Desas desus pilihan raya di Hulu Selangor yang semakin menjadi-jadi dan menjadi tumpuan kini menjadi perhatian media mahupun generasi muda dan tua dalam memilih pemimpin mereka tapi ada satu artikel dalam bloglist malaysia yg di copy utk di kongsi bersama kerana ketiadaan idea utk menulis malam nie jadi copy utk semua pembaca :
Hulu Selangor - Kalau Betul, Memang Kau Bodoh Mugilan
Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan mendakwa beliau telah ditawarkan tanah dan wang sebagai ganjaran menyokong calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim di Hulu Selangor.
Tawaran itu — wang tunai RM2 juta dan tanah 20 hektar (50 ekar) dibuat malam tadi beberapa jam selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calonnya, P. Kamalanathan.
Pada sidang akhbar pertama sejak namanya munculnya sebaga calon yang berpotensi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Mugilan berkata, Datuk G. Palanivel keciciran tiket bertanding kerana nama diumumkan terlalu awal.
“(Presiden MIC) Datuk Seri S. Samy Vellu telah mengumumkan nama Datuk Palanivel tidak sampai 24 jam selepas Datuk Zainal (Abidin Ahmad) meninggal dunia.
“Dari segi strategi pilihan raya, ini salah... macam semasa kita pergi berperang, kita tidak harus umumkan nama calon terlalu awal dan beliau menjadi sasaran serangan,” kata Mugilan kepada pemberita kira-kira 7.30 petang tadi di Batang Kali di sini.
Mengulas lanjut soalan tawaran itu, Mugilan yang mendakwa boleh menghimpunkan 7,000 pengundi memberitahu, beliau menolak bulat-bulat dan akan tetap menyokong BN.
“Dari panggilan yang dibuat, saya tahu bahawa dia itu seorang pemimpin politik yang penting,” katanya tetapi enggan mendedahkan nama pemanggil itu.
dari : http://bloglistpolitik.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment