

"kamu setiap hari mesti belajar, buka kamu sajer tp semua mesti belajar, cikgu pun mesti belajar"
Salam Perjuangan
Biarpun aku kecil namun jiwa ku besar, walaupun aku kerdil namun aku tidak gentar
diriku yang hina
DOA PILIHAN
Komen
BERSAMA PELAJAR SEKOLAH
UKHWAH JKKP 07/08
Manisnya Air yg di minum, tidak semanis tautan ukhwah yg berkekalan
BERSAMA SAHABAT
Ukhwah tanda kekuatan
KELUARGA ADNIN
BERSAMA KREW MOTIVASI ADNIN
PROGRAM LAWATAN KE UITM SYAH ALAM
Bersama Sahabat UIA
Bersama sahabat seperjuangan di UIAM , selamat berjuang
Kuala Lipis
inilah tempat aku di lahirkan, nun jauh di sana dari pembangunan namum mampu utk mengubah diri.
My Family
Ini waktu gambar lepas raya puasa, gambar raya korban tak ada sebab raya terkorban kat sabah
Doa Rabitah
Serata Dunia Melihat
HANYA MAHASISWA
Hanya Mahasiswa dapat menyuarakan suara, kehendak dan Mefestasinya
ISRAEL LAKNATULLAH
Hard Rock Iman
Terokai Islam Jika tidak Faham
...
-
PROGRAM KORBAN 2019/1440h7 years ago
-
-
Buffet Ramadhan 2014 di SACC12 years ago
-
-
utusan akhbar penuh hasutan !!!15 years ago
-
Review - Ragam kad kahwin15 years ago
-
Ayuh Solat Dhuha!16 years ago
-
Hati16 years ago
-
-
-
-
- MFS_8812
- Nama di beri Mohamad Fazli B. Samsudin sebagai hamba ALLAH yg ingin mengejar keredaaNYA utk mencapai syurgaNYA walaupun diri ini lemah utk mengharungi dugaan dariMU. Berilah Semangat kpd ku semaksimum mungkin utk meletakkan kepercayaan diriku megejar syurgaMU.
Pengikut
My Blog List
Tentang Diriku
...
Monday, December 13, 2010
Sunday, December 5, 2010
Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Doa akhir tahun hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1429.
Technorati Tags: nukilan, azhad, hijrah, muharam, takwin
Friday, November 19, 2010
Keperluan atau kehendak itulah tanggapan orang bila menyingkap tanggapan apabila mengambil sesebuah kereta apatah lagi kereta baru... entri kali ini ingin berkisarkan tentang kereta yg menjadi satu persolan mudah utk menjadi perbualan di mulut2 kawan yg kita kenali. Mana milik kita sebenarnya itulah satu persoalan yg mudah apabila kita mendapat sesuatu.
Friday, October 15, 2010

Terketar ketar jari jemari menaip keyboad apabila hampir 2bulan sudah tidak menaip, namun inilah takdir yang di tentukan utk cuba menghilangkan gusar gundah utk melepaskan keserabutan di kepala yang banyak memikirkan hal lain dari hal sepatutnya. Kehidupan inilah yg di rancang tanpa sedar oleh pencipta kita utk melihat kita dengan cara menguji kekuatan roh dan jiwa kita bila seketika detik di uji dengan pelbagai dugaan dunia yang memberi sedikit mood yang kurang "enak". Tapi itu hanyalah ujian sementara yang seketika, dan harus di lalui setiap manusia untuk mecapai satu tahap "fresh" semula. Bukan soal kerja yang memberi tekanan tapi soalnya adakan kita bersedia dengan diri kita apabila menggimbal semula kerja dengan perancangan yang teliti dan di perhalusi.
Penat, letih dan mengah itulah satu ungkapan biasa yang sering kita rasa apabila merasakan diri tertimbus dengan masa kerja yang banyak. Namun itulah satu keseronokan bekerja apatah lagi berkerja bersama-sama mereka yang inginkan Islam di pandang tinggi. Kekuatan roh kita dalam bekerja memainkan peranan yang penting agar menjadikan diri kita benar2 ikhlas dalam berjuang dengan segala pekerjaan di buat akan lebih tenang dan lebih menghayati makna apa pekerjaan kita apabila di letakkan di sesuatu tempat. Roh juga memainkan peranan yang penting utk membuat sesuatu perkerjaan, misalanya kita kerja hanya utk wang semata-mata roh kita akan menjuruskan kepada wang tersebut, makna kata kita kerja mesti mengikut waktu kerja semata-mata dan apabila perlu lebih masa kerja kita akan rasa mahu menunutut sesuatu hak yang di nilai oleh roh kita tersebut. Tapi jika roh kita telah di "set"kan utk bekerja bersama sesuatu roh yang bermatlamat Islam maka pertikaian mengenai kerja lebih masa akan tidak di rasai kerana hak yang di tuntut oleh roh lebih redha dan faham dengan peranan sebenar. Inilah yang kita hendakkan apabila bekerja seharian bermatlamatkan sesuatu yang Hakiki pada roh kita.
InsyaAllah hidupkan roh kita setiap masa agar menjadi satu matlamat Islam kelak
Tuesday, August 31, 2010
Terdetik dalam hati juga apabila meraikan hafiz-hafizah bahawa kerdilnya diri ini bila di bandingkan dengan mereka dengan hafalan 30 juzuk Al-quran dalam ingatan sudah cukup membuktikan manusia (khalifah) sanggup bertahan dari gunung yg tidak sanggup di turunkan kepadanya. Inilah peranan manusia apatah lagi mereka golongan yang menghafaz Al-Quran, mereka inilah antara golongan istimewa yang sepatutnya di raikan kerana golongan inilah pembawa dakwah dari hafalan mereka utk turun berdepan dengan masyarakat.
Menjadi satu motivasi pada diri ini apabila, menjadi kayu ukur utk muhasabah pada diri ini apabila melihat mereka-mereka yang bergelar hafiz sememangnya jauh dari diri penulis yg merasakan mereka ini sepatutnya di letakkan di tempat yang tertinggi. Sekarang ini barulah di ketahui bahawa diri ini masih jauh lagi dalam berperanan memegang amanah Agama , yg merupakan sekecil-kecil peranan dari mereka yang bergelar hafiz dan hafizah.
Suatu muhasabah yg sempurna kepada diri penulis utk berfikir sejenak dengan tahap keimanan org biasa yang tidak mempunyai latar belakang agama yang sedalam-dalamnya tetapi mahu utk mendapat hanya sedikit keredhaan mendapat syurgaMu. Itulah harapan penulis yg hanya menjadi hamba biasa yg hanya mampu mengharap redhaNya berbanding mereka-mereka yang huffaz Al-quran yg di jamin oleh Allah.
Friday, August 27, 2010

