MENYERIKAN KEHIDUPAN DENGAN MEWARNAI IMAN

Bukan warna jadi pertikaian, bukan petikaian jadi kegelapan, bukan kegelapan yg menjadi corak, bukan corak yg mengambarkan situasi, Bukan situasi yg menghidupkan suasana, Bukan suasana yg menceritakan, Bukan cerita yang di kisahkan, bukan kisah yg menjadi ukuran, Bukan ukuran yg menjadi kehebatan, Bukan kehebatan menunjukkan kemenangan, Bukan kemenanagan yg hendak di capai, bukan Capaian yg di utamakan, tp usaha yang di jalankan walaupun sedikit namun ia berterusan utk menyampaikan kepada Semua

...

Selamat Datang ke Blog Serangga Hijau

Tuesday, April 28, 2009

Sebuah Pertemuan Terakhir

Posted by MFS_8812


Selamat Berjuang........
itulah yg dapat di ucapan yg terakhir utk shabt yg masih dalam pengajian. Kini ku berada di arena di luar untuk menegakkan islam di luar..

Ketika diri mencari sinar untuk menerangi laluan hidupku di kampus,
Ada kalanya langkahku tersasar dari landasan dan Tersungkur di lembah kegelapan,
Bagaikan terdengar bisikan rindu yg mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu sahabat menyentuh kalbu dan menyalakan obor pengharapan baru.

kadang-kadang tika ku kealpaan kau bisikkan bicara keinsafan
sehingga kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan

Saat ku kehilangan keyakinan kau nyalakan harapan baru,
Saat ku meragukan keampunan Tuhan kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala,
Menitis airmataku keharuan kerana sebuah pertemuan yg mendamaikan yang dahulu keresahan,

Cinta yang semakin kesamaran kau gilap cahaya kebahagiaan dengan tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan.

Titisan air mata menyubur cinta dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu serta damainya hati Yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan dalam mengharum dalam harapan,
Moga kan kesampaian kepada Tuhan lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini dikurniakan teman sejati,
Menunjuk jalan dekati-Nya tika diri dalam kebuntuan,
Betapa aku menghargai akan kejujuran yang kau beri,
Mengajarku mengenal erti cinta hakiki yang abadi.

Tiada yang menjadi impian selain rahmat kasih-Mu Tuhan,
Yang terbias pada ketulusan sekeping hati seorang insan
Bernama TEMAN






Sunday, April 26, 2009

Diskusi Hangat di Pesta Buku PWTC

Posted by MFS_8812

Dari jauh datang bertandang ke pwtc kami terus ke ruang legar untuk mendegar diskusi antara penulis buku diantaranya : A Samad Said dan Faizal Tehrani yg begitu tersohor dengan penulisan yang mantap dan dapat membuka minda pembaca. Dalam diskusi juga ada di kaitkan dengan isu Pemansuhan PSMMI yg sebelum ini membuat demonstari secara aman dan di kecam oleh pihak tertentu di turning agar rakyat binggung demostrasi tersebut. Di diskusi ini A Samad Said dengan menyatakan bahawa dalam demo tersebut dia terlibat untk membantah pembelajaran Matametik dan Sains dalam Bahasa Inggeris PSMMI kerana beraggapan Bahasa Melayu perlu di daulatkan bertepatan dengan perlembagaan malaysia iaitu bahasa melayu sebagai bahasa rasmi. Tidak juga di nafikan Faisal Teharani juga menyatakan sokongan keatas pemansuhan PSMMI yang memberi impak yang besar kepada org melay masa hadapan.Di sebelah kiri Faisal Tehrani juga adalah seorang Setiausaha Di timbalan perdana menteri yang juga menyokong pemansuhan PSMMI. Begitulah pacaran ayat yg dapat di silaukan oleh penulis tempatan yg menyokong pemansuhan PSMMI dalam masa yg sama menaikkan tahap bahasa melayu yg selama ini kelam dengan bayang-bayang sendiri yg telah di putarbelitkan oleh pihak tertentu.


Tidak juga di lupakan oleh penulis buku ayat-ayat cinta yang mencapai jualan 1 juta naskah di indonesia yg datang bertandang di Pesta buku Pwtc iaitu Habiburahman El Shirazy yang sekali lagi telah menerbitkan buku seterusnya iaitu " Ketika cinta bertasbih 1 dan 2" yang telah menyajikan cinta berbentuk islami yg bertepatan dengan syarak yg di adaptasikan oleh kaya Habiburahman El Shirazy yang akan di tayangkan di pawagam seluruh dunia pada 11 mei 2009. Cerita ini tidak menyamai cerita ayat-ayat cinta yg sedikit menyerong dari landasan syarak kata beliau.Sila lawati blog http://www.filmketikacintabertasbih.com/
untuk melihat lebih terperinci tenteng KCB ini.

Treller KCB:




Friday, April 24, 2009

Persahabatan ( Sahabat Sejati) : Riak muka sahabat masih terbayang

Posted by MFS_8812

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan
dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan
mempunyai nilai yang indah...

Persahabatan sering diuji beberapa cobaan, tetapi
persahabatan sejati sentiasa mengatasi cobaan itu bahkan
bertumbuh bersamanya...

Persahabatan tidak terjalin secara paksaan tetapi
membenarkan proses yang panjang seperti besi yg menajamkan besi,
demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya. 
Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti,
diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak,di gurau di ejek "bulat"
namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan bahkan perkuat ikatan dan bukan
dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan
untuk menghindari perselisihan, justeru itu karena kasihnya shbt
ia memberanikan diri menegur apa kekruanganya.

Sahabat tidak pernah memberi kasih sayang ciuman,
tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan demi menegur
dengan tujuan sahabatnya mau berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat membenarkan usaha
pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita
memberikan bantuan barulah kita memiliki motivasi
mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih
dari orang lain, tetapi justeru ia beriinisiatif memberikan
dan mewujudkan apa yang diberikan oleh sahabatnya.

Kerinduannya adalah menjadi bahagian dari kehidupan sahabatnya,
kerena tidak ada persahabatan yang dimulakan dengan sikap ego.
Semua orang pasti ia sahabat sejati,
namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun
ada juga yang begitu hancur kerena dikhianati sahabatnya.


Renungkan :
**Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri
“Dalam masa kejayaan, teman2 mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman2 kita.”**

Wednesday, April 22, 2009

#...Masih ada waktu...#

Posted by MFS_8812

Teringat lagu dari rast-"masih ada waktu" yg maksudnya tersembunyi yg mendambarkan satu kenangan bersama-sama kwn dan sahabat sepanjang berada di UTHM. Begitulah luahan kata yg sedikit sebanyak memberi kesan kepada diri untuk menghitung dosa-dosa lalu. Kadang2 terfikir ada dosa-dosa kecil sepanjang bersama-sama kwn mahupun shabat yg megenali diri ini yg sentiasa "happy" sepanjang masa melawak bersama sahabat untuk menguatkan lagi ukhwah. Tapi apakan daya apbila haluan masing-masing sudah jelas utk mengembangkan diri mahupun agama ke tahap maksimum. Minta maaf kepada sesiapa yg mengenali diri ini yg tidak lekang dengan gurauan kosong. Kadang perbezaan sifat lebih mendekatkan diri utk bersama mengenali yg lain dalam bersama mempunyai fikrah yg jelas utk di aplikasikan ketika di luar..


Pilu..
Pilu rasanya hati bila nak meninggalkan rakan-rakan yg lain dengan pembawakan diri masing-masing dengan membawa satu semangat untuk berada di luar. Begitulah diri kita 




Sunday, April 19, 2009

Sunnah Orang Berjuang 1

Posted by MFS_8812




Posted by MFS_8812

Kenangan Generasi kU

Posted by MFS_8812



video

Waktu Kenangan bersamamu takkanku lupakan bersama mu sahabat

Tuesday, April 14, 2009

Menyelusuri duri dalam diri

Posted by MFS_8812


Sudah tidak dapar di nafikan lagi kita sebagai hamba yg kerdil lagi hina utk meminta dari penciptaNya. Maksud manusia juga dapat mengerti bahawa manusia sentiasa lupa dengan tanggungjawab dan peranan yg sepatutnya di lakukan. Tapi org yg bijak dan cerdik adalah mereka yang tidak lupa. Tidak lupa di sini adalah mereka yg sentiasa mengigati amalan yg dibuat sebelum mahupun selepas di lakukan. Lagi manis di katakan di sini bhwa org yg berjaya dunia dan akhirat ialah mereka yg tidak lupa, walaupun pada asalnya maksud manusia itu lupa. 

