Akhirnya selesai program/Seminar Penataran KH di terengganu minggu lepas.. suatu kepuasan yang akhirnya melengkapkan penghijrahan diri. Sememangnya saat ini dinantikan , apatah lagi berjalan ke utara dengan betujuan ibarat satu "Honey Moon" atau percutian yg tidak di duga. Perjalanan seawal 8 pagi di mulakan dengan beransur-ansur, dlm benak hati apakan cabaran yang berada di hadapan selepas ini, mungkin keadaan sekarang masih lagi dapat merasai kenikmatan perjalanan bersendirian namun apatah kita tahu apa yg di hadapan..
Salam Perjuangan
Biarpun aku kecil namun jiwa ku besar, walaupun aku kerdil namun aku tidak gentar
diriku yang hina
DOA PILIHAN
Komen
BERSAMA PELAJAR SEKOLAH
UKHWAH JKKP 07/08
Manisnya Air yg di minum, tidak semanis tautan ukhwah yg berkekalan
BERSAMA SAHABAT
Ukhwah tanda kekuatan
KELUARGA ADNIN
BERSAMA KREW MOTIVASI ADNIN
PROGRAM LAWATAN KE UITM SYAH ALAM
Bersama Sahabat UIA
Bersama sahabat seperjuangan di UIAM , selamat berjuang
Kuala Lipis
inilah tempat aku di lahirkan, nun jauh di sana dari pembangunan namum mampu utk mengubah diri.
My Family
Ini waktu gambar lepas raya puasa, gambar raya korban tak ada sebab raya terkorban kat sabah
Doa Rabitah
Serata Dunia Melihat
HANYA MAHASISWA
Hanya Mahasiswa dapat menyuarakan suara, kehendak dan Mefestasinya
ISRAEL LAKNATULLAH
Hard Rock Iman
Terokai Islam Jika tidak Faham
...
-
PROGRAM KORBAN 2019/1440h7 years ago
-
-
Buffet Ramadhan 2014 di SACC12 years ago
-
-
utusan akhbar penuh hasutan !!!15 years ago
-
Review - Ragam kad kahwin15 years ago
-
Ayuh Solat Dhuha!16 years ago
-
Hati16 years ago
-
-
-
-
- MFS_8812
- Nama di beri Mohamad Fazli B. Samsudin sebagai hamba ALLAH yg ingin mengejar keredaaNYA utk mencapai syurgaNYA walaupun diri ini lemah utk mengharungi dugaan dariMU. Berilah Semangat kpd ku semaksimum mungkin utk meletakkan kepercayaan diriku megejar syurgaMU.
Pengikut
My Blog List
Tentang Diriku
...
Monday, October 24, 2011
Saturday, October 15, 2011
manisnya gula-gula dirasai apatah lagi manisnya keikhlasan kita
Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama. (Az-Zumar 11)
Iblis menjawab, Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka. (Sad 82-83)
Ikhlas beramal ialah keikhlasan mengerjakan amalan sama ada ibadat semata-mata untuk mencapai matlamat hanya pada Allah. Pengkhususan matlamat dan peranan ini amat penting utk memberi sedikit kelangsungan kesungguhan utk membuat sesuatu ibadat khususnya Ibadat. Ikhlas bermaksud, menumpukan niat bagi setiap kerja ibadat atau amalan semata-mata kerana Allah dan untuk Allah. Ikhlas yang sebenar-benarnya ikhlas sudah tentulah bersih hati daripada unsur riya', nifaq dan ‘ujub.
Mencari kemanisan ikhlas dalam setiap pekerjaan amatlah sesuatu pekara yang diinginkan oleh setiap makhluk apatah lagi kesungguhan dan kemampuan kita untuk menetapkan niat kita bukan atas dasar makhluk. Sumber kekuatan utk mencapai kemanisan ikhlas ini adalah satu daripada mangkin utk membulatkan niat tiap hari walaupun pada asalnya makhluk dan kembali semula kepada Allah..
Monday, August 29, 2011
Berkali-kali mesej berbunyi, dan apabila di buka semuanya berkaitan dengan raya dan bermaaf-maafan. Bersama bermaaf-maafan. Meniti Raya dengan kemerdekaan pada diri kita..
Sekiranya kita tidak melakukan sebarang dosa pada sesuatu hari, itu adalah hari raya bagi kita. Kalaulah kita berusaha sungguh-sungguh menghindarkan diri melakukan sebarang dosa dengan menjauhi larangan Allah serta mematuhi segala perintah Allah, hari itu adalah sebenarnya hari raya dan satu kemerdekaan bagi kita...
Saat menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan juga termasuk dalam 'hari raya' yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. Saat sakratul-maut adalah masa yang paling genting bagi setiap individu.
