MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Sunday, October 12, 2008

Kadang2 pemikiran berimiginasi walaupun keputusanya tidak pernah menjadi realiti.Itulah kadang2 angan2 seorang hamba Allah yang banyak berdosa walaupun tahu apa itu dosa...

Tak kala hati sering memikirkan diri apatah lagi org2 yang lain semakin menjadi-jadi. meMbayangkan siapa diri kadang2 teringat realiti.

 Sejenak memikirkan,, terasa ruginya diri, bila angan2 semaikin di kuasai,, itulah yg terbuku di hati ini yang selama ini menjadi2, terikut perangai persekitaran ini tanpa memikirkan kesan nanti, rupanya hati masih tertaut lagi dengan perjuangan kini....

 Hati ini terasa disayangi, dengan adanya sahabat disisi, membantu kesana-kemari walaupun rasa hati sunyi sebab itulah fantasi dan realitinya adalah diri. Rasa diri disayangi kerna sahabat terpahat di hati. Memberi suntikan bertubi2 menjadi mangkin perjuangan ini.. takkan ku lepas perjuangan ini sebab itulah yang patut di tempuhi.. walaupun hati tidak berdaya lagi memikul peranan yang tidak pernah sedikit berkurang akan ku janakan dengan sepenuh hati walaupun diri terasa dikurangi.

 Kdg2 memikirkan diri kenapa ku masuk dalam perjuangan ini. Rupa2nya ingin menjadikan imiginasi adalah realiti.

Saturday, October 11, 2008

Senang dan mudah?

Posted by MFS_8812

Harapnya ia cuma gurauan spontan yang disangkakan biasa , tetapi rupa-rupanya ia satu perkara yang sahih. Esok, aktor Bollywood tersohor, Shah Rukh Khan akan menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk.

Sewaktu Nicol David dianugerahkan Datuk, masih boleh terima kerana beliau konsisten mengharumkan nama negara.. tetapi Lee Chong wei dapat gelaran datuk tu, saya agak tidak bersetuju kerana beliau kalah kepada Lin Dan.Tetapi kalau semudah itu boleh dapat anugerah Datuk, apalah nak dihairankan dengan Shah Rukh Khan dapat Datuk! Mungkin Datuk tu boleh dibeli agaknya. Duitkan segalanya.....

Terfikir saya, apa jasa Shah Rukh Khan sehingga mahu dianugerahkan Datuk? Ramai pejuang negara di luar yang perlu dihargai sumbangan mereka, tetapi aktor Bollywood seorang ini juga yang jadi pilihan hati.

luar negar, penganugerahan Darjah Kebesaran sangat terkawal, dan sesiapa yang memperoleh Darjah sangat dihormati. Tetapi senario tersebut berbeza di Malaysia. Saban tahun ribuan Datuk bakal ‘dilahirkan’.

Selepas ini, mungkinkah Amitabh Bachan, britney ataupun Arvin lavine yang di batalkan konsertya bergelar Datuk Seri ???

Jangan terkejut kalau kalau rmai yang menggunakan title "Dato" untuk bekerja..... 

PUTRAJAYA - "Tolong umumkan segera tarikh sebenar pilihan raya kampus (PRK) sesi 2008/2009."

Itulah laungan lebih 100 mahasiswa beberapa universiti di sekitar Lembah Klang yang berkumpul secara aman di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) petang semalam.

Sambil melaungkan slogan Student Power, mereka berkumpul atas tiket Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk menyerahkan memorandum kepada menteri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pengerusi SMM, Hafizuddin Abirerah, 22, yang juga merupakan pelajar tahun akhir Universiti Malaya (UM) berkata, KPT seharusnya telah mengumumkan tarikh tersebut memandangkan telah genap setahun sejak pilihan raya kampus tahun lalu.

"Namun di peringkat KPT dan HEP (Hal Ehwal Pelajar), kampus-kampus masih belum mengumumkan tarikh PRK diadakan untuk kebanyakan kampus terutamanya kampus di Lembah Klang," katanya selepas menyerahkan memorandum itu kepada Pegawai Khas Mohamed Khaled, Mohd. Arif Adenan di sini semalam.