Hendak di bincangkan di sini bahwa sifat lupa ini kadang-kadang menjadi satu "Nightmare" utk para pelajar khususnya yg mendekati musim peperiksaan akhir. Hendak di kaitkan lagi jika lupa itu kadangkala menyebabkan terjerumus di dalam kancah maksiat kerana lupa akan peringatan darinya. 
Itulah pentingnya sahabat yg mengigatkan apa yg di lupa. walaupun tidak mempunyai rakan sekelas yg sefikrah dengan kita untuk mengigatkan. Kadang kadang lari dari landasan, sbb tiada "templete" yg sebenarya. Kadang kadang pemikiran kita tidak sama dgn org lain, begitu juga yg berlainan fikrahnya. Pemikiran mereka perlu di transfer sedikit demi sedikit seperti "Download file" agar penerimaan mereka berjaya" namun masih ada golongan yg meletakkan mereka sbg "Black list" yg mana amat sukar utk di ubati.
Itulah mehnah dalam kehidupan, ada kalanya kita kena memahami situasi org lain utk meletakkan sesuatu pada tempatnya. Menjalani kehidupan sebagai siswa yg ada kalanya berkomitment dengan seseorang bukanlah penghalang utk melakukan tgas asalnya. Kadng2 persoalan yg bermain di fikiran mereka sudah di ketahui awal lagi, namun jawapan yg sepatutnya masih belum dapat di cari....
Memikirkan sudah mencapai sem akhir banyak rupanya tribulasi yg lebih mendalam lagi dapat dirasai rupanya makin lama kita bersituasi-semakin mahir untuk memperbaiki. Namun apa kan daya apbila kena pada diri terus terdiam.Sekian...

Maaf susunan bahasa yg kurang menarik kerana masih pening...


Wednesday, April 8, 2009

politik semasa : Siswa perihatin?

Posted by MFS_8812

Ir Nizar Masih  di mata rakyat

Asyik menunggu keputusan
Sokongan penuh rakyat serta isteri




PAS 18,559
BN 16,010
BEBAS 54
ROSAK 296
JUMLAH KERTAS UNDI 34,919
MAJORITI PAS MENANG 2549
PRATUS KERTAS SUDAH KIRA 62.85
SALURAN MENANG 51
UPU MENANG 15


Melihat pilihanraya kecil Bukit Gantang dapat di lihat bahawa kepimpinan IR Nizar yg dulunya MB Perak masih lagi kuat dan utuh di mata rakyat. Dengan bermajoritikan kemenangan besar sudah cukup mengandaikan masyarakat menyukai Ir sebagai MB. Pebagai tribulasi melanda beliau namun tetap kuat untuk bertanding di bukit gantang itulah kepimpinan yg di kehendaki. Walaupun di gulingkan oleh pihak tertentu namun membina semula tembok tembok untuk memperkuatkan dan membuktikan beliau mampu bangkit walaupun jatuh sekali.

Friday, April 3, 2009

Kelesuan Mahasisswa UTHM

Posted by MFS_8812

Mahasiswa UTHM lesu?








