MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Monday, December 12, 2011

SEPI SEORANG PERINDU

Posted by MFS_8812


Bilal telah mengingatkan mereka kepada seorang manusia yang pernah meninggalkan kenangan manis, kenangan pada sepasang mata yang mengalirkan kesucian yang memasuki ruang hati dan memenjarakannya dalam cinta. Rindu pada sentuhan tangan yang menuntun ke jalan yang lurus, jalan yang mengajarkan tentang erti hidup. Ingatan mereka hanya tertuju kepada Rasulullah SAW, perkataan dan perbuatannya berhasil mempengaruhi pemikiran dan perasaan. Akhirnya hati merekapun menjerit: ”Bagaimana kami boleh teruskan hidup ini tanpamu ya Rasulullah …”

Begitu halus hati para sahabat bila bersama Rasulullah takala nabi telah wafat begitu mendalam cinta  seorang sahabat ketika nabi tiada. Rasa jauh hendak di bandingkan dengan diri kita yang tidak pernah menatap wajah baginda apatah lagi mencium tangan lembut baginda. Kerdilnya diri kita bila mengenangkan apa yang dibuat apatah lagi dosa yang menggunung tinggi. Sepi rasanya diri ini bila rasa kosong dengan bersendirian dan bergelumbang dengan keresahan.

Jiwa ini perlukan satu nur cahaya dalam hati utk membentuk suatu lantunan mahabbah kepada nabi sehinggakan setiap detik dan setiap kali gerakan ingin mengigatinya dengan keadaan yang rindu. Hebatnya rindu itu sehinggakan acap kali ingin menemuinya jika pernah menemuinya.. Lagi hebat rindu kepada org yg memberi satu motivasi dlm kehidupan kita apatah lagi tidak pernah melihat dan menatap wajahnya. Manakah kerinduan kita lebih hebat dari segalanya apatah lagi ingin merindui baginda. Seharian mengenagkan kisah dakwah dan kehebatanya dalam memeperjuangkan Islam di muka bumi. Betapa sepi hidup seorang perindu dalam keresahan.

Alangkah bahagianya jika sekali seumur hidup dapat menatap wajah baginda yg tenang . JIka nabi pernah menangis utk umatnya sebelum wafat kenapa kita tidak boleh menangis inginkan sekali melihat wajah nabi. Syaitan tidak mampu menyerupai Baginda... Alangkah indahnya ... indahnya bahagianya jika dapat menatap wajah baginda . Mampukah hambaMu ini yaAllah... Alangkah damainya diri ini bila di suluh dengan nur cahaya rabannimu ya ALLah.... Ya Rasulullah... 

Tersenyum wajahnya dalam mengubat lara wajahmu tenang bagaikan air walupun selindung derita dengan senyuman yang mententeramkan. Hakikatnya Baginda tidak tertahan lagi derita utk bertemu denganMu ya Allah... Berkali ingatkan Umat. Mengenangkan umat... Hebat begitu hebat baginda. 

Ya Allah.... aku tahu hambaMu ini acap kali melakukan kesalahan. Ya Allah engkau curahkan kelembutan hati ini agar sentiasa hidup dalam setiap kali nafas mengigati Nabi sehingga mendambarkan kerinduan yg teramat kepadaMu yaALLAH. Curahkan nur kepada diri ini ya Allah... 

Sunday, November 20, 2011

Diberikan kefahaman Terhadap Agama

Posted by MFS_8812

Musim cuti sudah bermula kepada pelajar-pelajar di luar sana, namun di sini masih lagi meneruskan sisa-sisa tahun yg masih ada. Pihak sekolah menetapkan waktu utk pelajar bercuti adalah pada waktu pertengahan bulan 12, namun apakan daya sudah takdir dariNya utk guru-guru bersama dengan pelajar dalam satu program diberi nama perkampungan Al-Quran. Inilah satu cabaran guru-guru utk sekolah swasta utk terus mendidik generasi huffaz Quran , walaupun dengan hanya menjadi guru akademik.

Banyak cabaran yg perlu di lalui utk para guru khususnya mendidik ahli ilmu yang menyeluruh dari pelbagai aspek. Namun bagaimana guru itu bijak utk mengelesaikan dan mentadbir para pelajar agar seimbang dari segi akademik , diniyyah dan Al-quran. Sememangnya rasa kerdil teramat bila berada di dalam madrasah ilmu di kelilingi kader ulamak yg bnyk memberi satu tarbiyyah dan muhasabah diri. Jika dulu hanya berlatar belakang sekolah teknik kini sudah menjadi pendidik sekolah agama yg hafiz quran rasanya agak kerdil utk memberikan sesuatu kepada pelajar. Mungkin inilah perjalanan diri ini bila di letakkan di dalam suatu tempat insya-Allah ada manfaat di setiap sudut.

