Kaku tanganku menaip kencang keyboard komputer ini apabila sudah lama tidak mengarang sendiri isi @ intipati blog yang selama ini acap mengciplak atau meng"copy" idea orang lain yg bermanfaat utk di kongsikan bersama. Tidak cukup masa bukan satu alasan yg cerdik utk di jadikan hujjah utk alasan ingin menutup wacana penulisan dalam mencapahkan idea kreatif dan kritis di dalam bolg. Apa boleh buat sebenarnya kekeringan idea utk menulis sesuatu isu yang boleh di jadikan tumpuan dan mengembangkan isi tidak dapat di tumpukan kerana kerap memikirkan perkara lain. Maklumlah apa bila sekarang ini menjadi pemegang amanah sebagai tenaga pengajar di sekolah agama dgn menjadi warden (walid) kepada anak pelajar sememanganya satu tugas yang berat utk di pikul oleh seseorang guru akedemik biasa.
Satu peranan yg besar sememangnya dalam kehidupan kita apabila bergelar pendidik apatalah lagi mentarbiyah anak pelajar akan ilmu kepada dunia dan akhirat menjadi satu konsep kunci utk meningkatkan tahap kerja seharian dalam kehidupan para pelajar apatah lagi guru. Tiap hari memberi input yang bermanfaat kepada pelajar menjadikan kita lebih obses dengan kerja kita seharian apatah lagi bekerja dengan manusia yang perbagai perangai cukup tidak membosakan kita seharian.
Semakin bertambah pada diri kita kemahuan utk mengajar kepada pelajar dalam mendidik pelajar yg ingin mempasakan akidah yg murni dalam diri mereka serta ingin bermanfaatkan dalam diri kepentigan. Tiap hari melayan karenah pelajar cukup menghiburkan hati kita sebagai seorang yg inginkan mereka jua dihargai agar semakin bersemangant menuju matlamat yang sebenar.. ini langkahku dalam perjuangan kini.
Rupanya persimpangan yang banyak kini telah di rancangi oleh Allah utk menetukan hambanya kepada sesuatu tempat yang betul dan di letakkan dengan kesanggupan diri agar menjadi satu momentum pada diri utk memperbaiki dan tarbiyyah diri agar sentiasa memandang satu pekara yg di rancang adalah satu pekara yang bermakna utk kita rasai agar sentiasa dalam diri memikirkan rupanya aku berperanan di sini.....
Salam
0 comments:
Post a Comment