MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Thursday, January 7, 2010

Aku Bakal Mati ?

Posted by MFS_8812

Mati atau Merdeka itulah yg dapat di lihat dari gambar di atas namun ia cumalah polimik untuk menarik pembaca agar ingin mengetahui apakah sebenar yang penulis ingin sampaikan. Namun Mati akan di cuba di realitikan selepas banyak kali di fantasi.
Pejam Celik pejam celik rupanaya sudah 21tahun 1bulan 3hari penulis hidup di muka bumi yg sementara ini. Kehidupan dari seorang budak kampung yg cetek pemikiranya lama kelamaan berkembang dan akhirnya masih dapat menaip keboard di laptop itu sudah cukup bersyukur kehadrat Ilahi kerana di perpanjangkan usia untuk memenuhi peranan suatu masa nati.
Berfikir juga sejenak semasa menaip nie, bilakah waktu ku akan tiba. Esok lusa atau selepas mematikan laptop ini, cukup mengerikan apabila di fantasikan sbb itu hanya mainan minda, di alam ghaibnya belum cukup lebih dari tafsiran akal.
Bilakah waktu atau masih ada waktukah utk aku? sekali lagi terdetik dalam diri sudah sempurnakan separuh tuntutan dari agama ( Kahwin ).
Bila terdetik mati, berdegup jantung dari aras normal sehingga mahu menyungkur dahi dengan berfikir betapa hinanya diri ini boleh mengalir air mata keinsafan, itulah realiti diri kita apabila kembali fitrah kematian dpt menenangkan hati.
Mati itu pasti,

Firman Allah:

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).

Mengigati mati mendorong kita utk mencipta kejayaan.

Bekerjalah kamu seolah-olah kamu hidup seribu tahun
&
Beribadahlah kamu seolah-olah kamu menemuiNya sbentar nanti

Kepentingan dunia boleh kita letakkan dlm jangka yg panjang tp soal beribadah hendaklah mengigati mati setiap masa tak kita di mana.
DARI perspektif agama, perkara berkaitan dengan kematian adalah suatu
yang positif. Ini kerana dengan mengingati mati, seseorang akan
melakukan persediaan untuk hidup lebih maju dan berjaya semata-mata
Salah satu cara bagaimana mengingati mati mampu membangunkan sikap
positif ialah dengan sering menziarahi orang sakit.
Mengigati mati ini juga boleh di kaitakan dengan motivasi diri. Jika fikir pjg maka panjanglah
Keyakinan dan keberanian inilah yang menjadi pendorong seseorang muslim
untuk berpandangan positif terhadap hidup.
Ini kerana, dia yakin akan mati, maka dia akan berusaha dan berikhtiar
sebaik mungkin agar dia dapat meninggalkan bakti berguna dan membina
demi agama, negara dan bangsa.
Disebabkan yakin bahawa waktu hidup hanya sementara, maka dia akan
berusaha gigih agar dapat memberikan peninggalan terbaik untuk ahli
keluarga, masyarakat dan negara.

Inilah yang diajarkan Rasulullah supaya kita mengambil iktibar daripada
peristiwa kematian. Dengan itu, hati kita menjadi lembut dan insaf lalu
dapat menghakis sifat negatif seperti menipu, menganiaya, takbur,
khianat, rasuah dan sebagainya
untuk meninggalkan bakti terbaik demi agama, bangsa, negara dan
keluarga.




2 comments:

Ateh Nour said...

Assalamualaikum Fazli, blog ni sungguh menarik dan postingnya mengandungi panduan yang sangat berguna, tahniah...

MFS_8812 said...

Kpd LIPISLADY

InsyaAllah....
Apa yg di tulis tu untuk kita semua, dan utk peringatan penulis juga

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.