Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku
Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku
Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Salam Perjuangan
Biarpun aku kecil namun jiwa ku besar, walaupun aku kerdil namun aku tidak gentar
diriku yang hina
DOA PILIHAN
Komen
BERSAMA PELAJAR SEKOLAH
UKHWAH JKKP 07/08
Manisnya Air yg di minum, tidak semanis tautan ukhwah yg berkekalan
BERSAMA SAHABAT
Ukhwah tanda kekuatan
KELUARGA ADNIN
BERSAMA KREW MOTIVASI ADNIN
PROGRAM LAWATAN KE UITM SYAH ALAM
Bersama Sahabat UIA
Bersama sahabat seperjuangan di UIAM , selamat berjuang
Kuala Lipis
inilah tempat aku di lahirkan, nun jauh di sana dari pembangunan namum mampu utk mengubah diri.
My Family
Ini waktu gambar lepas raya puasa, gambar raya korban tak ada sebab raya terkorban kat sabah
Doa Rabitah
Serata Dunia Melihat
HANYA MAHASISWA
Hanya Mahasiswa dapat menyuarakan suara, kehendak dan Mefestasinya
ISRAEL LAKNATULLAH
Hard Rock Iman
Terokai Islam Jika tidak Faham
...
-
PROGRAM KORBAN 2019/1440h7 years ago
-
-
Buffet Ramadhan 2014 di SACC12 years ago
-
-
utusan akhbar penuh hasutan !!!15 years ago
-
Review - Ragam kad kahwin15 years ago
-
Ayuh Solat Dhuha!16 years ago
-
Hati16 years ago
-
-
-
-
- MFS_8812
- Nama di beri Mohamad Fazli B. Samsudin sebagai hamba ALLAH yg ingin mengejar keredaaNYA utk mencapai syurgaNYA walaupun diri ini lemah utk mengharungi dugaan dariMU. Berilah Semangat kpd ku semaksimum mungkin utk meletakkan kepercayaan diriku megejar syurgaMU.
Pengikut
My Blog List
Tentang Diriku
...
Sunday, January 15, 2012
Monday, December 12, 2011
Sunday, November 20, 2011
Musim cuti sudah bermula kepada pelajar-pelajar di luar sana, namun di sini masih lagi meneruskan sisa-sisa tahun yg masih ada. Pihak sekolah menetapkan waktu utk pelajar bercuti adalah pada waktu pertengahan bulan 12, namun apakan daya sudah takdir dariNya utk guru-guru bersama dengan pelajar dalam satu program diberi nama perkampungan Al-Quran. Inilah satu cabaran guru-guru utk sekolah swasta utk terus mendidik generasi huffaz Quran , walaupun dengan hanya menjadi guru akademik.
Banyak cabaran yg perlu di lalui utk para guru khususnya mendidik ahli ilmu yang menyeluruh dari pelbagai aspek. Namun bagaimana guru itu bijak utk mengelesaikan dan mentadbir para pelajar agar seimbang dari segi akademik , diniyyah dan Al-quran. Sememangnya rasa kerdil teramat bila berada di dalam madrasah ilmu di kelilingi kader ulamak yg bnyk memberi satu tarbiyyah dan muhasabah diri. Jika dulu hanya berlatar belakang sekolah teknik kini sudah menjadi pendidik sekolah agama yg hafiz quran rasanya agak kerdil utk memberikan sesuatu kepada pelajar. Mungkin inilah perjalanan diri ini bila di letakkan di dalam suatu tempat insya-Allah ada manfaat di setiap sudut.
Jika dulu di sek teknik ada yang diberikan gelaran “Ustaz” namun kini gelaran itu menjadi nyata dari sudut pandangan mata, namun di dalam hati jauh dengan gelaran tersebut. Terasa begitu asing kerana kesemua pendidik di sini semuanya berlatarbelakangkan sekolah agama yg hebat2 namun kita ini adalah manusia yg biasa yg tidak berlatarbelakangkan sekolah agama.
Namun itulah ketentuan kita, bila di kaji dan sering kali di perhati positifkan diri agar menjadi lebih matang.. Jika dulunya seorang biasa kini gelaran biasa itu perlu di hapus agar menjadi org yg luar biasa mendukung agama. Biarlah kita dulu tidak seperti sekarang apabila sudah diberikan kefahaman di dalam agama . Tahu apa yg agama mahukan dan perlukan sudah perlu ada pada setiap diri menjadi pendokong agama apatah lagi di fahamkan dalam agamanya.
Biarlah jadi apa pun , namun tahu apa akan peranan terhadap agama . Bekerja atas landasan agama memberi kekuatan kepada kita agar mensucikan ikhlas agar sentiasa berlandaskan kehendak agama. Merasai satu pekerjaan itu mudah dengan setiap hari mempasakan niat utk Allah dan agama agar tenang dengan pekerjaan dan seronok di lakukan berulang kali.
Rasa agak segan bercakap tentang tarbiyyah pada diri jika tarbiyyah kita akan di uji kelak nanti dengan pelbagai keadaan, apa2 pun ia pada diri kita.. Ada Org belajar agama namun sedikit pun tak tak dapat mengikut kehendak agama.. namun ada org yg belajar teknikal diberikan kefahaman dalam agama.. Ini semua kerja ALLAH meletakkan sesuatu maksud tersirat di dalam satu rumusan kehidupan Hambanya..
Allahu’alam….