Inilah yang di namakan student power!!!

Friday, August 15, 2008

GAMIS 08 - 09

Posted by MFS_8812

Monday, July 7, 2008

SEKADAR SEMANGAT UNTUK DIRIKU....

Posted by MFS_8812

Masih banyak perkara yang harus aku lakukan daripada melayan perasaan yang hujungnya tidak ke mana.. masih banyak perkara yang harus aku fikirkan dari merenung kehidupan yang tiada arah tujunya.. masih banyak kehidupan orang lain yang harus aku pertimbangkan dengan keputusan aku yang aku tetapkan..

aku tidak mahu kehidupan semua keluargaku, kenalanku, teman seperjuanganku, sahabat-sahabat dan semuanya dinodai kehidupan alpa manusia.. adakah hanya berkata-kata kosong.. atau hanya menaip byte-byte komputer yang menghasilkan satu entri yang menggambarkan perasaan?.. jauh sekali..

kalau begitu.. apa caranya?.. pasti ada.. kerana.. jika aku singkap semula sejarah lama.. kisah sirah dari zaman dahulu.. terdapat satu era.. satu zaman.. yang penuh gilang gemilang kehidupannya.. satu tahap waktu yang amat bahagia kehidupannya.. tiada perasaan takut.. malah mesra dan bahagia dalam hari-hari kehidupannya.. indahnya.. tapi.. era yang manakah itu?.. zaman apakah itu?.. siapakah yang hidup dalam tahap waktu itu?.. bolehkan aku hidup atau berusaha untuk hidup sebegitu?.. jika tidak sempat untuk aku lihat penghidupan sebegitu rupa sekalipun, biarlah anak-anak, cucu-cicit, dan generasi selepasku menghirup keselesaan sakinah itu, terapung dalam angin sa’adah, bergembira dalam halwa mawaddah.. indahnya hidup mereka..

itulah zaman keemasan islam.. zaman yang mana tiada fakir untuk diberikan zakat.. zaman yang ilmunya tidak terukur tingginya.. sehingga buku-buku mampu dijadikan jambatan sungai.. satu era di mana penduduk eropah kagum terhadap ketamadunannya.. satu zaman yang jauh sekali dari yang dilihat hari ini.. di mana silapnya?.. adakah pada sistemnya?.. atau pada pemimpinnya?.. atau dalam masyarakatnya?.. atau semua ini sudah dirancang untuk menjadi rosak oleh satu pihak yang dilaknat dari dulu sehingga sekarang?.. apakah sebabnya?.. manakah puncanya?.. adakah penyelesaian untuk semuanya?..

pasti ada penyelesaian.. jika tidak.. bagaimana islam begitu makmur dan berjaya dahulunya.. tapi.. resipinya tetap satu.. untuk cemerlang, gemilang dan terbilang.. hanya satu cara.. ikutlah cara Rasulullahi salallahu ‘alaihi wassalam.. manusia teragung.. utusan terakhir.. membawa risalah agung.. menyinari kegelapan.. membawa jahiliyah kepada kesyumulan islam..

kita seperti dalam zaman jahiliyyah.. malah berani ku katakan lebih teruk dari itu.. kalau dahulunya mereka menanam anak hidup-hidup.. zaman ini apa kurangnya.. buang anak perkara biasa.. di dalam tong sampah.. di dalam sungai.. pondok.. hutan.. atau apa sahaja.. cakapkan saja.. mana tempat lagi tempat yang buruk hendak disebutkan.. hatta tandas.. tempat kita membuang najis itu sekali, dijadikan tempat anka yang suci tidak berdosa ini ditinggal.. manakah yang lebih buruk dari makhluk yang seperti binatang ini.. tidak!.. ini bukan binatang.. lebih teruk!.. binatang juga tidak tinggalkan anak mereka.. malah tahu menjaganya.. bukan setakat itu, malah sayang kepada mereka sepenuhnya.. laknatlah kepada mereka yang tidak berperikemanusian ini..