Jika dulu di sek teknik ada yang diberikan gelaran “Ustaz” namun kini gelaran itu menjadi nyata dari sudut pandangan mata, namun di dalam hati jauh dengan gelaran tersebut. Terasa begitu asing kerana kesemua pendidik di sini semuanya berlatarbelakangkan sekolah agama yg hebat2 namun kita ini adalah manusia yg biasa yg tidak berlatarbelakangkan sekolah agama.

Namun itulah ketentuan kita, bila di kaji dan sering kali di perhati positifkan diri agar menjadi lebih matang.. Jika dulunya seorang biasa kini gelaran biasa itu perlu di hapus agar menjadi org yg luar biasa mendukung agama. Biarlah kita dulu tidak seperti sekarang apabila sudah diberikan kefahaman di dalam agama . Tahu apa yg agama mahukan dan perlukan sudah perlu ada pada setiap diri menjadi pendokong agama apatah lagi di fahamkan dalam agamanya.

Biarlah jadi apa pun , namun tahu apa akan peranan terhadap agama . Bekerja atas landasan agama memberi kekuatan kepada kita agar mensucikan ikhlas agar sentiasa berlandaskan kehendak agama. Merasai satu pekerjaan itu mudah dengan setiap hari mempasakan niat utk Allah dan agama agar tenang dengan pekerjaan dan seronok di lakukan berulang kali.

Rasa agak segan bercakap tentang tarbiyyah pada diri jika tarbiyyah kita akan di uji kelak nanti dengan pelbagai keadaan, apa2 pun ia pada diri kita.. Ada Org belajar agama namun sedikit pun tak tak dapat mengikut kehendak agama.. namun ada org yg belajar teknikal diberikan kefahaman dalam agama.. Ini semua kerja ALLAH meletakkan sesuatu maksud tersirat di dalam satu rumusan kehidupan Hambanya..

Allahu’alam….

Monday, October 24, 2011

MENGIMPIKAN IMIGINASI YANG TERBAIK UTK MENDAPATKAN SUATU REALITI.

Posted by MFS_8812

Akhirnya selesai program/Seminar Penataran KH di terengganu minggu lepas.. suatu kepuasan yang akhirnya melengkapkan penghijrahan diri. Sememangnya saat ini dinantikan , apatah lagi berjalan ke utara dengan betujuan ibarat satu "Honey Moon" atau percutian yg tidak di duga. Perjalanan seawal 8 pagi di mulakan dengan beransur-ansur, dlm benak hati apakan cabaran yang berada di hadapan selepas ini, mungkin keadaan sekarang masih lagi dapat merasai kenikmatan perjalanan bersendirian namun apatah kita tahu apa yg di hadapan..

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 Jam dan terasa di dalam hati keadaan yang yakin dengan keadaan sekeliling, seolah-oleh ada keberkatan disitu.. Langkah di susun dengan kehadiran diri di Kuala Terengganu dengan terus menginap di Batu Buruk Beach Resort...
Perjalanan bermula dari setiap detik, inilah cabaran...
Bertemu dengan seorang guru juga dari sekolah swasta di kelantan terus mengajaknya keluar dan berbincang mengenai sekolah masing-masing.. Orangnya nampak sempoi tetapi jauh di lubuk hatinya seorang yg tegas.. sentiasa mengigatkan..
Suatu muhasabah kepada diri ini bila ia datang ke tapak program tanpa kenderaan dengan tempat program agak berjauhan dengan tempat penginapan... inilah satu muhasabah diri .. rupanya kita kena lihat juga mereka yg lain agar menjadi muhasabah kepada kita..
Ternyata apa yg diimpikan lebih utk dpt pada kita itu menjadi satu realiti cabaran kepada kita..
sentiasa bersyukur dengan keadaan kita yg ada pada kita... jauh nampak kesungguhan utk terus berprogram... di akhir program di memberitahu sesuatu... klw kita nk keluar mana-mana istiqarah dulu agar ada keberkatan dan di mudahkan secara urusan.. benar katanya Allah memudahkan urusanya utk berprogram bersama...

Jika keluar utk tujuan RedhaNYa.... nescaya juga dipermudakan olehNYa

Saturday, October 15, 2011

MEMANISKAN IKHLAS

Posted by MFS_8812

Monday, August 29, 2011

Memerdekakan diri demi meRAYAkan diri..

Posted by MFS_8812

Berkali-kali mesej berbunyi, dan apabila di buka semuanya berkaitan dengan raya dan bermaaf-maafan. Bersama bermaaf-maafan. Meniti Raya dengan kemerdekaan pada diri kita..

Sekiranya kita tidak melakukan sebarang dosa pada sesuatu hari, itu adalah hari raya bagi kita. Kalaulah kita berusaha sungguh-sungguh menghindarkan diri melakukan sebarang dosa dengan menjauhi larangan Allah serta mematuhi segala perintah Allah, hari itu adalah sebenarnya hari raya dan satu kemerdekaan bagi kita...

Saat menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan juga termasuk dalam 'hari raya' yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. Saat sakratul-maut adalah masa yang paling genting bagi setiap individu.

Hari Raya seterusnya adalah hari kita berjaya melepasi api neraka selepas merentas Titian Siratul Mustaqim itu lah kemerdekaan bagi setiap hambanya. Sebelum menyeberang jambatan yang direntang di atas kawah neraka, setiap individu disoal dan ditimbang amalan baik dan jahatnya.

Hari kita masuk syurga adalah hari raya seterusnya bagi orang beriman. Terlepasnya dari neraka bermakna kita akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kelazatan dan ini adalah kemerdekaan yang hakiki pada Hambanya..

Hari raya yang paling meggembirakan orang beriman ialah di saat melihat AllAH . Inilah kenikmatan yang paling agung dan lazat sehingga terlupa kelazatan dan kenikmatan syurga. Ia merupakan puncak atau klimaks kenikmatan orang yang mengecapi kemerdekaan dalam keimanan.

Hari Raya Idilfitri hanya satu gambaran kemerdekaan bagi hambaNya agar kita merenung bahawa Allah akan membalas dengan ganjaran baik jika berjaya melepasi rintangan hawa nafsu dan mengendalikan hidup mengikut cara yang Allah redhai dan seterusnya memerdekakan kita dengan syurganya .... AMIN..

Saturday, July 16, 2011

Keruh di tinggalkan Jernih di ambil

Posted by MFS_8812

Rasaya sudah lama tidak mengemaskinian blog yg sudah lama terpinggir dan kali ini rasa terpanggil utk menulis satu perkongsia artikel mengenai Keruh yg di tinggalkan di gantikan dengan jernih. Sudah menjadi resam manusia bahawa manusia mempunyai pelbagai sifat dan perangai yg pada suatu masa , perangai tersebut akan berubah. Allah mencampakkan hidayah ke atas umatnya yg mahu berubah apatah lagi hati masih lagi hidup dari penyesalan melakukan maksiat. Namun adakah kita sedar pekara ini sentiasa menghampiri diri kita agar berubah.

Perubahan yg di lakukan oleh kita adalah sunnahtullah yg wajib di lakukan oleh setiap manusia. Bersempena Nisfu Syaaban ini, buku amalan/ catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib. Jadi inilah satu perubahan yg Wajib di lakukan kepada manusia.... Dari Pekara buruk kepada pekara baik..... Buku amalan baru sudah ada pada kita dan amalan lama sudah di angkat... hanya Allah mengetahu sama ada Mizan kita berat ke arah mana.

Jadilah manusia yang merancang dan bukan manusia yang gagal merancang kerana manusia yg gagal merancang sebenarnya manusia merancang utk gagal. Perancangan yang kita buat mestilah teliti agar kita tidak lari dari landasan yg serong... berfikir dalam mengundi pilihan raya juga satu perancangan yg terbaik agar memilih pemimpin yg terbaik pada jagkamasa tertentu agar pentadbiran juga terbaik.. jadi apa-apa pun kita mestilah melihat masa hadapan terlebih dahulu agar pemikiran kita jadi lebih kedepan.

Perubahan dalam setiap diri adalah di tuntuk agar sentiasa berubah kepada yg terbaik utk menjadikan diri kita terbaik di Kacamata ALLAH S.W.T.... perubahan yg terbaik adalah perubahan yg istiqamah dalam seharian kerana ada kemampuan perubahan di situ di lakukan dengan berterusan. Jadikan hari ini adalah lebih baik dari Semalam..


Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Monday, May 30, 2011

Tahniah... kepada sahabat yang bertukar status..

Posted by MFS_8812

Dalil nas Al-Quran, iaitu sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang solih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"
(Surah An-Nur 24:32)


Tahniah kepada sahabat-sahabat yang berjaya membina masjid dan berjaya melengkapkan separuh dari agamanya. Satu lagi mangkin motivasi kepada diri kita apabila melihat sahabt yang akrab dengan kita sudah membina keluarga sakinah ketika usia muda. Takdir di tentukan olehNya dan perancangan dari kita menyempurnakanya.

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.