Monday, October 24, 2011
Akhirnya selesai program/Seminar Penataran KH di terengganu minggu lepas.. suatu kepuasan yang akhirnya melengkapkan penghijrahan diri. Sememangnya saat ini dinantikan , apatah lagi berjalan ke utara dengan betujuan ibarat satu "Honey Moon" atau percutian yg tidak di duga. Perjalanan seawal 8 pagi di mulakan dengan beransur-ansur, dlm benak hati apakan cabaran yang berada di hadapan selepas ini, mungkin keadaan sekarang masih lagi dapat merasai kenikmatan perjalanan bersendirian namun apatah kita tahu apa yg di hadapan..
Saturday, October 15, 2011
manisnya gula-gula dirasai apatah lagi manisnya keikhlasan kita
Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama. (Az-Zumar 11)
Iblis menjawab, Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka. (Sad 82-83)
Ikhlas beramal ialah keikhlasan mengerjakan amalan sama ada ibadat semata-mata untuk mencapai matlamat hanya pada Allah. Pengkhususan matlamat dan peranan ini amat penting utk memberi sedikit kelangsungan kesungguhan utk membuat sesuatu ibadat khususnya Ibadat. Ikhlas bermaksud, menumpukan niat bagi setiap kerja ibadat atau amalan semata-mata kerana Allah dan untuk Allah. Ikhlas yang sebenar-benarnya ikhlas sudah tentulah bersih hati daripada unsur riya', nifaq dan ‘ujub.
Mencari kemanisan ikhlas dalam setiap pekerjaan amatlah sesuatu pekara yang diinginkan oleh setiap makhluk apatah lagi kesungguhan dan kemampuan kita untuk menetapkan niat kita bukan atas dasar makhluk. Sumber kekuatan utk mencapai kemanisan ikhlas ini adalah satu daripada mangkin utk membulatkan niat tiap hari walaupun pada asalnya makhluk dan kembali semula kepada Allah..
Monday, August 29, 2011
Berkali-kali mesej berbunyi, dan apabila di buka semuanya berkaitan dengan raya dan bermaaf-maafan. Bersama bermaaf-maafan. Meniti Raya dengan kemerdekaan pada diri kita..
Sekiranya kita tidak melakukan sebarang dosa pada sesuatu hari, itu adalah hari raya bagi kita. Kalaulah kita berusaha sungguh-sungguh menghindarkan diri melakukan sebarang dosa dengan menjauhi larangan Allah serta mematuhi segala perintah Allah, hari itu adalah sebenarnya hari raya dan satu kemerdekaan bagi kita...
Saat menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan juga termasuk dalam 'hari raya' yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. Saat sakratul-maut adalah masa yang paling genting bagi setiap individu.
Hari Raya seterusnya adalah hari kita berjaya melepasi api neraka selepas merentas Titian Siratul Mustaqim itu lah kemerdekaan bagi setiap hambanya. Sebelum menyeberang jambatan yang direntang di atas kawah neraka, setiap individu disoal dan ditimbang amalan baik dan jahatnya.
Hari kita masuk syurga adalah hari raya seterusnya bagi orang beriman. Terlepasnya dari neraka bermakna kita akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kelazatan dan ini adalah kemerdekaan yang hakiki pada Hambanya..
Hari raya yang paling meggembirakan orang beriman ialah di saat melihat AllAH . Inilah kenikmatan yang paling agung dan lazat sehingga terlupa kelazatan dan kenikmatan syurga. Ia merupakan puncak atau klimaks kenikmatan orang yang mengecapi kemerdekaan dalam keimanan.
Hari Raya Idilfitri hanya satu gambaran kemerdekaan bagi hambaNya agar kita merenung bahawa Allah akan membalas dengan ganjaran baik jika berjaya melepasi rintangan hawa nafsu dan mengendalikan hidup mengikut cara yang Allah redhai dan seterusnya memerdekakan kita dengan syurganya .... AMIN..
Saturday, July 16, 2011
Rasaya sudah lama tidak mengemaskinian blog yg sudah lama terpinggir dan kali ini rasa terpanggil utk menulis satu perkongsia artikel mengenai Keruh yg di tinggalkan di gantikan dengan jernih. Sudah menjadi resam manusia bahawa manusia mempunyai pelbagai sifat dan perangai yg pada suatu masa , perangai tersebut akan berubah. Allah mencampakkan hidayah ke atas umatnya yg mahu berubah apatah lagi hati masih lagi hidup dari penyesalan melakukan maksiat. Namun adakah kita sedar pekara ini sentiasa menghampiri diri kita agar berubah.
Perubahan yg di lakukan oleh kita adalah sunnahtullah yg wajib di lakukan oleh setiap manusia. Bersempena Nisfu Syaaban ini, buku amalan/ catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib. Jadi inilah satu perubahan yg Wajib di lakukan kepada manusia.... Dari Pekara buruk kepada pekara baik..... Buku amalan baru sudah ada pada kita dan amalan lama sudah di angkat... hanya Allah mengetahu sama ada Mizan kita berat ke arah mana.
Jadilah manusia yang merancang dan bukan manusia yang gagal merancang kerana manusia yg gagal merancang sebenarnya manusia merancang utk gagal. Perancangan yang kita buat mestilah teliti agar kita tidak lari dari landasan yg serong... berfikir dalam mengundi pilihan raya juga satu perancangan yg terbaik agar memilih pemimpin yg terbaik pada jagkamasa tertentu agar pentadbiran juga terbaik.. jadi apa-apa pun kita mestilah melihat masa hadapan terlebih dahulu agar pemikiran kita jadi lebih kedepan.
Perubahan dalam setiap diri adalah di tuntuk agar sentiasa berubah kepada yg terbaik utk menjadikan diri kita terbaik di Kacamata ALLAH S.W.T.... perubahan yg terbaik adalah perubahan yg istiqamah dalam seharian kerana ada kemampuan perubahan di situ di lakukan dengan berterusan. Jadikan hari ini adalah lebih baik dari Semalam..
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.