Hari Raya seterusnya adalah hari kita berjaya melepasi api neraka selepas merentas Titian Siratul Mustaqim itu lah kemerdekaan bagi setiap hambanya. Sebelum menyeberang jambatan yang direntang di atas kawah neraka, setiap individu disoal dan ditimbang amalan baik dan jahatnya.
Hari kita masuk syurga adalah hari raya seterusnya bagi orang beriman. Terlepasnya dari neraka bermakna kita akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kelazatan dan ini adalah kemerdekaan yang hakiki pada Hambanya..
Hari raya yang paling meggembirakan orang beriman ialah di saat melihat AllAH . Inilah kenikmatan yang paling agung dan lazat sehingga terlupa kelazatan dan kenikmatan syurga. Ia merupakan puncak atau klimaks kenikmatan orang yang mengecapi kemerdekaan dalam keimanan.
Hari Raya Idilfitri hanya satu gambaran kemerdekaan bagi hambaNya agar kita merenung bahawa Allah akan membalas dengan ganjaran baik jika berjaya melepasi rintangan hawa nafsu dan mengendalikan hidup mengikut cara yang Allah redhai dan seterusnya memerdekakan kita dengan syurganya .... AMIN..
Saturday, July 16, 2011
Rasaya sudah lama tidak mengemaskinian blog yg sudah lama terpinggir dan kali ini rasa terpanggil utk menulis satu perkongsia artikel mengenai Keruh yg di tinggalkan di gantikan dengan jernih. Sudah menjadi resam manusia bahawa manusia mempunyai pelbagai sifat dan perangai yg pada suatu masa , perangai tersebut akan berubah. Allah mencampakkan hidayah ke atas umatnya yg mahu berubah apatah lagi hati masih lagi hidup dari penyesalan melakukan maksiat. Namun adakah kita sedar pekara ini sentiasa menghampiri diri kita agar berubah.
Perubahan yg di lakukan oleh kita adalah sunnahtullah yg wajib di lakukan oleh setiap manusia. Bersempena Nisfu Syaaban ini, buku amalan/ catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib. Jadi inilah satu perubahan yg Wajib di lakukan kepada manusia.... Dari Pekara buruk kepada pekara baik..... Buku amalan baru sudah ada pada kita dan amalan lama sudah di angkat... hanya Allah mengetahu sama ada Mizan kita berat ke arah mana.
Jadilah manusia yang merancang dan bukan manusia yang gagal merancang kerana manusia yg gagal merancang sebenarnya manusia merancang utk gagal. Perancangan yang kita buat mestilah teliti agar kita tidak lari dari landasan yg serong... berfikir dalam mengundi pilihan raya juga satu perancangan yg terbaik agar memilih pemimpin yg terbaik pada jagkamasa tertentu agar pentadbiran juga terbaik.. jadi apa-apa pun kita mestilah melihat masa hadapan terlebih dahulu agar pemikiran kita jadi lebih kedepan.
Perubahan dalam setiap diri adalah di tuntuk agar sentiasa berubah kepada yg terbaik utk menjadikan diri kita terbaik di Kacamata ALLAH S.W.T.... perubahan yg terbaik adalah perubahan yg istiqamah dalam seharian kerana ada kemampuan perubahan di situ di lakukan dengan berterusan. Jadikan hari ini adalah lebih baik dari Semalam..
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Monday, May 30, 2011
Dalil nas Al-Quran, iaitu sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang solih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"
(Surah An-Nur 24:32)
Tahniah kepada sahabat-sahabat yang berjaya membina masjid dan berjaya melengkapkan separuh dari agamanya. Satu lagi mangkin motivasi kepada diri kita apabila melihat sahabt yang akrab dengan kita sudah membina keluarga sakinah ketika usia muda. Takdir di tentukan olehNya dan perancangan dari kita menyempurnakanya.
Tuesday, May 17, 2011
kali ini entry agak berserabut dengan keadaan diri yang semakin tonggang langgang akibat sibuk menyediakan dan memurnikan jadual peperiksaan sekolah almaklumlah menjadi SUP sekolah bukanya mudah utk menyelesaikan sesuatu permasalahan. Apa pun itu hanyalah alasan kerja utk mengelakkan dari pada meninggalkan penulisan blog yg sekian lama terperap tanpa sentuhan yang memberi maksud tersirat dan tersurat kepada semua. Gambar di atas adalah guru atau barisan tenaga pengajar dari sekolah Tinggi Islam As Sofa, yg merupakan jentera bersama-sama mendidik pelajar dalam ilmu akademik, quranik dan dinyahnik.
Sempena sambutan hari guru, berkesempatan ini saya ingin megucapakan selamat hari guru kepada seluruh guru-guru yang pernah mengajar saya di Sek Kebangasaan Jalan Bahagia, Sek Menengah Seri Bahagia , Sek Men Teknik Lipis dan Lecture yang berada di Universiti Tun Hussin Onn malaysia.. tanpa mu siapalah daku sekarang..