baik.. aku terima.. sememangnya salah aku semua ini.. jadi apa harus aku buat untuk menjadi individu yang berjaya.. individu muslim.. individu mukmin.. kerana aku tahu.. hanya ada satu penyelesaiannya.. kerana aku telah lihat.. dan aku akur akan sirah dahulunya.. hanya islam jalan penyelesaiannya.. back to quran!.. that is it.. Islam is the solution.. islam itu syumul dan merangkumi segalanya.. amat peliklah.. apabila kita yang dicipta, pandai-pandai hendak menjadi Yang Mencipta.. bukan sahaja sangat pelik, malah tidak logik!.. adakah robot yang dicipta oleh manusia, hendak memerintah dunia?.. fikirkanlah..

jadi sekarang.. bebannya pada siapa?.. pastinya pada kita semua.. betulkan diri.. jadilah individu muslim yang terbaik.. dengan individu muslim yang baik.. yang mengamalkan syahadah yang haq.. maka akan terlahirlah baitul muslim yang hebat.. baitu muslim yang bahagia.. dan keluarga itu nukleus masyarakat.. apabila keluarga-keluarga di dalam masyarakat itu baik.. maka lahirlah masyarakat yang hebat.. dan dengan sistem yang teratur lagi tersusun.. yakni islam memerintah.. maka semuanya akan berjalan lancar.. islam akan menjadi irsyadul mujtama’.. petunjuk secara menyeluruh.. setiap sudut sistem berpandukan islam.. kewangan.. kebajikan.. pendidikan.. ketenteraan.. sebutkan.. apa sahaja.. apabila islam pegang setiap satunya.. pasti gemilang.. dengan ini wujudlah negara yang makmur.. dengan erti kata makmur yang sebenar.. bukan hanya luaran atau pada nama.. tapi makmur yang haq!.. lantas, dunia akan terkene biasan kemakmurannya.. terasa kekuatan keagungannya.. akur akan kesempurnaan hukumNya.. setiap watan islam akan dikembalikan.. seluruh dunia akan berada di bawah islam.. islam bukan menguasai dunia.. tapi islam mentadbir dunia!.. yang haq tetap haq!.. nantikan..

walaupun aku pasti.. aku tidak akan dapat melihat suasana ini.. sedangkan Rasulullah yang berusaha memanusiakan manusia yakni sahabat-sahabat baginda.. yang akhiranya semuanya menjadi pendukung islam.. penjulang kebenaran.. penegak ke’adilan.. Rasulullah yang mulia sendiri tidak dapat melihat kegemilangan islam dengan matanya sendiri.. baginda wafat terlebih dahulu.. tapi jasa baginda.. menyebabkan.. islam telah menguasi dua per tiga dunia pada suatu masa dahulu.. dan jika kita ambil kira peta pada zaman dahulu.. islam sebenarnya menguasai seluruh dunia.. pejuang islam pada zaman dahulu mengatakan, “sekiranya aku tahu di seberang laut sana masih ada darat, pasti akan aku ke sana menyebarkan islam.”.. tetapi teknologi pada zaman itu tidak sampai ke tahap merentas lautan yang besar.. maka itulah yang mereka capai.. 2/3 dunia hari ini.. subhanAllah.. indahnya penghidupan mereka..

lengkapkan islam kita.. syumulkan islam kerana islam itu memang syumul.. kerana yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas.. sempurnakan syahadah kita.. syahadatul haq.. kesaksian kita terhadap Allah dan rasulNya, Muhammad ibni Abdullah..