Terasa penat rasanya apabila menjadi AJK utk kali ini pada program Ihtifal Takrim Huffaz 2010 kali ini, namun itu hanya perasaan gundah untuk melunturkan harapan program yg dijangka grand ini. Inilah harapan semua sama ada cikgu atau murid-murid utk melihat aktiviti ini berjaya dengan terbaik. Program ini diadakn utk meraikan hufazz atau hafiz hafizah yg mghafal 30 juzuk alquran seluruh malaysia. program ini merupakan program bagi tahun yang ke-3 anjuran yayasan sofa untuk memberi perangsang kepada hafizah yg menyebarkan dakwah mengikut acuan Alquran kepada seluruh pendengarnya. Datanglah beramai-rami utk di raikan kepada semua
Friday, August 6, 2010
Sudah lama rasanya tidak menaip dan memperbahrui blog yg sering di tinggalkan maklumlah berada dalam tempat terpencil dan terpaksa utk ke Bandar utk melayari laman sesawang blog utk menghembus luahan atau sedikit perkongsian pengalaman di alam maya. Kadang kala terketar jari jemari menaip papan kekunci kerana sudah lama meninggalkan kerja mahupun esaiment yg di bekalkan oleh pensyarah , namun itu pengalaman sebagai manusia utk belajar kepada semua yg di ertikan makna kehidupan dan ini adalah SUNATULLAH kepada semua mahluk ciptaan Allah utk memberi pengajaran secara tidak langsung kepada manusia yg berjuang pada segenap sudut.
Hidup kembali berubah dan beralih arah pada dulunya sorang tecnican dan pembantu (PA) tapi kini berubah dan hanya masa yang di tentukan oleh Allah utk bertukar frofession sebagai Guru di sebuah tempat yg cukup ramai yang meminati majlis ilmunya. Pekara ini di hadiahkan sekaligus kepada hambaNya yang inginkan perubahan dalam mendidik hati dan sekaligus mencoret kisah di tempat baru yang mungkin suatu hari nanti hanya sebentar dan mungkin seumur hidup dapat merasai dan menjana pengalaman demi satu tujuan.
Walaupun tidak mengikut acuan engineer atau tecnican namun inilah pilihan yg terbaik dalam mendapat keberkatan dengan pekerjaan yg mulia dan di pandang tinggi dalam masyarakat ini dengan suasana "Islamic learning" dengan mendegar bacaan ayat Al-Quran tiap kali sebelum kelas bermula. Inilah langkahku yang pertama untuk memulakan sedikit cabaran baru dalam menjana diri kepada pekara sebenar yg menjadi satu peranan sekarang.
Kadang2 terasa rendah diri dan terhina dengan keadaan alam sekeliling apatah lagi berkeadaan dengan situasi yg cerdik pandai dalam bidang agama spt hafalan Al-Quran dan bahasa arab bagaikan terasa ingin kembali semula ke zaman sekolah dan mentelaah semula ilmu tersebut.
Hakikatnya manusia itu penuh dengan kelebihan dan kekurangan, namun adakah kekurangan itu kita sentiasa memberbaiki setiap hari utk lebih baik dari hari semalam.Bagi penulis pujian dengan kelebihan akan menyebabkan kita alpa tentang kekurangan dan sering keawang-awangan sehinggakan tiada mereka yg mampu menegur sehingga kita membangkitkan satu perasan Ego dan langkah terbaik utk mengelak ego adalah sentiasa menerima akan kutukan dan kritikan lebih dari pujian utk membina lebih cemerlang.

