamar" si dia (kereta).... Dengan adanya kenderaan ini, mudahlah lagi utk diriku bergerak dalam satu ikatan yg telah di janjikan agar licin segala gerak kerja yg di lakukan dan mudah. InsyaAllah menjadi satu kenderaan yg masih kuat utk berjihad kelak.

-tapi jadi marah bila benda alah ni jadi sarang kucing kat rumah-

biarlah mana ada milik kita, kucing pun boleh duduk jangan calarkan sudah. nanti aku jadikan korban di raya korban

Friday, October 15, 2010

BIARLAH MEMADAI DENGAN ADANYA KITA YANG SEBENAR

Posted by MFS_8812


Terketar ketar jari jemari menaip keyboad apabila hampir 2bulan sudah tidak menaip, namun inilah takdir yang di tentukan utk cuba menghilangkan gusar gundah utk melepaskan keserabutan di kepala yang banyak memikirkan hal lain dari hal sepatutnya. Kehidupan inilah yg di rancang tanpa sedar oleh pencipta kita utk melihat kita dengan cara menguji kekuatan roh dan jiwa kita bila seketika detik di uji dengan pelbagai dugaan dunia yang memberi sedikit mood yang kurang "enak". Tapi itu hanyalah ujian sementara yang seketika, dan harus di lalui setiap manusia untuk mecapai satu tahap "fresh" semula. Bukan soal kerja yang memberi tekanan tapi soalnya adakan kita bersedia dengan diri kita apabila menggimbal semula kerja dengan perancangan yang teliti dan di perhalusi.
Penat, letih dan mengah itulah satu ungkapan biasa yang sering kita rasa apabila merasakan diri tertimbus dengan masa kerja yang banyak. Namun itulah satu keseronokan bekerja apatah lagi berkerja bersama-sama mereka yang inginkan Islam di pandang tinggi. Kekuatan roh kita dalam bekerja memainkan peranan yang penting agar menjadikan diri kita benar2 ikhlas dalam berjuang dengan segala pekerjaan di buat akan lebih tenang dan lebih menghayati makna apa pekerjaan kita apabila di letakkan di sesuatu tempat. Roh juga memainkan peranan yang penting utk membuat sesuatu perkerjaan, misalanya kita kerja hanya utk wang semata-mata roh kita akan menjuruskan kepada wang tersebut, makna kata kita kerja mesti mengikut waktu kerja semata-mata dan apabila perlu lebih masa kerja kita akan rasa mahu menunutut sesuatu hak yang di nilai oleh roh kita tersebut. Tapi jika roh kita telah di "set"kan utk bekerja bersama sesuatu roh yang bermatlamat Islam maka pertikaian mengenai kerja lebih masa akan tidak di rasai kerana hak yang di tuntut oleh roh lebih redha dan faham dengan peranan sebenar. Inilah yang kita hendakkan apabila bekerja seharian bermatlamatkan sesuatu yang Hakiki pada roh kita.
InsyaAllah hidupkan roh kita setiap masa agar menjadi satu matlamat Islam kelak

Tuesday, August 31, 2010

Suatu Penghayatan Al-Quran.

Posted by MFS_8812

Gambar bersama Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki

Akhirnya lepas sudah Ihtifal Takrim Huffaz Al-Quran 2010 di Sekolah Tinggi Islam As Sofa ini dengan meraikan para hafiz dan hafizah seluruh malaysia sudah cukup mantap sebuah NGO yg di kenali sebagai yayasan sofa negeri sembilan dengan kerjasama Skolah Tinggi Islam As Sofa dan Darul Quran wal Hadith ini menjalankan program yang sudah mencapai usia yang ke-3 tahun. Inilah salah satu pengalaman berharga yang tidak dapat di lupakan sepanjang menjalankan aktiviti yang meraikan huffaz yang berada di seluruh pelusuk malaysia yg berperanan sebagai pendakwah atau imam-imam istitusi dalam membentuk golongan yang inginkan ilmu agama.
Terdetik dalam hati juga apabila meraikan hafiz-hafizah bahawa kerdilnya diri ini bila di bandingkan dengan mereka dengan hafalan 30 juzuk Al-quran dalam ingatan sudah cukup membuktikan manusia (khalifah) sanggup bertahan dari gunung yg tidak sanggup di turunkan kepadanya. Inilah peranan manusia apatah lagi mereka golongan yang menghafaz Al-Quran, mereka inilah antara golongan istimewa yang sepatutnya di raikan kerana golongan inilah pembawa dakwah dari hafalan mereka utk turun berdepan dengan masyarakat.
Menjadi satu motivasi pada diri ini apabila, menjadi kayu ukur utk muhasabah pada diri ini apabila melihat mereka-mereka yang bergelar hafiz sememangnya jauh dari diri penulis yg merasakan mereka ini sepatutnya di letakkan di tempat yang tertinggi. Sekarang ini barulah di ketahui bahawa diri ini masih jauh lagi dalam berperanan memegang amanah Agama , yg merupakan sekecil-kecil peranan dari mereka yang bergelar hafiz dan hafizah.
Suatu muhasabah yg sempurna kepada diri penulis utk berfikir sejenak dengan tahap keimanan org biasa yang tidak mempunyai latar belakang agama yang sedalam-dalamnya tetapi mahu utk mendapat hanya sedikit keredhaan mendapat syurgaMu. Itulah harapan penulis yg hanya menjadi hamba biasa yg hanya mampu mengharap redhaNya berbanding mereka-mereka yang huffaz Al-quran yg di jamin oleh Allah.


Friday, August 27, 2010

PROGRAM KALI INI

Posted by MFS_8812


Terasa penat rasanya apabila menjadi AJK utk kali ini pada program Ihtifal Takrim Huffaz 2010 kali ini, namun itu hanya perasaan gundah untuk melunturkan harapan program yg dijangka grand ini. Inilah harapan semua sama ada cikgu atau murid-murid utk melihat aktiviti ini berjaya dengan terbaik. Program ini diadakn utk meraikan hufazz atau hafiz hafizah yg mghafal 30 juzuk alquran seluruh malaysia. program ini merupakan program bagi tahun yang ke-3 anjuran yayasan sofa untuk memberi perangsang kepada hafizah yg menyebarkan dakwah mengikut acuan Alquran kepada seluruh pendengarnya. Datanglah beramai-rami utk di raikan kepada semua

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.