peliklah jika.. dua kalimah syahadah ini.. yang mudah disebut pada lisan.. mampu menentukan seseorang itu masuk ke syurga atau neraka.. alangkah mudahnya.. ringan sungguh kalimah itu sekiranya ia sekadar sebutan di mulut.. tidak logiklah, dua kalimah yang agung ini, yang mampu memisahkan hubungan ibu dan anak yang mana hubungan itu adalah hubungan terkuat dalam hubungan-hubungan manusia, sangat tidak logiklah, sekiranya ianya hanya sekadar sebutan semata-mata.. sangat tidak logiklah, kerana apa yang disebutkan, seluruh dunia akan memerangi pengdukungnya.. sangat pelik.. jika begitu.. apakah yang ada dalam kalimah ini?.. apakah yang memberatkan kalimah ini?.. apakah yang meninggikan kalimah ini?.. kenapa kedudukan dan nilai dua kalimah ini sangat-sangat tinggi sehingga seluruh dunia pada zaman jahiliyyah dahulu memusuhi nabi atas sebab nabi membawa dua kalimah ini?.. sangat pelik.. pada waktu nabi berdakwah di mekah, belum pun ada puasa, belum pun ada zakat, malah tidak ada solat lagi ketika itu.. hanya yang ada ialah.. la ilaha illallah.. muhammadur rasulullah.. dua kalimah ini.. tapi nabi ditentang habis-habisan.. di mana kefahaman kita?.. peliknya.. kenapa mereka begitu terkesan dengan kalimah ini.. sedangkan kita.. hanya menggunakannya ketika solat, azan, nikah, dan lain-lain.. hanya penggunaan harian tanpa ada terkesan nilai di dalam diri.

teruskan berada di atas jalan yang benar.. walaupun ia susah.. walaupun ia panjang.. walaupun ia tiada ditabur bunga.. walaupun tidak ramai di atasnya.. tapi ia jalan yang hujungnya indah.. hujungnya sa’adah.. hujungnya bahagia.. hujung syurga.. demi perjuangan itu..kehidupan yang kekal selamanya..

Ya Allah, tetapkan kami pada jalanMu..

Tabahkan hati kami dalam memperjuangkan agamaMU..

lindungilah hati kami dari pekara sia-sia agar terus mememegang amanahMu...

akan kami letakkan seMAKSIMUM mungkin keupayaan dalam membela agamaMu...

biar pun org lain berjalan tapi kami akan BERLARI,

biar pun org lain berdiam tapi kami akan berSUARA,

selagi LARIAN dan SUARA kami terus dibangkitkan....

Ya Allah.... sekali lagi aku mohon kepadaMU...... Engkau peliharalah hati-hati ini.....

Hati-hati sahabat-sahbiah kami , agar Engkau lindung mereka...

peliharalah hati-hati mereka...

Mereka adalah pewaris perjuangan seandainya diriku sudah tiada....

mereka juga adalah pencetus semangat kami..

Ya Allah, tambatkan hati-hati kami di atas agamaMu, dan dia atas keta’atan kepadaMu, dan

di atas jihad di jalanMu..

Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..

amin..

amin..

amin ya Rabbal ‘alamin..

wallahua’lam..




Sunday, June 22, 2008

Lagu Pembangkit Semangat

Posted by MFS_8812

Friday, June 20, 2008

Kata-Kata Si Editor

Posted by MFS_8812


Saudara-saudara yang mulia!!!

Di saat yang bertuah ini, sukacita saya membayangkan kesyukuran dan perasaan
puashati saya dengan peluang ini, di mana diberi kesempatan untuk saya
menyampaikan kata-kata di dalam alam maya yang serba kekurangan di hadapan kumpulan yang baik yang terdiri dari pemuda-pemuda yang beriman serta ikhlas yang datang dari pelusuk alam untuk mendapat Hidayah dariNya.Tujuan saya ini ialah untuk memperkatakan kepada pemuda mukmin secara menyeluruh tentang perjalanan dakwah Islamiah sebagaimana yang di kehendaki oleh keadaan dunia Islam sekarang.Saya akan mengambil kesempatan yang berharga ini untuk menyatakan sesuatu yang tersembunyi di lubuk saya dan terpendam di sanubari saya. Agar saudara-saudara semua dapat mengetahui dengan nyata dan terang satu persatu isi hati dan perasaan tentang perkara-perkara yang memberi manfaat kepada Islam dan umatnya.
Saya berdoa agar Allah berikan taufik kepada saya dan kepada saudara-saudara untuk mendapat keredhaanNya dan ia menjadikan segala amalan kita ikhlas kepadaNya.

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.