MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Thursday, May 20, 2010

Basikal : keLakar oi !!!

Posted by MFS_8812

Langkah ku perlahan-lahan keluar dari rumah, emakku berada di dapur. Satu langkah, demi langkah ku atur dan ku buka pintu rumah dengan perlahan-lahan. Jam baru jam 4.00 petang, hari masih panas, dalam ingauanku emak selalu berkata "keluar rumah jam 5.00". Keras kepalaku mengalahkan batu degil teramat semasa kecilku. Langkah diatur kali ini lebih perlahan dengan perlahan-lahan ku tutup pintu rumah. Ku lihat di luar rumah beratur rumah yg berpasang-pasangan dalam keadaan berbukit dan bercuram. Memberanikan diri aku utk mengangkat basikal berwarna hijau putih dengan tayar yg tiada tiup atau tayar berspan (org kata tayar mati) dengan perlahan-lahan utk ku tungganginya. Kelegaan terserlah apabila aku berjaya keluar dari rumah tanpa ganguan dari adik beradikku utk pergi bermain awal di kwsan biasa apatahlagi berjaya meloloskan diri utk pergi bersiar-siar awal.

Kayuhan demi kayuhan ku buat dengan sedikit aksi melepaskan tangan pada "henda" basikal ( bhs phg ) bahasa setendet nye Hendle dengan keadaan lurus kehadapan dengan tiada kenderaan di hadapan lagi merancakkan kayuhan ku utk me"riakkan" diri. Berpatah balik balik aku dengan practice gaya yg sama, dengan hatiku riang tak terkata...

penat membuat aksi yg sama, terhenti aku di satu bukit yg curam jika di turuni.. berpusing-pusing aku mengayuh basikal sambil memikirkan nak ke tak nak mahu menuruni bukit ini. kayuhan demi kayuhan pusingan aku buat sambil memikirkan cara utk menuruni bukit ini dengan basikal kesayangku ini. Apatah lagi bukit tersebut tidak pernah di turuni dengan basikal ini. Memikirkan keadaan brek tidak berfungsi gusar aku hendak membuat pertimbangan akal atau logi. lantas keberanian ku membuak-buak dengan keadaan yg berani mencuba dari ku semakin terserlah, lalu aku beranikan diri.

Kayuhan perlahan aku buat sekejap-sekejap hendak menruni bukit tersebut. Lantas dengan kejantanan aku, terus menyusur mataku ke arah bukit tersebut dengan mata tajamku melihat cerunan yg agak tajam dengan berbatuan halus. Sedikit demi sedikt kayuhanku latas terus turun ke bukit tersebut dengan perasaan ingin memcuba mebuak buak. Semakin laju pacuanku berputar sehingga menaikkan bulu tengkuk ku, namun aku cuba memberanikan diri dengan memegang hendle basikal sekuat-kuatnya. Tiba-tiba kawalanku tidak stabil , kelam kabut aku sehinggakan aku menekan brek tangan tidak berfungsi dengan baik. Lantas brek kaki aku gunakan dengan menekan mag gard depan agar bergesel dengan tayar supaya memperlahankan kenderaan ku.. tapi akhirnya...

akhirya kawalanku tidak menentu, sampai di suatu selekoh tajam aku terpaksa melibaskan hendle ku sehinggakan terasa melayang tayar dengan keadaan jalan berbatu halus, melicinkan lagi panduanku.. tiba-tiba seingatku ada pokok nangka di hadapan berdiri tegak betul-betul tepi jalan, tayar depan basikalku terpelosok ke tepi pokok.. dan tanpa dapat di kawal kepalaku terhantuk dengan pokok tersebut. Pening kepalaku selepas terhatuk dengan pokok tersebut, pening kepala otakku, biul terasa... seingat aku aku pengsan sebentar... dan sedarnya aku ayahku dengan motornya mengambilku.

Kabur mataku sebentar dengan lama kelamaan hilang. dapat dilihat adikku dan ayahku menyedarkan ku. Kurasa pening di kepala, dan kurasai ada benda bulat di kepala depanku. Benjol rupanya terserlah, akhiryanya aku bangun dan ku tinggalkan basikal tersebut tersadai di pokok tersebut. Kecoh satu rumah kerajaan aku langgar pokok nangka tersebut. Itulah salah satu tagedi aku di waktu sekolah darjah 1 di Jenderak Selatan, Kuala Krau, Phg. Bila makan buah nangka teringat aku cerita ini. Apatahlagi makan buah nangka pokok yg aku terhantuk tersebut mungkin boleh mentertawakan hati ini... hehehe

Pengajaran:
Keluar rumah jangan senyap-senyap tanpa pengatahuan ibu bapa

0 comments:

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.