MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Saturday, October 11, 2008

PUTRAJAYA - "Tolong umumkan segera tarikh sebenar pilihan raya kampus (PRK) sesi 2008/2009."

Itulah laungan lebih 100 mahasiswa beberapa universiti di sekitar Lembah Klang yang berkumpul secara aman di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) petang semalam.

Sambil melaungkan slogan Student Power, mereka berkumpul atas tiket Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk menyerahkan memorandum kepada menteri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pengerusi SMM, Hafizuddin Abirerah, 22, yang juga merupakan pelajar tahun akhir Universiti Malaya (UM) berkata, KPT seharusnya telah mengumumkan tarikh tersebut memandangkan telah genap setahun sejak pilihan raya kampus tahun lalu.

"Namun di peringkat KPT dan HEP (Hal Ehwal Pelajar), kampus-kampus masih belum mengumumkan tarikh PRK diadakan untuk kebanyakan kampus terutamanya kampus di Lembah Klang," katanya selepas menyerahkan memorandum itu kepada Pegawai Khas Mohamed Khaled, Mohd. Arif Adenan di sini semalam.


Inilah yang di namakan student power!!!

0 comments:

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.