Pemilihan jawatankuasa kolej kediaman di pinggirkan? itulah salah satu dari tanggapan awal sekiranya peka terhap kampus UTHM khususnya. Dengan jumlah yang datang mengundi amat teruk di Kolej kediaman Melewar , dan terbaik di Kolej Tun Fatimah sudah menampakan satu imej kelesuan di kolej melewar yg bermajoritikan siswa. Inilah di namakan kelesuan para siswa yg berada di kolej masing-masing yang perlu untuk mengundi pemimpin masing-masing. Hendak di kaitkan lagi dengan pengundian Kolej kediaman yg menghantar pemimpin mahasiswa yang berperanan untuk menegetegahkan kepimpinan yg menjadi satu pertanyaan? kenapa begitu hebat seperti pemilihan MPP? Kelesuan mahasisawa ini di ibaratkan satu peribahasa "Bagai katak dalam tempurung" yg megaitkan mahasiswa tidak peka terhadap pemilihan pimpinan mereka disamping ada mata-mata yg cuba untuk meng"Turning" mahasiswa. Menambah kehairanan lagi apabila pilihan raya kolej ini tidak menyediakan "hadiah" terhadap mahasiswa spt pilhanraya MPP lepas. Ini menimbulkan tanda tanya? adakah kerana kebendaan siswa/i mengundi? Kenapa ada sogokan sebegini rupa utk memenagkan sesuatu pihak... Dan dimaklumkan tiada Pro-mahasiswa di hantar menjadi MPP dan ini telah digunakan peluang sebaik-baiknya oleh pihak tertentu utk menyogok mahasiswa utk memperbanyak undian semasa pilihanraya MPP lepas.. Siapakah pimpinan kampus Uthm khasnya MPP kini yg memerintah UTHM kini. Ini dapat di buktikan dengan pilihan raya kolej tiada "hadiah" utk pengundi yg dtg mengundi dan salah satu sebab kenapa kurangnya pengundi ataupun pihak tertentu takut untk memberi "hadiah" di sebabkan terdapat pemimpin siswa(PRO-M) yg masuk bertanding. Inilah salah satu kelesuan yg dapat di ungkaikan terhdap siswa yg datang mengundi yg hanya datang utk mendapatkan suatu "hadiah" dari pihak tertentu utk kepentingan tertentu.. itu sahaja yg dapat di ungkaiakan.. di harap mahasiswa dapat memaksimumkan Kperihatinan terhadap segala yg berada di kampus utk mengelakkan kelesuan sebab sebalik perkataan MAHASISWA iaitu seorang yg tinggi dari akal dan pelajaran yg perbagai ilmu spt ilmu semasa dan ilmu pelajaran yg menjadi kepekaan Mahasiswa kini.

Wednesday, April 1, 2009

"Keberanian" merupakan aset

Posted by MFS_8812

Untuk hidup orang memang memerlukan keberanian. Untuk bertahan hidup orang memerlukan keberanian. Untuk bertahan hidup dan menjalani impian, orang memerlukan keberanian. Untuk tetap bertahan dalam keyakinan mengenai kehidupan apa yang harus dijalani, orang memerlukan keberanian. keberanian itu jelas tidak aman. Keberanian itu penuh risiko.

Hidup tanpa keberanian adalah hidup yang tiada manfaatnya, dapat dikatakan bahwa Hidup dan keberanian adalah ibarat tubuh dan bayang-bayang. Kemana pun kita pergi dalam hidup ini, kita perlu berani. Sejak kecil  kita sebagai seorang bayi merah, kita bergerak dan ber"ekspresikan" wajah  penuh keberanian wa;aupun menangis. 

Keberanian adalah suatu kualiti keyakinan, yakni sesuatu yang hanya dapat dirasakan dan dialami, keberanian bukan kata-kata,bukan  satu rumusan pikiran mahupun sangkaan awal.mendefinisikan keberanian sebagai ”mempunyai hati yang mantap dan rasa percaya diri yang besar dalam menghadapi bahaya”. Keberanian itu bukan soal fisikal. Keberanian adalah sebuah sikap. Sikap untuk bertahan atas prinsip kebenaran yang dipercayai meskipun mendapat berbagai tekanan dan mehnah yang membuatnya gusar dan takut untuk di hadapi.

Keberanian sering diartikan secara semangat, yaitu kekuatan. Itulah sebabnya, orang mencuba mendidik keberanian dengan mengunakkan kekerasan pada fizikalnya. Cerita-cerita negatif tentang keberanian yang salah di tafsirkan oleh  geng-geng motor memakai istilah keberanian. Mendidik orang percaya akan diri karena tpandai pengaruh dan mempengaruhi. Hasilnya bukan keberani untuk  sesuatu bahan perlumbaaan, tetapi di pandang juga sebagai pengecut, seperti banyak terjadi pada zaman ini, orang bukan berani tapi di ertikatakan nekat, ketika berlumba di jalan mereka saling selip menyelik.

Kita banyak mengetahui bahwa banyak orang berjaya disebabkan dari keberanian .Sebaliknya begitu banyak orang mengalami kegagalan karana kurangnya keberanian, mungkin mereka mempunyai idea utk cemerlang, namun karena takut gagal dan takut untuk mencuba, akhirnya semua idea menjadi layu dan mati. Di lain pihak, orang lain bisa berjaya karena mereka lebih berani dengan bergerak lebih cepat! Maka bila ingin lebih berkembang dan berjaya, maka saya mengatakan siapa yang berani dialah yang akanberjaya.


Nasyid Fm

.


I made this widget at MyFlashFetish.com.