manisnya gula-gula dirasai apatah lagi manisnya keikhlasan kita
Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama. (Az-Zumar 11)
Iblis menjawab, Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka. (Sad 82-83)
Ikhlas beramal ialah keikhlasan mengerjakan amalan sama ada ibadat semata-mata untuk mencapai matlamat hanya pada Allah. Pengkhususan matlamat dan peranan ini amat penting utk memberi sedikit kelangsungan kesungguhan utk membuat sesuatu ibadat khususnya Ibadat. Ikhlas bermaksud, menumpukan niat bagi setiap kerja ibadat atau amalan semata-mata kerana Allah dan untuk Allah. Ikhlas yang sebenar-benarnya ikhlas sudah tentulah bersih hati daripada unsur riya', nifaq dan ‘ujub.
Mencari kemanisan ikhlas dalam setiap pekerjaan amatlah sesuatu pekara yang diinginkan oleh setiap makhluk apatah lagi kesungguhan dan kemampuan kita untuk menetapkan niat kita bukan atas dasar makhluk. Sumber kekuatan utk mencapai kemanisan ikhlas ini adalah satu daripada mangkin utk membulatkan niat tiap hari walaupun pada asalnya makhluk dan kembali semula kepada Allah..
0 comments:
Post a Comment