Setiap
makhluk diciptakan Allah berpasang-pasangan. Begitu juga Allah s.w.t.
menciptakan manusia ada lelaki dan wanita. Kedua-duanya saling
memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu Islam menggalakkan umat dari
agama Islam mengikat tali perkahwinan yang sah supaya akan melahirkan
zuriat keturunan. Nabi s.a.w merasa bangga apabila melihat umatnya ramai
di hari akhirat nanti, berbondong-bondong masuk ke Syurga. Perkahwinan
adalah Sunnah Nabi s.a.w dan baginda tidak mengaku sebagai umatnya
apabila ada di kalangan mereka enggan berkahwin tanpa mempunyai alasan
yang dibenarkan oleh syarak.
Persoalannya adalah bagaimana
seorang Muslim dapat mengenalpasti ciri Muslimah sebelum nikah, kerana
ia diperintahkan untuk menundukkan pandangan (shaddul bashar) terhadap
wanita? Seorang yang soleh akan tetap menjaga ketinggian akhlak dan
mengelakkan perhubungan yang tidak diizinkan syarak.
Berikut adalah antara perkenalan yang perlu dan cara pendekatan yang dapat dilaksanakan :
1. Mengetahui akhlak dan tingkahlaku Muslimah dalam kehidupan harian.
Kehidupan harian yang dilalui setiap individu yang beriman dan beramal soleh digambarkan melaliu ciri-ciri berikut iaitu :
a. Ibadah yang khusyu’
b. Berpakaian menutup aurat yang sempurna.(menutup seluruh tubuh melainkan muka dan dua tapak tangan).
c. Cara percakapannya tidak dibuat-buat (mengada-ngada).
d. Menjaga pandangannya (tidak melingas matanya memandang, terutamanya melihat pemuda yang bukan mahramnya).
e.
Bergaul dengan semua muslimah (tidak membataskan pada kriteria fizikal,
seperti bergaul hanya yang sesama berbusana tertentu) dengan akhlak
yang karimah.
Pengamatan ini boleh dilakukan melalui pertanyaan
kepada siapa yang mengenalinya. Harus diingat bahawa pengamatan ini
hendaklah dilakukan dengan cermat, jangan sampai diketahui oleh Muslimah
itu, bahawa ia sedang diperhatikan, kerana ini akan menyebabkan salah
tingkah atau tindakannya jadi tak natural (bersahaja).
2. Melihat keadaan rumah tangga keluarga wanita.
Hal
ini adalah dibolehkan, semasa bertunang. Ia dapat dilakukan semasa
menziarahi kedua orang tua kepada wanita yang dipinang. Ketika ini juga
ia boleh menanyakan lebih lanjut mengenai wanita itu pada ahli
keluarganya. Biasanya jika ia berasal dari keturunan yang baik dan taat
agama akan melahirkan wanita yang solehah. Tetapi, harus juga diingat
ada juga wanita solehah yang berasal dari keluarga yang kurang taat pada
ajaran agama.
3. Penglibatan dalam Dakwah Islam
Bagi
lelaki Muslim yang memahami bahawa tanggungjawab terhadap agamanya
tidak dipisah dengan usaha dakwah dan merasakan tidak mencukupi melalui
dua perkenalan di atas, maka eloklah ditinjau juga setakat mana
penglibatan wanita itu dan peranannya dalam kegiatan dakwah Islam.
Bagi
ibu bapa yang baik dan taat beragama, dasar pemilihan dan urusan jodoh
anaknya berdasarkan agama yang utama. Namun bagi yang lalai dan silau
dengan kilauan harta dan pangkat dunia faktor agama bukan lagi neraca
pertimbangannya. Penjodohan dengan dorongan aspek duniawi sangat
menyalahi ajaran Islam dan wajib ditolak.
Sekiranya ibu bapa kita
tergolong dalam golongan yang tidak menjadikan nilai agama sebagai
tunggak dalam perjodohan anaknya maka adalah wajar mendapatkan bantuan
mereka yang membimbing dalam pendidikan Islamnya sebagai orang tengah.
Melalui kaedah ini adalah lebih baik dan terpelihara dari unsur
kerosakan akhlak seperti percintaan sebelum pernikahan yang mendekati
zina (bertemu janji berdua-duaan sebelum pernikahan).
Menurut al-Qur’an, wanita ideal mempunyai kriteria adalah seperti berikut :
Firman
Allah s.w.t. yang bermaksud, “… Wanita yang baik (solehah) adalah yang
taat kepada Allah lagi memelihara diri di belakang suaminya, oleh kerana
Allah telah memelihara mereka.” (Surah An-Nisa’ ayat 34)
Seorang
Mukmin yang benar-benar taat pada Allah s.w.t. tidak akan mengambil
mudah soal jodoh, dengan kata-kata ‘kita kawin dulu, nanti kita
tarbiyyah kemudian’. Perlu diingat apabila sudah berkahwin dan mempunyai
anak kadangkala tidak ada masa untuk mendidik isteri, dan isteri pula
enggan menghadiri majlis ilmu dan kemungkinan kemampuan suami pula tidak
mempunyai kemampuan yang cukup untuk mentarbiyah isterinya, akhirnya
hajat yang awal ingin membina rumah tangga Muslim kecundang ditengah
jalan. Oleh itu pemilihan berdasarkan agama (wanita solehah) adalah amat
penting, lebih penting dari kecantikannya, hartanya atau kerjayanya.
Setiap
wanita pula perlulah mempersiapkan diri mereka untuk menjadi wanita
solehah samaada yang belum berkahwin atau yang telah bersuami. Kerana
sesungguhnya sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Di
akhirat nanti wanita yang solehah di dunia ini apabila ia dimasukkan ke
dalam Syurga, kedudukannya lebih cantik dan mulia daripada bidadari
Syurga. Seandainya kedua-duanya suami dan isteri yang soleh dan solehah,
andainya mereka dapat memasuki Syurga mereka akan di nikahkan semula
oleh Allah s.w.t. di Syurga dan ini adalah kenikmatan yang tidak ada
tolok bandingnya.
PROGRAM KORBAN 2019/1440h
5 years ago
0 comments:
Post a Comment