Sambil meriba kaki Amin, ku rasakan urat di mukanya mula timbul. Aku dapat rasakan sejuknya kepala Amin sehinggakan aku nampak Amin terketar-ketar dengan nafas yg mengcungap-cungap sudah cukup memilukan hatiku. Berfikir sejenak sewaktu berkenalan dgn Amin, sewaktu di kantin sekolah waktu itu aku makan berseorangan di meja yg paling jauh dengan org lain. Amin menyapa ku " Nama kamu siapa" tanya Amin kepadaku dengan nada pelat. Aku terus menjawab " Fais" kataku. Itulah salah seorang kwn yg berani menegurku. Sifat aku tidak suka mengendahkan org lain sehinggakan org tersebut menegurku, itulah sifat yang ku warisi dari bapaku yg org kenalinya dengan kebengisan tetapi dalam sudut hatinya seorang yg mudah mesra. Aku berasa lain bila bersama Amin kerana dalam dirinya terpacar kemeseraan dalam dirinya sehinggakan hendak selalu berjumpa dengannya selalu, mungkin dengan kata2 lemah lembut dan ramai org mempercayainya sebab jujur dalam percakapan.
"Amin bangun Amin" kataku sambil menepuk pipinya gebu, dia tidak mengatakan apa-apa. Pak Meon terus menggosok kaki Amin sambil mentera di mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. "Aku tak nak kehilangan kawan lagi " benak hatiku berbicara. Muka Amin terus pucat lesi dngn peluh pula mengalir, lama kelamaan mulutnya keluar cecair putih, hendaku membuangnya namun Pak Meon melarangku. Akhrnya aku dapati tubuh Amin sudah tidak bergerak lagi, segala tangannya yg tergetar berhenti mengejut dan Pak Meon memandang mataku sambil menggelengkan kepala kepada ku. Aku terasa Amin melambai-lambai dalam jiwa, dan Pak Meon berkata " Fais, Amin dah takda dia sudah meninggal". Tiba-tiba mataku terasa sesuatu ingin keluar semula, ku rasakan berkilat mataku, dan apabila ku pejam air mataku terus mengalir, membasahi pipi. Pada mulanya dapat ku tahan, akan tetapi melihat Pak Meon menyapu air matanya di pipi, aku terus teresak-esak menangis. Sahlah Kawan ku yg aku paling gembira dengan ku sudah tiada lagi. Walupun aku budak-budak, aku sudah mampu menumpahkan air mata ku kerana kawan.... BERSAMBUNG
PROGRAM KORBAN 2019/1440h
5 years ago
0 comments:
Post a Comment