Sekarang ini, roda pusingan sedang berputar dulu kita belajar sekarang kita mengajar dan kini kita juga belajar utk mengajar.. sememang waktu hidup ini yang di manfaatkan utk belajar. Guru mengajar pelajar belajar. "jangan jadi lilin" jadilah lilin yang berguna kepada semua sanggup menerangi semua dan bermanfaat kepada semua agar menjadi satu mangkin utk memeberatkan neraca mizan kita kelak.. Guru sebagai qudwah hasanah (cth ikutan ) juga penting dalam mendidik para pelajar agar menjadi penglihatan terbaik kepada pelajar.
Mengimpikan yang terbaik kepada pelajar merupakan kepuasan guru dalam memberi pemahaman kepada pelajar apatah lagi para pelajar tersebut berjaya dunia dan akhirat serta memberi sumbangan kepada agama. Inilah yg perlu di terapkan di dalam hati guru-guru agar sejenak memikirkan bukan semata-mata akademik tetapi memberi pengajaran kepada pelajar tentang apa makna hidup tanpa ilmu agara keterbatasan dalam mendalami ilmu membuak buak agar pelajar menjadi lebih baik dari kita.
Masalah yang berlaku di sebabkan punca boleh di bendung dengan mencari punca menyebabkan masalah. Punca pelajar gagal kerana apa... adakah aku puncanya , inilah perlu ada dalam setiap guru-guru agar membina hati kita agar sentiasa bermuhasabah tentang pencapaian kita dan tidak merasakan puas dalam mendidik dan memberi makna kepada pelajar.
Justeru itu, peranan pendidik sememangnya penting dalam membentuk sahsiah pelajar agar selari dengan pembagunan dan selari dengan era masa kini supaya anak didik yg kita di bentuk boleh membentuk manusia kelak agar roda putaran manusia berilmu sentiasa bergerak. Bayangkan jika kita memberi ilmu yang bukan semata-mata dunia sahaja tapi memberi teguran bermanfaat kepada pelajar agar megamalkan teguran tersebut mana mungkit itu adalah teguran kepada pelajar yang diredha olehNya mungkin itu sebagai satu hujjah utk kita merasai nikmat syurga yg kekal.
Pesanan buat Lilin
JADILAH BAHAN BAKAR YANG BERKUALITI AGAR SENTIASA MEMBAKAR MENERANGI SUASANA SAMAR YANG MEMBERI JALAN KELUAR KEPADA SEMUA
Tuesday, April 12, 2011

Sudah lama rasanya tidak menaip key board ini dan apabila di berikan sedikit kekuatan penulis sudah semakin rasa berkeinginan utk memberi luahan rasa pada semua.
Terkenang...
Sebenarnya bila di fikirkan terlalu kecil dan halus diri ini apabila berdepan dengan pelajar lebih hebat dari kita dari segi agamanya yg mana tidak seperti kita dahulu yang hanya berpendidikan yg mementingkan akademik sahaja.. Namun begitulah lumrah bg seorang yg tidak menyangka menjadi pendidik kepada sesebuah istitusi sekolah agama dan tidak pernah terlintas rezeki yg di berikan oleh Allah secara pukal kepada sipenulis.
Teringat daku sejak dahulu bersama kwn di asrama mengenangkan diriku yg dulu pendiam dan sehinggakan ada mengatakan mulut emas di bangku sekolah teknik dahulu cukup membuatkanku rasa terkasima dengan keadaan ku sekarang. Kini hidupku kian berubah dari tahun demi tahun utk menjadikan diri ini beerti pada agama.
Walaupun kadang-kadang terasa dengan panggilan "Ustaz"sudah cukup puas di dengari oleh diri tetapi pada diri ini terasa amat kecil dan kerdil dengan panggilan tersebut yg pada zahirnya mengiakan dari pelajar tetapi menjadi satu muhasabah pada diri dan menimbulkan pertanyaan adakah kita setaraf itu untuk di panggil..
Muhasabah semula diri...
Pertanyaan yg menggelikan hati....
Ustaz dah berapa orang anak sekarang .... isteri kata mana ?
tergelak di buatnya apabila di tanya oleh seorang penjaga yang menanyakan berapa org anak ...
jawapan : eh tak kahwin lagi la, (mungkin muka tua nampak di riak muka)
la tak khwin lagi rupanya... berapa umur ?
23 thn jer....
la muda lagi... takpa InsyaAllah akan jumpa nanti....
InsyaAllah...
mungkin pada pandangan orang lain penulis sudah berkahwin apabila mempunyai badan seolah org yg sudah berkahwin... tapi apakan daya dah bentuk fizikal macam ini..
apa-apa pun satu muhasabah


