MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Thursday, May 15, 2008

WARKAH BUAT SAHABAT

Posted by MFS_8812

Kesekian kali ku berdiri untuk terus mengarang aspirasi pemuda kini yang menjadi pendokong.
Tulus hati di hadapanku pemuda yang cekal dan berani menegakkan kebenaran.
Masih terus merayu dengarkan gelombang semangatmu yang semakin gah membesar.
Jalan yang berliku Ku tetap terus kuharungi walaupun terpaksa Ku Melarikan diri.
Sepanjang hayatmu wahai sahabat Teruskan berjuang walaupun Ku tiada di sisimu.
Aku juga merasainya pahit getir hidup seorang pejuang walaupun Kesekian kali Ku Cuba Berdiri.
Lantas aku mengerti dan memahami Seorang sahabat yang berjuang keatas agamaMu.
Lihatlah ke dalam hatimu cetusan cahaya Yang menyinar semangat Pemuda.
Percikan cahaya yang menjadi mangkin kepada semua pemuda yang berani menegakkan Islam.
Yang akan membara Menjadi penerang segala yang didepanmu.
Lihatlah jua ke hatiku tahap demi tahap belajar demi berjuang.
Aku lah temanmu bisa membantuku, mengajarku, mendidiku.
Terimalah aku wahai SAHABAT walaupun aku teleka.
Kita kan bersama mengharung dunia fana ini.
Kesekian kali ku ulangi lagi
Tidak kan pudar keyakinanku
Yang kau akan berdiri atas kemuncak tinggi....

Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.